Salam semua. Ini adalah hasil tulisan keempat yang aku hantar ke FS selepas “Khamis Malam Jumaat”, “Kemolok” dan “Kan Dah Kena” yang aku hantar sebelum ni. Terima kasih kepada pihak admin kerana sudi publish cerita aku yang tak seberapa ni. Semua cerita yang disampaikan adalah kejadian yang pernah terjadi pada ahli keluarga aku dan diri aku sendiri. Cerita kali ni aku nak ceritakan berkenaan arwah ayah aku yang telah meninggal dunia di Tanah Suci Mekah belasan tahun dahulu akibat komplikasi jantung. Al-fatihah untuk arwah ayah. Cerita yang diceritakan bukanlah cerita seram tetapi lebih kepada kenangan aku sendiri.
Belasan tahun dahulu, emak dan arwah ayah aku berkesempatan untuk mengerjakan ibadah haji bersama. Bukan main gembira lagi emak aku. Yela hajatnya untuk menunaikan ibadah haji bersama suami tercinta akhirnya kesampaian. Sebulan sebelum berangkat lagi emak aku sudah siap-siap mengemas barang untuk ke sana nanti. Takut terlupa katanya. Manakala ayah aku pula sibuk dengan urusan dan segala dokumen yang perlu diselesaikan untuk ke sana. Sibuk betul ayah aku. Macam pelik pulak perangai ayah kali ni. Selalu ada jer masa nak berborak dan makan bersama. Tapi aku dapat rasakan kelainan pada ayah. Tapi aku biarkan je.
Bulah Januari pun tiba. Sudah sampai masanya emak dan ayahku berangkat ke Tanah Suci. Penerbangan mereka dijadualkan pada waktu malam. Azan pun dilaungkan diluar rumah kami oleh imam masjid sebelum emak dan ayah menaiki kereta. Aku dapat lihat dari raut wajah ayah kelihatan sedih bercampur hiba umpama hati dia berat sangat untuk tinggalkan kami adik beradik. Sesekali dia mengesat air mata dia. Tapi apakan daya. Rukun Islam kelima harus ditunaikannya. Berjujuran jugalah air mata kami anak beranak setelah selesai azan dilaungkan. Entah kenapa tetiba hati aku rasa berat sangat untuk melepaskan mereka pergi. But still aku kena kuat. Taknak tunjukkan rasa sedih aku depan mereka.
Sampai saja di perkarangan Kelana Jaya, semua ahli keluarga dan sanak saudara berkumpul untuk melihat bakal jemaah haji berangkat. Panggilan dibuat meminta semua bakal jemaah haji untuk berkumpul di dalam dewan bagi sesi taklimat. Maka kami pun bersalam-salaman dengan emak dan ayah. Sedih tu jangan cakaplah. Kalau boleh rasa taknak bagi emak dan ayah pergi. Yela lama tu 40 hari mereka disana. Tentulah akan rasa rindu nanti. Sebelum masuk ke dalam dewan, ayah sempat berpatah balik dan terus melambai ke arah kami adik beradik. Lambaian itu umpama lambaian terakhirnya untuk kami adik beradik. Aku nampak ayah kesat air matanya lalu masuk kembali ke dalam dewan.
Long story short. Lagi 2 minggu lagi emak dan ayah akan balik Malaysia. Aku rasa gembira sangat masa tu. Macam-macam aku nak masak bila emak ayah balik nanti. Raya haji tahun tu terasa kurang meriah tanpa emak dan ayah disisi. Kami menyambutnya ala kadar saja adik beradik. Nak dijadikan cerita, dua hari selepas raya haji ketika tu waktu awal pagi, aku sedang membasuh pinggan mangkuk. Tiba-tiba gelas kaca yang aku nak basuh tu terlepas dan jatuh ke dalam sinki lalu pecah. Agak pelik sebab selalunya kalau jatuh dalam sinki pon takdela sampai pecah. Hati aku dah rasa tak sedap masa tu. Lepas je aku kutip semua serpihan kaca tu, telefon rumah pon berdering. Siapa pulak yang telefon pepagi ni?
Saat aku menjawab pangilan telefon tu aku dah hampir nak meraung. Luluh hati aku masa tu hanya Allah yang tahu. Panggilan yang aku terima adalah dari pihak tabung haji di Mekah memaklumkan yang ayah aku telah rebah akibat serangan sakit jantung lalu meninggal dunia ketika sedang dalam perjalanan untuk Wukuf di Arafah. Ayah aku juga telah dikebumikan terus di sana pada hari yang sama. Kami pula dimaklumkan 2 hari selepas pengebumian arwah ayah. Sedih sangat! Sedih sebab tidak dapat menatap and mencium wajah arwah ayah buat kali terakhir.
Suasana hiba ketika kami adik beradik menjemput emak di KLIA. Hanya tangisan kesedihan kami kedengaran ketika menyambut emak. Kami semua peluk emak. Ternyata emak masih terkejut dengan pemergian ayah. Tapi emak redha. Lagipun bukan calang-calang umat yang boleh meninggal disana. Tapi jauh disudut hati, aku tau emaklah yang paling sedih melihat suami sendiri meninggal dunia di depan matanya sendiri. Di negara orang pulak tu tanpa ada anak-anak disisi.
Sehari selepas emak balik, kami adik beradik sepakat untuk membuat kenduri tahlil untuk arwah ayah selepas solat Isyak. Saudara mara yang datang banyak membantu memandangkan keadaan emak masa tu masih dalam kesedihan. Sedang kami bertahlil tu, secara tak sengaja aku terpandang ke arah pintu utama rumah. Keadaan agak gelap kat luar rumah tapi aku boleh lihat dengan jelas akan ape yang berada di depan pintu utama tu. Banyak kali aku tengok sambil gosok mata. Nak tau ape yang aku nampak? Aku ternampak kelibat arwah ayahku sedang berdiri di pintu utama sedang melihat para tetamu yang datang dan ketika itu arwah ayah aku sedang memakai ihram. Bersihnya muka ayah. Kemasnya ihram yang dia pakai. Dia seolah-olah tau aku sedang melihatnya terus dia tersenyum dan berlalu pergi. Dalam keadaan percaya atau tak aku tak pasti. Betul ke ayah tu?? Ayah balik ke?? Then baru aku tersedar yang ayah dah takde.
Tapi aku tak bagitau sesiapa pon hal itu terutama emak. Takut emak lagi sedih. Keesokan harinya semasa sarapan pagi emak pon cerita “malam tadi emak mimpi ayah…tapi ayah diam jer…muka dia tersenyum jer emak tengok…dia tengok jer kita semua semalam masa kenduri tahlil tu…cara dia macam nak ucapkan terima kasih sangat sebab buat kenduri tahlil tu untuk dia”. tersedu-sedu emak bercerita. Aku pun ceritala dekat emak ape yang aku nampak malam tadi. Terkejut emak. Emak kata semasa ayah meninggal kat Arafah hari tu memang ayah sedang memakai ihram. Dan dia dikebumikan sekali dengan ihram dia. Ternyata ada kaitan ape yang aku nampak malam tadi dengan mimpi emak tu.
Walaupun arwah ayah dan meninggal belasan tahun dahulu, kenangan tu masih segar dalam ingatan aku. Semoga roh arwah ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin!
Sedekahkanlah al-fatihah buat insan tersayang terutama ibu dan ayah kita yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Terima kasih kerana sudi baca coretan ini. Assalamualaikum.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Aku pun rindu ayah aku
al fatihah. sedihnya. trigt arwah abah saya. 😔
Al Fatihah buat allahyarham ayahanda nur iman. Berbahagialah ayah nur iman bertemu dengan Allah swt, bersih dalam ihram, di tanah suci Mekah.Semoga beliau ditempatkan bersama para kekasihNya.Aammiinn.
Sedihnya
serius sedih…tp xpe…xramai org dpt pergi meninggalkan dunia kat mekah tu
Terknang kisah arwah bapak….mak dan pak di jmput menunaik hji pd 2012….arwah x dpt pergi krana sakit pelik…tp dia benarkn mak pergi jika sakit di x baek…mlngnya arwah pergi sblom mak ke mekah..n mak x dpt pergi sebab dlm edah….tahun strusnya mak dijmput dan alhamdulillah dpt pergi dan di sana dia bermimpi bertemu dgn arwah pak…..menangis mak bila tersedar dr mimpi…..arwah pak meninggal sebab sakit misteri…..selepas edah emak pulak di ganggu tp alhmdulillah sblom ke mekah penyakit mak sembuh….tp kdang2 ada jugak di ganggu….doakan mak saya sentiasa dlm lindungan allah..
Al-fatihah, serious sedih 😢
serious cerita ni sedih sesgt..
Doooo…sedih.menangis bhaiii
Alfatihahh. Sedihnya. Sabar ya wak..
alfatihah…sdhnye..
sedeh nye cerita awak..
al fatihah.
sedih cerita ni. takziah untuk anda dan skeluarga.
syabas. berjaya buat saya menangis
Berkaca2 mata baca. huhu… Syukur perginya dlm keadaan yg baik.
Sedihnye 😭
alfatihah….
Lebih kurang sama situasi ngan ayah mertua saya. Meninggal 2 hari sebelum wukuf d mekah. 5 Tahun lepas… masih teringat the tangisi n arwah pak di rumah sebelum berangkat ke mekah.. al Fatihah utk arwah
Selalu dengar cerita seram yg ni jadi cerita sadis pulak….bestlah cerita ni…sedih jugak…
halusinasi je tuh
sedih..semoga arwah ayah penulis ditempatkan bersama para solihin, mak mertua sy jugak baru meninggal minggu lepas, sangat terasa pemergiannya..mesti mak pun gembira tengok anak2 dia buat tahlil untuk dia 🙂
Al-Fatihah untuk arwah abah
#RamadhanMenggamitRindu
sedih nya… alfatihah…
alfatihah jugak tuk arwah ayahnda ibrahim bin azid yg baru je mnggl 22/4/2018
semoga arwah di tempatkan dikalangan org2 yg beriman…
tahun ni ramadhan tanpa abh.. 🙁
Salam takziah
takziah.
Sedihnya em. Alfatihah untuk ayah awak.Macam ni rupanya rasa sedih kehilangan ayah.Kasih sayang ayah tidak terkira🌸Cha bagi 10/10
Alfatihah n salam takziah