Assalamualaikum semua pembaca dan pengikut setia FS…
Terima kasih kepada admin FS kalau cerita saya disiarkan secara maya.
Aku perkenalkan nama aku Fiq. Nak cerita tentang kisah seram yang pernah saya alami suatu ketika dahulu.
Aku bukan asal KL to mula menjejak kaki sejak tahun 2003. Kisah ni berlaku sejak tahun 2009 dan mula nenampakkan diri “mereka” sejak tahun 2010. Pada tahun 2009 aku hanya selalu melihat kelibat sahaja..kalau balik rumah nak bukak pintu rasa macam ada orang dekat belakang, rasa macam ada orang perhatikan, kalau terberani sikit aku toleh kot-kot ada orang..tapi biasanya cuma nampak kelibat hitam je.
Asalnya aku duduk dengan kakak aku di Selayang tapi Aku mula menyewa sebuah rumah dengan 3 lagi rakan (aku,syah,kakak angkat aku dgn suami dia) di area Setapak pada awal tahun 2010. Sebuah apartment yg agak crowded jugak kawasan persekitaran dia. Susah nak cari rumah sewa yg ikut belanjawan semasa ketika itu. Cari punya cari jumpa lah sebuah apartment untuk disewa. Teratai mewah apartment di setapak. Yang ada kosong di blok 17 tingkat 11 je masa tu. Disebabkan terdesak nak menyewa rumah, kami pun bersetuju untuk sewa. Rumah ni dia menghadap satu flat depan dia yang agak suram dan ada beberapa pokok besar. Kalau malam2 lepak balkoni sorang2 tu agak seram jugak la. Aku ambil bilik tengah. Master room member aku.
Kisah penampakkan ni bermula pada pertengahan tahun 2010. Aku kerja memang selalu balik lewat sikit. Paling awal kul 9 mlm. Jarang balik awal sebabnya lepas habis kerja, lepak dulu untuk release tension kerja. Pada satu malam tu (jumaat malam sabtu), aku balik awal sikit sebab tak berapa sihat. Habis kerja terus balik rumah. Kawan serumah yang lain, biasanya kalau hari jumaat habis kerja terus lepak danau kota uptown layan karoks sampai lebam. Selagi tak tutup uptown tu selagi tu diorang tak balik. Uptown tutup jam 3 pagi dan biasanya diorang balik waktu subuh sebab lepak teh tarik kat mamak. Malam tu cuma aku keseorangan di rumah tanpa teman sebab member sebilik aku time tu takde balik kampung di Kelantan.Masa balik tu dah rasa semacam sebab masa masuk rumah, rasa macam ada yg memandang aku daripada balkoni depan. Tapi aku tak tengaok straight kt balkoni. Sebab tak berapa sihat aku terus masuk bilik dan tidur.
Masa tengah nyenyak tidur ni, aku rasa ibu jari kaki aku kena kuis. Mulanya buat tak endah, tapi lama- lama rasa pelik. Sape pulak yang kuis-kuis kaki aku?. Dalam mamai tu aku alihkan kaki aku dan aku tgk sape yg buat kerja. Bilik aku kalau tidur mmg gelap. Aku tak boleh tidur kalau bilik cerah. Dalam samar2 (cahaya lampu koridor luar) aku nampak macam seorang perempuan dewasa dengan kanak2 perempuan 2 orang. Sebabkan mamai otak jadi lambat proses. Aku terus je perhati gelagat 3 benda ni. Dalam pada masa sama aku still fikir siapa mereka?. Bila aku tersedar dari lamunan cepat2 aku bangun bukak lampu bilik. Bayangan 3 benda ni pun xde dan hilang macam tu je. Tetiba seram sejuk plak aku rasa. Tengok jam baru pukul 10.45 malam. Aku decide keluar bilik duduk ruang tamu tengok tv.
Masa tengah layan tv, sekali lagi aku kena usik. Masa tengah syok tv drama tv, aku dengan jelas dengar telefon member bilik master room aku tu berbunyi dan dia jawab panggilan. Nama dia Gie..Rancak sembang gelak2 semua. Pintu bilik dia tutup tapi still boleh dengar. Lama jugak dia sembang dalam phone, ada dalam 15 minit mcm tu. Habis je dia cakap “bye”, aku pun panggil nama dia. Ingat nak ajak lepak mamak kat bawah sebab aku lapar tak makan malam lagi. Panggil punya panggil tak menyahut. Aku fikir dia tak dengar kot. Aku capai phone aku call number dia. Kali pertama tak berangkat, kali kedua baru dia angkat.
Dia angkat je call aku terus maki dia pehal tak jawab aku panggil. Pastu cerita punya seronok dia sembang tadi dalam phone pastu aku panggil buat tak tahu je. Pastu aku cakap aku tak kira jom lepak mamak makan. Aku lapar. Member aku diam tak jawab sepatah pun. Aku tanya dia pehal diam?. Mula tu dia jawab “err..err..errr…” je sebelum aku menyampuk “err..err.. mende?..jom la makan!”.
Kemudian member aku balas dia tak tahu nak cakap apa kat aku. Dia cakap dia waktu tu ada dalam kereta dgn suami dia dan on the way balik kampung dia. Dan dia dekat area tol sungai besi that time. Tapi aku still berseloroh jangan main. Yang aku yakin dia xde kat rumah sebab dia bersumpah “Wallahi”. That time terus aku rasa lain. Aku macam tak boleh nak berfikir dah time tu. Aku cuma duduk dan tengok luar (balkoni). Masa aku dok ralit tgk luar tu fikiran aku jadi kosong. Aku nampan perempuan rambut pendek dok intai aku daripada balkoni tu. Then fikiran aku rasa melayang, dan aku rasa hujung jari jemari tangan aku sejuk (tak tahu nak explain sejuk dan perasaan tu mcm mana). Aku dah rasa lain macam. Aku rasa keadaan sekeliling dalam rumah aku tu macam something. Aku tak tunggu lama terus fikir bangun dan keluar rumah. Masa bangun tu aku mcm blank sekejap macam nak pitam. Then aku terus capai helmet kunci semua dan keluar daripada rumah.
Aku keluar lepak uptown lepastu lepak mamak. Jam 7 pagi baru aku berani balik semual kerumah itupun sebab aku dah mengantuk sangat2. Aku balik tidur, jam 2 petang baru aku bangun tidur. Lebih kurang jam 4 petang aku jumpa orang yang lebih arif untuk aku dapatkan penjelasan. Dia cakap yang perempuan dan 2 budak kecik tu adalah cik ponti. Dia mmg menetap area perumahan tu. Yang perempuan rambut pendek dok intai aku tu pulak adalah roh orang m**i kena langgar keretapi. Dia ikut aku masa aku naik keretapi ke KL sentral. Aku jadi jammed time tu. Lepas kejadian tu seminggu aku balik rumah akak aku dan demam. Lepas elok demam aku pergi berubat di darul syifaq. Lama jugak berubat baru aku pulih semangat semula.
Sekian
Admin dah pos le…dah baca dah 👆👆👆👆
Biar p la dah pernah post ke tidok.. orang lain ada yg xbaca lagi.. ko dah bace diam2 sudah..
ko duk g ke umah tu?
Yg citer ni laki k pompuan.
pompuan le kot sbb die ckp mase die cll mmber die mmber die dengan laki die otw blik kmpg…
kawan dia yg dah ada suami tu tak risau ke suami dia buat skandal dgn kawan 1 rumah ni?
Knp cerita mcm tgantung🤔.. apa kjadian selepas tu. Awk masih tinggal kat rumah tu lg?
Seronok duk bcampur ni..bole bskandal syp2…
Roh orang m**i ikut balik? Hahahahaha…..yg ni lawak
Ha tu laa kan. Siapalah org yg lebih arif tu ckp mcm tu
huahuhahua sandi kan …seb baik tabah
Kalau aku memang pindah la jawabnya. Paling seram satu rumah dengan bukan mahram tu. Yang kedua seram cik ponti tu la. AyatulKursi tu bukan kita baca bila nampak entiti saja. Perlu sentiasa dibaca supaya benda-benda tu rasa panans bila berdekatan dengan kita. Satu lagi yang sangat ampuh untuk pendinding diri (atas izin Allah) ialah ayat ‘Bismillhillazi’ (ayat akhir Bismillah 5 tu). InsyaAllah, jadikan amalan tiap kali lepas solat dan jadikan amalan zikir pembasah lidah. Terima kasih kongsi cerita ya.
Alamaaakkkk!!! Kenapa pendek sangat😭😭
srsly aku pun pernah menyewa kat teratai mewah ni awal tahun 2011 sampai hujung tahun. tapi aku kena kacau ikut tingkap bilik je. dia mai ketuk2 tingkap. padahal aku tingkat 10 sia. and tingkap tu MUSTAHIL ada org boleh panjat, apatah lagi panjat main ketuk2 tingkap. and kat blkg kawasan apartment ni pun ada 1 pokok tu creepy gila, sbb pokok tua kan, location dia kalau korang yg duk area2 situ, try g kat blkg Anandur yg jln menghala ke jln blkg nak ke Steven’s Corner. area situ boleh nampak jelas pokok tu. sambil2 tu pandang la apartment tu try tengok tingkap bilik setiap rumah yg menghala kesitu, boleh tak orang panjat ketuk tingkap? kbye
Alhamdulillah…x pnh lak kene pape mase menyewa kat apartment teratai mewah setapak tu dulu. Xtau plak kt area ctu mmg keras.. Lame gak la dok menyewa kt sane.. huhuhu…
Saya pun duduk teratai mewah lama dah sejak tadika..tempat nie mmg keras sikit..kena pandai jaga diri..dulu waktu sekolah rendah dalam 2004, 2005 macam tu, tempat nie famous sekejap sbb banyak kali org terjun bangunan b***h diri..