Aparment Murah di Pulau Langkawi

Thanks admin sbb siarkan cite aku ni and tolong hidekan profile aku ye. hehe. Cite aku ni memang panjang gila, al-maklumlah kisah percutian 3H2M, aku nak pendekkan pon x tau macam mana nak pendekkan. Maafkan aku kalau ada yang baca cerita aku ni terasa boring. Kisah ni terjadi pada tahun 200, masa tu kitaorang bercuti di Pulau Langkawi. Kitaorang berlima satu tempat keja (Wan,Ahmad,Abdul,Tania dan aku), Tania ni wife Wan.

Ok..kisahnya bermula di sini…

Kitaorang sampai di Langkawi pukul 9am. Keluar je dari jeti, ada sorang abang ni offer kereta sewa. Nama dia abg Lan. Disebabkan percutian kitaorang last minute punya plan dan under budget holiday, so kitaorg sewa kereta yang biasa2 je, harga pon berpatutan. Dah deal kereta sewa, abg Lan offer lak apartment. Dia bawa kitaorg pegi tengok apartment tu, ada 3 bilik, bolehlah 1 bilik untuk lelaki, perempuan 1 bilik. Deal punya deal so kitaorg setuju sewa apartment tu. Abg Lan pon pass la kunci rumah..

Kemas2 barang letak dalam bilik masing2, masa tu da pukul 11am, jadi yg lelaki kata nak pegi cari lauk dekat gerai, nak makan dekat rumah je dulu, plan after makan nak rehatkan badan sejam dua lepas tu baru mulakan pengembaraan. So, kitaorang sume setuju. Lelaki keluar cari lauk, Tania dgn aku tunggu dekat rumah, tengok tv. Tengah layan tengok tv, terlelap la kitaorg berdua. Tau2 aku terjaga, Tania kejutkan aku, dia tanya aku kenapa dengan tv. Aku tengok tv tu xde siaran, klu nak kata astro gangguan cuaca, cuaca elok je.

Tengah aku perah kepala pikir, aku dengar Tania call Wan, tanya dorang dekat mana, siap suruh balik sekarang jugak. Aku pandang je dengan wajah kerut seribu sambil ckp..’alaa..xde siaran je kot, x payah la sampai suruh dorang balik sekarang juga, manja btl’…

Tapi aku cakap dalam hati jela masa tu, itu je yang aku berani..hahahah. Dorang bilik, tv masih lagi camtu, Wan call abg Lan bagitau pasal tv, abg Lan boleh lak jawab ‘kejap lg ok la tu’. Dalam 3 minit lepas end call, guess what, tv back to normal. Macam ada remote tv lak dekat abg Lan, macam dia pulak yang control tv tu dari jauh…

Lepas makan, rehat sekejap kitaorang decide nak keluar. Masa nak keluar tu, aku nampak baki air dalam jug, masih banyak lagi. Aku pon pegi dapur amik pinggan tutup jug tu..

Da puas berjalan, kitoarang smpai rumah pukul 9pm. Abis mandi, aku tengok atas meja, jug yang isi air tadi dah xde. Adalah tu antara kitaorang yang minum. Aku tengok yang lain tengah kumpul dekat dapur, aku pon join la dorang.

Rupanya dorang tengah tengok dekat lantai dapur tu ada satu lopak air macam warna perang. Besar jugak la bulatan air tu. Ingatkan air tu dari peti ais atau dari sinki. Tengok punya tengok, air tu bukan datang dari peti ais atau sinki. Air tu x tau datang dari mana, macam ada orang tumpahkan air dekat atas lantai. Malas kitaorg nak fikir, kitaorg mop je air tu…

Lepak dekat ruang tamu layan tv, pukul 11pm camtu aku lapar (dorang yg lain da makan dinner sebelum balik, tapi aku x makan, konon2 x lapar). Ahmad yang tau feveret aku terus offer aku nak makan mcd ke, aku pon apa lagi, senyum lebar la.

Masa tu terfikir gak, McD dekat Langkawi tu tutup pukul berapa, macam kat KL juga ke buka 24hours tapi masa tu mana la ada encik google untuk tanya. Nak x nak, kena keluar juga la tengok. Aku dengan Ahmad je keluar, Abdul memang x sabar nak tidur, Tania dgn Wan nak lepak dalam bilik sementara tunggu kitaorg blk..

Masa aku dengan Ahmad sampai dekat kereta, aku dengar bunyi radio dari kereta sewa kitaorang tu. Aku yang masa tu dungu blh lak tnya, sapela yg x tutup radio masa keluar keta td…Ahmad diam je..smpai je mcd, tgk2 mcd da tutup..kitaorg cari gak burger tepi jln tp x jumpa..kitaorg pon blk la rumah..sampai je dkt rumah, masa nak buka gate, tak blh buka, byk kali juga Ahmad try, sambil try buka gate, Ahmad asyik nak pandang blkg je..aku pelik nape dia asyik nak pandang blkg.

Tapi aku tak berani la plak nak join dia skali pandang.Masa tu aku da rasa mcm ada yang tak kena, aku terus baca ayat Kursi, sambil baca bismillah aku hembus dekat kunci gate tu, pastu aku suruh Ahmad try lg sekali.Alhamdulillah, boleh buka.

Masuk je rumah, Ahmad ketuk bilik Wan, nak panggil Tania utk tidur dgn aku.Tapi time tu Wan dgn Tania blh pulak tanya soalan pelik dkt kitaorg, ‘korang mmg baru blk ke? baru je sampai ni ke?..dgn muka yg pelik gak aku jwb..’aah br je blk, mcd tutup, pegi cari burger, x jumpa lak org niaga’

Ok..masuk lak hari ke dua…

Kitaorg bangun pagi2 lg, jalan2 dkt Langkawi tu dr pagi smpai la ke malam..
Da puas berjalan, mlm kitaorg smpai rumah..guess what? Kitaorg smpai rumah, lopak air warna perang ada lg dkt dapur, dkt tempat yg sama..sedangkan pg td kitaorg keluar rumah xde lopak tu..habis lah kitaorg ni sesi tonggeng menonggeng, cari bwh peti ais, bwh singki, segala bwh la kitaorg cari, x jumpa jugak dr mana dtgnya air tu..xkan air tu keluar dari lantai kot..ok, time tu da rasa semacam tp masing2 x berani nak bersuara, hanya mampu ambil mop, mop jela air tu..

Lepas bersihkan diri, kitaorg lepak dkt ruang tamu tgk tv..Abdul lak masa tu nak keluar, nak pegi jalan2 pantai waktu malam..kitaorg yg lain da kepenatan, malas nak join dia..

Dalam pukul 11pm mcm tu, Abdul call Wan, konon2 dia baru saja jumpa benda kelakar, dia ada dkt kwsn Telaga Tujuh. dia nampak nenek tua bongkok tgh masak burger.Abdul ni lak mmg terkenal dgn dia punya mulut celupar.Sambil dia cite tu, dia blh gelak konon2 kata kelakar.Wan masa tu naik angin, terus dia marah Abdul ‘jgn nak merepek, x logik kalau nak ada nenek tua bongkok masak burger malam2 camni’..Abdul blh lg jwb ‘relaxlah..kelakar ni kot’ Wan apa lagi, da mcm bapak marahkan anak aku rasa masa tu ‘ko balik skrg jugak’..tak lama lps tu Abdul pon sampai rumah, takut gak rupanya dia dgn Wan..hehehe

Ok..last day dkt Langkawi tu…

Plan aritu, nak shopping coklat dulu, abis shopping baru pass kunci keta dgn rumah dkt abg Lan..so, kemas2 baju, barang2 sume, kitaorg ada gak tgk dkt dapur, nak tgk ada x lg lopak air tu, tp xde..so, bila sume da siap, masa utk keluar rumah, aku dgn Tania buat last check, round dkt rumah tu, takut ada pape barang yg tertinggal, masa tula aku baru perasan, dekat setiap pintu bilik rumah tu ada tampal ayat kursi.Dekat pintu masuk pon ada ayat kursi juga..

Ok..dlm kereta odw blk KL..

Masa ni barulah masing2 berani nak buka mulut..
– Masa kitaorg sampai rumah tu dgn abg Lan, kitaorg nampak rumah sebelah, dpn pintu rumah sebelah tu banyak kasut dengan selipar. Macam ada family tinggal dkt rumah tu.Selama 3 hari kitaorg duduk situ sampai la masa nak blk, kasut dgn selipar tu masih ada lg dkt luar tu dan kedudukan kasut dgn selipar tu mcm dkt tempat yg sama juga.

Mungkin owner rumah kitaorang tu sengaja letak kasut banyak dekat rumah sebelah untuk biar kitaorg fikir rumah sebelah ada orang dan mungkin utk hilangkan takut kitaorg juga..

– Masa TV hilang siaran, rupanya masa aku dengan Tania terlelap tu, ada ‘orang’ kejutkan Tania, tu yang buat Tania terjaga. Masa dia terjaga dia tengok aku baik punya tido, jadi bukan aku lah yang kejutkan dia, pastu tambah plak dengan TV buat hal, dia dah takut, tu yg dia call budak2 lelaki suruh blk

– Jug air yang atas meja yang aku ingat antara kitaorg jak yang minum, tapi kata Tania, masa kitaorg balik malam tu, dia da perasan jug air tu memang da xde atas meja, dia pegi dapur, jug air tu dah ada dekat tempat pinggan mangkuk, da bersih, macam ada org yg basuhkan

– Malam aku dengan Ahmad pegi cari MCD, Tania dengan Wan lepak dalam bilik. Tiba2 dorang dengar dekat luar, bunyi kerusi dekat meja makan bergerak dengan bunyi tapak kaki org. Masa tu Wan dah standby nak buka pintu sebab dia ingatkan kitaorg da balik, tapi nasib baik Tania halang dia, Tania ckp la kitaorg baru je keluar, x kan cepat sgt kot blk

– Masa aku dengan Ahmad balik malam tu, yang gate x boleh buka tu, Ahmad mmg dah rasa x sedap hati sejak dari bunyi radio dari kereta tu lagi, dia fikir macam mana radio boleh on sedangkan enjin keta mati. Mungkin wiring problem kot. Time nak buka gate tu pulak, bulu roma Ahmad meremang, dia dapat rasa ada benda dekat belakang kitaorg

Sampai je rumah, aku pon kemas2 barang, bagi coklat dekat mama, abah, adik2 aku, aku pegi mandi. Masa nak tidur, aku rasa mcm semangat aku hilang, aku rasa macam takut sangat, takut nak tidur sorang2 dalam bilik tu.

Jadi aku decide ambil bantal dengan selimut, aku tidur dekat ruang tamu. Kebetulan masa aku sampai ruang tamu tu, mama dgn abah aku baru nak masuk tidur. Mama aku pelik la tengok aku angkut bantal selimut. Aku jawab senang je, nak tidur luar, bilik panas..

Ni cerita dari mama aku…

Dalam pukul 3 pagi macam tu, mama dengar aku mengigau. Mama tengok aku masa tu dah maraca-racau sambil tangan aku lurus tunjuk dari satu tempat ke satu tempat.

Gaya aku macam dekat mana ada ‘benda’ tu dekat situ la tangan aku tunjuk. Mama terus ambik wudhuk dan solat tepi aku, mama baca Yasin. Selesai baca Yasin, mama kejutkan aku, mama suruh aku minum air Yasin dan mama sapu air Yasin tu dekat muka aku. Masa mama sapu tu, masa tu aku rasa semangat aku yang hilang tadi terus ada semula. Masa tula sesi soal jawab aku dgn abah pon bermula. Abah tanya aku apa yg berlaku masa dekat Langkawi dan aku pon cite la dr A-Z

Esoknya abah jumpa kawan abah yang arif tentang bab2 ni, macam ustaz la jugak, dia pon selalu pegi Langkawi..so, ni kesimpulannya

– Kawan abah suruh aku ingat balik, masa masuk rumah tu, kitaorg ada x bagi salam atau baca apa2. Jawapannya memang tak, kitaorg waktu tu punya excited sampai x ingat sume tu Lepas tu rumah tu ada habuk atau kotor x? Seingat aku masa masuk, rumah tu memag bersih sangat2. Rak tv pon x de habuk..

Kawan abah tu cakap, dari apa yang aku cerita selok belok jalan nak ke rumah tu (aku pon x berapa arif sgt tentang jln nak ke rumah tu, aku explain ikut apa yg aku ingat je..hehe)..

Rumah tu adalah kawasan keras, memang dulu ada orang tinggal dekat situ tapi sekarang ni owner rumah hanya bagi pelancong sewa je, tapi x ramai orang yang nak duduk situ.

Orang2 yang macam kitaorg ni jela, yang budget holiday je yang akan setuju nak sewa situ sebab murah. Rumah yang kitaorg sewa tu, pada pandangan dia, rumah tu jagaan orang bunian. Sebab tu masa masuk rumah tu bersih je..

Lopak air yang entah dari mana muncul tu kemungkinan kawasan anak2 orang bunian mandi tapi nasib baiklah xde apa yang jadi dekat kitaorg. Hanya kena kacau2 macam tu jela.

Tamat sudah cite aku ni, sorry ye kalau ada yg baca terasa boring..terima kasih..Wassalam..

7 comments

  1. Aku taw apartment mana ni. ?
    Kalau di ikut kan sbenaqnya memang apartment tu haunted pun. So kepada yang nak holiday kat langkawi nuh, tak payah lah nak sewa apartment. Baik sewa chalet depan laut kat chenang nuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *