AWEK MISTERI DI KERETA SEBELAH

Thank you pada admin FS kerana sudi menyiarkan kisah aku yang selanjutnya. Kali ni aku bercerita tentang seorang awek yang muncul dengan misteri. Macam ni ceritanya.

Kejadian ni berlaku dalam waku petang pukul 6 lebih macam tu. Suasana masa tu dah nak senja tengah hujan gerimis mengundang pulak tu. Jiran aku yang rapat dengan aku tetiba call aku petang tu. Minta tolong aku temankan dia pergi ke opis dia, sebab ada kerja sikit nak buat. Aku panggil jiran aku ni kak Ngah. Aku pun cakap ok jela. Nanti turun sama2 pergi ke parking kereta, naik kereta aku.

Aku dan kak Ngah turun sesama menuju ke kereta. Naik kereta, aku panaskan enjin dulu. Maklumlah kereta dah tua, tak boleh terus jalan. jadi aku panaskan dulu enjin kereta untuk beberapa minit. Sambil panas enjin aku dengan kak Ngah duduk dalam kereta beborak dulu, aku buka tingkap sikit kiri dan kanan bagi udara masuk. Kiri kanan kami ada kereta lain parking. Tapi tiada sesiapa la. Kami berdua je kat tempat parking masa tu. Di luar pulak still hujan gerimis. Sejuk je masa tu walaupun tak buka aircond.

Tengah syok beborak dengan kak Ngah, sambil menghadap kak Ngah, aku terpandang ke kereta kancil sebelah kak Ngah. “Aikkkk??? bila masa pulak ada awek duduk kat tempat driver dalam kereta sebelah”, getus hati kecil aku. Aku terus tanya kak Ngah, “Ngah, bila masa ada awek kat kereta sebelah, tadi kita kat sini tiada sesiapa pun kan??” Kak Ngah tengok sebelah dia dan angguk tanda setuju dengan aku. Dia pun cakap, mungkin dia baru masuk kerete kot. Sambil beborak dengan Kak Ngah aku perhati je orang sebelah tu.

Aku rasa pelik betul, kenapa dia duduk badan dia tak sandar ke kerusi, statik je duduk sambil tengok ke depan. Aku terus cakap dengan kak Ngah. “Ngah, cuba kau tengok awek sebelah tu? Kau kan kat sebelah dia. Kot2 kita kenal ke”. Dari tadi aku tengok macam tu je dia duduk. Langsung tak sandar kat kerusi tu. Kalau kita kan dah penat badan macam tu. Aku suruh dia tengok betul2 lagi orang tu. Dia ni orang ke hantu? Pelik benor aku tengok awek ni.

Kak Ngah marah aku, bila aku cakap macam tu.” Isssshhhh kau ni mulut. kan orang tu…”. Aku masih tak puas hati lagi, terus aku cakap dengan kak Ngah, ” macam hantu je hantu aku tengok. Cuba tengok betul2 orang ke hantu”. Aku dengan kak Ngah sama2 tengok kereta sebelah. Sekali korang tau tak apa yang kami nampak??

Aku nampak rambut dia lepas bahu, tapi rambut dia kasar macam rambut kena karen, kusut dan tebal. Aku tengok muka dia. Dah sudah, ini bukan orang. Sebab apa aku cakap bukan orang? Aku tengok bahagian mata dia gelap warna hitam keunguan, macam mata pontianak harum sundal malam tu. Macam tu laaaa rupanya. Dia menghadap ke depan tak toleh ke arah kita orang.

Aku dengan kak Ngah terkejut. Aku terus Istighfar dengan kuat. Kak Ngah suruh reverse kereta keluar dari situ cepat2. Mulut aku masih terkumat-kamit lagi istighfar tak sudah2. Kak Ngah pun baca segala doa. Terkejut punya pasal. Tu laaa tadi kemain lagi berani nak tengok hantu ke orang. Bila dah betul2 hantu macm lipas kudung, lari tak cukup tanah. Terus memecut ke opis Kak Ngah.

Nasib baik dia tak kejar kami sampai ke opis. Kalau tak dua2 pengsan terperanjat punya pasal. Thank you korang, sudi baca kisah aku. Dari aku Piza. Next time aku bercerita kisah yang lain pulak. Banyak lagi kisah2 lain yang aku pernah lalui. Semua kisah benar belaka. Tunggu…

Piza

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

21 thoughts on “AWEK MISTERI DI KERETA SEBELAH”

  1. Pelik gak tetibe si NGAH tu pulak yg reverse kete..bkn awlnye td ko kt tmpt pemandu? Ke takut nye psl korg tetukar tmpt…klau nk buat2 cite pn biar la logik skit..

    Reply
  2. K.Yulie & Kura2 hijau… memang la ppuan tu tengok depan, tapi dari sisi tepi kan boleh nampak.. Dah duduk deret yang sama, yang kami tengok ni dari sisi tepi. So Nampaklah yg tepi saja. Memang warna mata dia itam keunguan warna gelap memang jelas tu yang aku nampak.

    Cik Miya, Sila baca betul2 jangan tau nak kecam orang je kerjanya. Hati tu biar bersih sikit, jangan membusuk selalu. Takde pulak aku tulis tetukar tempat, ayat aku ini “Kak Ngah suruh reverse kereta keluar dari situ cepat2.”
    Ko boleh hadam tak ayat aku tu?? So jgn nk pandai2 memanipulasi ayat2 aku.

    Reply
      • kadang2 manusia ni, sengaja suka nak mencari kesalah orang lain. kt ni kongsi cerita & pengalaman. bukan nak mengada2kan cerita pun. Ni baru cerita yg simple2. Kalau cerita yg lebih extreme dr tu. Tak taulah macam mana orang akan mencari salah kt ni. so sad 🙁

        Reply
        • Kan..sabar ya. Penerimaan orang berbeza2.walaupun ni page Fiksyen, ada pengalaman yg benar2 berlaku. Minta maaf sgt2, ramai lagi dlm masyarakat x boleh terima cerita berat dan ekstrim.Dlm FS ni pun sy perasan ada kisah berat yg di “perleceh dan perlekehkan”. Dlm dunia ni apa pun boleh jadi kerana apa-apa kejadian pun tidak mustahil. Kepada penulis,teruskan menulis dan sabar. Setiap kritikan ada hikmah.

          Reply
  3. sejenis orang yang tak hadam story orang elok2 baik takyah baca sbb dok putaq belitkan citer orang >.> btw, seb baik hantu tuh tak main cak2 balik toleh korang hahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.