Atek Joker

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Pasti para pembaca jarang mendengar kisah-kisah pelik dan seram berlaku pada kanak-kanak kan? Aku hampir 8 tahun berkhidmat untuk kanak-kanak,pelbagai suka duka aku lalui termasuklah perkara pelik dan seram.Kisah kalini adalah kisah benar berlaku disebuah taska milikku yang aku olah menjadi cerpen agar ianya mudah difahami oleh pembaca.

Kisah ini mengenai seorang kanak-kanak bernama Waiz(bukan nama sebenar) atau nama manjanya Atek(diambil dari perkataan adik)yang ketika kejadian dia berumur antara 5 bulan ke 2 Tahun.Dia juga mempunyai seorang abang bernama Akil berumur 3 tahun .Keduanya bertubuh sedikit gempal,berkulit cerah,wajah “chinese look”.Diharap kisah yang aku sampaikan ini dapat dihayati dengan baik.
Kepalanya melentok ketepi,tangannya lurus kedepan, digayakan seperti zombis.Memek muka seperti Joker. “huaaaaa,argghhhhh,aaaaaa!!!” dia bersuara parau.Atek bergerak perlahan-lahan kearah kanak-kanak lain.Naurah,Miya,Faiz dan Hanna lari bertempiaran.Gerakannya digerakkan sedikit demi sedikit dan tubuh masih seperti gaya tadi. “Huaaaa,aaaaaa!!” diikuti gelak tawa keanakannya.

Gerakannya makin laju dan dipeluknya Faiz kanak-kanak berumur 3 tahun.”Arghhh,akittttttt!!!” Faiz menjerit. Mairah bergegas kearah Faiz dan Atek. Faiz menangis kuat. Atek masih dilengan Faiz.Mairah menarik Atek ketepi,dilihat ada d***h di lengan Faiz.Atek menggigit lengan Faiz.Mairah kaget.Yelah,anak orang kan.”Atekk..” Mairah menegurnya dengan nada separuh marah. Atek senyum sinis kepuasan dan menunjukkan mimik muka jokernya.Aku yang baru keluar dari dapur terus kearah meraka dan ku lihat ada d***h dibibir Atek.

Aku pimpin tangan Atek ke pili paip tetapi dia menarik kembali tangannya sambil memandang tepat mataku dengan muka merajuk tapi menyeramkan.Beberapa saat dia begitu,kemudian dia menghempaskan diri kelantai dan “uuuuuuuuuuu,uaaaaaaaa,uaaaaaa!!” tangisannya memecah kesunyian. Azan maghrib berkumandang.
“Saya minta maaf puan.Tak sangka Waiz boleh gigit Faiz sedalam tu dan Waiz bukan kanak-kanak yang suka menggigit sebelum ni” aku cuba menerangkan sambil ku menunjukkan luka kesan gigitan Atek pada lengan kiri Faiz.Dalam juga sehingga nampak isi berlubang. “Benda nak jadi cikgu.Budak-budak” ada nada kesal disuara Puan Salmah. “Cuma lepasni hati-hati lah ya,takut jadi pada kanak-kanak lain pula” dia menyambung kata-kata. Aku mengangguk dan tersenyum hambar.Jam sudah menunjukkan jam 8.00 malam.Hanya tinggal Atek dan abangnya Akil belum dijemput pulang.
“Az,hang tak pelik ke Atek tu?” soal Rania. “Dah kuasa Allah nak bagi dia kelebihan” aku menjawab spontan sambil mengemas fail peribadi anak-anak dibawah jagaan Taska ku. Rania antara staff merangkap rakan baikku dari zaman persekolah.Kami masih berbincang hal yang berlaku antara Faiz dan Atek serta mengimbas kembali perkara pelik ketika Atek masih berumur 5 bulan.

Antaranya,Atek mampu menyebut ayat “adik nak air,adik nak nenek”atau kadang-kadang berloghat utara “adik nak ayaq” . Mak ayah Atek orang Melaka dan Selangor.Mana datang loghat utara,kecuali cikgu Nurul dan guru besar mereka,iaitu aku.Kemudian,ada masa tertentu Atek akan terjaga dari lena dan gelak ketawa mengekek seorang diri.Siapa yang berada di bilik bayi ketika itu,dan baru nak fefelling bersunyian ketika bayi-bayi lain tidur,akan merasa cering bulu roma.

Bukan itu sahaja,ada sekali dua pengasuh dah pastikan semua bayi tidur termasuk Atek dikala ingin merehatkan diri,pejam sesekali dua tiba-tiba Atek yang berada di dalam katil bayi dah ada tepi pembaringan pengasuh sambil senyum sinis serta mengerling maut.Haaa…awat hang?
Awal tahun 2011 aku mendapat panggilan dari mamaku.

Seorang kawannya yang berasal dari Indonesia mencari orang yang sanggup memelihara anak buahnya yang berumur sebulan.Ibu dan ayah bayi tersebut meninggal akibat kemalangan jalanraya.Kebetulan bayi tersebut tiada waris lain selain kawan mamaku itu.Kerana desakan hidup,dia terpaksa menyerahkan bayi kepada orang lain.Aku memang sudah lama mengidamkan anak sendiri,memandangkan perkahwinan yang lepas, hampir 5 tahun aku mencuba namun masih belum dikurniakan rezeki anak.

Seperti tarikh,tempat yang dijanjikan, bayi yang bernama Hani itu menjadi milikku.Hani sangat comel,berkulit cerah dan berisi.Aku dan staff ku yang lain memberi kasih sayang sepenuhnya kepada Hani.Namun,aku harus ingat anak-anak lain dibawah jagaanku juga mesti di beri kasih sayang yang sama.Tiada pilih kasih dalam istilah hidupku dan pengasuh lain.Kehadiran Hani rupanya di intai dari jauh.
Petang Sabtu tu giliranku memasak.Selesai mandi dan tidurkan Hani,aku turun kebawah.Jam di telefon bimbitku menunjukkan pukul 5 petang.Diluar awan agak redup.Aku menuruni tangga,sunyi sepi seluruh kawasan.Cikgu-cikgu lain dibilik masing-masing.Sampai di pagar bawah(pagar dipasang agar kanak-kanak tidak menaiki tangga atas) aku terdengar suara halus “cikduuu(pelat kanak-kanak memanggil cikgu)..cikduu,cikduu”mataku meliar.Aku kenal suara tu.”Cikduuuu,cikduu” suara Atek kedengaran lagi. Ishhh…mustahil mana ada kanak-kanak dihantar waktu cutini. Tambah-tambah cuti umum.

Aku tidak memperdulikan suara itu.Aku berjalan terus ke dapur masak yang berada dibelakang serta berpisah sedikit dari bahagian rumah.Sekelilingnya pokok bunga kertas yang menjalar,separuh simen dan ditutupi atap zink.Aku mengeluarkan bahan-bahan masak dari peti sejuk. “Pranggggggg!dummm!!” kilat dan guruh berdentum.Aku terkejut melatah ” Mak hang berdentum!”. Angin berderu agak kuat pepohon melambai-melambai.”Baik aku masak cepat”aku berbisik sendiri.

Sedang ligat ku menyiapkan spegethi bolognese ku,aku mendengar kayuhan basikal roda tiga di luar ruang tamu tengah.Jarak dapur masak dan ruang itu hanya 4 meter. Aku menjenguk kedalam,tiada siapa.Sekali lagi kilat menyambar guruh sabung menyabung.Kayuhan tu kedengaran lagi,malah makin laju.Aku masuk kedalam.

Ya,kalini aku lihat susuk Atek tidak berpakaian,melentokkan kepalanya kekiri,mimik muka joker,senyumannya sinis dan mulutnya berdarah.Hilaian tawanya kedengaran.Silih berganti dengan dentuman kilat.Dia menuju laju kepadaku dengan basikal tiga roda itu.Ini bukan senda gurauan lagi tapi..aku angkat kaki berlari sepantasnya merentas pagar tangga menuju tingkat atas .Aku ketuk sekuat hati pintu bilik Mairah.”Cikduuuuu..hahahaha”masih terdengar hilai tawanya.

Mulutku terkumat kamit,ayat tunggang langgang.”Mairahhhhhh!!” aku memanggil dengan kuat serta mengetuk pintu kayu itu lagi “Bang,bang,bang!”.Masih tiada jawapan.Aku melangkah ke bilikku,cepat-cepat ku pulas tombolnya,namun seperti sesuatu menghalang.Angin dari luar menderu kuat,”uuuuuuuuuuuuuuuuu!” tingkap yang terbuka seolah-olah ingin pecah.”kring,kring,kring,kring” lampu perhiasan syiling jenis juraian kaca menghayun laju kekiri kanan.

Aku berusaha lagi membuka pintu dengan keadaan kelam kabut. “Hahahahaha!” “tak,tak,zrummm,tak,tak,zruuuumm”bunyi seperti sesuatu beroda ditarik dilantai.Aku sempat melihat kebawah tangga.Makhluk menyerupai Atek menaiki tangga bersama basikal sambil mendongak kepalanya memandangku dengan wajah joker sedang marah.Aku menolak sekuat hati pintu bilikku.

Jantungku berdebar kencang.Sekelip mata makhluk itu sudah berhampiran denganku.Hilai tawa nyaring kanak-kanak mengisi segenap ruang sudut.Tombol kupulas lalu terkuak pintu,sepantas kilat ku menutup pintu dan menguncinya.

Hani menangis dan menjerit.Aku mendakap Hani semahunya sambil air mata ku berlinangan.Pintuku ditendang dan diketuk,serta ada suara rayuan “cikduuuu,cikduuuu…cikduuuu” diiringi tangisan esakan bayi.Aku menutup telinga.”pranggggggggg!!!” berdentum guruh.Cahaya kilat dapat kulihat disebalik celahan bawah pintu menyambar sesuatu.”zrettttt”.Azan maghrib berkumandang.Perlahan-lahan suasana sekeliling menjadi tenang.Hujan mencurah dan membasahi bumi.

Selesai solat isyak,kami membuat bacaan Yassin.Malam itu kami berkumpul di bilik Mairah.Biliknya bilik utama rumah ini.Saiznya besar dan boleh memuatkan kami semua.Aku dan yang lain-lain sudah bersiap sedia untuk tidur bersama malam itu.Kejadian petang tadi masih menghantui diriku.

Lututku masih terketar-ketar,semangat hilang jauh nun entah kemana.”Az, aku rasa hang kena habaq kat mak dia perkarani” kata Rania sambil wajahnya penuh kerisauan. “Aku bukan taknak habaq,tapi hang tak lupakan mak depa tu camana” aku cuba mengingatkan Rania tentang sikap Puan Nani,iaitu emak kepada Atek dan Akil.Puan Nani adalah pelanggan setia di taska ini sejak kelahiran Akil dan dia juga rakan seuniversiti ku dulu.

Puan Nani seorang yang lemah lembut,mementingkan agama serta aku tau bagaimana dia mendidik anak-anak kecilnya di rumah.Setiap malam dibacakannya taklim untuk seisi rumah.

Namun,beberapa ujian berat menimpa keluarga itu sejak kebelakangan.Walaupun begitu,sikapnya adakala membuatkan aku tidak sampai hati untuk menceritakan beberapa perkara tentang anak-anaknya kerana Puan Nani seorang yang mudah terkena “panick attact”. Jadi aku memahaminya.Kami mematikan perbualan kemudian memasang cd ayat-ayat ruqyah dan al-quran sepanjang malam.
Jumaat 13 May 2011…
Badannya menggeletar kuat. Mata hitam keatas,wajahnya pucat,mulutnya ternganga mengeluarkan d***h merah pekat.”Khrokkk,khrook,khrokkkkokokok!” bunyian dari Atek.Mairah berlari pantas keluar dari bilik bayi.Dia seperti baru bangkit dari mimpi ngeri disiang hari,tangisan serta jeritan ketakutan bayi-bayi jagaannya tidak lagi dihiraukan.Jarak turun kebawah seperti jauhnya beratus kilometer.

Sementara Atek rakus meratah mangsanya.Digigitnya telinga dan leher Hani tanpa belas kasihan.Sementara jari jemarinya merobek mata bayi kecil itu.Hani menjerit menggelupur kesakitan.Jeritan dan tangisan menjadi dendangan menyeronokkannya ketika itu.D***h membuak-buak keluar dari mata anak kecilku.Giginya dipindahkan kebahagian perut Hani lalu luas nganganya menggigit kulit serta isinya.”Hahahahaha”Atek bergelak ketawa.

Teriakan Hani mula menyepi,nafasnya tecungap-cungap kesakitan dan akhirnya dia tidak bernafas.”Akakkkkkkkkkk!!!” Maira menjerit dalam menggigil memanggilku.Wajahnya pucat tidak berdarah.Kesemua kami dibawah ketika itu kaget.Jarinya menggigil-gigil menunjuk kearah atas.Hatiku gelisah,terlalu gelisah.Maira mula menangis.

Rania seolah-olah dapat merasakan sesuatu yang aneh berlaku.Dia pantas menelefon Ustaz Kamil,imam serta pengamal perubatan Islam.Dalam masa sama masing-masing tidak menyedari ketiadaan Atek sejak setengah jam lepas.

Aku dan beberapa orang pengasuh naik keatas.Tangga yang tinggi tak seberapa itu dirasakan seperti tinggi tangga-tangga di Batu Cave. Sampai sahaja, aku terus membuka pintu bilik bayi ditingkat tiga itu.D***h berlimpahan.Bayi-bayi lain menangis tersedu-sedu.Ku rapati Hani.Ya Allah,astaghfirullah.

Tubuhnya hancur,aku mendakapnya dalam kebasahan d***h.Aku menangis semahunya.Atek tersandar didinding bertentanganku.Penuh d***h dibajunya dengan wajah kepuasan.

Sekali sekala dia merengek keanakan seoalah tidak bersalah.Aku terduduk tidak tahu apa harus aku lakukan ketika itu.Perasaanku bercampur baur.Ustaz Kamil sampai,dia mendukung Atek ke bilik lain.Disana ada pertarungan sengit antara Atek dan Ustaz Kamil.
Keesokannya,setelah selesai segala urusan jenazah Hani,aku,keluargaku,staff,emak dan ayah Atek serta Ustaz Kamil berkumpul dikawasan rehat depan taskaku.”Cikgu kami betul-betul pohon ampun terhadap kejadianni” Puan Nani menangis teresak-esak.Suaminya juga kesedihan.Aku menenangkan perasaanku.Suara ku dari malam sebelum memang tak mampu keluar. “Kejadian ini kehendak Allah.

Walaupun ianya berkaitan dengan rasukan iblis tapi sudah tercatat kehendakNya,Puan Az” Ustaz Kamil memandangku sambil menenangkan ku dengan kata-katanya.Rania menggengam tanganku. “Dendam kesumat iblis!” aku bersuara.

Setitis demi setitis air mataku berjuraian.”Salah saya cikgu,salah saya melibatkan semua hal ini pada cikgu dan cikgu Rania” Puan Nani menyalahkan dirinya sambil tangisannya makin kuat.Suaminya menenangkannya lalu memeluk Puan Nani dari belakang.Sebenarnya,semua kejadian yang berlaku pada Atek dan kami semua adalah disebabkan sesuatu.Ustaz Kamil menasihati kami supaya tabah dan mohon Allah tunjukkan kebenaran tentang perkara ini.Sampai masa dan ketika,akhirnya terbongkar segalanya.Akan aku coretkannya di saat yang bersesuaian nanti.
Sejak peristiwa ngeri dan seram tersebut, Atek sekeluarga berpindah.Aku bercuti hampir setengah tahun di Amsterdam dan menunaikan umrah dikesempatan itu. Aku rindu keletah Hani,rindu pada anak kecil itu.Hani maafkan bonda kerana tidak dapat melindungimu dengan baik.Walaupun engkau dipinjamkan seketika olehNya,aku bersyukur.Tunggu bonda disana nanti wahai puteriku,sayang.Waiz,maafkan cikgu

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

27 thoughts on “Atek Joker”

  1. Nauzubillahuminzalik…
    Sampai ke tahap meratah budak camtu sekali ke????
    Allahuakbar…wujud rupenye situasi mistik camni yer…
    Harap penulis dirahmati Allah atas semua dugaannye…
    Moga ade kekuatan utk smbg cerita sebalik dan seterusnya…

    Reply
  2. Al fatihah.Sedih. tak sangka boleh ade kjadian sekejam tu. Semua atas kuasa Allah.
    P/s: kalau kisah ni tak diolah mcm cerpen lebih baik rsenye..lg mudah difahami

    Reply
  3. Cam rekaan pun ada. Tkkan la dikokaknya baby tu sbb kne rasuk…teruk sgt tu

    Anyway..geng2 yg asyik2 duk “sambung lagi,sambung lagi” ni bleh diam tak..korang punya kehendak la lg banyak cerita2 tak berkualiti diterbitkan dlm ni sbb nk layan sambung lagi korang tu

    Reply
    • Paling menyampah ayat nanti sambung lagi tu. Nak tulis tu biar la sampai habis 1 cerita tu. Nak sambung sambung dah mcm novel bersiri la pulak.

      Reply
      • Itula sbnye rs cm cerpen rekaan pn ade..sb xkn xkuar kt newspaper story tragis cmni. tp sb pnulis kate anak die..lyn kn jela. Xkn pnulis nak main2 kate anak die m**i cmtu..da mcm mndoakn or hrp sgt jd cmtu kt ank die pulak kn..skdr pndgn

        Reply
  4. Aku syak, budak Atek ni tekanan mental sbbtu jadi berlaku gini.Ada saja cerita kat luar negara tu budak2 m******h secara kejam,kerana tekanan mental sejak bayi.Banyak2 membaca info,Husnu dzon laa..mungkin nak tulis tu panjang,jadi terpaksa next,next.Lagi satu,perlu ke penulisni nak kabo kan seantero dunia kes ni semasa dia dirundung kesedihan?logiknya mesti dia nak jaga maruah kanak-kanak terbabit n keluarga.Dan sekarang dia dah bersedia untuk berkongsi pengalaman.Korangni bsangka buruk ja.Apa-apa pun aku pun x sabar nak tggu cerita si Atek ni.

    Reply
  5. Tak payah la nak komen NEGATIVE je, dah baca tu dah la. nak komen bagai, die kongsi citer ni dah cukup bagus dah, rekaan pon apa nak kisah? baca je la aduh. bukan kacau hidup kau pun, hakak baca pon takde nak banyak songeh sampai nak nafi kan cita ni, cer bagi komen POSITIVE. kan lagi bagus

    Reply
    • eleh kecoh ar kau hakak…kalau cerita best kami komen la positif..kalau cerita melalut, mengarut atau tak real..kami komen negatif…semua pembaca ada hak kot..kalau tak suka baca komen2 pembaca, jangan baca ruangan komen

      Reply
  6. Kisah betul tapi terjemahan kot..belah² Nusantara ni mcm mana ganas pun idok le sampai nak gigit² berdarah sampai m**i…kecuali kereta jatuh gaung tu selalu la wallah hua’lam

    Reply
  7. Akak² sekalian,sye Wani,sye nk kate yg akak² dn abg² x perlu lh gaduh pasal bende² gini,walaupon nie fiksyen,tpi sye percaya yg semua kesah² nie btul…X kn diaorang nk reka² cerita pastu htr kt sini,cer pikir logik sikit….Apepon,best cerita nie walaupon seram yg amat…

    Reply
  8. Xde yg mustahil jika ia diizinkan Allah.. ckp mesti berfikir.. kalau lah betul bnde ni jd pd penulis, n ko ckp dia tipu, x kesian ke? Xde belas ihsan ke ape??
    Tunggu ko kne sndiri baru nak pcaya la ye..
    Nauzubillah..

    Reply
  9. ċıţє ɞţuʟ ҡє ňı….ţєяuҡ sɢţ mċm яєҡѧѧň….ţp ҡʟu ɞţuʟ ţʟɢʟѧ ċıţє ʟɞıһ jєʟѧs….ҡňp ѧţєҡ jԀ ɢıţu….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.