Asrama – Penghuni Hitam

Assalammualikum dan salam sejahtera. First time aku tulis untuk mana-mana page. Haha!

Okay, aku merupakan seorang pelajar kolej swasta di Batu Pahat (BP), Johor. Sekarang kolej aku dah ada tempat sendiri, tapi masih di BP. Dahulunya, asrama lama kami, kolej aku sewa dengan sebuah kolej lain di Sri Gading. Asrama tu besar. Seriously sangat best! Aku budak graphic design, memang selalu tidur lewatlah. Biasanya berjaga sampai jam tiga atau empat pagi. First time aku duduk situ, tak adalah pulak budak kena histeria macam yang senior-senior aku ceritakan.

Tapi masa final semester satu, ada satu malam tu, aku kena siapkan projek lukisan canvas aku. Waktu tu dah pukul dua pagi. Bilik aku ada empat orang, tapi yang stay up cuma dua orang sahaja iaitu; aku dan Ira, roommate aku. Dah siap melukis dan coloring, aku nak kemas-kemas alatan melukis. Masa tu aku nak ke tandas, cuci alatan-alatan mewarna. Tandas terletak betul-betul depan bilik aku. Aku pun beritahulah dekat Ira, “wei, aku nak pergi basuh berus, tau! Jangan tutup pintu dulu.”

Masa tu Ira tengah layan lagu pakai earphone, so dia just mengangguk faham. Aku dah biasa pergi tandas seorang-seorang, tapi malam tu entah kenapa, aku rasa tak sedap hati. Tapi aku buat tak tahu sajalah, sebab dah mengantuk sangat. Masa aku tengah basuh berus-berus tu, aku terasa macam ada benda dekat dinding atas cermin belakang aku. Aku pun saja pandang cermin singki depan aku. Aku nampak benda hitam macam tengah perlahan-lahan menyorok ke belakang. Macam dia tak nak aku nampak dia, tapi dia still nak tinjau aku. Aku diamkan lagi. Tapi bila malam tu dah dua kali aku ternampak benda yang sama, aku dah mula rasa seriau. Kali ketiga aku baru nak pandang, aku nampak dengan jelas benda hitam tu berdiri betul-betul depan pintu toilet booth belakang aku tu. Tak menyorok lagi dah. Mungkin dia dah tahu yang aku memang dah nampak dia. Dengan bulu roma aku meremang macam nak tertanggal dari kulit, aku terus campak berus-berus semua tanpa tutup air. Berlari aku masuk dalam bilik. Ira terkejut tengok aku kelam-kabut dengan muka pucat.

“Kenapa, nana?” Soal Ira risau. Aku cuma mampu senyum sahaja. Aku cakap, “saja lari.”

Tapi Ira ni macam faham. Dia senyum saja. Mungkin sebab dia perasan yang barang- arang aku cuci tadi semua tak ada dengan aku, dia ajak aku ke tandas semula. Kali ni dia offer diri nak teman. Serious aku tak pernah setakut tu! Esoknya Ira tanya aku, “malam tadi kau kenapa sebenarnya?”

Aku diamkan saja. Keliru. Tak tahu nak cerita macam mana, sebab perasaan seram tu masih terasa.

Ni cerita kedua, dengan roommate aku seorang lagi, Lyana. Ada satu malam ni, si Lyana ni nak basuh baju waktu tu lepas isyak. Selesai cuci, kami cari ampaian kosong. Tapi tak jumpa. Lyana ajak aku pakai ampaian dekat atas. Tapi rupanya tingkat atas (tingkat tiga) tu memang kosong, sebab katanya, tingkat tu tak boleh disewa. Kolej tak kasi. Tapi kawan aku ni memang hati kental. Dia dalam bilik memang selalu tidur lambat sebab main game. Perempuan, tahu! Tapi main game sampai tak tidur. Haha! Tapi dia tak pernah kena kacau dengan hantu-hantu ni. Okay, sambung cerita…

Masa aku nak sidai kain tu, baju dia lebih banyak dari aku. Sebab tu dia nak pakai ampaian tingkat atas. Aku layankan saja, sebab memang penuh pun ampaian lain. Aku pun temankan Lyana naik atas. Tak fikir bukan-bukan pun. Just fikir sekejap lagi nak berbual sambil sidai kain. Masa aku tengah sidai kain tu, tak tahu kenapa mata aku asyik nak tengok kiri kanan. Aku tengok baju Lyana yang banyak pun dah nak habis disidai. Tapi aku? Masih banyak, wei! Macam dari tadi aku aku tak sidai apa-apa.Pelik sangat. Lyana pun offerlah diri nak tolong sidaikan sekali. Masa aku nak pandang Lyana tu, aku ternampak ada benda hitam tengah renung aku. Bila dia nampak aku pandang dia, terus dia melompat ke celah-celah dinding bilik. Aku terkejut, terus diam.

Member aku nampak aku macam dah diam saja, muka dah pucat, dia cepat-cepat tolong sidaikan kain aku. Selesai saja, dia terus cakap, “jomlah Nana, kita turun sekarang. Kau jalan dulu.”

Aku masih diam, terus berjalan macam nak belari. Tapi takkanlah nak tinggalkan member, kan? Tapi sejak kejadian tu, aku tak naik atas tu dah. Itulah kali pertama dan mungkin terakhir aku naik atas tu.

Masa aku naik semester dua, aku duduk bilik seorang diri. Sebenarnya kalau diikutkan, bilik tu boleh duduk dua orang. Tapi roommate aku ni, dia nak duduk luar. Aku pun duduklah seorang diri dalam bilik tu. Kehidupan aku waktu semester dua, aku banyak buat kerja seorang diri dalam bilik. Jarak sebuah bilik dari bilik aku tu pula adalah bilik member aku bernama Asma. Dia ni jenis susah nak kena benda-benda macam tu. Sampailah satu hari tu, dia duduk buat kerja, tapi pintu tak tutup. Dia terdengar ada orang pangil nama dia. Masa tu Asma tak ada mood, jadi dia tak sahut pun panggilan tu. Lepas tu, dia pusing, sekadar nak tahu siapa yang panggil dia. Tengok-tengok tak ada orang. Then,  wing yang kitorang duduk tu sunyi semacam. Semua orang dalam bilik. Dia terus berlari masuk bilik aku. Aku yang tengah duduk dekat meja study pun terkejutlah! Masuk macam orang nak rempuh pintu. Lepas tu, dia terus duduk atas katil aku, menangis-nangis. Aku pun tanyalah, “As, kau kenapa?”

Dia kata, ada orang pangil nama dia. Tapi bila dia pusing, tak ada orang. Dia takut, terus lari masuk bilik aku. Masa dia tengah cerita tu, tiba-tiba ada benda jatuh dekat atas awning tingkay bawah. Aku memang tak tutup tingkap bilik, sebab malam panas. Waktu nak tidur baru tutup. Dengar bunyi benda jatuh tu, aku dah meremang. Tapi aku buat-buat kuat, sebab aku tahu,  kalau aku takut, Asma akan jadi lagi takut. Aku cakap, “tu kucing Ibu jer tu (warden asrama).”

“Iya, iya jer kau,” balas Asma perlahan. Aku diamkan saja. Malas nak panjang-panjangkan cerita, sebab masa aku dekat rumah dulu pun, aku selalu dengar bunyi macam tu (walaupun rumah aku tu kelilingnya tak ada pokok besar).

Dekat kolej tu lagilah, tengah-tengah alam kot! Belakangnya padang, depannya pulak bangunan. Tapi aku cakap, “dahlah, pergi tidur.” Tapi aku tak tahulah, bilik aku tu pun keras sebnarnya. Sebab sebelum-sebelum ni, student yang duduk situ selalu kena kacau. Semenjak akududuk bilik tu tak ada pula kena kacau, tapi adalah kadang-kadang, waktu malam, aku ternampak benda hitam duduk depan pintu bilik aku tu. Macam tengah tengok aku. Tapi biasanya aku set mind yang ‘benda hitam’ tu takkan kacau aku. Tapi masa aku nak tinggalkan bilik tu, berat sangat rasanya. Sampaikan lepas aku balik rumah pun menangis-nangis teringat. Esoknya tu, mama datang bilik, tanya, “teringat dekat bilik asrama ke?”

Aku diam je tak nak tunjuk diri tu sedih. Mama sambung lagi, “dahlah, lupakan. Mama dah dua malam dengar suara orang menangis dekat luar rumah. Kamu rupanya.”

Aku ternganga dengar mama cakap macam tu. Bila masanya pulak aku menangis dekat luar rumah? Sejak dari mama cakap macam tu, aku terpaksa kuatkan diri. Tak nak teringat langsung bilik tu.

Bukannya apa, aku syak yang menangis dekat luar tu adalah ‘penghuni hitam’ bilik asrama aku dulu tu. Mungkin dia rindukan aku, tapi tak dapat masuk rumah aku tu (sebab ada pendinding). Mungkin setiap kali dia menangis, aku pun terikut-ikut sama. Wallahua’lam.

Alhamdulillah, sekarang aku dah tak sayang bilik itu macam sebelum-sebelum ni. Bukannya apa, sebab macam pelik kot perasaan rindu aku tu. Tak masuk akal. Padahal bilik asrama jer pun. Entahlah.

Maaflah kalau cerita aku ni agak membosankan. Dan maafkan aku juga sekiranya terdapat kesalahan bahasa dalam cerita aku ni. Maafkan aku. Sekian, terima kasih.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nana
rate (4.12 / 17)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

84 Comments on "Asrama – Penghuni Hitam"

avatar
Airish Alnisa

Selalu amalkan doa pendinding dan banyakkan beribadah.?

#Maira

cantiknya Airish…hihih

Airish Alnisa

Alhamdulillah,terima kasih Maira
Maira pun cantik jugak?

#Maira
rate :
     

Good story…
duduk asrama kalau tak pernah merasa agak pelik jadinya…

Aurora
rate :
     

Bahaya wo rindu bilik lh pulak

FF
rate :
     
Penghuni asrama? Setiap asrama ada cerita nya yang tersendiri. Aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku first time tinggal di asrama. Baca tau. Hahahahah. Nak di jadikan cerita, satu malam tu selepas aku prep malam di tingkat 1, aku nak naik bilik aku di tingkat 2. So, aku guna lah tangga belakang sebab dekat je nak menuju ke bilik aku. Sewaktu aku naik tu, tiba tiba aku rasa macam ada benda memerhatikan aku dari tepi. Maklumlah asrama selalunya area hutan kan… Aku perasan ada benda tengah tengok aku tapi aku tak nampak benda tu. Lepas tu, aku ape lagi lari pecut lah masuk bilik. Hahahahahah Aku ada member yang hijabnya terbuka. Kiteorang memang rapat jugaklah sebab pernah jadi roomate masa form 4. Lepas 2 3 hari kejadian lari pecut aku tu, aku hairan tengok kawan aku ni langsung taknak pandang aku, taknak cakap dengan aku, taknak tegur aku. Say hai pun taknak. Satu hari tu, aku pergi jumpa dia. Aku tanya dia, kenapa dia lari dari aku? Aku ada buat salah ke? Kau tahu dia jawab apa? Dia kata ade benda menumpang di sebelah bahu… Read more »
#Maira

dia nak apa sebenarnya?

FF

Entah lah maira. Saya pun tak tau dia nak apa. Hahahahah. Sampai sekarang masih lagi menjadi misteri benda tu.

#Maira

tp dia tak kacau FF la kan?? just tumpang bertenggek je?? sakit kan bahu?? sebab maira pernah rasa bahu kena tenggek macam tu. sakit + sengal…

FF

tak kacau. Tumpang je. Sakit sangat maira. Selalu kalau FF rasa bahu berat semacam je, FF dah tau dah benda tu betenggek. Kalau dia takde, langsung takde rasa sakit pape. Ringan je rasa bahu. Hahahaha

#Maira

then kalau rasa sakit tu FF buat macam mana? Maira menangis2 bila kena haritu.. sampaikan kena minta air penawar dekat orang..

FF

FF tahan je maira. Baca selawat, ayatul kursi. Kadang2 sakit tu sampai ke kepala. Tapi hanya di bahagian sebelah kanan je. Sampaikan FF nak tidur pun takboleh nak mengiring belah kanan. Tidur mengiring belah kiri je. FF rasa maira lagi teruk dari FF. hm. Sampai nangis2 maira kena. huhu

#Maira

Maira mungkin sebab pertama kali kena.. tapi memang tak boleh nak tahan sakit. memang susah nak tidur. maira baca juga bismillah 12x dengan ayat Kursi tapi x lut. hihihihi

#Maira

silap.. 21x

FF

Allahu. Memang kuat benda tu kan sampai x lut langsung. Hehehe. So, sekarang ade sakit2 lagi x?

#Maira

Alhamdulillah xde. cuma kadang2 kalau Maira tak sihat.. terasalah sakitnya

FF

Alhamdulillah. Semoga kita sama sama di lindungi oleh Allah. Amiinn

medicakk cakcak

seram cite ko. aku baca menggigil lutut kanan kiri. tak tahulah malam kang nk tido mcm mana. ini kalau ko hantar kat fiksyen shasha ni, top 5 cite ko. hahahahaha. ok. joke2.

~dia nak apa tumpang kat bahu ko?

#pleasesambung

hahahahah

FF

ye ye je kau ni medi. Dia nak kau! Kau nak dia tak? Kalau nak, aku suroh dia pegi cari kau. hahahahahahahahha. Gurau2. Entahlah medi. Aku pun tak tau dia nak apa sebenarnya. Masih lagi menjadi misteri sehingga sekarang.

Takde sambungan wei. Setakat ni je. Hahahahahahah. Jangan biarkan diri anda di selubungi misteri ~ muehehehehehehe

CERITA EL

Tumpang = Kacau . Benda yang sama.
Jin memang suka menumpang badan manusia. Dalam saluran darah. Badan manusia boleh tampung berekor ekor Jin. Dorang tak ada jisim. Bukan benda tu tak ada, Jin sepantas kilat. Dorang boleh pergi datang bila bila. Kalau dorang dah ‘TANDA’ badan manusia, senang dorang dtg pergi. Macam tu jugak la dengan saka. Kalau benda benda macam ni, kena cepat cepat berubat. Jangan fikir banyak lagi.

FF

ye. betul tu EL. Dah pergi berubat dah. Tapi tetap jugak sama. Bila sakit memang sakit sangat2 lah . Sekarang pun sakit gak ni. Hahahahahahah.

medicakk cakcak

sakit ko tu mcm mana??? bahu ko rasa sengal2, rasa berat ke? tak boleh angkat tangan ke atas ke mcm mana?

#serius

FF

ye medi. rasa berat je. Rasa lenguh macam ada satu benda yang berat kat atas bahu. Baring pun tak boleh nak baring mengiring ke kanan. kalau ke kanan, rasa macam ada benda yang di himpit. Faham kan maksud aku mcm mana?

#Akupunseriusjugak

medicakk cakcak

kesian ko. pegilah berubat. meh sini aku nk puhhh puhhh ko.

F.F

amboi. tak sangka kau ada sifat penyayang kan medi? hahhahhahahhahahahahhahaha

Ko jangan puhh puhh sangat. Nanti air liur ko kena kat aku. Hahahahaha gurau

medicakk cakcak

air liur tu yg mujarab tu. hahahahahahhahah

aku masih lagi ada sifat penyanyang. hahahahaha

F.F

kuajaqqqq! Hahahahha dalam sifat mentaikkan org, ada gak sifat penyayang dalam diri kau ni. Hahahahaha muah ciked! ?

medicakk cakcak

hahahahahahahahah

nah! ???

CERITA EL

Dia tau tu kot Haha

F.F

yelaa kot. ada yang memerhati. mueheheehe

iETa

Tahap keseraman 4 bintang..aku mmg seram dgn sebarang penampakan..hahahah

~aku masih x bole move on dgn cerita hantu pocong dak haikal tu..masih teringat2 sampai skg..mlm td terpaksa tdo dgn lampu menyala..adehhh

CERITA EL

Mcm kena badi mayat

amalinn

sama la kita …tapi pocong main fb ke?? hairannya disitu…

CERITA EL

Dorang pon maju haha

Akkey
rate :
     

Macam slenderman pun ade…huhuhuhu

Siti Asiah Shabudin
rate :
     

huish hantu apakah itu?

wpDiscuz