Asrama Sekolah di Perak

Assalamualaikum kpd Admin FS and readers FS. Sebelum ni aku penah hantar cerita seram ni tapi tak dipost maybe tak cukup seram 😌 . Nama aku Araa. Cerita ni zaman zaman aku sekolah dulu . Sekarang baru 20 so tak jauh mana pun. Banyak cerita sebenarnya tapi nak cerita yang sikit ni dulu. Hijab aku bukan la terbukak tapi aku senang nampak benda2 macam ni bila dorang nak muncul.
and aku start boleh nampak masa form 2 .

Okay lets the story begin. Masa aku sekolah menengah dulu, aku duduk asrama sebab rumah aku jauh gak dengan sekolah and malas nak susahkan parents . Dalam satu bilik tu ada la 10 katil double decker. Kira macam dorm la. So ade satu malam ni aku tengah tidur, tah macam mana, esok tu ade member cakap nampak aku tengah study. Then cerita la yang aku tak bangun study langsung malam tu and elok je tidur, member aku pun pelik ah pastu dia cakap “patut ah hang tengok aku macam takde perasaan pun” even muka dia macam tak percaya lg. Then benda ni terus jadi dalam seminggu camtu , siap ade yang cakap aku bangun solat tengah malam padahal aku elok je tidur 😂 . Pastu dah takde ah cerita pasal nampak aku bangun ke apa.

Cerita kedua ni time minggu sebelum exam, aku bukan ah budak pandai tapi acah nak study tengah malam. Malam tu aku study dengan mmber2 tapi dorang duduk menerap kat bawah, aku dok kat meja . Meja yang aku duduk tu menghadap tingkap, tingkap tu menghadap ke padang. Banyak aku dengar cita pasal padang tu. Dari zaman mak aku dok asrama situ lagi. Mak aku pun slalu gak kena kacau masa dia sekolah situ. Kita tapi bukan nak cita pasal mak. So masa aku study tu dalam pukul 2 or 2.30 pagi kot, tengah dok kusyhukkk study tu ada tangan masuk ikut tingkap. Tuhan je tahu bertapa takutnya bila ingat balik. Tangan dia tu macam tangan melecur lahh, ade darah macam luka. Can you imagine tangan hantu? kuku panjang. Benda tu try nak tarik bahu aku untuk dekat dengan dia ke camna tah and aku try mengelak. Seram ah ada tangan nak pegang kita. Masa aku ngelak tu sempat lah jerit Allahuakbar and tah cemana kuku dia terkena dada. Dalam gak ah cakaran dia smpai skrg still macam ada parut sikit. Mak aku bagi nama Cakaran Kasih Sayang 😂

Cerita ketiga ni biasa lah dak dak asrama nak gi toilet memalam buta. Tapi time tu aku tak gi sorang, bawak geng dalam 5 orang camtu. Kalau member2 aku ada baca ni mesti dorang ingat balik. Kononnya pegi tandas ramai2 tak takut lah tapi silap banyak , “dia”lagi seronok. Tandas asrama paling hujung and tertutup dengan atap zinc so macam terlindung la sikit. Masa jalan nak pegi tandas tu dok sembang lah sambil gelak gelak.

Nak sampai je tandas tu, mmber aku Ana perasan macam ada “figura manusia* tapi tak sure la benda apa sebab gelap kan. Dah dekat je baru nampak benda tu. Time tu aku rasa pakat keraih lutut, melopong semua ada. Tau kami nampak apa? Kami nampak hantu tu memang macam manusia tapi separuh badan dia tu macam terbakar. Allahu. Sebelah lagi tu pucat amat. Memang seram. Sebelum ni penah dengar cerita dari senior yang basuh kain tengah malam jumpa benda separuh ni tapi malas amik port sangat. Ni dah nampak terang depan mata . Elok je Ana kira smpai 3 pakat lari lintang pukang sampai tertinggal selipar pun tak patah balik amik. Esok tu tengok selipar ada atas bumbung dorm. Aku rasa tangan benda tu lah yang cakar aku.

Story yang keempat ni dari akak senior. Dia cakap masa dia mula masuk asrama dulu , ada sorang budak pompuan ni period. Well pepaham jelah benda tu mmg suka. Then dia tak pegi basuh pun dia punya pad tu. Yang aku tau pompuan tu islam. Kalau islam mesti tau kena buat apa dgn benda alah tu sebelum buang. Lepastu dia tak basuh pad tu dia terus buang dalam tong sampah. Tetiba ada “makcik cleaner” datang. Pelik la manada makcik cleaner memalam. Makcik tu mintak nak sampah tu nak buang. Lepas amik je, lama sikit tetiba dengar bunyi *korang tahu la bunyi korang hirup kuah sup ke apa* . Then dia pegi check , rupanya bukan makcik cleaner tapi “benda” tu tengah sedap dok hirup dia punya sirap *pepaham jelah* kat pad tu.

Banyak lagi cerita kt asrama ni smpai aku habis SPM . Nanti kalau free aku sambung lagi tu pun kalau cerita ni dipost la 😂

Leave a Reply

14 Comments on "Asrama Sekolah di Perak"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Fatin

Dekat gerik perak ke

Qamarinara

ni skola dkt taiping 😀

silent reader

part makcik cleaner tu scaryy..

bedah

admin snap kat mana gambaq tu.. sapa punya😉😉😉

Azie

Penyamaran yang menjadi. Jin pun pandai berlakon. Cehh

Yibo

wakaka sirap eeee. hahaha
ngerinya kena cakar, main ganas XD

Yibo

wakaka sirap eeee. hahaha
ngerinya kena cakar, main kasar ea, nasib sempat elak XD

Yan

Tak pahamnya jenis org yg tak basuh bendalah tu. X geli ke nak buang camtu je aduhaii

Yamashita Tomohisa

Min, gambar tu scary >.<
Kesian empunya tu.

KAMBING

APA BENDA BERTERABUR KO CERITA NI LAHANAT

cik effy

haha cerita kau ni banyak ah ah lak dik …sikit lagi akak boleh dangdut dengan cerita kau ni..
apa2 pon tahniah .. seram laa jugakk

Aty Umr

SERAMMMMM .. mesty ada story ni sebalik hantu yg mcm melecur tu ..

abudenn

Kalau aku jd ana.. tak yah kira sampai tiga memang dah lari dlu dah..

teyqahd

memule tgok gmbar igtkan gmbar anak kucen ke, anak tikos ke, anak tupai ke baru lepas beranak. tu yg pink2..sekali bace komen, tgok balik gmbar . phewwww nak termuntah ase. ughh.

wpDiscuz