Assalamualaikum. Terlebih dahulu aku memperkenalkan nama aku Aina. Terima kasih kepada Fiksyen Shahsha kerana telah memberi peluang untuk aku berkongsi kisah dan pengalaman aku sendiri sewaktu aku belajar di Pasir Gudang, Johor.
Jadi kisah ni berlaku pada aku sewaktu aku di semester 2. Tempat aku belajar ni tak ramai pelajar perempuan sebab kos yang ada banyak kepada lelaki sahaja. Nak dijadikan cerita. Asrama perempuan ni di bangunan lama yang mempunyai 3 aras. Dalam 3 aras tersebut, kami hanya boleh menggunakan 2 aras sahaja, aras yang 3 itu tidak dibenarkan duduk kerana sudah membuat perjanjian dengan makhluk itu untuk tidak menganggu rumahnya. Dapat tak korang imagine kan.?
Okey bermulanya selepas habis waktu kelas pada pukul 5 petang, setelah asar kami semua perlu turun ke padang untuk memulakan aktiviti bersukan. Almaklumlah hujung semester kan kami dari dorm 1-13 dan 1-14 ni malas untuk turun sukan. Sepakat dengan senior, junior sekali terikut hehehehe. Selepas pukul 6.30 dia orang semua akan naik ke dorm untuk bersiap ke dewan makan setelah itu ke surau untuk solat berjemaah. Masa tu aku tak berapa sihat, pening kepala so aku tak turun makan, jadi aku ke surau masa tu sorang diri dalam pukul 7 macam tu, masa tu asrama aku ni ade pokok besar tempat rumah ‘kak ponti’ tapi pokok tu kena tebang, so dia merayau lah cari pemangsa yang menebang rumahnya, tapi kak ponti salah target, dia target aku pulak, Okey berbalik pada tadi, masa otw ke surau tu tepi asrama aku ni ade tangki air bomba tau, masa aku lalu tu aku ade terserempak sekor kucing hitam, kucing tu pandang aku macam nak makan je aku dan tetiba angin lalu laju je tiup belakang tengkuk aku. Tapi masa tu tak rasa apa apa ye lah tak sihat malas nak fikir kan.
Sesampai je di surau, solat maghrib, selepas solat ade ceramah sambil menunggu isyak. Dalam ceramah tu kau tau ustad tu ceramah pasai ape.? Ha dia ceramah pasai hantu, jin, iblis segala macam lah, yang paling aku ingat dia kata, dia ada mengubat seorang pesakit yang ada saka ni, dia meracau sambil panjat dinding aku apa lagi tengok lah dinding tu dengan fikiran kosong + sakit kepala + berdenyut. Eah boleh pulak akak senior aku ni tegor kau kenapa teddy gaduh dengan pakwe eah. Hahahaha teddy tu nama manja akak dorm aku panggil.
Lepas solat isyak kami semua balik ke dorm masing masing. Setiap dorm ade mama dorm masing masing. Mama dorm kita orang kak ila, yang panggil aku teddy tu. Dia dapat chat group whatsapp dari warden suruh berkumpul ke bilik tv@bilik solat pada pukul 11. Okey dah pukul 11 ni semua ke bilik tu berkumpul tunggu warden.
Beberapa minit warden pon sampai. Warden naik pon sebab nak sampai kan suruh berhati hati solat berjemaah jangan tinggal, jangan stress dan ke toilet jangan berseorangan. SEBAB makhluk tu tengah berleluasa. Kan aku ada cakap aras 3 tu rumah dia, dan ade beberapa perjanjian untuk kami penghuni aras 1 dan 2. Kami tidak boleh membuat kotor, kalau period tak boleh mandi kat shower sebab d***h tu akan mengalir ke longkang, oh ye toilet kami ni berasingan tempat nak yak tu belah kiri dan kanan shower. Benda tu mengacau sebab ade junior ni dia ni ya allah degil betul, dia boleh tak cuci pad dia tu dia boleh buang je dalam lubang jamban. Dan membuatkan makhluk tu marah.
Berbalik pada tadi, selepas kami di warning dengan warden, ada beberapa orang yang mengadu dalam beberapa hari ni dia orang kena kacau, dan sorang akak senior ni baru je kena kacau masa tengah mandi, dia dengan kawan dia mandi di toilet dan benda tu main buka tutup lampu. Siapa tak meremang kan, kalau aku sanggup mandi berdua satu toilet. Okey start pada tu, warden aku naik ke asrama buat meeting sebenarnya nak denda kita orang siapa yang tak turun sukan. Tahu tak dendanya ape.? Jeng jeng jeng…
Pada pukul 1 pagi orang sedap tidur, kami dua dorm yang tadi tak turun sukan, kena denda lari kat padang pepagi buta. Orang nak tidur kot. Warden kata turun pakai kasut ye nak joging dan warden bagi 5 minit suruh dua dorm yang kena denda tu bersiap. Dan yang tak kena denda tu balik ke dorm tidur. Okey masa ni aku tak sedap hati dah sebab aku baru period. Aku rasa lain macam je. Masa nak turun tangga tu aku banyak mengelamun, kawan aku tegur aku macam sadar tak sadar. Then akak dorm aku kak wawa tegur. Aina okey.? Then aku hanya mampu angguk je. Haa kak wawa ni dia lain macam sikit, dia ni ade kelebihan sikit. So masa ni dia tanya aina kenapa, dan aku cakap aku takut. Dia kata follow akak baca. Istigfar banyak banyak.
Masa otw ke padang kita orang lalu depan perumahan staff tu. Masa aku lalu tu aku rasa nak menangis aku rasa angin tiup tu kuat gila. Warden aku cakap aku nampak apa.? Aku diam je, sebab nak bagi tahu ape aku tak nampak pape pon. Then dia kata aina okey tak.? Tak okey naik dorm. So aku teruskan untuk lari kang kawan aku kata aku mengelat pulak kan. Masa dah turun padang tu warden aku suruh lari. Sambil tu mata aku tak berhenti pandang aras 3. Padahal tak nampak pape pon. Sampai kak ayu cakap aina jangan tengok sana. Tapi aku degil tetap nak jugak pandang tapi ape pon tak de nampak.
Lepas dah siap kena denda tu, kita orang semua naik ke dorm. Tempat yang sama jugak rasa angin kuat gila tiup kat telinga, sampai aku menangis rasa tak nak naik asrama. Warden aku baik nak balik rumah tak jadi patah balik. Tapi masa ni aku sedar lagi. Dia bawak aku naik dorm. Suruh aku amik wudhuk. Aku dalam blurr ni amik wudhuk tah pape. Sambil mata macam nak makan orang lah (kawan aku cakap). Okey lepas tu, aku duduk dalam dorm aku suka ke penjuru. Aku duduk goyang badan macam kena histeria tu. Ade sorang akak ni bagi aku air yasin. Suruh aku minum paksa aku, aku ape lagi sembur kat muka dia (sorry kak, nak kawal tak boleh) pastu member aku kat sebelah baca yasin rasa bingit je. Kak ema ni suruh kawan aku maisara pergi bilik tv amik yasin. Baru nak masuk bilik tv tu. Dia nampak ade lembaga hitam berbulu terbakar mata merah terjojol. Eee dapat bayangkan tak.? Dia terus lari masuk dorm baring kat atas katil tutup muka pakai bantal. Akak dorm aku tanya kenapa dia terus meracau. Aku apa lagi masa tu suka lah tengok dia meracau. Aku aku sekali meracau.
Lepas tu warden lelaki datang settelkan kita orang. Kau tahu kan bila kat asrama sorang kena histeria berjangkit jangkit lah. Hahahaha virus betul. Baik berdua je, ha kau terus hampir satu asrama perempuan kena. Aku ni sebenarnya setiap tingkah aku buat aku sedar. Cuma macam robot dikawal oleh makhluk tu. Ustad yang bagi ceramah tu warden lelaki, so dia ubat kan aku. Aku paling susah di kawal. Dia kata aku ada saka. Ha amik kau kena terajang sekali dengan aku (tapi sorry ustad tanpa dikawal). Aku diletakkan kat bilik tv. Dan ade yang kena di dorm aku dorm 1-13 dan 1-14 dan yang lemah semangat di dorm 1-15 untuk buat bacaan yasin (1 aras ada 4 bilik termasuk bilik tv)
Masa kat bilik tv tu kak wawa ni dia nampak aku kena histeria ni dia kata ngan kak ila, ila wawa kesian tengok aina, beberapa minit lepas tu dia kena. Masa ustad ubat kan dia, ustad tanya dia dari mana kau datang.? Kenapa kau ganggu kami. Makhluk tu kata sebab kau kotor. Dia kata kat aras 2, toilet nombor 3, ada pad yang tak cuci tersumbat kat dalam tu. Terus dia muntah hitam, dan terus ditanam di luar asrama. Yang ni kawan aku cerita ye.
Selepas beberapa jam bertarung. Kami semua okey dan sangat lemah. Kawan aku ni call ayah aku suruh amik aku. Sampai je ayah aku kat asrama ni aku terus menangis nak menjerit lagi sambil pandang aras 2. Then ayah aku cakap lah dah kak jangan pandang dia, dia nak naik atas. Lepas tu apa lagi akak dorm atas pulak kena. Dan aku ayah aku terus bawak balik. Pergh dia punya lepak macam nak tercabut nyawa. Badan sakit sakit. Lepas tu esoknya pergi berubat dan orang tu kata dia marah ade orang kacau rumah dia. Dia masuk dari kaki. Sebab tu aku pening kepala dia campur dengan d***h. Sekian terima kasih.
ILP Pasir Gudang ya?
Iya ni . Ilp pasir gudang ni . Memang angker sini . Tapi roti canai kat sebelah ilp ni sedap enn .. rindu pulak kat kampung halaman ..
citer mcm tergantung jee…x abis..
berani noh baca time pkul 2 pagi hahahahah XD
beza sangatlah penulisan umur 30 tahun ke atas dan umur 30 tahun ke bawah ni…banyak sangat perkataan diubah suai..tak berapa kena dengan kepelbagaian umur pembaca kat fiksyen shasha ni..
maaf sekadar memberi pendapat..
beza sangatlah penulisan umur 30 tahun ke atas dan umur 30 tahun ke bawah ni…banyak sangat perkataan diubah suai..rasanya tak berapa kena dengan kepelbagaian umur pembaca kat fiksyen shasha ni..
maaf sekadar memberi pendapat..
hah.. baru ni aq jumpe org ckp dy dlm keadaan sedar cume x leh control, sebarang tindakan,,
aq igt aq sorg je. sbb ramai x percaya..