Asramaku, Rumah’nya’

Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca FS. Terima kasih kepada admin jika ceritaku ini diapprove. Sebenarnya, ni first time aku nak hantar kisah aku kat page ni (tanganku terketar dan sejuk sebab nervous hehe). Aku perkenalkan diri aku sebagai Razia (terpengaruh dengan drama hindustan pukul 4 petang). Semasa kejadian ini berlaku, aku seorang penghuni di sebuah asrama. Untuk pengetahuan semua, benda ni bukan aku yang alami, cuma aku ada di tempat kejadian je (just sharing pengalaman aku je).

Benda ni jadi masa aku Form 5, kalau tak silap aku haritu ialah hari Selasa yg membawa maksud esok sekolah. Aku salah seorang penghuni dorm nombor 2 di tingkat dua. Selepas aku dan kawan-kawan selesai makan petang kat dewan makan (takkan kat toilet pulak kan), kitorang naik ke dorm. Kebanyakan penghuni dorm aku ialah rakan sekelasku juga. Memandangkan esok ada subjek Addmath dan kitorang tak siap lagi homework, kitorang berpakat taknak turun ke mussalla utk berjemaah (jangan tiru aksi ini hehe) sebab nak siapkan homework.

Selesai kitorang solat Maghrib sendiri je dalam dorm, aku dan kawan2 pun start meniru homework kawan yang dah siap (kerjasama uolls). Nak buat macam mana, guru Addmath aku akan cubit lengan student dia yang x siap homework sampai terkeluar isi (pernah kena dan ianya amat pedih). Tengah asyik meniru tu, tiba-tiba aku dengar manusia-manusia yang seberat anak gajah berlari di koridor. Aku yang semulajadi kaki penyibuk pun terus keluar tengok, kot2 warden naik atau ada spotcheck phone.

Aku tahan sorang adik form 2 nak tanya, “kenapa lari-lari ni? Ada spotcheck ke? Sampai retak lantai dorm akak”. Rupa-rupanya, ada budak kena rasuk. Tak pelik pun asrama aku kalau ada yang histeria sebab sebelum ni pernah ada yg kena. Aku pulak sebagai kaki penyibuk dengan rela hati meninggalkan homework untuk pergi tengok ‘wayang’. Kalau ada histeria di asrama ni, akulah yang paling menyibuk nak tengok. Kadang-kadang aku tolong pegang orang yang kena rasuk tu, untung untung dapat penyepak sebiji masa diorang meronta.

Tak fikir panjang, aku terus ke dorm 3 (dorm sebelah aku je, cuma tangga tengah yang pisahkan dorm aku dengan dorm 3). Sampai je depan dorm 3, ramai gila penghuni dorm lain yg datang nak tengok. Mungkin bunyi bising2 sebab tu diorang datang tengok. Masa tu aku perasan kawan aku, Nur yang lebih kurang kaki penyibuk jugak terkedek-kedek menghampiri aku. Dari luar lagi aku dah boleh dengar suara orang terjerit-jerit.

Tak tunggu lama, dengan badan aku yg kecik sikit dari anak beruang, aku menyelit di celah2 orang ramai (usaha betul aku) untuk masuk ke dalam dorm. Yang paling best, aku siap dapat duduk atas katil, depan katil yang aku duduk tu pulak Eton (yang dirasuk) terbaring dipegang beberapa orang kawannya. Aku cari Nur, rupanya dia duduk depan pintu je, tak boleh nak mencelah sebab dia mak beruang. Kitorang baca baca ayat kursi. Ada yang baca yaasin. Si Eton punyi jeritan tak payah ceritalah, kuat gila.

Sedang aku asyik baca baca apa yg patut, ketua aspuri (KA) datang dengan kain sembahyang (dia turun berjemaah). Dia cepat2 call warden aku. Warden aku ni salah sorang ahli darul syifa’. Kitorang panggil dia Baba. 15 minit lepas KA call, Baba datang dengan sorang pak guard asrama aku. Bila Baba masuk dalam dorm, Baba pegang ibu jari kaki Eton (kalau x silap). Pastu Baba baca ayat Al Quran, masa tu Eton nangis sebab sakit kot. Eton ada muntah2. Masa Baba tengah ubatkan Eton, banyak kali jugak la Eton duk maki Baba. Lepas Eton muntah, Baba bagi segelas air yang dah dibacakan ayat suci Al Quran.

Aku ingatkan bila Eton dah minum air tu, semuanya dah selesai. Baba ada sembang-sembang dengan Eton, pastu Baba tanya kawan kawan Eton, “Betul ke ni kawan kamu?”. Pastu kawan-kawan Eton jawab, “entahla Baba tapi ni bukan cara Eton cakap dengan kitorang”. Tiba-tiba ada suara orang ketawa. Eton ketawa! Ayat yang Eton cakap ni memang aku tak boleh lupa sampai bila-bila, “Haaaaaaa kena tipuuuuuu”. Kitorang kena tipu rupanya. Masa tu muka Eton scary gila. Mata merah sebab nangis, dengan kesan air mata lagi pastu ketawa pulak. Kitorang ada la tergelak jugak tapi kejap je sebab Baba marah.

Pastu Baba teruskan sesi berubat. Baba baca ayat Al Quran sambil tepuk2 belakang Eton. Aku ingat ayat Baba masa dia tepuk belakang Eton, “keluar semua. Yang ada di kening, di pelipat tu keluar semua”. Pastu Eton muntah-muntah. Takde la muntah keluar paku mahupun pita ukur ye, keluar air-air gitu je. Mungkin Baba rasa Eton x sembuh sepenuhnya lagi sebab Eton masih terjerit dan memaki orang sekelilingnya, Baba keluarkan senjata.

Kitorang semua terkejut jugak bila Baba keluarkan pedang. Kalau kitorang pun terkejut, Eton pulak makin teruk menangis ketakutan. Oh ya, bukannya pedang betul, Baba guna tangan je konon2 tu pedang hehe. Baba buat2 asah ‘pedangnya’ sambil takut2kan Eton. Aku tahan gelak je. Baba cakap “kalau kau taknak keluar, aku sembelih kau guna pedang ni”. Hmm Eton menangis lagi pastu siap janji2 dengan Baba yang dia akan keluar semua. Pastu Eton muntah lagi. Rasanya kali ni dah habis kot sebab suasana pun jadi tenang sikit.

Selesai semuanya, Baba tanya2 lah punca Eton tiba-tiba meracau. Kawan2 Eton cakap, Eton pergi kat tangga hujung pastu dia duk dengar2 lagu masa nak Maghrib. Patutla kena, terlebih happy sangat kan.

Sebelum kitorang bersurai, Baba ada bagi sikit tazkirah pasal jin. Antara yg aku ingat:
1- Jangan terlampau happy sebab bukan kitorang je yang menetap di asrama tu. Ada makhluk lain jugak.
2- Jangan ‘recall’. Maksudnya bila kitorang balik dorm, jangan nak gatal mulut cerita pasal apa yang berlaku pada kawan2 yg x tau. Nanti benda tu dengar dia datang balik. Kot. Hehe
3- Sebelum tidur, ambik wudhu’. Seeloknya baca yaasin. Baca lah ayat kursi, 3 kul semua tu.

Haaaa tu je antara pesanan yg aku ingat, ada lagi tapi aku tak ingat sebab banyak makan ubat pensel picit. Hehe gurau je. Oh satu lagi pesan Baba, TURUN SOLAT BERJEMAAH! Hehehe okaylaa sampai sini je kisah yg aku nak share. Semoga ada manfaat dlm kisah aku ni. Jangan lupa, turun solat berjemaah! Thanks sudi baca. Assalamualaikum…

P/s: semua nama adalah samaran sahaja.
P/s lagi: Maaf jika kisah aku tak menarik. Peace no war!

Razia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “Asramaku, Rumah’nya’”

  1. Beria ponteng solat berjemaah sbb nk buat homework, ghupenyer menyalin secara berjemaah je yer…
    Caaiittt…itu mcm smbl bace doa mkn pn boleh buat…
    Biaaaaaaaaase niii…!!!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.