Asrama Melaka

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada Admin sebab dah siarkan kisah berkenaan Hantu Raya Ibu. Sesiapa yang belum baca, sila baca dahulu sebab lepas kejadian tu aku dah mula nampak makhluk Allah yang tak boleh nampak dari mata kasar. So ramai yang bertanya tentang ibu aku, dia sihat cuma kadang-kadang dia sakit-sakit badan. Nak solat pun susah disebabkan batuk berpanjangan sampai menganggu dia nak solat. Bila dibawa berubat dengan ustaz, ibu aku takkan sedarkan diri. Maksud aku dirasuk. Ibu takkan ingat masa dia dirasuk, baginya dia hanya tidur. Ustaz cakap bila badan dah lubang besar, makhluk halus ni senang keluar masuk bila-bila masa.

Okay semua, aku nak sambung cerita berkenaan diri aku masa di kolej. Kolej aku rahsiakan cuma aku just bagitahu kat Melaka. Jauh weh aku pergi belajar dari Terengganu ke Melaka. Ni lagi satu sebab kenapa aku suka belajar jauh.

Lepas kejadian ibu, aku lebih suka tinggal berjauhan dari keluarga disebabkan aku tidak suka perasaan bila berada dirumah. Bila dirumah, aku jadi seorang yang kuat pemarah dan hati aku sakit melihat ibu. Tapi bila diluar rumah, kami okay. So disebabkan hal tu, aku belajar jauh, aku boleh rindukan ibu. Aku boleh call dari jauh cakap pun elok je dengan ibu. Tapi bila dirumah entahlah. Tak mampu nak ungkap perasaan tak suka kepada ibu sendiri. Sekarang pun aku praktikal di KL jauh dari rumah. Kadang-kadang perasaan rindu nak balik rumah tu datang, tapi bila dirumah sebaliknya. Ayat yang selalu keluar dari mulut aku, ” Eii menyampah betul duduk rumah nilah.. Kalau tahu aku tak balik..” Aku sendiri tak tahu kenapa.

So masa aku dikolej semester pertama, aku tinggal diasrama ditingkat 2. Satu rumah ada 3 bilik. Bilik first ada 2 orang, aku dibilik kedua dimana menempatkan 4 orang termasuk diri aku dan bilik ketiga juga menempatkan 4 orang. Biasalah bila dah jumpa kawan baru mesti kecoh punya. Rasanya time tu rumah kami paling bising tak kira malam atau siang. Bila dah gembira sangat mesti ada benda yang tak elok punya. Dah sebulan stay rumah tu, first time kami dengar orang atas main lari-lari. Dengan orang tarik kerusi meja, biasalah kan orang atas mesti tengah study ke apa. Sampai satu part kami solat and baca Yassin sama-sama sekali angin datang macam nak ribut. Dah berkumpul kami semua rapatkan diri masing-masing.

” Weh baru aku perasan dekat floor ni, rumah kita je yang berpenghuni.. Rumah lain takde orang pun, mungkin senior tak masuk lagi..” Time tu masing-masing dah rasa seram.

Adalah kami yang balik awal dari kelas lupa nak minta kunci dengan kawan so tak tahu nak tunggu dekat mana, kami masuk rumah sebelah yang takde orang tu then lepak sambil nyanyi bising-bising. Dah nak maghrib tu member balik bawa kunci so kami keluar dari rumah tu dengan tak susun kerusi yang duduk tadi. Masa nak keluar tulah nampak belakang langsir macam ada benda berdiri. Tapi buat tak tahu jelah.

Malam tu study kat meja luar dengar macam kerusi kena tarik kat rumah sebelah. Macam ada yang mangamuk. So aku plan dengan member lain yang masuk rumah tadi pergi kemas and susun balik kerusi meja yang kami guna tu. Alhamdulillah lepastu tak dengar apa-apa dah.

Pasal rumah atas kami dengar orang main berlari apa semua tu rupanya rumah tu kosong. Takde orang pun. Punyalah selama ni kami duk menjerit dari bawah suruh orang atas tu diam sikit. Ya Allah seram weh. Kami stay situ sampai habis sem1 tapi macam biasalah ada yang kena rasuk, kena histeria tapi tak ramai.

Next masa semester , kami semua berpecah so tinggal aku dengan member lagi tiga orang duk satu rumah dengan kakak senior. Aku kerap jugalah kena tinggal sorang-sorang dekat asrama tu sebab kakak senior punya rumah dekat so dorang akan balik tiap minggu. Member aku lagi sorang duk Melaka dah memang sah-sah dia suka balik. Yang lagi sorang pantang hari minggu confirm keluar dengan pakwe then overnight. Aku ni pulak jenis malas nak pergi tumpang tidur rumah member lain walaupun tingkat bawah je. So aku stay lah sorang-sorang. Nak nangis jugaklah sebab banyak dengar benda pelik-pelik.

Ada satu hari ni, kami tidur kat ruang tamu sebab exam. Entah macam mana aku boleh terbangun then tengok kat pintu rumah.Ada gula-gula weh. Berdiri elok kat situ. Aku yang niat bangun nak solat hajat study apa semua terus tak jadi. Esoknya aku story kat member and then rumah sebelah cakap memang petang tu pun dia ada kena ganggu time duk selfie benda alah si gula-gula @ pocong berdiri kat belakang tu.

Aku pun abaikan jelah sebab memang semua tempat ada makhluk lain. Bukan kita je. So aku tidur macam biasa kalini dalam bilik tapi malam tu pun sama nampak lagi dia kat pintu bilik, hujung kaki aku. Dah menggigil aku dalam selimut, takut punya pasal. Sejak dari kes tu, banyak lah kejadian orang jumpa NK @ nenek kebayan dan gula-gula tu.

Aku bersyukur tak nampak NK sebab aku memang tak boleh dengan benda tu. Kalau nampak yang lain memang aku takut cuma boleh dicontrol. Dapatlah baca surah pape yang terlintas kat kepala.

So sekarang aku stay rumah sewa di Ampang untuk 4 bulan je sebab praktikal. Rumah sewa ni pun sama daa, kena ganggu. Ish sabor jelah sekmung. Aku and member lain dengar dari budak junior je pasal kolej tu sebab gangguan makin menjadi-jadi. Siap tunjukkan diri kat koridor lagi. Uish kemain eh.

Terima Kasih para pembaca maaf jika cerita ni tak berapa seram. Cuma nak berkongsi kisah.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Sophia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Asrama Melaka”

  1. “Yang lagi sorang pantang hari minggu confirm keluar dengan pakwe then overnight.”
    Buat apa tu? Patut pun banyak kes buang bayi. Ni lagi dasat dari hantu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.