#Atoi: Massless Hantu

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FS, maaf lambat sket yang Edinburgh ni, sebab aku somewhere else. Thanks FS sebab published Faceless, Hantu Adab’less’ & Driverless Carriage, terharu, chewahhh. Menitik air mataku. Ada commenter ingat aku lelaki, haha, dak aih, saye wanita, cuma raised by the wolves. Gittewww! Kalau tak takkan la masa kecik adik kembar aku questioned mak aku kenapa deme kene panggil aku kakak instead of abang. Hampeh.
Baiklah, tanpa membuang masa, marilah kita ke Scotland. By the way maybe this is going to be my last entry due to time strain, will write again insyaAllah, forever not but not anytime soon. Huhu. Maap lah. <3 *sambil dengar lagu Better in Time by Leona Lewis*

Edinburgh, Scotland
Masa ni aku dalam umur 11 tak silap, sebab abang2 aku tengah sekolah menengah. Masa ni ayah aku bawak satu family pi melawat pakcik aku kat yang sekangkang kera dibuang family (dak aih, melawak ja pak cik aih) kat Dublin, die tengah belajar kat sana masa tu. Lepas, seminggu kat sana, pak cik ajak rayapan ke Edinburgh. Masa ni abang aku nombor satu kita namakan as Mowgli umur 15, abang aku nombor dua Baloo umur 13, aku la Atoi 11, si kembar Tomato & Timun 3 tahun. So bayang la parents aku travel jauh dengan 3 ekor teenagers yang hormones tengah serabut. Kalau boleh mak aku nak humban keluar flight je masa fly & 2 ketul babies yang ko tengokk aww comelnye, ko pegang deme kelepet ko, memang mencabar.

Masa kecik comel la tembam berlipat perut, dah besar ni macam nak balik dalam tangi septik je. Dak aih, sayang aihh twins aku tu, booboos. Baik, kitorang ke Edinburgh ni pun sebab nak melawat sepupu ayah aku yang memang dah lama kat situ, let us name him as Ayah Ji. Ayah Ji ni lebih kurang umur pak cik aku, that time early 20s kot if am not mistaken. Kat Edinburgh ni yang banyak kene kacau mak & the boboys, aku & ayah aku wat lek wat peace je. Kitorang tinggal kat apartment Ayah Ji yang memang family dia sewakan, tapi since dah 3 bulan gitu kosong, kitorang lepak la situ, Ayah Ji duduk rumah family dia tapi since family dia dah pindah Riyadh, die seketul batu bersurat je la disitu. Malam pertama, ini best! Lepas mak aku sumbat kitorang dinner, parents aku & the twins pengsan awal, sebab penat, aku & abang2 aku macam biasa la, tengah sugar rush baru lepas belasah coklat 3 bars, main game kat living room. Apartment ni ada 2 bilik, satu bilik parents satu lagi bilik sape2 la, tapi kitorang tidur bersepah depan tv je. Tengah main game;

Baloo : Mowgli, teman aku kencing boleh. Dah hujung dah ni.
Mowgli: Malas aku, kenapa aku nak tanggungjawab pundi ko, pi kencing sendiri, kalau takut tu ajak Atoi the Warrior, apa guna adik perempuan sorang.
Aku: Abang, ko ajak aku boleh. Tapi ko buatkan buatkan homework Math tuition aku yang aku bawak tu.
Baloo: Eleh, darjah 5 punya math, ape sangat. Boleh2, jom teman aku cepat.

Masa kat tandas tu, Baloo tolak pintu bathroom tu nak masuk, tak boleh tolak, gigih mamat tu telek kalau ada kunci tersembunyi ke apa, nan hado. Masa die tolak tu, macam ada orang tolak dari dalam bathroom tu. Aku tengok die dalam gigih tahan kencing & tolak pintu tu, aku pun tolong la, kalau ikut aku nak tolong tengok je. Lepas aku berusaha tolong tolak, tetibe pintu jadi ringan tersembul aku & Baloo tercampak masuk bathroom. Kepala aku sikit lagi nak cium mangkuk tandas, Baloo kepala die langgar berus tanda tepi mangkuk, lagi jijik. Hahaha! Cepat2 bangun pastu gigih check belakang pintu siap selak tirai bathtub just in case ada orang ke apa, Baloo sampai lupa la nak kencing. Dah siap check aku pun “Abang, ko kencing cepat sikit la, aku rasa aku nak tidur dah.” Baloo pun iyakan, sambil die buat bisnes die aku duk mencangkung kat pintu bathroom menghadap luar bilik air. Tetibe dok busy aku nyanyi lagu Westlife, berdebuk sesuatu langgar kepala aku. Rupanya Baloo die lari langkah kepala aku, tapi loncat tak tinggi tersodok muka aku kat lantai dek tersangkut kaki die masa lari. Aku dah die lari aku tumpang lari sekali la. Sampai living room, aku tanya:

Aku: Ko pehal lari bang, siap langkah tersepak kepala aku? Berdarah hidung aku tersodok lantai, aku bagi tahu mak. *muka tak puas hati sambil lap d***h meleleh dengan tisu.
Baloo: Ko tahu dik mase aku zip seluar ada tangan budak tembus dari dinding kat flush tandas tu. Ape lagi, aku lari la, jadi sayur la kalau aku tunggu. Dah ko duduk depan pintu kenapa, makan kaki aku la.

Malam tu aku tidur hidung sumbat tisu jasa tujahan kaki Conor McGregor abang aku. Esoknya masa breakfast aku cerita kat parents aku, mak aku gelakkan si Baloo, mak aku cakap padan muka, poyo tapi kencing ajak adik. Abang aku kalau datang takut nak membuang die kutip kucing yang kitorang jaga 2 ekor bawak masuk jamban ajak teman. Mengiau macam nak tercabut bulu menatang kucing tu dalam jamban sambil cakor pintu, aku rasa diorang m**i dulu sebab tekanan perasaan & keracunan paru2. Rest in peace my beloved Capoi & Ban. Lepas breakfast tu kitorang siap2 nak keluar pergi jenjalan kat Edinburgh Castle, mak aku cakap sebelum mandikan the Twins, mak aku letak gloves deme atas katil konon senang nampak dah siap nanti.

Lepas siap semua nak keluar, mak aku nak amik la gloves atas katil, sekali tak de dek non, mano poie eh gloves tu. Pusing satu rumah kitorang cari, sampai dalam oven bapak aku cari. Hahaha. Dalam setengah cari, kitorang gave up, keluar je jenjalan. Masa kat Edinburgh Castle tu, kitorang masuk satu chamber untuk prisoners berbahaya la, dalam tu twins nangis sungguh2, sambil pointing kat alang kayu yang diorang ikat hammocks untuk prisoners tidur. Macam nak terkincit aku tengok diorang nangis, teruk sangat. Last2 parents aku tak ikut masuk bilik2 kat castle tu, diorang lepak2 pusing kat yards around the castle je. Bazir tiket flight je adik2 aku ni.

Balik rumah dalam 6 lebih, lepas makan malam kitorang lepak2 depan tv, tapi kembar dok main berdua dalam bilik mak ayah aku. Leka tengok tv, tetibe ayah aku dengar si kembar gelak mengekek dalam bilik dengan extra suara kekekan. Later dengar Timun jerit “Tomato, catch him Tomatooo” sambil gelak2 macam kene geletek. Dah ayah aku pelik, ayah aku bangun intai budak dua ketul tu dalam bilik dari celah pintu bilik yang tak rapat, ayah aku nampak the Twins berlari berkejar dengan budak lelaki dalam umur the Twins, tapi budak tu shallow, kabus2 gitu. Agaknya shadow tu perasan ayah aku intai, die pandang ayah aku dengan mata bulat terus hilang, kabus tu macam dispersed into the thin air. The Twins pun terus stop gelak, tetiba nangis yang macam nak terkeluor anak tekak, macam kene dera gaya.

Ayah panggil mak, deme pun baca bacaan ayat al-Quran, sampai tertidur budak 2 ketul tu. Lepas ayah aku cerita kat mak aku, semua tidur luar malam tu. Haha. Sejuk nak mampus. Esoknya masa mak aku mandikan the Twins, penuh lebam atas badan the Twins, dari leher sampai ke buku lali, ntah ape hantu tu buat kat adik2 aku pun tak tahu la, gurau kasor neh. Chait! Hari ketiga tu mak aku yang kene kacau, dia stay home dengan ayah aku sebab twins demam, so aku, abang2, pak cik aku & Ayah Ji je jenjalan pusing Old & New Town. Ayah Ji pun tunjuk la rumah Alexander Graham Bell, bawak pi Glencoe, tasik Loch Ness monster, aku excited la bab monsters ni, nan hado. Legend kan. Kalau nak tengok statue William Wallace (Braveheart) buleh le kesini. Iklan tourism sat!*sambil joget* Jangan riso, tak ade orang bayor pon teman ni hah.

Baiklah, balik dari merayap satu hari, memang lemau lunyai la, lagi pulak sejuk, aku rase macam patung tayar Michellin pakai tebal, jalan pon kengkang2. Balik masa dinner tu mak aku cakap, die satu hari kena kacau barang asyik hilang. Tengah mak aku masak, barang2 teralih, contohnye mak aku baru p****g bawang semua, tinggal jap atas meja nak pi amik barang dalam peti, datang balik pisau xde, cari2 dalam cabinet. Kopi mak aku tengah minum tinggal jap je nak amik sesuatu, datang semula dah xde, cari2 jumpa dalam peti beku. Haha. Hangin la mak aku orang messed up dengan kopi die. Pacifiers the twins hilang, socks yang diorang tengah pakai kat kaki sedar2 hilang, sian the twins. Nasib die tak bogelkan adik2 aku. Hahaha. Paling best ubat demam the twins mak aku jumpe dalam tangki flush tandas, sebab die flush tandas air keluar berwarna. Mak aku angkat penutup, jumpa semua 3 botol terbukak dalam tu.

Malam tu, Mowgli pulak kene. Dalam bathroom yang sama, tengah khusyuk memerut sambil baca ingredients kat botol air freshener bathroom, die terpandang pintu. Hah! Ada jari jemari kecil pucat bawah pintu bathroom dok tergedik gedik depan mata abang aku, dia ingat jari one of the twins. Tetibe terpikir agaknye since abang2 aku semua lampi tahap siput tersedut muntah sendiri “Eh, twin xde la seputih ni, ini putih benor, kaler macam sama putih dengan bathroom ni, kuku lebam biru pulak”. Haaa, baru datang akal, die punye jerit dalam bilik air panggil mak aku macam kene sawan dewa. Haha. Mak aku datang ketuk2 pintu baru senyap

Mak: Kau dah kenapa Mowgli, macam kene rasuk!
Mowgli: Makkkkkk, ada hantu la rumah ni, tadi ada jari budak gedik gedik bawah pintu kacau orang berak! Takut la makkkkk, bodohlah hantu kacau orang berak.
Mak: Dah kau tunggu apa lagi, basuh la berak pastu keluar. Kau tunggu dalam tu jadi ape, jadi hensem? Lailahaillallah……
Mowgli: Ermm,…. Basuh la ni, mak tunggu la. *sambil sedu2

Malam tu, Mowgli & Baloo kene lagi, tengah main game syiok, diorang nampak minah salleh pakai zaman Victorian siap dengan bonnet & petticoat bagai jalan tembus dinding kawasan dining table masuk ke dinding dapur terus tembus peti sejuk. Diorang punye terkejut sampai terkedu, Mowgli bangun terus heret Baloo by his collar, sesungguh nye heret weh macam heret plastik mayat, pape pon tak tinggal adik, haha, die heret Baloo masuk bilik parents kitorang, dah masuk die humban je Baloo atas lantai dan terus meloncat atas katil parents aku. Mak aku punye terkejut die tertendang Mowgli, dah terlentang atas lantai dengan Baloo yang memang dari awal kene humban dah. Mak aku muda2 belajar silat.

Ayah: Hoih, dah kenape?
Mowgli: Ayah, ada hantu laaaa, main tembus tembus dinding masuk peti sejuk, orang harap hantu tu m**i beku dalam peti tu. Buduh laaaaaaaaaaaaa.
Mak: Hahahaha! Padan muka korang, tidur lambat lagi, hantu pun pandai masuk peti tidur. Dah pi amik tilam kat luar tidur sini.
Mowgli: Mak, Atoi tidur sorang kat bilik lagi satu, nak kejut ke ajak tidur sini? Kang kene culik dek hantu kang, mak nak beranak lagi ke nak gantikan perempuan seketul tu?
Mak: Takpe, die takut die pandai handle sendiri, korang takut korang cari mak. Takdenye adik kau tu boleh tembus, berat pulak tu. Datang nangis melalak die, hantu pon pulang balik die kat mak….

Baloo mase ni senyap tak terkata, macam kene sampuk dek cendawan pun ye terkejut punya pasal. Aku tidur nyenyak dalam bilik lagi satu. Pagi esok masuk bilik mak aku tengok pesal tidur sini ramai2, ada slumber party tak ajak aku ke. Masa breakfast pak cik aku & Ayah Ji datang makan sekali, mak aku cerita la. Ayah Ji cakap memang rumah tu ada benda, sebab tu die sewakan kat mat salleh je, die kasik family kitorang duduk sebab parents aku jenis berani. Haha. Hampeh Ayah Ji, aku hantor toyol kang baru tahu. Eh dak gurau.

Siang tu kitorang spend masa kat rumah je berkemas sebab awal pagi esok flight ke London untuk balik Malaysia. Masa mak aku berkemas, mak aku jumpa gloves the twins yang hilang tu terlipat cantik dalam kain batik mak aku yang die tak sentuh langsung dalam luggage kecemasan mak aku, means no kecemasan no open la. Pacifiers & socks the twins mak aku jumpa dalam in flight crisps Tupperware the twins. Hahaha, kau hantu, banyak benor masa terluang main hide seek barang orang. Aku rase deme boring sebab lama orang tak masuk rumah tu kan, takde orang nak entertain deme, sekali kitorang masuk raya haji la deme. Sebelum aku tulis ni aku tanya abang2 aku dulu boleh ke tulis, Mowgli cakap “Atoi ko kalau malukan aku, aku sumpah ko jadi selipar jamban pastu hari2 aku bawak ko pegi berak”. Elehhhh, sumpah kura2 kau tu jadi ape je bang. Baloo pulak “dik, ko tulis tu senonoh sikit macam perempuan, aku kalau bukan abang ko aku takut nak dekat”.
Baiklah, sampai disini hendaknye. Selamat tinggal semua, salam sayang peluk ketat2 dari Atoi the Warrior. Ciao!

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

38 thoughts on “#Atoi: Massless Hantu”

  1. Kah kah kaahhh…
    Akk ingtkan family akk jer ade pe’el mereng camni, ghupenyer family ko pon mereng kuasa lima gaaakkk…
    Penat akk cube fokus dan buat2 khusyuk utk rase feel sereeemmm tu tp nan hadoooo…
    Br nk serem dh gelak, baru nk benti gelak dah gelak semule…
    Adeehhhh…penaaatttt…

    Cakap kt Mowgli, drpda sumpah ko jd siper jamban, baik die sumpah ko jd mangkok tandas jer…
    Lg sadis situasi tu…
    Hahahahhahaha…

    Reply
    • Aaarrgghhhh tidaakkkk…!!!
      Ni mmg meremangkan dik…
      Meremang tekak akk menggelegak ghase nk muntah weeiii…
      Akk ni dhlar imaginasi suke hoveerrrr…
      Adeehhh…
      Den baru nk mkn nasik ni kot…

      Reply
  2. Haha.. best santai.. lawak mmg la teramat lawak.. gelak sorg2 aku.. org pon kompius, aku baca cite momok ke cite kelako..haha..

    Cerita lg ye atoi.. good luck!

    Reply
  3. Terhibur baca cerita atoi ni… Memang adik bradik jenis klakar ke camne?? Hhahahaha

    Time pi langgar kepala sampai bdarah hidung, abg ko xde rasa bersalah langsung… Hahahaha

    Reply
  4. Best..sempoi bak hang….lawak..haha…bab kucing teman msuk toilet tu , smpai kat part m**i dulu sbb tekanan n keracunan tu tergelak aku woii hahhahaha…best best..

    Reply
  5. Tang kena berus jamban tu yg x leh tahan huhu…..kalo akak dok tmpt baloo la kan…..berkali2 basuh ngan sabun kot huhu…

    Reply
  6. Hahahahahha hadeeehhh skt perut aku dok thn gelak sbb takut ank aku tjaga dr tido…. sempooiii ko deq… klu seme writer citer seram tulis gaya ko ni kn… aku rasa xde org takut hantu dh pasni hahaha…

    Lawak gl la family ko ni…. i hope for more story from ya! Xberagak abg2 ko kn hehehehe… apa pn aku suka citer2 ko!!

    Reply
  7. #atoi cerita ko mmg best weyh. Part lawak sngt time part abg2 ko tuh. Tgh dok takot sempat melawak tuh. Hahaha. Hantu dkt sana kira pandai jugak ye dok mainkan org mcm tuh. Siap kacau org nak berak tuh tak leh tahan. Tolong lah wei atoi. Sambung lagi cerita lain. Seronok baca. Seram + funny.

    Reply
  8. gelak smpai nanges aku beb…bila bc story ni….hahaahhaahha…anyway I like this story very much…keep it up, sis…daebak!!

    Reply
  9. aku suka giler part nih.. 😀

    Mak: Dah kau tunggu apa lagi, basuh la berak pastu keluar. Kau tunggu dalam tu jadi ape, jadi hensem? Lailahaillallah…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.