Salam perkenalan kepada semua,terima kasih admin kalau publishkan cerita aku . ini merupakan kali pertama aku menulis . perkenalan singkat aku Zi, perempuan berumur 22tahun dan sudah bertunang. nama tunang aku ni Hasif .Kisah yang aku nak cerita ni tentang pengalaman aku pergi ke port Dickson,seremban.
Jujur aku katakan aku ni nak kata percaya tak juga nak kata tak percaya pun tak juga. Biasa-biasa normal bukan taksub dengan alam ghaib ni. Aku ni keturunan banjar (belah ayah). Jadi atuk nenek saudara mara semua berubat punya orang. Arwah atuk aku ni selalu orang datang minta lariskan kedai dll lah. Sebab tu aku macam percaya tak percaya. Nanti ada masa aku ceritakan pasal keturunan aku.
Hasif ni atas aku setahun, dia ni ada habit suka dengan alam ghaib tapi tak percaya dengan hantu. Jadi sepanjang kami bersama tak pernah ada perkara pelik yang berlaku. Itu orang tua kata, selagi tak kena tak beringat.
PORT DICKSON
Waktu ni aku plan nak pergi holiday, merehatkan minda kononya. Jadi tempat paling dekat adalah port Dickson, seremban. Bincang –bincang yang ikut jumlah semuanya 5orang. Aku, hasif, fiqa, azam dan jai . 2pasangan satu membujang. Kami bergerak pukul 8 malam naik satu kereta. Sampai sana dalam pukul 9:30pm.
Pergi pun ikut kepala sendiri jadi tak sempat nak booking mana-mana hotel. Tengah pusing-pusing ada satu tempat ni ada beberapa orang india duduk depan pagar, diorang tegur kami.
“cari bilik ke dik?” Dia bertanya .
“Aah, tak jumpa lagi. Nak duduk satu malam je.” Aku membalas.
Mereka berborak sebentar dengan rakan-rakannya. Dalam 5minit macam tu dia sambung.
“ada satu rumah kosong, kalau nak kita kasi harga murah sikit.” Sambil menunjukkan kawasan yang ingin kami sewa.
“murah berapa tu?” Azam menurunkan cermin kereta.
“RM120. 2bilik apartment. Itu tempat depan laut.”
“murah sikit lah. Ini pun sudah pukul berapa. Boleh ya.” Pujuk ku. Mana tahu dapat diskaun kan. Tak cuba tak tahu.
“okay lah, RM100. Cek out pukul 12:00pm ya.”
Setelah berbincang akhirnya kami berlima bersetuju. Bergerak lah kami mengikut mereka ke tempat yang kami akan tinggal sebentar lagi. Suasana sunyi sangat masa ni. Kami positif mungkin semua dah tidur atau keluar sebab malam minggu kan. Naik lif turun kebawah, tingkat G agaknya.
Pintu lif terbuka, sayup suara ombak pantai kedengaran. Suasana menjadi dingin, macam nak hujan agakku. Sampai dihadapan pintu, kunci bertukar tangan. Aku menoleh kekiri dan kanan, ada beberapa pagar dililit dengan pita kuning polis tu mungkin. Kami pun masuk kedalam rumah.
Zasss. Angin menyapa kami. Oh sliding door dia terbuka. Aku dan Fiqa menuju ke koridor. Ini betul punya laut. Kalau nak mandi tinggal terjun je kebawah. Tapi baru sahaja kami ingin masuk kedalam kami ditegur suatu suara
“haaahhh” suara hembusan nafas betul-betul dibelakang kami.
Fiqa sudah memegang tanganku erat. Aku hanya tersenyum sedikit menandakan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kami berjalan masuk kedalam. Sliding door aku tutup rapat lalu kukunci. Selesai mengemas barang kami bercadang untuk keluar makan tapi jai tak mahu ikut. Katanya kenyang. Takkan nak tinggalkan dia seorang diri. Sudahnya aku dengan Hasif je keluar pergi tapau makanan.
Seusai siap membungkus makanan, aku perasan macam ada yang tak kena dengan rumah tu.
“biy, aku rasa tak sedap hati ni. Rumah tu lain macam lah.” Aku memandang Hasif. Hasif menggeleng
“tak ada apa pun yang jadi lah. Mainan perasaan je tu. Kalau ada hantu aku tampar-tampar muka dia.” Dia pun gelak tak henti sampai lah ke apartment tadi.
Kami berjalan menuju ke lif. Tekan tapi pintu lif tak terbuka. Suasana seram sejuk dah terasa. Tiba-tiba jantung aku berdegup laju macam baru lepas berlari marathon. Susah nak gambarkan macam mana masa tu. Padahal belum apa pun jadi. Tengah sedap mengelamun pintu lif terbuka, kami berdua masuk.
“tingkat bawah sekali kan.” Hasif menekan punat yang tertulis G. pintu lif ditutup. Tiba-tiba pintu lif terbuka semula seperti ada yang menahan. Hasif menekan tutup sekali lagi, kejadian sama berulang. Pintu lif itu terbuka semula. Agak dalam 5 minit bermain tutup buka
“Pukimak sial kau ni! Aku dah lapar nak makan kau main cak cak dengan aku. Bangsat kau ni.” Hasif menutup pintu lif semula. Akhirnya pintu lif tak terbuka semula. Sampai tingkat G kami keluar. Suasananya sudah tidak sama seperti mula-mula kami lalu. Seperti kawasan bawah ni dah tak ada siapa yang guna. Sunyi. Seperti banggunan terbengkalai.
Telefon ku capai, nombor Fiqa ku dail.
“beb keluar dekat pagar. Aku lupa mana rumah kita tadi.” Talian aku matikan.
Tetap sepi.
Nombor Fiqa kudail semula. “beb mana?” tanyaku ingin marah
“aku dekat luar lah ni. Aku nampak korang ni hah. Buat apa berdiri dekat sana? “
Aku terdiam. Segala surah yang aku hafal aku baca sedikit.
‘dah takut ke’ sayup suara menegur aku.
Tak boleh jadi ni, dia bergurau pula. Hasif sudah hilang sabar
“kau nak main nanti nanti boleh lah bangsat, bagi aku makan dulu. Aku lapar ni!” Hasif sudah berjalan laju. Aku hanya berdiam diri, geram juga dengan mulut siHasif ni tak ada insurans langsung. Kelibat Fiqa kelihatan. Dia melambai-lambai.
“buat apa dekat sana.” Bisik Fiqa. Tangannya ligat mengemas sisa makanan yang mereka makan tadi.
“saja borak dengan Hasif. Lupa dekat mana rumah tadi.” Aku gelak nak cover je ni. Padahal sampai sekarang jantung aku tak berhenti degup laju nak mampus. Fiqa angguk malas nak Tanya banyak.
“Zam, jai mana?” Hasif membakar sebatang rokok.
“dalam bilik tidur dah kot. Dari tadi senyap je.” Mereka berborak sesekali tersengih. Entah apa yang diboraknya.
Bamm! Bunyi seperti seseorang menutup pintu dengan kuat. Terkejut masing-masing .
“dia ajak main lah ni.” Hasif bangun menuju ke bilik Jai. Pintu diketuk, sepi. Diketuk beberapa kali masih sunyi.
“Jai!” jerit Azam. Fiqa sudah memeluk aku.
Pintu bilik dibuka. Bukan kelegaan yang kami dapat tapi
“kau nak apa” suara Jai menjadi garau. Matanya agak merah dengan rambut kusut masai.
“tak payah nak main-main lah. Kau ni dah kenapa, tersampuk setan ek?” masing-masing mencuka, mulut tu cuba jangan celupar.
“tadi kata nak main” Jai tersengih. Azam menarik tangan Hasif. Mereka berbisik dan Hasif mengangguk .
“Fiqa. Kau baca je apa-apa surah yang kau tahu.” Bisik aku perlahan. Fiqa hanya diam membisu.
“dah takut ke?” soal jai memandang tepat kearah aku dengan Fiqa.
Aku sudah terkaku. Fiqa jangan cakap lah, dah macam hujan lebat dia menangis tak berhenti. Sakit tangan aku dia peluk. Mau lebam esok ni.
“Jai! Kau ni kenapa!!” Azam memekik.
“tak lawak pun kau buat macam ni.” Hasif menyambung.
Angin kuat menyapa ruang tamu, entah bila masanya sliding door tu terbuka pun aku tak tahu. Siapa yang gatal tangan pergi buka. Fiqa kembali menangis sambil menunjuk ke arah koridor. Menyesal aku pergi tengok. Badan besar mata merah, tak tahu nak gambarkan macam mana tapi mata dia tepat pandang Hasif.
“Kami tak kacau kau, kami datang nak berehat je.” Fiqa menangis tak henti-henti. Azam memujuk kekasih hati dia supaya jangan takut kena kuatkan semangat.
“bangsat betul kau ni.” Hasif menumbuk muka Jai. Jai hanya tersengih.
‘dah takut ke tu’ Jai memandang Hasif. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Niatnya tumbuk tu boleh pengsan agaknya si Jai. Tapi tersengih pula dia.
“biy. Kau azan” arah aku. Risau pula lama-lama nanti jadi lain pula. Hasif pun mula azan. Jai tersengih sambil ketawa perlahan.
‘takut ya’ Jai kini mengilai. Aku dah tak tahu nak buat apa masa ni. Dengan sorang menangis tak berhenti dengan sorang mulut tak reti nak kawal. Nak tak nak kena keluar juga dari rumah ni.
“Sif, kita tarik dia keluar dari sini.” Azam memberi cadangan. Mereka berdua memegang Jai. Meronta ronta Jai minta dilepaskan.
“kau kata nak main, takkan dah takut” Jai memandang Hasif .
Aku memimpin Fiqa. Kami berlima keluar dari rumah tu menuju ke arah lif.
“marilah main dulu” jai mengilai. Hasif dan Azam tetap erat mengheret Jai .
Entah kenapa rasa macam jauh sungguh perjalanan nak ke arah lif. Makin laju kami jalan makin galak si Jai mengilai. Aku membaca apa yang patut. Barulah kami jumpa lif. Pintu lif terbuka, kami berlima masuk kedalam. Macam tadi pintu lif baru nak tutup tiba-tiba terbuka semula. Masing-masing dah kecut perut. Aku tekan tutup dia buka balik. Klimaks aku tutup dia buka tersembul depan pintu lif lembaga yang sama dekat depan kami.
“Allah!!” terkejut punya pasal habis semua surah aku baca tunggang langgang. Pintu lif tertutup dan akhirnya kami dapat keluar dari kawasan apartment tu. Nak tak nak kena minta tolong orang ubatkan si Jai ni, dari tadi ajak main.
Masuk dalam kereta aku buka cd ayat-ayat ruqyah. Makin galak si jai mengilai. Kami berhenti dekat pondok security. Azam cerita dekat pak guard tentang apa yang jadi. Entah apa yang pak guard tu baca akhirnya si Jai ni diam. Tertidur atau pengsan tak tahu lah mana satu.
“siapa yang tegur benda ni?” pak guard tu memandang kami satu persatu.
“kena tahu dekat dunia ni bukan kita je makhluk tuhan, ada juga yang lain. Nasib baik dapat keluar, kalau tak?” pak guard tu menggelengkan kepala mengeluh.
“tempat ni memang keras sikit, siapa yang sewa dekat korang semua tempat tu? Bawah tu dah tak ada siapa yang guna, kalau nak turun pergi pantai pun kena lalu lobi turun tangga dekat situ.” Kami berempat tetap membisu.
Segala pesan yang pak guard tu bagi kami ingat sampai sekarang. Bersyukur sangat tak jadi apa-apa yang teruk. Nasib baik ‘dia’ hanya menyakat ajak main. Lepas benda ni jadi baru lah siHasif ni pergi bayar insurans untuk mulut dia.
Balik dari port Dickson aku bawa diorang pergi berubat dekat pak cik aku untuk pulihkan semangat Fiqa dengan Jai. Fiqa demam dekat seminggu lepas benda ni jadi. Oh ya. Jai cerita masa dia nak tidur ada benda tegur dia ajak main. Terkejut punya pasal dia pergi tendang meja kecik tepi katil lepastu dia tak sedar dah apa jadi. Alhamdulillah tak ada benda buruk yang jadi lepastu.
ni jelah yang aku nak cerita . TQ sebab baca.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Mungkin makhluk tu nak bagi teguran kot… Lain kali datang lepas nikah.
BETUL. x kahwin lagi, lpstu sebilik pulak tu, umur baru 22. mak ayah x marah ke dik keluar dgn tunang bercuti? huhu..
hahahaha betul gak tu
Kalau tak Marina mesti Sunshine Bay kan … ahahahhaa .. lenkali jangan men terjah jea. Tengok tengok dulu .. tu baru sikit
Apapun best baca .. lenkali share lagi ek
aku syak sunshine bay…aku penah pegi situ betol2 tak sedap hati seram sangt rase..
Kan…betol tak ada india jaga luar pagar guard kat situ…dia yg tolong carikn bilik kosong…saya satu mlm tak tido sbb tak sdp hati..
yup.geng india yang jaga dekat luar..bila dok dekat sane macam ade jer yang dok perhatikan kite..
Jd pngajaran tuk korang pasni, da la xd ikatan yg sah pastu tunang awak berlagak sombong sgt, ptut dia tu kena truk lg
Asyik ajak main aje. Elok la korang kena kacau kalau tak korang yg main ramai2 mlm tu. Ishh..jgn buat lg dik, nikah cepat boleh main sepuas hati
elok la budak2 zmn skg ni… ke sana sini ngn pasangan, x semenggah btl.
Suka baca komen korang. Cenggini 👍👍👍
aku belum lg baca ceta ni.. terus ja baca komen2.. hmmmm.. lain mcm jer isi ceta dia ni????? tunggu aku abis bace dlu bru aku bagi komen yg bagus2 N komen yg patut nyer.. ko tunggu aku bace jap ceta diatas ne
Korang pigi cek in tu boasangan n sorang jer bujang yea.. Motif?? Memang korang nak behamput neh.. aku tau laa.. yg bujang tu pulak dgn sabunnya.. Ginii aje laa, kalau.nak cek in nak honeymoon tu, biarlah secara ikatan halal.. Bukannyaa kn cek in Bahamput nganya mun.skadar kawan n tunang apa ada.. ok c u guys.. jgn kita marah heh.. atooooo nyaaaaamaaannnnnn!!!!!
~tangg tadaanggggg~ nya c badul…..
mulut kurang ajar sangat ha rase kan..
crita okay.,but yeah better next time halal kn dulu nk brcuti brsama..tkut ada timbul fitnah.,tak kesah la kau nak buat jahat ke baik tu belakang crita,hak kau tpi make sure jgn buka aib sendiri..This Is Malaysian Weyhh~ faham2 la what i mean hahah
korg sekor2 setan baca, tp xphm kn. yg dlm blk berdua tu bkn jantan ke? & apartment tu ade 2 blk. mulut masing2 nk mengondem mcm bontot ayam
setan kalau kau niat buruk bkn die suke ke? bodoh bedooh
sunshine bay ni mmg dh xblh msk dh
nasib baik jumpa jgk komen yg bijak sikit. yg tetiba ckp benda tak elok tu sbbnya dia baca utk menghentam je bkn nak baca cerita sgt. tu yg sampai tak baca betul2 tu. aku pun takde fikir apa. kita husnuzon sudahla apartment 2 bilik so satu bilik boys satu bilik girls. buatnya terfitnah kan tak pasal berdosa. bongok je masing2 komen tu.
Komen bijak??? Haha… Betul la Tu diorang tegur. Satu rumah… Even bilik lain2.. xelok dik… First thing, jgn berada dlm situasi yg boleh menimbulk fitnah spt dduk serumh walaupun bilik asing2. Ko hanya mmudahkn kerja syaitan. Anyway, Aku xrasa nk blas Komen ko ni, tp bila ko mention yg Atas Tu as Komen bijak, Aku Rasa xbole diam haha.
Komen Aku ni xde kena mngena dgn cerita penulis ni ye. It’s just my respond to your thoughts.
bijaknya sbb tak melulu terus fitnah dan tuduh org suka2 hati la bebal. kau faham ke tak ni? ye dia menimbulkan fitnah tu SALAH. tapi kalau kau fitnah dia masih jugak DOSA. takde pun aku kata salah yg menegur tu. ada yg tegur dgn elok tu ok la. tp yg terus tuduh tido sebilik tu la bongok. dah, aku malas layan dah kalau ko nak reply lagi. boleh jalan.
Wah bebalkan org pulak… Cepat betul membebalkan org. Buat fitnah xnak, membebalkan org ok pulak? Mmm… Xpe kalau xsependapat tp xyah kot nak maki org. Lagi2 org yg xdikenali…
rse ye mcm kt corus..sebb dia kata bukk pintu je blh trjun laut..kt sunshine jauh sikit ngn laut…
Bagus la kena camtu, baru ada otak sikit mulut nak celupar je
Hantu tu pun tak suka orang takde ikatan sah tido serumah sebilik seruang tamu dll
kira korg dh bukak aib masing2..kalau nk sgt cerita tkr la watak.jgn nk membohong nk ckp tido asing2..dh nme sewa apartment..aduh malu beb malu..ni stok budk2 wechat gamaknya
Padan
Umak aiii.. Jangan buat malu org banjar dik.. netizen jaman now pemikiran dia mmg hingga luar kotak.. komen² pun berpandukan KBAT.. 😂😂
aduhhh.. pukul 8mlm g PD?? Bkn boleh mandi laut pun.. tgk laut pun x nmpk.. klu kata g bbq ada juga percayanya..
#donekomen
Bru 2 thun lpas sewa sunshine bay resort..mmg india dlm2-3 org jaga kat luar pagar..guard ada kat pondok..tmpt aparmnt pun seram..parking lot pun.byk keta trbiar rosak sana sini..swiming pool pun kotor..mmg seram wktu mlm.. yg pelik nya loby room recptionis takde org wktu mlm..siap berkunci lagi..
Tp tak tau pulk ada ground flor yg bilik depan pantai betul..
Dah 2x dtg sunshine bay..msa thun 2007…prtma kali dtg mmg cantek..org ramai..murah pulk tu..
Kali ke2 dtg dah jdik mcm tmpt tggal..cat dah pudar..setiap tgkat slidg door trbukk dgn kain lgsir trsangkut sana sini..kotor sgt2… klau dah tutup tmpt tu alhamdulilah…
Padan muka.. Lepas kawin lah p
Saya yakin penulis ni seorang yang baik. Dia tak ada niat pun nak sewa apartment bersama.
Tapi lain kali cuba elakkan ye adik. Jadilah gadis yang mahal dan bijak. Akak nasihat adik ni macam nasihat adik akak sendiri. Alhamdulillah adik akak belum pernah keluar dengan mana2 lelaki pun. Semoga Allah lindungi semua wanita dari fitnah dan maksiat.
X berbaloi bayar rm100 utk bermalam tempat berpuaka cmtu…
Jgn buka aib sendiri dik. Bai
baru tunang dah kuar cuti same.lol
ku pon baru kne semalam mmg mnyeramkan rasa cm nk kua je mlm tu tdo at kete……dok dlm.blik angin xde ribut xde tetibe pntu kne hempas ttup kuat2……pastu mlas la layan wat xtau je tngh2 mlm dengar org cakar lantai…..da la lantai kayu…..nsib xde ape2 mlm tu
Aq kompius sbnrnya ni. Kisah ni berlaku kt PD ke ke Seremban? PD, PD. Seremban, Seremban dik oiii… Dua daerah jgn la plk digabungkan jd satu. Seremban tu ibu negeri utk N9. Dan aq ni org Seremban.