Asrama Rumah Kedai di Pekan Nilai

Assalamualaikum kepada pembaca fiksyen shasha . Terima kasih kerana admin sudi publish cerita aku ni. Ok selama ni aku hanya jadi pembaca , kali ni aku juga nak ceritakan pengalaman aku sendiri yang alami masalah gangguan di asrama kolej . Aku kenalkan diri sebagai azi . Aku cakap awal2 cerita aku panjang sikit .

Kolej aku ni betul2 dekat pekan nilai . Memang banyak kemudahan dekat sini . Aku tak nak mention nama kolej ni . Tapi aku bagi hint je lah dekat mana . Kolej ni betul2 dekat dengan dataran nilai .

Seterusnya , asrama aku ni rumah kedai . Untuk floor aku tingkat 2 , ada 7 bilik, 1 hall , tandas dekat belakang ada lebih kurang 13 pintu . Memang banyak tapi yang boleh guna 5 je . Memang mandi tu kena tunggu turn lah . Boleh dikatakan masa aku mula2 tinggal dekat sini , memang seram lah . Lagi2 aku ni kerap pergi tandas malam2. Ok , untuk pengetahuan setiap bilik boleh muat 6 hingga 10 orang . Aku duduk kat bilik 1 , 6 orang . Katil aku dekat hujung dan katil atas sebelah dengan tingkap. Sebab bilik 1 ,memang dekat depan kan . Sebelah bilik aku tu hall .

Kisahnya bermula pada bulan 9/2018 . Aku tak boleh nak tidur masa tu , tak tahu lah apa puncanya . So , aku decide untuk buat solat sunat dan mengaji . Sebabkan aku tak nak ganggu kawan2 yg sedang lena diulit mimpi aku pun solatlah dekat hall . Tengah2 aku mengaji tu tiba2 pintu bilik aku ni tertutup bukak , tertutup bukak . Memang aku tak rasa ada angin pun masa tu . Aku ni pulak jenis penakut . Terus aku lari dekat kawan aku bilik 4 ,masa tu depa tngh siapkan assignment . Masa ni lari litang pukang dengan telekung . Aku masuk2 dekat bilik tu terus cakap dkt kawan . Lepastu dia cakap ,” tak ada apa lah , angin ,pintu tu memang mcm tu ” . Aku pun positif lah , terus pergi hall balik dan pasang surah . Aku tertidur dengan telekung2 tu sekali .

Beberapa hari selepas tu , aku memang rasa seram sangat . Memang dah mcm hilang semangat lah . Aku pun selalu mimpi yang bukan2 dan menakutkan . Roommates aku pun lepas aku kena kacau mcm tu , depa pun kena jugak . Ada yg nmpk kelibat hitam , ada yang terdengar mcm baldi jatuh dan macam2 lagi . Ada satu hari tu , sedang aku leka baca novel atas katil tiba2 kipas aku melayang . Aku terkejut gila masa tu . Lepastu esoknya , aku sorang je dalam bilik , roommates semua pergi keluar makan tiba2 barang atas almari terjatuh , hah masa tu aku malas layan , aku pun buat derkkk je lah .

Makin hari aku selalu kena kacau , aku pun tak thu pasal apa . Malam tu , ya bagi aku paling seram sebab aku ni jenis boleh rasa tapi tak boleh nampak benda2 tu . Tiba2 hati aku rasa sayu , aku nak menangis je . Dah tengah malam , aku keluar dari bilik dan duduk dekat hall . Mula2 ada member aku ni tengah on the phone dengan pakwe dia , lepas aku baring2 nak lelapkan mata . Memang aku dah separa nak tidur dan tengah menangis , tiba2 rasa macam benda tu nak masuk dekat aku , aku cuba nak panggil kawan aku tapi dia tak dengar . Bila aku tanya dia cakap ” aku nampak hang tngh tidur masa tu” . Ok , aku tak tahu nak buat mcm mana , memang aku baca ayat qursi , sebut Allahuakhbar banyak kali . Tapi tahu apa yang jadi ? Ada seekor kucing yang selalu lepak dekat asrama kami ni , dia melompat atas aku , then terus aku tersedar . Alhamdulillah , kucing tu membantu aku . Sebab sebelum aku duduk situ , kucing tu memang dah tidur nyenyak . Memang lepastu aku terus masuk bilik , bukak surah terus terlena . Pagi tu aku terus call mak aku nangis2 . Mak aku cakap sabar lah , baca apa2 yang patut . Mmng hujung minggu tu terus aku balik . Lepas kejadian tu , aku terus tiap2 minggu balik . Lantak lah orang nak cakap apa . Ipoh-nilai memang lebih kurang RM65 tambang pergi balik .

Jeng jeng jeng . Kali ni roommates aku bilik 4 pulak kena kacau . Depa ni memang jenis huha2 tngh2 malam . Kan dah kena kacau . Hah malam tu , depa dengar suara dengkuran orang lelaki mmng kuat . Satu bilik tu semua dengar . Ada sorang ni dia jenis boleh nampak dan senang kena histeria .
Esoknya tu kitaorang ada program dekat PD , mmng heboh lah depa lepastu . Kalau aku tak silap , dua hari lepas tu , kawan aku ni kena histeria . Ustaz pun datang lah. Ustaz suruh kitaorng solat berjemaah , lazimkan baca al quran , jangan balik lewat malam dan jaga kebersihan lagi2 pembuangan pad . Malam tu semua pakat tidur kat hall . Kami pun lepas kejadian tu semua pakat buat gotong royong buat pembersihan setiap minggu . Memang blok kami lah yang paling bersih . Dan kejadian histeria makin berjangkit dan ramai yg kena cuma blok kami takde dah histeria . Tapi dekat blok asrama lain lah pulak yang kena . Kami ni diasingkan mengikut course yang diambil . Memang histeria tu berlanjutan sampai lah kitaorng hbis sem 1.

Lepas habis cuti sem , kitaorang pun balik asrama . Masa ni kitaorang tak ada rasa kena kacau dah . Kawan2 pun still berhuha2 jugak even benda tu dah bagi warning kan . Lepastu , ada satu malam tu , aku pergi tandas sorang2 dalam pukul 11 macam tu , lepas je keluar aku ternampak kelibat hitam macam terbang tau . Lepas je aku nampak mula2 buat derkk je , then aku mula berlari masuk dalam bilik . Tapi aku tak cerita dekat kawan2 aku . Malam tu jgk , kitaorng tengok cerita hantu , siap tutup lampu lagi . Aku ni jenis kalau tengok cerita macam ni kalau tak jerit memang tak sah . Ok ada satu part cerita tu mmng seram gila , lepastu tiba2 tengah layan cerita tu , ada barang dari almari terjatuh , hah masa ni lah aku dengan kawan2 menjerit keluar bilik . Hah gatal lagi tengok cerita merapu malam2 macam tu .

Lepas kejadian tu , baru aku bukak cerita yang aku nmpk kelibat hitam tu . Then , kawan2 yang lain pun start cerita jugak perkara seram depa tu . Kami pun story lah , kawan aku ni dia tak balik masa cuti sem tu sebab buat part time . Dia tinggal 2 orng je dalam dorm tu , sebab smue dah balik kampung masing2 . Memang tinggal depa dua je , tingkat atas pun tak ada orang jugak sebab depa posting . Kosong . Ok , dia cerita masa dia tinggal dua orng tu , dia duduk kat bilik aku , aku kan ada cakap bilik aku ada tingkap . Dia duduk kat katil kawan aku ni , kawan aku ni letak cermin dekat dinding katil dia , lepastu masa kawan aku tngh lepak dia nmpk pantulan cermin tu kelibat orang . Hah mana ada sapa masa tu . Lepastu dia ada jugak cakap yg dia selalu dengar orang berlari2 dekat tingkat 3 tu . Haihhh aku tak thu lah kalau aku kat tempat dia . Mesti dah keluar tak duk situ dah . Dia ni mmng selalu dengar benda2 macam ni .

Aku pun pernah naik tingkat 3 tu , itupun sebab senior aku minta tolong aku untuk letak nama budak2 posting tu dekat bilik2 kosong . Masa aku naik tu maghrib tau , tingkat atas tu memang semua kosong . Aku takut jugak tapi buat2 berani je lah . Dah lah gelap+seram . Aku pun berani kan diri , masa tu aku terkejut gila ada tikus lah yg tngh lalu, cicak lah . Aku cepat2 tampal nama tu terus turun . Seriusly , aku tak nak naik dah kat sini . Macam mne depa boleh duduk bilik macam tu . Dengan keadaan bilik yang bersepah , perghhh . Taknak aku masuk dah .

Selepas beberapa bulan , kami dah kembali normal . Aku pun dah balik kampung untuk berubat , pulihkan balik semangat aku ni . Dulu aku tak mcm ni pun , selepas kejadian tu yg aku lemah semangat . Aku pun dari kecik lagi memang dah biasa dengan kejadian histeria ni disebabkan keluarga aku disihir oleh orang yang tamakkan harta ni . Memang keluarga aku teruk kena buatan orang ni , yang selalu kena kakak2 aku lah . Aku ni selalu gangguan emosi je . Tapi alhamdulillah after kakak2 abg2 semua dah berkahwin , dah berkeluarga , berkurang dah lah masalah histeria tu . Tapi masih ada lagi gangguan ni , cuma masing2 malas nak layan.

Last but not least , kami pun dah sampai final exam untuk sem 2. Memang dunia student macam kami yang suka study last minute but still masuk jugak . Time tu aku dengan sorang kawan aku ni dah tidur dah . Dia ni memang selalu tido awal , tapi aku ni kalau nak exam mmng selalu mengantuk awal pulak . Aku dah set jam pukul 3 baru study . Ok , sedang aku nyenyak tidur tu tiba2 aku rasa panas . Rupa2 blackout , lepastu aku kawan2 aku menjerit . Aku pun tengok je lah dari katil , apahal depa tu tiba2 jerit . Lepastu sambung tido balik . Aku malas nak layan , lebih baik tidur dengan sisa2 masa yang tinggal berapa minit lagi sebelum study balik . Lepastu , ada blackout kali kedua tapi masa ni aku tak sedar sbb dah tido m**i .

Lepas habis exam tengah hari tu , kawan aku ajak buat meeting . Masa ni dia ada benda nak bg tahu , dia nak tegur lah kawan aku yg balik malam tu pukul 2 pagi masa blackout tu . Depa ni balik lambat sebab nak study kat luar . Kawan aku cakap ” korang tahu tak , korang balik bukan 3 orang tapi berempat ” kami muka masing2 dah cuak . Dia cakap ” benda tu marah tak boleh nak masuk kat dalam sebab ada penjaga , dia marah sampai blackout dua kali , tu pasal lah kitaorng menjerit semalam ” kawan aku ni dia boleh nampak . Dia pun cakap lagi” kami tak boleh nak tidur sebabkan benda tu ” . “Lepasni , kalau nak keluar sebelum balik tu baca lah apa2 untuk pendinding diri . ”

Kesimpulannya dari cerita aku ni , solat tu jangan diabaikan . Jaga kebersihan diri , jangan terlalu seronok sangat . Gelak boleh tapi jangan lebih2 . Nak keluar malam2 tu jangan balik terlalu lewat sangat . Jaga adab walaupun dimana anda berada sebab kita hidup ni berkongsi , so jaga adab tu .

Maaf andai ada yang kurang dalam penceritaan aku ni , aku tak pandai sangat untuk bagi jalan cerita tu menarik tapi apa yg aku nak sampaikan tu adalah dari kesimpulan jalan cerita ini . Cerita aku tak ada lah seram sangat , tapi bagi aku yang alami nya tu rasa seram jugak lah . Ini pun first experience aku masuk asrama , jauh dari keluarga . Aku cuma nak pesan , jaga diri , berdikari , jangan percaya sesiapa dan berbuat baik kepada semua orang .

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Azi azya

23 thoughts on “Asrama Rumah Kedai di Pekan Nilai”

  1. Mesti kolej murni kan? 😅. Sbb sy ex student situ batch 7 Medical assistant. Mmg klau time duk sorang, mcm2 jadi. Dgr org duk masak la, dgr org berlari, duk alih2 kerusi. Pernah sekali lepas tgk cite Munafik ngan mmber, dlm kul 5 pagi terus kena dia tindih. Nasib kitorang dgr dia duk panggil walaupun dh sesak2 time tu.

    Reply
  2. Kesimpulannya kat sini , jangan berseorangan sebab benda tu suka orang yang berseorangan sebab senang kacau . So kalau nak pergi tandas ke hape sila kejutkan kawan korang . Kalau dye tak bangun , kejut jugak sampai dye sedar . kalau aku memang tolak dye sampai jatuh katil asalkan dye sedar . Tak pon sebelum tido pergi tandas dulu , cuci kaki amik wudhuk baru tido . K panjang plak comment aku .

    Reply
  3. Saya lahh penghuni bilik 4 tuuu hihi.. Tak da la bising sangat, yang lain ja bising, dah banyak kali nampak benda alah tu, lama² jadi mcm terbiasa, dah biarkan ja lahh, positif ja mampu, klau negatif karang tak kluar bilik aku..

    Reply
  4. Kat nilai square ke?hihi..kalau kat nilai square tu mmg byk lot kedai makan tinggal juga..dlu kampus satelit uia kt nilai square tu..mmg tmpt benda2 ni duduk laa sekitar kawasan nilai square tu..hehehe

    Reply
  5. saya pun ex student situ jugak…mmg tmpat tu scary .. tambahan lg dlu kami pnah duduk hostel kat area sebaris kfc dlu..yg dulunya tapak parking kereta.dekat situ lagi scaryy…smpai kan baru nak lngkah kaki utk masuk pintu ke bilik boleh plak dgr sayup2 org pnggil nama kita dekat bilik air yg berpenghuni n berhantu.

    Reply
  6. “Kesimpulannya dari cerita aku ni , solat tu jangan diabaikan . Jaga kebersihan diri , jangan terlalu seronok sangat . Gelak boleh tapi jangan lebih2 . Nak keluar malam2 tu jangan balik terlalu lewat sangat . Jaga adab walaupun dimana anda berada sebab kita hidup ni berkongsi , so jaga adab tu .”

    btw npe hostel byk kena pesan mcm ni ek. hbs tu org yg dh kawin tp rumah x bersih mcm tongkang pecah, balik lewat mlm, buat pesta liar,.. takde dgr plk kena gangguan.

    Reply
    • Em mungkin lah jin tu kawan dia . Bukan setakat utk bdk hostel je . Kita kena ingat duduk kat mne2 pun kena jaga adab kita . Jaga kebersihan diri tu utk kebaikan semua , untuk diri sendiri dari terkena penyakit . Saya nasihatkan untuk tidak pulang lewat demi menjaga keselamatan . Dekat luar sana banyak bahaya yg kita tak thu . Dkt dunia ni kita boleh berhibur tapi kena tahu had dan batas2 kita .

      Reply
  7. Sebab situation kita kat asrama tak sama situation kita kat rumah . Kat asrma ni kita jumpa dengan pelbagai kerenah manusia . Ada yang tersngat pmbersih , ada yang pemals , ada yang keras kepala dan ada yang hanya mementingkan diri sendiri . Jadi , tidak hairanlah jika perkatan ” jngn tinggal solat , jaga kebersihan , jngn gelak kuat sngat ” dpda pljar ii asrama sbb bila seorang buat yang kene tempiasnya dulu adalah orang ii yang lemah semnagt . Lagi ii orang yang menuntut ilmu ni kan benda tu lagi suka nak kacau kita sbb ni misi utama mereka nak menyesatkan cucu ii Adam . Nak bagi plajar ii ni ragu ii . Blom lagi citer masalah depression dalam beljar lagi mudah benda tu mngacau . Bukan niat nak takut ii kan .

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.