Apa Sebenarnya?

**Cerita ini panjang dan mungkin bersambung. Tarik nafas dan hadam…100% kisah benar.

Salam untuk semua pembaca Fiksyen Shasha. Aku bukan penulis tapi aku menulis sekadar berkongsi cerita dan pengalaman aku. Aku adalah seorang yang sangat gemar benda mistik tapi penakut bila sorang-sorang.

Apa yang aku nak cerita mungkin hanya kebetulan atau memang benar aku dibelenggu alam mistik hanya tuhan saja tahu. Aku anak bongsu dari 4 beradik. Ayah aku meninggal dunia ketika aku berumur 10tahun.

Perkara yang aku rasakan agak mistik adalah berkenaan arwah ayah aku. Sebelum ayah aku meninggal dunia, dia menderita penyakit angin ahmar selama 6 tahun. Tak boleh berjalan dan lumpuh separuh badan. Mak aku pula masa tu tak bekerja dan ayah aku aku bekas polis.

Semasa ayah aku sihat dan masih bekerja, aku pernah terdengar mak pernah cerita ayah aku ada memakai ilmu pengasih. Tapi sejauh mana kebenaran aku tak pasti sebab masa tu aku kecil lagi dan tak berapa faham tentang apa yg mak aku maksudkan. Sepanjang aku hidup aku tak pernah nampak ayah buat apa-apa ritual atau perkara syirik. Apa yang aku nampak ayah aku seorang yg kuat solat.

Mungkin aku terlalu kecil semasa aku sempat bersama ayah. Ayah jatuh sakit ketika aku berumur 4 tahun, apa yg aku ingat tentang ayah ialah dia seorang yg penyayang dan sukakan haiwan. Ayah ada bela kucing, burung dan monyet. Tapi monyet tu ayah terpaksa bagi orang sebab monyet tu serang abang aku sampai cedera.

Berbalik cerita tentang ilmu pengasih, buat pengetahuan semua, mak aku sebenarnya isteri ayah yang ketiga. Sebelum ni, ayah mempunyai 2 orang isteri. Mak pernah cakap yang dia sebenarnya terkena ilmu pengasih. Masa mereka berkahwin, umur mak baru 16 tahun manakala ayah pula sudah berumur 40an.

Perkahwinan mereka juga mendapat tentangan hebat dari atuk dan nenek aku, tapi kerana ayah sangat sayangkan mak masa tu dia tetap kahwin dan bawa mak lari. Keadaan menjadi reda dan atuk dapat terima mereka setelah kakak aku yang sulong dilahirkan. Walaubagaimanpun sebenarnya jauh disudut hati atuk aku masih menyimpan marah dengan perbuatan ayah aku.

Mak aku juga ada cerita selepas kakak aku dilahirkan ayah aku memang sangat sayangkan akak aku dan pantang kalau anak dia kena ‘cuit’. Tak lama seepas tu kakak aku yg kedua pula dilahirkan. Aku juga mempunyai seorang abang tapi sebenarnya abang aku adalah anak angkat. Abang aku adalah anak kepada kakak tiri aku, (isteri no 1 ayah).

Kalau nak diikutkan, anak kandung ayah jumlahnya ada 13orang. Ayah ambil abang aku sebab masa tu kakak tiri aku tu hidup susah dan tak mampu nak jaga. Mak aku pun suka masa tu sebab tak ada lagi anak lelaki. Jadi abang aku tu lahir sama tahun dengan kakak kedua aku cuma beza beberapa bulan saja.

Apa yang aku pelik dan sampai tertanya-tanya sampai sekarang, mak aku cerita masa kakak kedua aku lahir, ayah nak ambil bayi tu dan bagi orang. Bagi siapa tu aku tak tahu, tapi menurut cerita mak, ayah memang beria sangat nak bagi orang sampai mereka bergaduh laki bini. Bayangkan mak aku baru je beberapa hari lahirkan anak, tiba-tiba anak tu nak diambil. Nasib baik mak kau tak meroyan masa tu.

Akhirnya ayah aku mengalah, dan teruskan kehidupan macam biasa. Mak cakap ayah sangat sayangkan akak sulong dan abang aku. Tapi kakak aku yang kedua dia macam kurang sikit. Taktau sebab apa. 14 tahun lepas tu aku pula dilahirkan. Jauh kan jarak aku dengan kakak dan abang aku.Jadi secara keseluruhan adik beradik kandung, aku adalah anak yang ke 13. Masa aku dilahirkan ayah aku dah berumur 50an. Ramai yang tak percaya mak dan ayah masih mampu ada anak. Mak pun masa tu dah lewat 30an. Sampai orang-orang panggil aku anak ‘koret-koret’ (maksudnya macam last kopek).

Masa aku dilahirkan tak ada yang pelik pun, cuma muka aku memang sebijik la ikut muka ayah. Masa aku berumur 3 tahun nak masuk 4, konflik pun bermula. Ayah dah mula sakit-sakit. Sebelum lumpuh, ayah memang ada asma. Tapi nampak keadaan makin teruk. Ayah beberapa kali juga diserang sawan sampai berbuih buih mulut. Masa tu aku mungkin dalam 3 tahun, ingatan aku pun samar-samar je ni. Aku ingat aku pernah tolong pegangkan kaki ayah masa ayah kena sawan tu. Tak silap aku lepas 2 3 kali kena sawan tak lama tu ayah lumpuh.

Walaupun ayah lumpuh tapi selera makan dia mengalahkan orang sihat. Ayah memang kuat sangat makan, berbeza dengan masa dia sihat. Tapi badan dia kurus kering tinggal tulang. Muka pun cengkung dah macam tengkorak hidup. Sejak lumpuh ayah macam dah mula nyanyuk. Kadang-kadang dia akan menjerit jerit panggil nama aku. Aku ingat lagi ayat dia ” adik jangan mandi tasik!!! m**i lah anak aku!!!” boleh dikatakan setiap hari ayah aku menjerit macam aku ni nak kena b***h.

Tasik yang ayah aku maksudkan ialah kat kawasan rumah lama kami ada 1 tasik. Masa sihat ayah selalu jogging dan bawa aku mandi kat tasik tu. Tapi ayah pernah pesan jangan pergi tasik sorang-sorang.

Dipendekkan cerita, setelah 6 tahun ayah menderita tak boleh jalan, aku ingat lagi masa tu aku darjah 4. Mak dan kakak aku ada bawa 2 orang Indonesia. seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka masuk bilik ayah. Masa mereka masuk tu aku tengok ayah macam buat tak tahu je, selalu kalau ada orang datang atau tetamu ayah paling beria nak salam. Aku cuma perhatikan dari tepi pintu. Perempuan Indonesia tu duduk di kerusi tepi katil sambil mulut dia macam terkumat kamit tapi aku tak dengar sepatah haram pun apa dia cakap.

Dia kemudian macam hembus perlahan kat muka ayah tapi dari jarak jauh. Kemudian ayah terus macam baru perasan dia ada kat situ. Ayah terus jegilkan mata dan menengking. “Kau siapa!!!” Aku terkejut dengar ayah marah aku terus lari pergi ruang tamu dan taktau apa yang berlaku lepas tu.

Aku tak perasan berapa lama orang tu ada dalam bilik ayah, tau-tau je dorang dah balik. Seminggu lepas kejadian tu ayah meninggal dunia. Lepas ayah meninggal dunia tak ada apa-apa yang pelik yang berlaku.

Sebenarnya aku pernah terjumpa buku kecil milik arwah ayah, dalam tu ada tulis macam ‘ayat’. Tulisan rumi, yang aku dapat ingat ayat tu “mataku mata nabi….” aku tak ingat nabi apa. Bila aku tunjuk kat mak, mak terus ambil dan taktau la mak buang ke simpan.

Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apa rahsia keluarga aku, lepas ayah meninggal mak seboleh-boleh macam mengelak untuk cerita pasal ayah. Tapi peristiwa orang Indonesia datang jumpa ayah dan seminggu lepas tu ayah meninggal masa menjadi persoalan bagi aku. Sampai aku tanya mak, ayah ada saka ke? Mak marah aku. Dia cakap dah ajal ayah.

Tapi aku tak puas hati, sebab sampai sekarang aku selalu rasa yang aku tak berseorangan. Aku selalu rasa macam ada sesuatu. Rasa tu tak pasti, susah aku nak terangkan. Sebab aku tak pernah nampak. Cuma kalau kelibat tu biasalah.

——————————————————–

Semasa aku berumur 15 tahun sekolah ditingkatan tiga bermula lah episod misteri(tak sangat la kot?)….. Sebelum ni aku tak pernah tengok orang kena sampuk atau histeria. Senang cerita tak pernah terfikir langsung tentang alam ghaib. Pertama kali aku dengar cerita dari kawan aku, dia kena tindih masa tidur. Tapi aku tak ambil pusing sebab bagi aku macam ‘nothing’ dan tak menarik cerita macam tu.

Sampai la pada satu hari, masa tu petang kat dewan sekolah. Aku masa sekolah dulu memang aktif aktiviti koko terutamanya kawad kaki. Petang tu, lepas latihan kawad aku dan kawan-kawan lain berehat tepi dewan sambil bersembang. Seorang kawan aku ajak aku ronda-ronda naik motor. Aku pun sepantas kilat terus bertenggek atas motor dan kawan aku ni memang sengal sikit. Dia bawak motor sambil berdiri selaju-lajunya. Aku pun just gelak2 je kat belakang.

Tepi dewan tu ada kawasan hutan tapi takla hutan sangat lebih kepada semak-samun dan berbukit sikit. Atas bukit tu ada kuarters guru. Kawan aku cuma ronda-ronda turun naik bukit tu. Masa aku ternganga gelak-gelak tu tiba-tiba aku rasa macam ada benda masuk dalam mulut. Tekak aku terus rasa tersekat dan aku cuba batuk untuk keluarkan benda tu tapi tak boleh. Aku tepuk belakang kawan bagi isyarat berhenti. Dia pun terus bawa motor dan berhenti di tempat kawan-kawan lain berkumpul tadi.

Aku terus turun motor dan pergi depan pintu dewan. Aku longgarkan pin tudung dan hembus batuk semahu-mahunya tapi tak ada apa benda yang keluar. Tiba-tiba aku rasa macam tak selesa dan terus batuk-batuk.

Kawan-kawan aku yang lain dah mula panik. Mereka tolong tepuk belakang aku. Suasana agak kecoh la masa tu, tiba-tiba sorang kawan aku ni cakap baca ayat kursi. Terus aku menjerit. Sebenarnya, masa aku menjerit tu aku sedar tapi aku menjerit luar kawalan aku. Aku tak rasa nak jerit pun tapi aku menjerit. Lepas tu aku terus meronta-ronta. Aku bukan 100% tak sedar, aku sedar masa tu cuma aku taktau kenapa aku bertindak macam tu. Memang aku pun taktau macam mana nak gambarkan.

Dalam 15 minit aku bergelut dan menjerit-jerit tu, ada sorang abang senior ni azan kat telinga aku. Aku betul-betul rasa tak selesa. Aku berpeluh dan rasa seram sejuk. Rasanya kan macam pagi-pagi kau tak sarapan lepastu rasa sakit perut yang amat sangat sampai kau pucat dan berpeluh.

Lepas kena azan tu aku dapat balik badan aku, aku kawal supaya tak meronta lagi. Apa yang aku rasa adalah letih dan sakit sangat-sangat. Sebab lebih 5 orang kot pegang kaki dan tangan aku. Lepas tu, bila keadaan reda, ada seorang makcik ni datang. Rupanya ada orang yang panggil sebab dia dengar ada budak histeria. Makcik tu kira orang ‘pandai’. Makcik tu baca something dan usap perut aku. Dia cuma cakap ni lapar ni tak makan lagi, perut kosong. Aku pun haa okay. Selama ni aku lapar tak ada la sampai kena macam ni.

Lepas kejadian tu, aku selalu kena gangguan tu. Benda tu datang tiba-tiba tanpa bagi isyarat. Aku akan terasa panas dan terus mnejerit-jerit. Perkara tu berlarutan sampai boleh dikatakan setiap minggu. Pelajaran aku memang terganggu, balik-balik muka aku je yang baring kat bilik kesihatan tu. Semua dah mula bercakap pasal aku. Ada yang kata aku ni buat-buat histeria sebab nak perhatian.

Jujur aku cakap, masa sekolah aku ramai kawan. Semua kawan aku jenis ambil berat dan sayangkan aku. Aku tak ada sebab nak tarik perhatian siapa-siapa. Aku mula segan dan jauhkan diri dari semua orang. Betul. aku malu sangat bila orang cakap lepas ni kalau dia kena sampuk bogelkan je tengah-tengah panas. Aku bukan nak kena sampuk, tak ada siapa dalam dunia ni nak alami benda yang bagi aku memalukan.

Sepanjang aku sekolah dari tingkatan 3 sampai 6 atas. Gangguan tu berulang. Jika sebelum ni gangguan tu hanya datang pada waktu sekolah, tapi mungkin tuhan nak mak aku tahu apa yang aku alami selama ni. Aku ingat lagi, masa tu petang dalam pukul 4. Aku keluar naik motor dan isi minyak kat Petronas. Lepas tu kebetulan aku jumpa kawan lelaki aku yang kerja kat Petronas tu. Kawan aku ni kalau korang nak tau dia agak aktif dalam tarian kuda kepang yang mabuk-mabuk tu. Mak dia pula seorang mak andam. Tapi aku dengan dia tak ada apa-apa masalah,kami baik sejak sekolah.Waktu jumpa dai tu aku cuma sembang-sembang kosong.

Balik dari isi minyak tu, aku terus masuk bilik. Masa tu mak aku kat dapur. Bilik aku pulak kedudukannya sebelah dapur. Lepas masuk bilik dan masa aku nak baring tu, tiba-tiba aku rasa perut aku sakit sangat macam kena cucuk benda tajam.

Secara automatik aku menjerit sambil menangis panggil mak aku. Pintu bilik aku berkunci. Mak aku ketuk-ketuk dari luar tapi aku tak mampu nak bangun buka. Aku pegang perut menahan sakit. Macam kena tikam. Bila ketuk-ketuk tak bukak dengar pulak aku meraung mak aku terus terajang pintu tu.

Mak aku baca ayat kursi, 3 qul segala ayat keluar la. Aku pulak terus menangis sebab sakit tambah pulak rasa takut. Mak aku memang panik gila masa tu sebab aku tak pernah kena macam tu depan mata dia. Selalu dia cuma dengar orang cerita pasal aku kena sampuk. Dia pun telefon akak sulong aku. Aku mampu terbaring je sambil pegang perut. Dalam setengah jam, abang ipar aku sampai. Dia cakap akak aku tak boleh datang sekarang sebab nak jemput anak balik sekolah. Abang ipar aku datang berdua dengan kawan dia. Kawan dia ada kenal 1 tempat berubat. Nama pakcik yang berubat tu Pak Ali, tinggal di Parit Surau Batu Pahat.

Sampai je sana, aku rasa penat sangat macam berlari 400meter. Dengan tak pakai selipar mak dan abang aku papah aku masuk rumah Pak Ali. Dalam rumah tu, Pak Ali arahkan bawa aku masuk dalam 1 bilik, mak aku ikut sekali. Dalam bilik tu dah siap dibentang
kain putih.

Selesai baca selawat dan ayat-ayat suci, Pak Ali keluarkan satu keris pendek. Dia tekan hujung keris tu kat setiap sendi-sendi aku. Mula-mula dia tekan tekan ubun-ubun kepala. Masa tu panas dia jangan cakaplah. Aku rasa macam kena bakar.

Selesai 1 badan aku ditekan dengan keris tu, aku rasa ringan dan sejuk. Pak Ali cakap dengan mak, ada orang ‘bagi’ ni. Aku tak berapa jelas masa tu, sebab aku rasa mengantuk sangat. Habis berubat tu, aku balik. Mak suruh aku tidur bilik depan sebab dekat dengan dia apa-apa jadi senang.

Masa nak tidur lepas dah tutup lampu semua, aku rasa sakit perut datang balik. Aku pegang kat bahagaian pusat sebab aku rasa macam ada satu benda keluar dari perut aku. Aku tarik perlahan-lahan, d***h membuak-buak keluar dari perut aku. Benda yang keluar tu macam buluh, saiznya besar pensil kayu 2B. Sambil tarik kayu tu, aku menangis sebab sakit dan takut. AKu panggil mak. “Mak….sakit!!! ada benda keluar dari perut” aku jerit sambil lap tangan aku yang penuh d***h tu kat dinding belakang kepala katil.

Maku masuk bilik buka lampu, mak aku tanya mana sakit.. “Mak, tengok ni sakit d***h banyak….” Sambil hulur tangan aku kat mak.

“Mana ada d***h….adik terbawa-bawa ni. Sakit lagi ke?” Sebenarnya tak ada pun d***h atau buluh yang keluar dari perut aku. Tapi aku memang yakin 99% sebelum mak masuk bilik, memang ada buluh keluar dari perut aku dan tangan aku penuh d***h. Seperti biasa, mak aku tak suka besarkan hal-hal macam ni, dia suruh aku tidur buka lampu.

——————————————————

Sekarang semua tu dah 7 tahun berlalu, lepas peristiwa tu. Gangguan makin kurang atau boleh dikatakan hampir tiada gangguan, cuma aku pula seakan menanti atau mengharap untuk diganggu. Perasaan macam rindu untuk rasa kena kacau dan rindu nak nampak kelibat macam dulu. Aku tak tahu kenapa aku rasa semua ni.

Sebenarnya , sampai sekarang aku tak dapat penjelasan pun atas apa yang aku pernah lalui dulu. Aku sakit apa, kenapa aku jadi macam tu. Lepas berubat dengan Pak ALi pun, dia tak ada cakap apa-apa atau beritahu sebab. Dia cuma cakap, jangan tinggal solat.

Adakah gangguan yang aku kena tu ada kena mengena dengan arwah ayah aku? Aku kena sihir? Aku halusinasi? Aku masih mencari-cari jawapan tu. Teringin sangat nak tahu. Tapi oleh sebab aku dikelilingi manusia-manusia yang tak percaya benda macam tu. Aku cuma simpan dan pendam. Aku hanya mampu baca dan cari maklumat-maklumat tu dari internet yang kesahihannya tak dapat dipastikan.Begitu juga dengan arwah ayah aku. Ayah aku ada rahsia ke? Sampai aku terkena tempias?

Perkara terbaru yang aneh aku dapat ialah, aku kerap mimpi gereja dan paderi. Ada 1 malam tu pula aku mimpi kena kejar makhluk macam zombi. Aku lari dan sembunyi belakang bangunan kosong. Aku baca ayat qursi. Tapi dalam mimpi tu aku baca tunggang terbalik susah sangat nak ingat bait-bait ayat suci tu. Tiba-tiba ada makhluk hodoh hidung panjang kulit hitam kelabu dan berkedut-kedut sergah aku. Dia rapatkan mulut ditelinga dan bisik, “kenapa baca kalau kau tak percaya……”

Ya… buat pengetahuan para pembaca, sebenarnya keyakinan aku pada agama Islam mula terhakis dan pudar. Aku sering persoalkan kewujudan agama Islam. Apa yang aku rasa, dalam hati aku ada 2 fikiran. 1 yang menentang, 1 lagi rasa bersalah dan cuba cari jalan pulang.

Aku pernah terdetik, aku ni jahat, hati hitam. Mungkin aku ni adalah pengikut Dajjal yang bakal keluar bila menjelang kiamat kelak. Aku selalu mencari sisi kegelapan, berharap aku diganggu macam dulu. Apa sebenarnya yang ada dalam hati aku, dalam tubuh aku. Aku tak tahu….

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Komrad

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

14 thoughts on “Apa Sebenarnya?”

  1. assalamualaikum … kalau kyakinan terhadap islam semakin hilang… perlu bnyk ingat kt Allah Swt … dgn sentiasa memahami mksud Al Quran … lagipun doa penting… hrp akak dpt Nur Allah … insyaallah

    Reply
  2. assalamualaikum … kalau kyakinan terhadap islam semakin hilang… perlu bnyk ingat kt Allah Swt … dgn sentiasa memahami mksud Al Quran … lagipun doa penting… hrp akak dpt Nur Allah … insyaallah

    Reply
  3. Bahaya wak. Salah satu tanda sihir, awak akan mimpi gereja, atau salib. Memang biar lama, tanpa amal ibadat.. benda tu akan mudah menguasai diri. Sebaiknya awak tingkatkan amal ibadat. Dekatkn diri dengan Allah.

    Dan sebaiknya.. cari lah orang yang sebetulnya untuk berubat. Moga-moga ditunjukkan jalan yang benar 🙂

    Reply
  4. Ya Allah adik tolong pergi berubat dengan pengamal ajaran Islam yang sah.. Jangan biarkan benda nie menganggu adik … Cari Jalan penyelesaian .. Dekatkan diri dengan Allah ..

    Reply
  5. Jalan terbaik pergi berubat. Jangan biarkan benda tu menguasai diri awak. Kena banyakkn istighfar dan baca Al-Quran, Solat jangan tinggal. In Sha Allah semua gangguan tu akan hilang dengan izin Allah.

    Reply
  6. Syaitan n iblis ni keje dia mmg nk menyesatkan manusia dik….mmg diorg sedaya upaya nk buat adik fikir cam tu. Dapatkan pertolongan n berubat. Cr pusat perubatan islam . Satu lg terus terang dengan mak apa yg adik rasa…nangis depan dia pn x pe. Biar dia cerita yg betul2 kisah disebalik arwah ayah adik.

    Reply
  7. Ni sama lah kes macam kawan aku. ustaz da pesan kat semua jgn suka2 sgt buat bising kat dalam surau. kawan aku ni duk borak2 gelak2, lepas tu tibe2 da time nak solat xboleh berenti gelak. die menangis terus jd histeria.haha… moral of the story, jangan lah nak tergedik2 sgt. Nnt ade yg memerhati.

    Reply
  8. Abang aku adalah anak kepada kakak tiri aku, (isteri no 1 ayah). — Abang ni kira pangkat cucu kat ayah penulis kan? and bukan kakak tiri, tapi kakak kandung. betul kan?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.