Badi arwah nenek atau saka

Salam fiksyen shasha dan pembaca

Ini kisah saya semasa saya berumur 20 tahun.
Arwah nenek saya ada membela saka.s emasa dia nak meninggal memang seksa dan azab saya tengok. Setelah dia meninggal, saya dan ibu serta beberapa jiran memandikan mayatnya.
selang beberapa hari lepas tu, suatu petang, saya seperti terdengar bisikan yang menyuruh saya memakai pakaian serba putih. saya pun seperti menurut aje. saya mandi sebelum maghrib tu, kemudian saya pun mencari baju kurung putih bercorak bunga2 timbul tapi tetap kelihatan putih juga dipadankan memakai kain batik, seperti orang kampung dulu2. Entah kenapa saya seperti separuh sedar melakukan itu semua sehingga ibu dan abang2 bertanya kenapa saya berkelakuan pelik. Mereka menyuruh saya menukar pakaian sbb mereka tahu yang saya tidak suka berkain batik. Biaanya saya hanya memakai tshirt dan berseluar setiap hari dirumah.
Tapi saya tidak mempedulikan mereka malah saya seperti gadis desa yg menyanyi2(hmmmm…hmmmm….hmmmmmmm…..)meliuk lentok(saya separuh sedar).
Malam itu selepas isyak, ibu ayah ingin keluar. saya hanya berbaring di katil didalam bilik. semasa ibu dan ayah hendak keluar, saya sudah merasakan sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya. Saya seperti menggigil dan kesejukan yang amat. gigi saya terkancing, jari jemari serta kaki saya kejang, Hanya mata dan mulut sahaja boleh bergerak. Saya seperti sesak nafas dan tidak dapat bergerak dari katil. Nak panggil abang dan adik tpi suara seperti taknak keluar seperti ada sesuatu yang berat di atas saya.
Saya menangis tapi tiada suara. Hanya airmata mengalir deras kerana saya terasa sakit seluruh badan akibat kekejangan.
Mujur ketika itu adik saya masuk ke bilik dan terkejut melihat saya dalam keadaan kaku.s eperti biasa adik cuak dan mula memanggil abang. semua datang melihat saya yang kaku kekejangan jemari saya semua kembang mengejang.
Ibu telah keluar bersama ayah. Entah sampai mana. Tetapi selang beberapa minit ibu ayah balik dan terkejut melihat keadaan saya.
Ibu membebel2 marahkan saya yang berbaju putih dan berkain batik. Dia kata mungkin itu punca saya diganggu makhluk.  saya yang separuh sedar,hanya meleleh airmata. kemudian saya tidak sedar dan tidak tahu apa yg berlaku selepa itu.

Adik menceritakan pada saya apa berlaku seterusnya ketika saya tidak sedarkan diri.

Saya diangkat atau diusung beramai2 oleh abang2 dan adik2 saya serta ayah dan ibu ke ruang tamu dan meletakkan saya di tengah2 ruang tamu. ibu memanggil jiran yg pandai mengubat  ke rumah.

Adik kata, jiran ramai pula datang membacakan yasin. saya seperti mayat terbaring kaku sambil dikelilingi orang2 yang membacakan yasin.  Entah pukul berapa saya sedar tapi memang dah lewat malam. saya telah berada di bilik di katil saya tadi. Berpeluh saya mamai. sayup2 terdengar suara ibu mengaji di bilik sebelah. kesian ibu(dalam hati saya berkata)

Kemudian saya melihat sekeliling..Ketika melihat tingkap bilik, masa tu lah saya nampak banyaknya (beratus) makhluk yang berwarna coklat keemasan, berekor panjang, dan memegang tongkat kecik seperti garpu pendek, kaki kurus panjang, mata tersembul, gigi2 yang tajam, muka seperti monyet pon ada,katak pon ada.
Peliknya masa tu saya tidak pula berasa takut. haya yg ada satu bisikan mengatakan itulah iblis/syaitan.
Ketika itu makhluk2 yang beratus itu seperti ingin memasuki bilik saya dari tingkap,tapi setiap kali mereka terkam tingkap tu(seperti menerkam dinding getah,mereka akan terpelanting semula ke belakang)berulang2 mereka begitu saya lihat. Hati saya berkata mereka tak boleh masuk kerana ibu saya sedang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.

Saya kemudian menoleh ke sisi lain. Di hujung kaki saya (hujung katil) berdiri satu lembaga tidak bermuka dan tinggiii…memegang tongkat seperti lembing.Mmakhluk tu berdiri kaku sahaja di hujung kaki saya seperti sekuriti…hahahahha…

Kemudian saya menoleh ke kiri katil adik saya. Antara katil saya dan katil adik ada laluan/ruang yang besar. Di situ ada makhluk berbadan besaaarr..tinggiiii dan perut dia buncit sangat, bertoncet satu di atas kepala. Dia lalu lalang di antara ruang itu.ulang alik..ulang alik..seperti makhluk yang tadi juga seperti berjaga.
Saya tak rasa takut atau seram walaupon di katil sebelah adik2 dah pun tidur.  Saya nak bangun tapi tak terdaya.. Badan lemah. saya biarkan makhluk berdua tu disitu.
Saya memanggil ibu tp suara yang keluar terlalu perlahan tp ibu masih dapat mendengar.
Ibu datang, aku menunjukkan makhluk dua ekor tu dan iblis yang tak berhenti2 nak masuk kat tingkap tu. Tapi ibu kata mana ada apa2. “Tak ada sesiapa dalam bilik ni selain adik2 yang dah tidur”. kata ibu.
Jadi saya faham. Hanya saya yang dapat  melihat. Ibu menyuruh saya bangun berwudhuk dan solat, kemudian mengaji. Tapi badan saya tersangat lemah. Tak terdaya nak buat apa2. Ibu kata “tak apalah, tidur tapi baca ayatul kursi”.

Ibu keluar dari bilik.saya masih nampak makhluk besar 2 ekor tu.entah apa yang dia jaga.saya cuma berfikir adakah itu saka arwah nenek saya

Kemudian aku melihat baju saya masih lagi baju kurung putih tu serta berkain batik.
Saya membaca ayatul kursi dan pejam mata tidur..pagi saya sedar seperti biasa.tiada apa2 berlaku.makhluk2 besar 2 ekor dan iblis2 tu semua dah tak de.
Alhamdulillah.itu je yang saya ingat selepas sedar.mungkin ibu ada bawa saya berubat selepas tu tapi tak ingat.

Sebenarnya saya tidak faham apa berlaku malam tu pada saya.tapi ibu kata saya terkena badi arwah nenek.atau saka tu nak ke saya.
Wallahua’lam

Terima kasih kerana sudi share dan baca kisah saya.

Saya akan ceritakan lagi akan datang kisah2 makhluk2 ghaib yang saya nampak seoanjang hidup saya..dan juga tentang anak sulung saya yang juga terbuka hijab pandangannya.

Sekian,
Bella🧕

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.3]
Bella

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.