Asrama Di Pahang

Assalamualaikum kepada pembaca novel seram Fiksyen Shasha. Okey, terus terang aku banyak kisah seram yang aku alami. Aku juga peminat tegar Fiksyen Shasha. Nama pena aku Nurfaa. Umur aku 22 tahun. Mungkin kisah aku ini tidak seram sangat. Tapi bagi aku, itu adalah pengalaman yang sangat seram apabila kita berdepan dengan mahkhluk ghaib ini. Dan, aku juga berterima kasih kepada admin jika kisah aku ini di siarkan. Jika tidak, hanya aku sahaja yang baca.

Cerita aku bermula disini, semasa lepasan SPM 2015. Aku mendapat tawaran sambung belajar peringkat Diploma di Pahang. Pada mulanya, aku agak keberatan untuk sambung belajar. Yela, aku dari kecik lagi mana pernah duduk berjauhan dengan keluarga aku. Lagi-lagi duduk di asrama dan jauh pulak itu di Pahang. Okey, aku singkatkan cerita. Nanti korangboring pulakkan intro panjang-panjang. Selesai sahaja, kedua ibu bapa aku dan sedara aku menghantar aku ke asrama dan daftar untuk semester pertama. Belum sempat mereka keluar dari pagar asrama aku, aku dah mula menangis hehehe.Biasalah anak manja gitu. Cehh..

Pada malam pertama aku berada disitu, aku rasa okey sebab dapat kenal dengan kawan baharu dan juga ya. Tidak kusangka, kawan aku di sekolah menengah satu tempat study dengan aku. Korang bayangkan satu tempat sama, duduk bilik sama dan dalam jurusan yang sama. Sweet sangat. Hehehee. Dalam bilik aku memuatkan enam orang pelajar. Empat orang jurusan sama dengan aku. Dan dua orang lagi adalah jurusan berlainan bidang. Jadi, aku ada kawanlah kalau kelas cancel atau kawan study masa exam.

Kisah seram bermula, semasa cuti semester sebelum masing-masing ada exam. Yang tinggal waktu itu hanya tinggal roommate aku tiga orang termasuk aku. Jadi, kami pun duduk di luar sahaja. Sebab ramai student pulang ke kampung halaman masing-masing. Ikutkan, aku balik rumah keluarga aku di Selangor. Tapi aku balik lambat sedikit sebab mahu bertemankan tiga orang kawan aku ini. Semasa, kami tengah layan movie di laptop. Tiba-tiba, kami terdengar ada orang hempas pintu kuat sekali. Ia, memeranjatkan kami sampai ada yang melatah. Kami pun diam sahajalah, sebab student perempuan sini kalau dia mengamuk atau oncall dengan pakwe memang akan hempas-hempas pintu. Jadi, kami sambung balik tengok cerita tadi.

Dalam keadaan yang gelap dalam bilik kami, sebab tutup lampulah kan barulah ada feel tengok cerita seram kat laptop. Tiba-tiba kawan aku ika nak pergi tandas. Dia ajak aku pergi tandas suruh temankan dia. Sebab biasa aku dengan ika memang rapat, pergi mana-mana mesti berteman. Jadi, dia dah masuk tandas. Aku pun tunggulah dia dekat luar. Aku main-main dengan kucing kat situ. Dalam beberapa minit, aku terasa ada orang sentuh aku dari arah belakang. Aku toleh ke belakang aku ingat ika. Rupanya, tiada siapa disitu. Aku pun sedapkan hati sahaja.

Aku pun pelik asallah ika ni lambat sangat kat dalam tandas. Buat tandas ke. Aku bebel dalam hati. Aku panggil nama dia. Dia tak menyahut. Last-last korang tahu apa yang terjadi lepastuh. Aku teruslah masuk bilik. Tengok-tengok si ika ini dah ada dekat dalam bilik dengan mira dan iera. Aku pun tanya dia. Eh macam mana kau ada kat dalam bilik sedangkan kau dengan aku sama-sama dekat tandas. Pastuh dia kata, apa kau merepek ini. Aku dengan dorang baru je balik beli makanan dekat bawah. Aku dengar je ika cakap camtuh. Terus aku diam dan capai balik fon aku bukak surah yassin. Aku rasa kehairanan dan tak tahu nak kata apa..

Lepastu aku ingatkan dia dah tak kacau. Rupanya, malam itu jugak dia munculkan diri dia. Dan siap sentuh lagi kau. Masa tuh, aku tidur katil atas yelah katil double decker kan. So, tengah-tengah adalah laluan untuk orang keluar ke pintu. Jadi aku pun tidur macam biasa. Dalam pukul 3:00 pagi, alarm aku akan berbunyi. Biasa kalau alarm aku berbunyi, aku akan tutup. Tapi kali ini, dia rasa lain macam. Sebab aku, kalau aku dah tidur aku punya telinga ni macam telinga lintah. Walaupun dah tidur lama, kalau orang buat bising sedikit aku akan terbangun. Tapi kali ini, aku dikejutkan dengan orang menepuk kaki aku. Aku first buat tak tahu jelahkan. Lama-kelamaan, dia ajak main pulak. Main selimut dengan main dekat kaki aku. Ikutkan nak je aku sepak benda tuh.

Tapi, tak tahu macam mana. Aku cakap kat dia. Aku nak tidur janganlah kacau. Esok aku nak balik rumah aku dah. Pastuh, dia pun diamlah. Aku ingatkan okey dah dia pergi luar ke apa. Hahahaa.. Rupanya, bila aku pusing je sebelah. Ermm.. Dia boleh tersenyum tengok aku. Aku pun, pura-pura tak nampak ikutkan mahu je terjun ke bawah katil mira. Tapi, aku turun dengan penuh hati-hati jugaklah. Buatnya, tersandung ke bawah kang. Naya den. Jadi aku pun cepat-cepat pergi dekat katil ika. Tidur sebelah dia. Esok paginya, aku cerita dekat dorang ni. Rupanya, dorang dah lama dah kena. Rupanya, si mira pun kena jugak malam tuh. Nasib malam tu tiada apa-apa yang berlaku kepada kami.. Jdi, kami pun dah sampai ke terminal untuk pulang ke halaman rumah masing-masing untuk merehatkan minda dan juga belajar di rumah sahaja.

Sekian. Terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]
Nurfaa

7 thoughts on “Asrama Di Pahang”

  1. Jdi, kami pun dah sampai ke terminal untuk pulang ke “halaman rumah” masing-masing untuk merehatkan minda dan juga belajar di rumah sahaja.

    *Halaman rumah dan kampung halaman lain ye dik.. Bagitahu je.. 😁

    Reply
  2. Yang tinggal waktu itu hanya tinggal roommate aku tiga orang termasuk aku -3 org
    Aku teruslah masuk bilik. Tengok-tengok si ika ini dah ada dekat dalam bilik dengan mira dan iera.-4 org pulak

    konsisten la sikit

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.