#armyy – Kompilasi Cerita Pendek (Jilid 1

)

#armyy – Kompilasi Cerita Pendek Jilid 1



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca FS yang budiman.  Didoakan semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan-Nya.  Terima kasih aku ucapkan atas respon dan reaksi yang pelbagai untuk cerita trilogiku (rujuk: #armyy – Memburu Dan Diburu Bahagian 1, 2 dan Akhir).  Maka untuk kisah-kisah yang aku sendiri lalui kali ini, kalian akan dapati aku tinggal dan menetap di pelbagai lokasi disebabkan aku kerap berpindah rumah.  Lebih 10 kali. Aku akan ikut susunan secara kronologi mengikut tahun dan tempat kerana ada cerita-cerita yang bersangkutan (dalam konteks di mana ia berlaku), dan ada yang tidak.  Manakala bagi kisah yang diperdengarkan kepada aku (sama ada dari ahli keluarga atau kawan-kawan), aku akan ceritakan semula selepasnya.  Mungkin di dalam Jilid 2.

. Mungkin..

Cerita 1 : “Berani kau masuk rumah aku…!!”

Cerita pertama yang akan aku kongsikan ini terjadi di Melaka.  Bagi kalian yang membaca cerita aku sebelum ini, ada dinyatakan bahawa aku pernah menetap di sana sekitar tahun 2000 – 2002.  (Rujuk: #armyy – Nek Yah).  Ketika malam itu, aku, emak dan adik ingin pulang ke rumah kami di Bukit Katil dari kampung (belah emak) yang terletak di Semabok. Ayah pula ke Kuala Lumpur selama seminggu kerana perlu menghadiri perbicaraan kes di mahkamah. Kalau dah pulang ke kampung emak, pasti kami akan menyinggah lama di sana. Seperti di dalam cerita yang aku nyatakan tadi, walau ditegah keras oleh nenek, pakcik dan makcikku pulang pada lewat malam, emak tetap berkeras tidak mahu bermalam di kampung dengan alasan yang sama; jarak terlalu dekat antara kampung dan rumah kami. Bagi aku dan adik pula, kami lebih seronok jika tidur di kampung kerana ramai saudara sepermainan yang ada. Biasalah, waktu itu masih budak-budak. Tetapi mahu tidak mahu, kami terpaksa turutkan juga keputusan emak.

Aku masih ingat lagi waktu itu jam telah menunjukkan hampir 1 pagi.  Aku duduk mendengar emak yang leka berborak sambil-sambil minum kopi sehingga tidak sedar waktu berlalu dengan begitu pantas. Adik pula sudah tertidur di ruang tamu bersama saudara-saudara yang lain. Setelah meminta diri untuk pulang dan bersalaman, kami pun bergerak menaiki kereta yang dipandu emak. Aku lihat adik tersengguk-sengguk di dalam kereta kerana terlalu mengantuk. Cuaca pada malam itu kelihatan seperti hujan akan turun. Dengan angin bertiup agak kencang, menerbangkan daun-daun kering sehingga mengeluarkan bunyi geseran yang kuat. Aku memerhati keadaan sekeliling. Terasa begitu lain dari kebiasaan. “Mak, kenapa sunyi sangat malam ni?” tanyaku kepada emak semasa kami berhenti di lampu isyarat. “Yelah bang, mak pun perasan. Lain macam pulak sunyinya. Kereta lain pun takda atas jalan ni ha,” balas emak sambil melihat ke arah jalan yang sangat lengang. Aku dan emak membiarkan sahaja perasaan pelik itu terkubur di dalam diri. Mungkin tiada apa yang luar biasa, lewat malam menjelang pagi, orang lain pun dah masuk tidur.

Setibanya di taman perumahan kami, hujan renyai mulai turun. Sesekali kilat turut memancar. Emak memberhentikan kereta di hadapan rumah dan menyuruh aku membuka pagar. Turun dari kereta, aku tersentak dengan satu bunyi yang agak kuat. Datangnya dari arah rumah bertentangan milik satu keluarga berbangsa Cina, Uncle Yew namanya. “Abang, siapa kat rumah Uncle Yew tu?” tanya emak dari dalam kereta. Rupanya emak juga turut mendengar. Bunyi pintu pagar besi yang digoncang-goncang bagai nak tercabut.  “Er, mana ada siapa-siapa mak. Pintu pagar tingkap semua berkunci tu, angin kot,” kataku menyedapkan hati. Setelah kereta di parkir di ruangan garaj, aku mengejutkan adik yang telah terlena entah bila masa manakala emak pula pergi mengunci pagar. Seketika…

Aku memerhatikan emak yang dilihat sedang mencekak pinggang. Entah apa yang begitu menarik perhatiannya. “Abang, mari sini kejap!”. Aku berlalu mendapatkan emak dan adik menyusuliku sambil menggosok-gosok matanya. “Cuba abang dengar..” emak memintaku untuk memasang telinga. Tiada apa yang luarbiasa, hanya bunyi angin yang menderu dan dedaunan kering berterbangan. Tetapi selepas itu telingaku menangkap sesuatu..

“Fiuuuuwiwiwi… fiuuuuwiwifuuu…”

Bunyinya seperti ada orang sedang bersiul-siul berlagu sambil berjalan mundar-mandir di hadapan rumah kami. Sayup kedengaran dari jauh kemudian kuat dan kemudian sayup kembali. “Dah abang, adik, jom kita masuk. Jangan dilayan benda ni semua, kita tak payah takut!” kata emak dan serentak siulan itu hilang. Sebelum masuk ke dalam rumah, aku lihat emak cuba menggoncang pintu pagar rumah kami dengan kuat dan kemudian berdiri tercengang. “Bang, angin kuat tak boleh nak buat pagar sampai berbunyi kuat macam tadi, melainkan kalau kita goncang,” kata emak. Fahamlah aku apa yang dimaksudkan oleh emak itu. “Mak, abang dengan adik tidur dengan mak eh malam ni?” pintaku kepada emak. “Ha yelah, dah, pergi masuk tidur. Basuh kaki tu dulu lepastu gosok gigi. Emak nak solat jap,” emak membalas. Bilik emak betul-betul menghadap bilik aku dan adik yang dipisahkan oleh ruang makan di dalam rumah teres 3 bilik itu. Manakala bilik bersebelahan dengannya dijadikan stor simpanan barang. Jika dilihat di atas pelan lantai, kedudukannya berbentuk seperti huruf ‘L’.  Setelah bersiap-siap, aku dan adik pun berbaring dan sedia untuk melelapkan mata. Emak pula sedang bersolat dan dalam rakaatnya yang terakhir. Di saat itulah..

“Kreeiiikkkk… kreeeiiikkkk… Kreiiikkk…”

Berderau darah aku dan adik tatkala melihat dari atas katil bilik emak, pintu bilik kami yang bertentangan itu dengan sendirinya terbuka dan tertutup. Aku menoleh kepada adik, habis diselubung mukanya dengan selimut. Kakinya dilaga-lagakan dengan laju. Aku tahu adik sangat takut. Badannya menggigil sehingga aku yang berada di sebelahnya turut terasa. Selesai bersolat, emak yang masih bertelekung itu lantas ke bilik aku dan adik. Dipasangnya kipas dengan kelajuan maksimum sambil memerhatikan pintu. Kemudian emak mematikan suis dan kembali semula ke biliknya tempat aku dan adik berada. “Nak solat pun tak senanglah! Berani kau masuk rumah aku main-main pintu! Berambus kau!” jerkah emak.

Cerita 2 : “Mak, jangan kunci pintu tau!”

Penghujung tahun 2007. Ketika itu aku dan keluarga menetap pula di sebuah kompleks kuarters perumahan polis di negeri Selangor. Berbeza dengan yang pernah aku ceritakan sebelum ini (rujuk: Kuarters Lama Bahagian 1 & 2), kuarters ini binaannya lebih moden dan pelbagai fasiliti juga turut disediakan. Namun, ada sedikit kerisauan yang bertandang di hati kami sebelum pindah masuk ke sini. Pernah diceritakan bahawa sebelum kawasan berbukit ini dibangunkan ianya dahulu adalah perkampungan orang asli. Malah, telah lama terbiar kosong kerana masalah Sijil Layak Menduduki (CF).

Kompleks kuarters yang berada di atas bukit ini mempunyai pelbagai jenis blok kediaman dan juga rumah mengikut pangkat seseorang anggota polis. Aku dan keluargaku tinggal di sebuah apartment setinggi empat tingkat dan yang paling hujung, bersebelahan dengan satu padang tenis yang telah menjadi belukar dek lama terbiar. Memandangkan keluargaku antara yang terawal mendiami blok itu, kami diberikan unit rumah di tingkat satu. Di setiap tingkat pula hanya mempunyai empat unit rumah dan keluargaku satu-satunya penghuni di blok tersebut pada waktu itu.

Aku sangat yakin bagi kalian yang tinggal di rumah jenis blok bertingkat-tingkat ini pasti pernah mendengar paling tidak bunyi guli jatuh ke lantai. Aku sekeluarga pula, bukan setakat itu sahaja. Bunyi perabot diseret-seret seperti sedang dialihkan, bunyi kerja-kerja bertukang (mengetuk dinding) serta bunyi dentuman tapak kaki seperti berlari dengan hentakan yang kuat juga didengari kami hampir setiap hari terutamanya pada waktu malam selepas jam 12. Di permulaannya memang ada menimbulkan rasa takut dan seram namun lama-kelamaan ia telah menjadi kebiasaan. Aku juga sudah lali dengan bunyi-bunyian tersebut lalu membuat keputusan untuk tidak mengendahkannya walaupun ketika aku tinggal seorang diri di rumah. Sehinggalah pada satu malam…

Aku menyuarakan keinginanku untuk keluar melepak bersama-sama kawan-kawanku. Walaupun sudah puas emak berleter dan menegah aku dari membuang masa sebegitu namun biasalah, bak kata orang, umur tengah nak naik. Mahu tidak mahu, terpaksa juga emak mengizinkan.  Ayah memang jarang ada di rumah kerana kerja. Mujurlah ada adik yang sentiasa setia menemani emak. Mungkin itu yang membuatkan emak memberi sedikit kelonggaran melepaskanku keluar kerana beliau tidak keseorangan. “Mak, abang nak keluar ni. Azim dah tunggu kat bawah” kataku sambil menghulur tangan untuk bersalam. “Abang pesan Azim bawak kereta tu baik-baik. Korang jangan buat benda bukan-bukan tau, mak tak suka. Kalau mak tak nampak pun tapi Tuhan nampak” emak berpesan. “Ye mak, abang keluar minum je borak-borak macam biasa. Mak, jangan kunci pintu tau. Pesan kat adik sekali. Abang punya kunci entah mana hilang. Nanti abang balik tak payah la nak kejut mak atau adik bangun. Abang mungkin balik lewat sikit.” aku mengingatkan emak.

Malam itu, aku dan Azim lepak minum di sebuah restoran mamak di pinggir bandar dan turut disertai oleh 3-4 orang lagi kawan yang lain. Kebetulan ada siaran langsung perlawanan bola sepak pasukan kegemaran kami disiarkan di televisyen. Selesai menonton, kami sambung berborak pula sehingga tidak sedar jam telah menunjukkan hampir 2 pagi. Aku lantas mengajak Azim untuk pulang. “Mak aku mesti bising ni, dah lewat sangat baru nak balik” kataku memulakan perbualan setelah kereta bergerak. “Tulah, syok sangat berborak. Si Qayyum tu pergi bukak topik cerita hantu pulak. Lepas satu-satulah cerita yang keluar. Arm, balik karang hati-hatilah. Rumah kau tu dah la paling hujung, sebelah hutan pulak tu, hahaha” Azim cuba menakutkan aku. Dalam perjalanan itu, boleh pulak aku dan Azim sambung bercerita hantu sehinggalah kereta dipandu Azim sampai di bawah blok kediaman aku. Datang rasa menyesal dalam diri apabila aku mula berasa seram tatkala melihat keadaan dan suasana sekeling yang begitu sunyi.  “Arm, baik-baik jalan tu hehehehe” sempat lagi Azim mengusik aku sebelum berlalu pergi meninggalkan aku keseorangan di situ. Aku sempat memerhatikan kawasan sekitar sebelum dengan tiba-tiba bulu romaku meremang dengan tidak semena-mena.  Berasa tidak sedap hati, aku pantas mendaki anak tangga menuju ke rumah. Dan ketika sampai di pertengahan,

“Heeeeeeeeee hihihihi.. Heeeeeeeee hihihi” sayup kedengaran, suara perempuan mengilai.

Bunyi itu datangnya dari arah belukar dan padang tenis terbiar di mana tangga yang aku daki itu betul-betul menghadap kawasan tersebut. Aku mempercepatkan langkah apabila suara mengilai itu semakin kuat dan jelas. Tanpa menoleh ke situ, aku berkelakuan dan berpura-pura seperti tidak mendengarinya. Padahal jantungku berdegup kencang bagai nak gugur dengan bulu roma yang masih meremang. Terasa sedikit kelegaan apabila aku tiba di hadapan pintu rumah dan bunyi itu juga terus terhenti. Tatkala tangan aku memulas tombol….

“Kcchhkk, kchhhhk” berkunci!

Ah sudah, emak pasti terlupa tentang pesananku lalu mengunci pintu sebelum masuk tidur. Serta merta darahku berderau, terasa begitu laju naik ke kepala.

“Heeeeeeee hihihihi… Heeeeee hihihi” dia bunyi semula! Aku mula berpeluh dalam kedinginan malam.

“Tok tok tok!” “Tok tok tok!!”

“Mak bukak pintu ni mak! Adik! Bukakkan abang pintu ni!” kelam kabut aku mengetuk pintu dengan suaraku separuh menjerit. Aku menjadi semakin resah apabila suara mengilai itu mejadi semakin kuat seperti tadi, seolah-olah sedang mentertawakan gelagatku yang dalam ketakutan itu. Tanganku mula terasa sakit dek ketukan bertalu-talu yang tidak henti. Manakan tidak, pintu rumahku itu diperbuat daripada kayu yang tebal dan aku pula mengetuk dengan kuat berharap supaya adik dan emak boleh mendengarnya namun hampa. Setelah ketukan itu tidak berjaya membuat emak dan adik terjaga…

“BAM BAM BAM!!!” “BAM BAM BAMMM!!!”

Kali ini aku menendang pula pintu sekuat hati berulang kali sambil memanggil emak dan adik. Tidak lama kemudian, emak muncul dan membuka pintu sambil menggosok-gosok mata. Terasa bersalah pula aku melihat emak sebegitu ketika itu. “Alamak bang, mak lupa lah nak biar pintu ni tak berkunci. Eh abang kenapa ni pucat berpeluh-peluh macam orang nampak hantu?” selesai sahaja emak berkata-kata bunyi suara mengilai itu kedangaran lagi. Emak memandangku. “Dah bang, masuk cepat! Ni semua setan!”.

Cerita 3 : “Adik, kuatkan suara televiyen tu!”



Dalam satu kejadian lain pula beberapa minggu selepas itu, aku sekali lagi diganggu. Tetapi kali ini adik turut bersamaku. Waktu itu, emak dan ayah keluar ke pasaraya berdekatan untuk membeli barang-barang dapur dan keperluan rumah. Kerana ayah begitu sibuk pada siang hari, maka hanya pada waktu malam sahajalah mereka berkesempatan untuk berbuat demikian.  Selesai Maghrib, emak dan ayah pun keluar tanpa berlengah. Sempat emak berpesan kepada adik supaya memanaskan lauk di dapur dan menyuruh aku dan adik untuk makan malam terlebih dahulu tanpa menunggu kepulangan mereka. Selesai makan malam, aku dan adik menonton televisyen di ruang tamu.

“Ehermmm..Errmmm”

Bunyi seperti suara lelaki dewasa berdehem tiba-tiba kedengaran dari arah pintu belakang di dapur di mana terdapatnya ruang ampaian untuk menyidai baju. Ruangan itu pula sama seperti di tangga, menghadap arah kawasan belukar padang tenis lama yang berada di bawah kaki bukit. Aku dan adik berpandangan. “Bunyi apa tu bang?” adik bertanya kepadaku sambil mula merapatkan kedudukannya di sebelahku. Kejadian sebelum ini yang menimpaku membuatkan adik menjadi lebih penakut berbanding biasa. Bunyi angin bertiup kuat pun boleh membuatkannya menjadi seperti diserang histeria, berlari keliling rumah. “Ah, takda apa lah tu, bunyi angin kot” kataku untuk menyedapkan hati. Sebenarnya aku juga mula berasa tidak senang duduk tatkala mendengarnya tetapi harus berlagak tenang supaya adik tidak menjadi bertambah takut. Kalau aku pun takut, apatah lagi adik. Boleh terbalik rumah dibuatnya.

Kami meneruskan menonton televisyen tanpa mempedulikan suara tadi. Adik memasang cerita kartun Tom & Jerry kegemaran kami dan berdekah-dekah aku dan dia ketawa melihat telatah kucing dan tikus yang sangat mencuit hati itu. Tetapi aku dan adik seperti terperasan sesuatu. Dalam dekahan ketawa kami seperti ada suara lain yang mengikut kami ketawa, suara seorang wanita yang halus dan lembut. Adik mencuit pehaku sambil anak matanya menunjukkan ke arah pintu belakang di dapur. Aku memperlahankan suara televisyen untuk mengamati semula jika terdapat sebarang bunyi lain. Sunyi. “Bang, abang dengar tak tadi?” adik seperti mahu menangis. “Dengar apa? Kan suara tv tu!” sekali lagi aku berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. “Masa kita ketawa tadi, ada bunyik orang lain ketawa jugak la, takkan abang tak dengar?!” kata adik sedikit geram. Aku membiarkan sahaja adik tanpa menjawab pertanyaannya. Lagi dilayan karang lagi haru jadinya. Aku ni pun bukanlah berani sangat. Lebih baik buat macam takda apa sehingga emak dan ayah pulang.

“Heeeeeeee hihihihi… Heeeeee hihihi”

Bunyi daripada rancangan televisyen yang terpasang itu bersulaman dengan suara mengilai yang pernah aku dengari sebelum ini. Kali ini aku tak mampu untuk menyembunyikan perasaan takutku. Kejadian lepas yang berlaku masih membayangiku. Serta merta aku meremang, begitu juga adik yang tercegat kaku sambil menggosok-gosok tangannya sebaik mendengar suara tersebut. “Bang, apa lagi ni bang.. Mana mak ayah ni, kenapa tak balik lagi” adik merengek-rengek. “Adik, kuatkan suara televisyen tu! Kita buat tak tahu je!” kataku memujuk. Aku dan adik langsung tidak berganjak dari sofa tempat kami duduk menonton televisyen sehinggalah emak dan ayah pulang dari membeli-belah. Dan selama itu juga, suara mengilai itu tetap jelas kedengaran!

Cerita 4: “Ayah ke tu?!”



Ketika itu hujung minggu, dalam pertengahan tahun 2008.  Emak dan adik pulang ke rumah kami di Melaka atas beberapa urusan dengan penyewa. Alang-alang sudah berada di Melaka, mereka singgah ke kampungku yang terletak berhampiran dan bermalam di sana. Aku dan ayah tidak mengikut sekali kerana ayah seperti biasa dengan kerjanya yang menimbun, walaupun ketika hari cuti. Aku memilih untuk duduk di rumah sahaja memandangkan emak dan adik hanya pergi untuk semalaman. Lagipun, saudara-saudara yang rapat denganku juga tiada kerana masing-masing berada di asrama dan kolej. Setelah menghantar emak dan adik ke stesen bas, aku dan ayah singgah ke sebuah restoran untuk makan tengah hari. Aku sempat membungkus beberapa jenis lauk untuk makan malam nanti. Senang, hanya perlu dipanaskan semula sahaja. “Abang, ayah ada dekat pejabat satu hari ni. Mungkin ayah balik lewat, ada kes dan beberapa fail yang ayah perlu selesaikan, nanti abang makan tak payah tunggu ayah, ada apa-apa abang telefon je ayah” pesan ayah sebelum keluar. Aku hanya mengangguk tanda faham. Petang itu, aku ke dewan bermain badminton bersama rakanku yang merupakan jiran di blok sebelah.

Aku hanya pulang ke rumah apabila hari sudah hampir Maghrib. Ketika aku hendak melangkah ke bilik air untuk mandi, aku terdengar bunyi jirusan air dan tandas dipam dari bilik air yang terletak di dalam bilik tidur emak dan ayah. “Ayah balik mandi kejap kot?” kataku di dalam hati tanpa berfikir yang bukan-bukan. Selesai solat Maghrib, aku ke bilik emak dan ayah. Gelap. Lalu aku ke bilik air mereka pula. Pelik! Lantainya kering seperti tidak digunakan. Aku lantas menghubungi ayah. Masuk peti simpanan suara. Ah, ayah selalu begini. Telefonnya sering sahaja dibiarkan mati tidak dicaj. Aku faham, kadang-kadang ayah tidak sempat untuk melihat telefonnya. Aku pernah ikutnya ke pejabat, memang bertimbun fail di atas meja!

“Assalamualaikum ayah, td ayah ada balik rumah ke?” aku menaip mesej pesanan ringkas lalu menghantarnya kepada ayah. Usai makan malam, aku seperti biasa menonton televisyen di ruang tamu. Sempat aku menelefon emak dan adik di kampung bertanya khabar. Aku juga ada menceritakan kejadian Maghrib tadi kepada emak. Dalam 10 minit bercakap, aku mematikan talian. Cerita yang disiarkan pada malam itu tidak menepati seleraku.  Mungkin kerana terlalu letih akibat bermain badminton petang tadi, aku tertidur di atas sofa. Aku hanya tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi pintu berdentum di tutup. “Ayah ke tu? Ayah dah balik eh?” kataku sambil menggosok mata yang pedih. Aku melihat jam, pukul 12.30 malam. “Lewat betul ayah balik. Kesian ayah. Hari cuti pun kerja. Kalau tak dihargai jugak tak tahulah nak cakap apa” bisikku di dalam hati.

Panggilanku tadi tidak disahut ayah. Tetapi aku melihat lampu di bilik tidurnya menyala terpasang. Mungkin ayah terlampau penat, lalu aku membiarkannya sahaja.

Seketika kemudian, aku mendengar bunyi paip air dibuka di dalam bilik air mereka. “Emm, betul lah tu ayah dah balik”. Aku tidak mengesyaki apa-apa yang pelik kerana aku dan ayah memang jarang berbual. Aku lebih rapat dengan emak dan adik. Mungkin kerana faktor ayah sering tiada di rumah menyebabkan kami menjadi begitu. Namun aku tahu, ayah sangat menyayangi kami semua. Cuma, kerjayanya sebagai anggota polis yang ditugaskan di dalam sebuah daerah di mana indeks jenayah yang tinggi, membataskan waktunya untuk diluangkan bersama kami sekeluarga. Itulah harga sebuah pengorbanan yang harus dibayar.

Aku ke bilik tidur emak dan ayah. Pintu bilik air di dalamnya berkunci. Kedengaran jelas bunyi air pancuran seperti orang sedang mandi, menguatkan lagi sangkaanku. Aku mengetuk pintu. “Ayah, ayah dah makan ke? Kalau belum abang panaskan lauk. Abang ada simpan sikit untuk ayah. Nasik pun ada lagi tu.” Sepi.  “Ayah tak dengar kot,” getus ku di dalam hati. Aku ke dapur semula untuk memanaskan lauk dan nasi. Terasa haus pula tekakku ketika itu. Lantas aku mengambil air minuman dingin di dalam peti sejuk. Selesai minum, aku tutup semula pintu peti ais. Tatkala aku berpaling…

“Abang tak tidur lagi? Maaf bang ayah banyak kerja tadi. Ni ada satay sikit ayah bungkus” ayah tercegat di pintu dapur. Pakaiannya masih sama seperti siang tadi. Aku tercengang. “Habis siapa yang mandi tadi???” aku terdetik di dalam hati. “Eh, abang kenapa pucat muka tu?” tanya ayah. “Err, tadi abang dengar ada orang tengah mandi dalam bilik air ayah” kataku tersangkut-sangkut. “Laa, ayah buang air jap tadi. Pastu ada banyak kelkatu mati atas lantai dalam tu, ayah biarkan air tu terbukak jap, biar dia mengalir. Ni ayah baru nak mandi” terang ayah sambil berlalu menuju semula ke biliknya. Ciss, buat suspen je ayah ni! Nasib baik aku tak terkucil tadi. “Er, bang. Tadi ayah baca mesej kamu tanya ayah balik petang tadi ke tidak? Ada apa?” ayah berpatah balik ke arahku untuk bertanya. “Takda apa yah, saja je tanya” balasku. “Siang tadi ayah ada lawat tapak kawasan kejadian jenayah, ada kes rompakan. Dekat pukul 9 malam baru ayah balik ke pejabat” kata ayah lalu meninggalkan ku terpinga-pinga. Ah sudah, habis yang petang tadi tu pula siapa???

-TAMAT JILID 1-

Nota:  Maaf andai cerita aku tidak menepati selera dan piawaian tahap keseraman yang kalian inginkan. Ada yang mengatakan aku seorang kaki menonton dvd. Haha, aku memang seorang peminat segala jenis bahan bergenre seram. Mungkin cara aku menyusun ayat ada sedikit sebanyak mengambil inspirasi sama ada daripada filem mahupun bahan bacaan. Ada juga yang bertanya apakah yang aku ceritakan ini merupakan kisah benar? Jawapannya ya. Cuma ada nama watak yang aku terpaksa ubah demi menjaga sensitiviti.  Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Encyclopedia Dramatica
rate (4.83 / 18)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

204 Comments on "#armyy – Kompilasi Cerita Pendek (Jilid 1

)"

avatar
Aurora
rate :
     

“Nak solat pun tak senanglah! Berani kau masuk rumah aku main-main pintu! Berambus kau!” jerkah emak.
Marah betul kn mak Arm kat benda tu hehe

Story best abg Arm 😊
Nah Aurora bagi 🌟🌟🌟🌟🌟

bila masa lak jd abg ne ahahaha

Ropi Cecupak

Amboi. Cweet nye Aurora. Mesti abang Arm tengah blushing kemarin.

#super_spontan

Aurora

Hahahaha

Arm mana ko weyh? Apsal semua pengomen tegar fs takde ne??tak seronok tau korang takde..mana kakyulie,medi,juri,singkong,cikB,f.f,ciksyer,r.c & penduduk kg.bunian semua????
😔😔😔

Ropi Cecupak

Kan. Lama dorang hilang. Aku perhati je dulu komen2 diorang tau. Suka sangat bila diorang ceriakan kampung dan cia2kan girls reader.🙊

#super_spontan

Mat Salleh

Aurora.. So sweet your name..

Muhammad syafiq

nice story

2505

Gempakk !

Airish Alnisa
rate :
     

BEST!

Teruskan berkarya!🙂

Ropi Cecupak
rate :
     

Cerita best. Elemen seram dapat d bayangkan. Terbaik.

#super_spontan

jija

simple dan padat. good job

MEDICAKK
rate :
     

~

Cik_bunga
rate :
     

Best cerita awak army
nak beyon jugakkkk
pap👋 tampa dahi sendri sebab mengada
hahaha

17 NOVEMBER 2017

Pokok takkan bergoyang kalau takde angin yang goncang, tapi kalau ada yang saje2 goncang macam mana?

Televiyen ye? Kiutttnyee~ kakaka

Seram cite 4 ko tu. Aku rasa lah keseraman tu.

komen ni aku serius baca, haha

wpDiscuz