Asrama Putera di Awal 90 an.

Salam semua pembaca FS. Aku baru sahaja menjadi pembaca tegar FS beberapa hari yang lepas. Semakin baca makin syok pulak. Nak kata berani sebenarnya aku ni penakut yang amat. Bila baca beberapa pengalaman bekas budak2 asrama aku terpanggil tuk menceritakan pengalaman aku sendiri yang masih segar dalam kenangan. Banyak sebenarnya pengalaman yang aku lalui. Cuma yang akan aku ceritakan ini hanya diantaranya.

Sekitar awal 90an aku mendapat keputusan cemerlang dalam SRP. (Masa tu belum ada pt3 lagi). Tahulah ibubapa aku punyalah excited nak masukkan aku ke sekolah asrama. Dipendekkan cerita aku dapat sambung belajar tingkatan 4 di salah sebuah sekolah vokay di Melaka. (sekarang dah jadi kolej vokay) Dekat la umah nenek aku.

Tapi dek kerana parent aku nak aku jadi lelaki sejati dan berdikari kononnya kenelah duk asrama. Pada mula kehidupan di asrama membuka lembaran baru buat aku. Aku cuba menyesuaikan diri dengan kawan2 baru yang pelbagai ragam serta latar belakang dari pelbagai negeri. (Sehingga kini kami masih lagi menghubungi satu sama lain melalui fb dan beberapa kali dah buat reunion). Setelah beberapa bulan di asrama mulalah kecoh dengan macam2 cerita seram yang keluar. Sorang2 ceritakan pengalaman masing2.

Aku jadi cuak. Mintak2 jangan kene kat aku. Kawan sebelah katil aku perasan, siap pesan kalau takut tidur sekatil ngan dia. Asrama form 4 ni adalah bangunan dua tingkat. Bawah makmal sains n bilik tayang. Atas semua ada 5 bilik. Aku duk bilik 4. Hujung sekali bilik air selepas bilik 5. Bilik kami ni macam bilik darjah.

Ada pintu depan dan pintu belakang. Pintu depan dijadikan pintu masuk dan pintu belakang dikunci. Dinding depan belakang bangunan semua tingkap katup tu. Setiap bilik ada lebih kurang 8 katil double decker. Katil aku belah bawah betul2 disebelah pintu belakang. Posisinya sebelah kanan aku dinding, sebelah kiri pintu belakang, (pintu kayu, jarak antara katil aku dan katil sebelah hanya seluas pintu tu), atas kepala aku ada tingkap, hujung kaki pula ada locker.

Nak dijadikan cerita tingkap atas kepala aku berkarat jadi tak boleh nak di katup. Bila tepat jam sebelah malam loceng mula berbunyi menandakan suis lampu mesti ditutup dan tidur. Tuk pengetahuan pembaca dihadapan block asrama kami adalah block 2 tingkat untuk kegunaan budak kelas pengurusan pejabat (kelas aku) dan kelas pengurusan perniagaan. Tingkat atas ada bilik menaip dan di tingkat bawah bilik komputer.

Block tu membelakangkan block asrama kami. Cahaya lampu dari block tu masuk ke tingkap bilik kami. Oleh itu bilik kami tak de lah gelap sangat, nampaklah samar2. Pernah terjadi kes kami budak2 aspura form 4 kecoh dengar bunyi mesin taip serentak sedangkan bilik tu gelap. Kalau ada kelas menaip malam mesti lah aku ada dalam bilik tu ngan kawan2 sekelas kan. Di malam yg lain pulak semacam ada cahaya lilin berlegar2 dalam bilik menaip.

Hanya nampak cahaya je sebab tingkap bilik menaip tu terkatup. Kes ni kalau seorang je yang dengar dan nampak mungkin tak boleh di percayai. Tapi rata2 dari bilik 1 hingga bilik 5 nampak. Berbalik kisah tingkap atas kepala aku yang tak boleh tertutup tu, setiap kali bila angin menghembus akan terasa di atas katil aku.

Kisahnya aku mendapat gangguan bau2an 3 malam berturut2 dan malam kemuncak yang dasyat dalam hidup aku. Malam pertama iaitu malam rabu, bila setiap kali angin menghembus, aku terbau bauan yang amat wangi sangat. Baunya seperti bunga bungaan. Aku tak pasti bau bunga apa. Aku tak berani nak bangun atau buka mata.

Yang mampu aku buat hanya tutup seluruh muka dengan selimut. Tak pasti bila aku terlena. Malam ke 2 iaitu malam khamis aku di ganggu lagi. Kali ini bukan bau bunga. Setiap kali angin menghembus, dah berbau kemenyan la pulak.

Seluruh bulu roma aku tegak meremang. Aku cuba tuk panggil kawan sebelah katil aku tapi tak terkeluar suara. Lagipun aku jeling dia dah lena. Pada pemikiran aku kalau bende tu dengar suara aku dan tau aku belum tidur lagi mampus lah aku kalau dia terjulur dari tingkap tu. Macam semalam aku hanya mampu mengeras dalam selimut berpeluh2 sehingga terlena. Malam ketiga iatu malam khamis malam jumaat.

Aku dah x berdaya lagi melalui 2 malam yg menakutkan. Aku ada cerita kat kawan sebelah katil aku. Dia faham sebab dia pun ada cerita dia tersendiri. Cuma mungkin dia lebih berani dari aku. Dia pesan “kalau kau takut kau tidur je sebelah aku”. Tapi aku beritahu aku ok. Seperti yang memang dah aku jangka malam tu bila angin menghembus aku tak boleh tahan dah. Bau bangkai!!.. ya allah apa pulak kali ni.

Ini memang dah betul2 mencabar tahap ketakutan aku. Dalam cahaya samar2 aku tengok sekeliling bilik, kawan2 lain semua dah tidur. Aku tak pasti masa tu dah pukul berapa. Tiba2 aku tertangkap bunyi selipar basah crett! crett! crett! crett! Berjalan menuju ke tandas di hujung koridor. Bunyi tu sangat jelas sebab ia melalui atas kepala aku. Dalam hati aku apa pulak ni. Sape pulak yang pergi tandas malam2 macam ni.

Sedangkan kami semua tahu memang tiada siapa yg berani ke tandas lewat malam disebabkan cerita2 budak bilik 5 yang kerap mendengar pelbagai bunyi2an n gangguan dari tandas memandangkan bilik 5 bersebelahan tandas je. Selang beberapa ketika bunyi selipar basah tu mula menghantui aku.

Seolah2 mundar mandir atas kepala aku. Crett! Crett! Crett! Crett!. Aku dah jadi mula tak keruan. Tapi aku tetap tabahkan hati. Tunggu apa yg bakal berlaku. Selang beberapa kali ‘dia’ mundar mandir dan.. jeng! jeng! jeng! mula2 sayup dari hujung koridor bunyi rantai besi di seret. Slow je. Bunyi dia macam ada step. Macam seret sekali pastu stop seolah melangkah pastu seret lagi. aku tak boleh nak describe macam mana bunyi dia.

Korang try la buat bunyi tu seret guna rantai besi yang besar tu. Lama kelamaan bunyi tu makin menghampiri tingkap atas kepala aku. Peluh aku dah habis membasahi seluruh badan aku. Aku dah mula rasa nak menangis.

Tiba2 bunyi tu berhenti. Senyap sekejap. Aku tak tau nak lega ke nak apa. Tapi aku pasti ‘benda’ tu ada kat luar tingkap atas kepala aku. Dan.. gedegang!! gedegang!! gedegang!! rantai besi tu melibas pintu di sebelah katil aku! ya sampai sekarang aku x boleh lupa bunyi tu. 3 X!! Allah!! Suara aku tak terkeluar. Rasa nak gugur jantung aku. Rasa macam nak mati pun ada, nak baca ayat suci satu pun aku tak teringat nak baca.

Yang aku sebut “jangan ganggu aku! jangan ganggu aku!” tapi cuma dalam nada berbisik je. Tuhan je tahu perasaan aku masa tu. Yang peliknya tak de sorang pun kawan2 aku yang lain terjaga. Aku tekad kalau bende tu menjulur dari tingkap aku nak lari dari katil tu kejutkan kawan aku. Namun sangkaan aku meleset bila aku cuba mengintai dari sebalik selimut yang menutupi muka, sorry to say geng, takde masa dia nak menyelit masuk ikut tingkap. Aku nampak ‘bende’ tu dah ada di tengah2 bilik kami dibawah kipas.

Matilanakkkk!! Dalam cahaya samar2 tu aku nampak dia bukan berdiri tapi semacam terapung, yang aku nampak rambut panjang dan kain putih je tapi dalam bentuk telus. Arghhhhh!! Aku nak menjerit tapi x keluar suara. Allahuakbar!! macam mana nak buat ni. Aku dah berada di tahap ketakutan melampau.

Benda tu mula bergerak perlahan menuju ke arah aku. Bila tiba betul2 dihujung katil kawan sebelah aku, tak tahu dari mana kudrat aku dapat lalu aku melompat dari katil aku keatas katil kawan sebelah aku sambil menjerit. (Katil dimana ‘bende’ tu betul2 berada, di hujung kaki katil kawan aku tu) aku menjerit kejutkan kawan aku sambil menangis ketakutan. Kawan aku terus terjaga dan cuba mententeramkan aku.

Bila aku toleh ‘bende’ tu dah tak de. Kawan aku memang dah agak, komfom aku di ganggu. Kawan2 yang lain ada juga yang terbangun. Ada yang tak sedar diri tidur mati. Aku tak ingat macam mana kami tertidur semula. Keesokan harinya kami pun bercerita tentang kisah malam tadi. Rupanya kawan2 aku yang terjaga malam tadi juga mendengar bunyi2an dan bunyi rantai besi yang melibas pintu tu.

Yang aku sangka kawan yang tidur semuanya rupanya ada yang berselubung dalam selimut ketakutan. Yang tidur di katil sebelah pintu depan nampak macam ada bayangan putih melintas masuk menembusi pintu depan. Kiranya memang aku bukan bermimpi malam tadi. Memang menyeramkan.

Tengah taip ni pun bulu roma aku meremang. Banyak lagi rentetan kisah seram melibatkan kami di asrama tu. Tapi aku ni tak berapa nak pandai nak mengolah cerita2 tu dalam bentuk penulisan. Kalau aku ingat aku cuba ceritakan lagi.

Ada cerita askar berkawad di padang. ‘Benda’ tu terbang dari luar tingkap bilik 1 hingga bilik 5. Kisah2 di tandas. Pelajar form 5 n warden kejar ‘bende’ tu ramai2 dengan cangkul. Histeria aspuri. Bilik belajar malam. Locker bunyi bayi menangis. Banyak yg aku dah tak berapa ingat dan ada beberapa kisah di FS ni hampir sama berlaku di asrama kami. Terima kasih kerana sudi membaca.

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *