Assalamualaikum. Sebenarnya cerita ni bukan seram pun, yekeh? Lepas korang baca korang decide sendiri lah ya. Cerita aku ni bukan pasal hantu atau yang sama spesies dengannya cuma, cerita aku ni berkisahkan arwah atok dan nyaie aku (nyaie tu sebutan orang jawa yang sama ertinya dengan nenek). Okay aku mulakan dengan cerita mengenai kisah arwah atok aku lah eh, memandangkan kalau ikut tahun atok aku yang pergi meninggalkan kami semua dulu.
Mengikut kepercayaan melayu atau pun cerita orang2 tua ja, malam selepas dikebumikan roh akan pulang ke rumah untuk melihat semua ahli keluarganya. Aku pun tak begitu pasti tentang tu sebab aku tak pernah mengalami kejadian tersebut. Tapi kejadian ni berlaku dekat adik sepupu aku. Pada malam selepas atok dikebumikan kami semua ambil keputusan untuk tidur secara bersepah diruang tamu. Ceritanya bermula bila adik sepupu aku tersedar dari tidur aku tak pasti pukul berapa dan dia nampak arwah atok aku dekat rumah. Mengikut cerita dia, dia nampak arwah atok aku lalu dari pintu arah belakang rumah nenek aku, atok kedepan dan berhenti dekat betul-betul ruang tengah antara ruang tamu dan dapur rumah nenek aku.
Lepas tu dia nampak atok aku peratikan sorang-sorang ahli keluarga dia yang sedang tidur dari yang paling tua sampailah yang paling muda. Yang paling buat dia terkejut dan takut sampai demam panas esoknya ialah dia cakap dia nampak atok pakai baju serba putih dari atas sampailah ke bawah dan yang peliknya kaki atok tak jejak lantai. Lepas atok dah tengok semua ahli keluarga kami, atok keluar semula ikut arah jalan yang dia masuk tadi. Tamat lah cerita pasal atok aku tadi. bagi aku takda lah seram sangat sebab kata nenek tu bukan hantu tapi roh arwah atok yang pulang ke rumah ja.
Kali ni kisah arwah nyaie aku pulak. Bukan aku jugak yang melalui kejadian tersebut tapi aku ada dekat situ. Malam sebelum arwah nyaie dijemput menghadap ilahi, adik beradik ibu semua sepakat nak balik rumah nyaie dan jaga nyaie bergilir-gilir memandangkan keadaan nyaie dah nazak. Apa yang menakutkan aku tapi taklah terlalu seram bila nyaie asik panggil nama orang-orang yang dah lama meninggal dunia. Contohnya, masa aku dengan ibu berbual dengan nyaie tiba-tiba nyaie cakap dengan ibu yang dia nak jumpa kakak dan cikgu dia *maaf nama mereka aku dah lupa. Tapi ibu cakap dekat nyaie orang yang dia nak jumpa dah lama takda.
Okay tu kisah yang pertama. Malam yang aku nak cerita tu ialah bila ibu, adik beradik dia dan akak akak sedara aku yang lain bersetuju nak jaga nenek aku secara bergilir-gilir untuk pastikan nyaie aku dalam keadaan stabil. Masa tu aku memang tak join sekali lah sebab aku baru darjah 6 hahaha. Okay masa turn ibu aku jaga, dia cakap arwah nyaie aku bagitahu dia yang arwah yayie aku (yayie panggilan orang jawa yang sama maksud dengan atok) adik beradik dia yang lama meninggal datang rumah nak jemput dia jalan. Dia suruh ibu aku tengokkan. Ibu aku pun dah cuak masa tu terus suruh arwah nyaie aku tidur dan jangan layan sangat perasaan dia tu.
Lepas tu bila turn akak sedara aku pulak yang jaga (malam yang sama eh), dia haus lepas tu dia pergi lah dapur dah haus kan, haha. Masa dia nak bancuh air tu dia terdengar bunyi sayup2 suara macam orang tengah mengaji or yassin tu dekat tingkap belakang. Bunyinya macam ramai yang tengah baca. Jadi bila dah dengar macam tu dia terus ke depan. Esoknya, dengan takdir Allah arwah nyaie telah dijemput seruan ilahi. Bila dah selesai semua urusan pengebumian baru lah kami semua buka cerita masa malam jaga arwah nayie tu. Ibu dan makcik-makcik aku semua anggap apa yang nyaie cakap dengan apa akak sedara aku dengar tu ialah petanda yang nyaie aku dah nak pergi. Dan mereka yang dah pergi lama datang ke rumah sebab nak jemput nyaie aku.
Haa tamatlah cerita aku. Tak seram pun kan, yalah bukan cerita hantu pun hahahaha. Tapi kalau diberikan keizinan dan kesempatan aku akan ceritakan pengalaman adik sedara aku yang diganggu pocong. Real punya seram. Stay tuned 🙂
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
roh org dh kembali ke alam barzakh xkan pulang blk ke alam dunia.ni semua mainan syaitooonnnn
Serius lagi setuju dengan komen tuan bukan najib razak.. roh yg telah pergi tetap telah pergi dan takkan kembali.. itu semua kerja dan penyamaran syaiton laknatullah yg ingin menyesat anak cucu cicit Adam a.s.. di saat nazak maka syaiton akan menyerupai manusia yg ingin menyesatkannya di saat akhir waktu kematian.. Na’uzubillah min zalik
Ni cerita sedih…
Hmmmm…rindu arwah abah…
Dahlar nenek/nyaie akk br menggl hari khamis lepas…
Innalillahiwainnailaihirajiun…
Benda yg hampir sama terjadi pd sy. Yg arwah atok awak almost sama dgn arwah ayah sy. Yg arwah nenek awak pulak almosylt sama dgn arwah nenek sy.
Part 1: Arwah ayah aku meninggal masa aku form 4, malam raya ke-4. Malam selepas arwah ayah sy dikebumikan, kami tidur diruang tamu beramai2 bertilamkan toto dan bertemankan pakcik makcik sblh emak (sbb emak sy penakut sikit, hehe. jgn kecam sbb nk explain situation je). Emak mimpi, arwah ayah sy jenguk kami dibalik pintu masuk hadapan ruang tamu. Bukan dari dalam, dari luar. (Sori citer x seram, cuma sayu). Mak ckp situasi kami dlm mimpi exactly the same how we are at that time (baju selimut pakcik makcik semua sama). Ok sambung. Mak aku nampak arwah ayah aku jenguk kepala je sbb badan balik pintu. Then mak aku kejut kami adik beradik cakap “nak2, bangun nak ayah balik.” sedayanya mak aku kejut kami dlm mimpi, tp opkos la kami tak bangun sbb bukan mimpi kami. Then mak cakap arwah ayah tunjuk isyarat senyap (letak jari telunjuk kat mulut) smbil bergegas jalan dari pintu tu keluar rumah terus ke belakang rumah. Menangis2 mak dlm mimpi tu sbb mak ckp sampai hati abang tinggalkan anak2. Tapi ayah no respon memg straight ke belakang rumah x muncul2 terus.Then aku percayalah memang ayah aku ada lagi malam tu sbb before tidur aku kat dapur sorang2, aku terbau bau wangi sgt3 lalu depan hidung aku (at the same time air mata mengalir tak henti2). Ok stop part 1.
Part 2: arwah nenek aku meninggal umur aku 10 tahun. Ni pun based on my mom story. Bape hari sebelum arwah nenek meninggal, nenek selalu cakap nak balik rumah dia (walhal dia kat rumah sendiri). Bila anak2nya cakap nilah rumah mak, nenek jawab “rumah aku guuuedekkk kokkk” (rumah aku besarrrr sgt). Siap cerita rumah dia camne. Siap ajak kami pergi rumah dia. Pastu siap citer kok rumah lik sekian penuh semak, lik sekian terbakar, lik sekian lapanggg rumahnye *lik tu mcm pakcik/makcik dlm bahasa jawa. Maka fahamlah kami bahawasanya nenek tak lama lagi akan pergi. Sekian cerita sy. Sori confess kat sini, x story kat page. Haha. Wassalam.
Sama macam arwah Tok Bak(atok belah ayah). Malam selepas die meninggal, kitorg semua pakcik makcik sepupu2 semua tdo kat hall beramai2. Mak Tok(nenek), pakcik ngan makcik yg duduk umah tu tdo dlm bilik diorg la.
Esok pagi Mak Tok tanya kat saya kenapa malam semalam saya tdo berjalan? Mak Tok tak tdo lagi masa tue. Die nampak saya jalan pergi dari satu bilik ke bilik yang lain, selak langsir, jenguk org yg tdo dalam bilik. Pastu saya berdiri kat tgh rumah, tgk semua org yang tdo kat hall tue, dah selesai baru saya baring balik. Sbb mmg semua anak cucu Tok Bak tdo umah tu malam tue.
Saya cakap saya tak ingat plak apa yg jadik, mmg saya tdo nyenyak malam tadi. Dan tak penah pun sebelum nie ada kes yg saya tdo berjalan. Pastu makcik rasanya yang menyampuk ckp tu mesti Tok Bak datang nak tgk semua waris2 die utk last time.
*Saya merupakan cucu lelaki pertama Tok Bak dari anak lelaki pertama Tok Bak(ayah).
aku nak cerita jugak kat sini … 24/3/2016 arwah atok aku meninggal , pada hari yang arwah dikebumikan tuu , selepas kenduri tahlil selesai , kami anak beranak saudara mara berkumpul nak bincang malam tahlil kedua nak masak apa, sembang punya sembang , tengok jam dah dekat pukul 1 pagi , so masing-masing yang rumah bedekatan ngan rumah aku sume nak balik laaa (aku duduk satu rumah ngan nenek atok aku dari kecik sampai sekarang) , so sape yang rumah agak jauh tuu , dorg bermalam kat rumah aku..
makcik aku niee , nak balik laa sebab rumah dia dekat jea , so dia ajak anak2 dan laki dia balik (anak dia sorg pempuan 3 tahun sorg lelaki 1 tahun) , masa jalan kaki nak pegi kat kereta , anak dia yang perempuan tuu ckp kat makcik aku , “umi , sape kat situ” sambil tunjuk dekat rumah kosong depan rumah aku tuu , ada kebun arwah atok aku jugak kat situ.. makcik aku tanya balik “sape kakak nampak?” anak dia jawab “macam atok jea” makcik aku nie jenis penakut .. hahaha cepat2 dia lari , laki dia dah smpai kat keta.. (lelaki kalau jalan mana nak pandang belakang , tau2 sampai jea dia dalam keta) ..
tahun 2016 tahun yang paling sedih bagi keluarga kami , arwah atok(side ibu) meninggal 24/3/2016 , arwah atok(side ayah) meninggal 30/3/2016 , bulan 6/2016 arwah nenek (side ayah) aku pulak meninggal .. sedihh dia takyah cakap laa, kehilangan dalam satu tahun.. al-fatihah untuk kesemua arwah2 yang aku sayang.. semoga roh2 beliau dicucuri rahmat.. aaminn..
Amin
pale mung…
Sape kate x seram..kalo x kena btg hidung sendiry mmg x kata seram
Ni bace ke x bace cite..nyaie tu mksdnye nenek dlm bahasa jawa.aptb
Cerita ok…