Baby RNR: Gangguan Berterusan

Assalammualaikum…Sy nani yang menulis cerita baby di Rnr tu x habis sebenarnya.Saya tulis waktu tengah kerja so banyak yang terskip.

Kalau belum baca, boleh baca dulu:

Baby Hantu RNR

Ok berbalik kisah baby Rnr ramai yang komen selamba je campak baby walaupun baby tu hantu tapi tetap baby jugak.Masa tu terkejut sebab tengok baby tu bukan pandang biasa2 tapi gaya cam nak peluk saya memang takla nak letak elok2.Kalau aokmer jadi saya pun buat perkara yang sama yang terlintas kat kepala cuma nak lari.Sampai dekat van mak hantu follow maybe sebab tak puas hati campak anak dia. Dia duduk atas bumbung maybe dalam van tak muat kot sebab kwn2 termasuk cikgu n driver 10 orang semuanya.Tapi bersyukur sangat sebab semua kawan2 saya tidur m**i tak sedar yang saya duduk menyelit menggigil dan bau bangkai. Kalau sedar maybe saya kena campak keluar van.

Semasa sampai di pertengahan jalan,driver berhenti di masjid berdekatan sebab saya tak berani nak berhenti di mana2 Rnr.Saya mandi dan tukar baju..Hantu tu pandai masa van masuk je kawasan masjid dia dah hilang sebab kain dia takde melambai2 di cermin van kiri kanan..

Cerita tu tak habis sampai situ,sampai ke kampung saya hantu tu ikut. Tu pun ayah saya yang merupakan bomoh di kampung perasan sebab dia cakap masa saya turun dari van,dia ada nampak seseorang turun sama2 dengan saya tapi dia tak boleh masuk rumah.sejak dari tu rumah saya tiap kali waktu maghrib dan subuh ada orang beri salam tapi bunyi camni je “Kum Kum Kum”dan serentak dengan baby menangis.pernah adik saya terjawab salam sebab dia cakap sayup2 dengar orang beri salam kesian pulak orang tunggu kat luar lama2. Owh ye hantu ni kalau kita dengar jauh maknanya dia dekat dengan kita,kalau bunyi dekat bermakna dia jauh dari kita.

Lepas je adik saya jawab salam mak saya dan ayah saya baca surah2 Al quran dan pintu utama rumah bergegar tanda ada benda nak masuk..tiap kali bergegar seiring dengan kum kum kum.Ayah saya pernah pesan kalau dengar ape2 jangan sesekali jawab walaupun kita jawab dalam mimpi sekalipun benda tu boleh masuk dalam rumah.lebih kurang macam kita mengizinkan dia masuk sebagai tetamu kita.Dan ayah saya terus pandang saya tanya saya “angah ada tak terlepas cakap atau buat perkara pelik2 masa pergi bersilat baru ni” saya yang terkejut tengok keadaan rumah camtu pun saya menjawab “Tak ada ayah tapi angah ada la tercakap besar masa nak berhenti kt Rnr kat pakcik taib(bukan nama sebenar) ayah saya “hah mu cakap mende” saya jawab “Pak cik taib cakap la tempat yang angah suruh berhenti tu tempatnya keras dan ada perempuan bergentayangan bawak baby kawasan tu,jadi angah cakap la xpe pakcik alang2 jumpa tu boleh dukung baby tu bukan selalu dapat dukung anak hantu”mujur la saya tak cakap nak buat adik angkat ke ape..kalau x naya.

Ayah saya marah saya dan cakap benda tu dah berkenan dengan saya dan nak berkawan.Ayah saya masuk bilik dan keluar dari rumah sambil bawak limau nipis n peralatan2 dia.Sebelum dia keluar dia ada pesan kat mak supaya tengokkan adk2 dan dengar apa2 jangan sesekali nak intai tengok or keluar..Dan seterusnya bermula la dialog antara ayah dan kawan yang tak diiktiraf saya tu..Ayah saya “Apa kau buat dekat sini,sini bukan tempat kau” hantu tu cakap “Aku nak kawan dengan anak kau,anak kau yang nak kawan dengan anak aku,semua anak2 hantu xnak kawan dengan anak aku..kalau kau tak izinkan aku tak peduli,aku nak bawak anak kau balik dengan aku sini bukan tempat aku..rumah kau panas aku tak suka” serentak dengan tu pintu rumah bergegar dan tak tau macam mana saya bangun serbu ke pintu dan nak bukak.mak saya halang tapi saya boleh tepis mak saya sampai mak saya terjatuh.mak saya jerit “Abang,angah nak keluar jage pintu tu dari luar bang”adik2 dan abang saya nak halang saya tapi kudrat saya waktu 11 tahun saya boleh lawan diorang tak cukup dengan tu saya bersilat.habis lebam2 diorang saya buat dan adk saya bangun terus ke tv pasang cd ruqyah dan abang saya azan.saya dengar tu terus saya jerit serentak dengan kat luar tu jerit Arrghhhhh !!!! dan sayup2 dengar suara ayah “Aku akan hantar balik kau dengan anak kau ke tempat asal kau jangan ganggu ank cucu cicit adam Allahuakhbar !!!!”Tak lama lepas tu ayah saya masuk rumah dan terus terpa ke arah saya sambil picit ibu jari kaki dan baca surah2 serta menarik anak hantu tu dari badan saya..saya sedar je terus peluk ayah n pergi kat mak saya minta maaf sebab masa saya tolak mak saya tu saya sedar tapi kuasa lain yang take over diri saya. Ayah saya suruh hati2 sebab biasanya bila orang dah pernah kena sampuk dia ada tinggalkan lubang dalam diri kita yang membolehkan kita lemah semangat dan indera ke enam terbuka atau bahasa yang paling tepat hijab terbuka serta mudah dirasuk.

Sejak dari tu dan kisah nenek jika kawan2 ada terbaca gangguan kem 2 ada terselit kisah nenek.mata saya selalu nampak benda2 halus kadang bila saya tengah kerja,operator saya selalu merungut bahu dia selalu lenguh2,mata berat tiap kali jalan production dan macam2 lagi.semua tu bersangkut dengan makhluk halus yang mate berat tu ada tangan asing yang bergayut di bawah kelopak mata,yang lenguh bahu ada benda bertenggek..semua tu saya cakap macam ni “Dah2 la jangan kacau diorang,diorang cuma nak datang kerja dan buat kerja,dia tak kacau kau” serentak dengan tu semua benda tu hilang.Yang saya tak boleh lupa pernah satu hari tu saya buat kerja tak semena-mena mesin yang saya tengah repair off dengan sendiri.saya cek dekat extension semua on dan saya pandang je kat bahagian atas nahh seketul tengah main button on off bukak tutup bukak tutup sambil menyeringai..tiap kali dia on jig bunyi dan bila tekan off dia heeeee seakan2 mengejek dan saya terus jerkah dia “Tak payah kacau aku la bodoh,aku nak wat kerja ni!!” habis kecoh dekat production dengar suara saya sebab saya dekat tempat kerja pemalu dan semua orang dah tau pasal keistimewaan saya yang satu ni…dah xpasal nak kena bongkar balik repair jig..pernah saya geram sebab jig yang 2 hari rosak sebab saya AL dah siap repair,dia offkan dan saya jerkah woiiii !!! Dia on tapi bila dia dah on jig yang dah siap n boleh jalan tu rosak macam yang sebelum saya repair.Saya jerit arhgggggggghhhh lahanat terus saya baling Allen keys set ke arah dia dan cakap “Aku nak bila aku datang sini balik,semuanya dah ok macam tadi kalau tak siap kau” Dan terus keluar pergi surau bila dah masuk jig tadi dah ok..ok la mesti korang tertanya2 kan ada kaitan ke hantu ni dengan saka nenek or hantu baby tu..semuanya salah sebab hantu ni berpunca dari kilang tempat saya kerja. Salah seorang operator pergi tandas pukul 3 pagi alih-alih dia masuk production dengan hantu ni sekali..dah satu hal hantu ni x reti nak keluar port dia selalu kat belakang dan kacau orang bila orang kacau tempat tidur dia.pernah aritu pekerja histeria sebab ternampak dia.ustaz datang nak usir dia pun dia x makan saman.Hantu ni lelaki tua duduk di tandas perempuan.gatal kn?

Owh ye saya dah tak kerja di kilang sebab dapat peluang di tempat lain.disebabkan saya selalu bertengkar dengan hantu saya tak de pakwe..doakan saya bertemu jodoh yang faham keadaan saya.
P/s sori kalau tak seram✌

Nany91

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

12 thoughts on “Baby RNR: Gangguan Berterusan”

  1. jangan risau la awak, jodoh tu ditentukan oleh Allah, bukan hantu……
    tapi kena usaha…. pakcik pun bujang lagi ni, mari la ngorat pakcik…
    heh heh heh…..

    Reply
  2. Last sekali tu lawak. Pakwe situ semua kecut tengok awak kot. Sebab tu tak berani nak mengorat. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
    Semoga dipertemukan jodoh yang baik-baik.

    Nak tanya laa.. Takpe kan kalau time preggy nie dok baca-baca kisah cengginie? πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.