Ini adalah kisah benar yang sengaja diolah supaya lebih menarik.
Aku telah diberi kekuatan untuk menulis kisah tidak seberapa ini setelah berapa lama terkesan dengan peristiwa tersebut.
Aku baru sebulan bertunang, dan setelah itu aku dan tunangku membuka gerai menjual burger di sebuah kedai runcit sebagai kerja tambahan selain bekerja disiang hari. Bersebelahan gerai kami juga terdapat warung menjual makanan dan kedai menjahit.
Kebiasaannya, pada waktu malam, kawan-kawan tauke kedai runcit tersebut akan lepak di kedai runcitnya sehingga larut malam. Entah apa dibualkan hari-hari lepak, tapi tidak menjadi masalah kepada kami kerana dengan adanya mereka lepak disana, kami tidak lah begitu sunyi jika tiada pelanggan membeli burger.
Bersama kami juga adik kepada tunangku yang kini sedang sarat mengandung anak sulung mereka, bersama – sama kami berniaga tetapi dia menjual minuman sahaja.
Kisah ini bermula apabila adik kepada tunangku minta tolong kami untuk menghantar dia balik ke rumah setelah selesai berniaga, memandangkan suaminya bekerja shift malam pada malam itu. Aku menawarkan hendak menghantar dia manakala tunangku mengemas gerai. Jarak rumah adik tunangku tidak jauh dari gerai kami.
Dalam perjalanan balik, kami baru perasan didepan kereta kami adalah van jenazah. Van tersebut masuk ke dalam simpang dan aku melihat sebuah rumah tersebut penuh dengan kereta dan manusia. Oh, mungkin ada ahli keluarga meninggal. Monolog hatiku. Aku teruskan pemanduan dan berbual kosong dengan bakal adik iparku.
Setelah sampai di gerai burger, tunangku ketika itu membasuh alat memasak di sink. Sink kami pula berdepan dengan jalan raya, jadi kami akan nampak dengan jelas mana-mana kenderaan lalu lalang. Ketika aku mengemas dan dia masih membasuh, tiba-tiba dia bersuara “eh van jenazah melintas”. Aku segera menoleh dan melihat van tersebut melimpas diiringi kereta lain. Aku tidak sedap hati lalu menegurnya, “eh jangan tegur. Kita siapkan cepat-cepat”.
Ku lihat, pakcik-pakcik yang lepak di kedai runcit tersebut tergesa-gesa balik. Semua ku lihat balik dengan segera setelah van tersebut melintas. Aku melihat jam, baru jam 10.00 malam. Kebiasaannya, pakcik-pakcik bawang itu akan balik jam 11 atau lebih. Aku semakin tak sedap hati bila tinggal kami berdua di sana. Aku juga jenis yang cepat terasa kehadiran sesuatu makhluk, tidak kira perasaan atau bayangan. Tetapi malam itu, aku perasan ada bayangan hitam melintas didepan ku. Aku semakin mempercepatkan mengemas, lalu kami pun beredar dari sana setelah mengunci pagar dan menutup lampu.
Dalam perjalanan menghantarku pulang, kami hanya berbual kosong dan sekali sekala berdiam diri melayan celoteh radio. Kepenatan. Awal perjalanan kami baik-baik sahaja hinggalah kami melewati jalan yang lampu jalan rosak dalam 100 meter jaraknya, maka jalan tersebut gelap gelita dan cuma harapkan lampu kenderaan. Tiada kenderaan lain selain kami pada waktu itu. Tunangku juga membawa kereta dengan tenang sehinggalah kami ternampak dua ekor anjing besar duduk di tengah jalan.
Tunangku terpaksa membawa kereta perlahan kerana khuatir terlanggar anjing itu. Anjing itu kemudian berjalan perlahan, seekor kekiri, seekor kesisi kanan kereta. Aku mengekori dengan mata rentak anjing tersebut sehingga aku melihat di sisi cermin kereta, kedua anjing tersebut hilang! Mustahil anjing besar berwarna putih itu terus lari atau hilang, kalau lari pun mesti aku boleh nampak ekor atau kelibat mereka berlari. Aku tidak puas hati, aku toleh ke belakang untuk melihat anjing itu. Memang tiada!
Setelah itu, tunangku bersuara. Awak, perasan sesuatu tak? Aku pun hanya mengangguk tanda faham dan dia cuba mencari channel mengaji. Selalu channel mengaji di 10.04mhz tetapi kali ini semua saluran radio seakan tersekat. Sepanjang perjalanan ke rumahku, langsung tiada kenderaan atau kucing sekali pun di tepi jalan. Aku cuma mampu diam dan membaca ayatul kursi didalam hati.
Setelah sampai, aku bertanya kepada tunangku apa yang dia perasan? Anjing itu kah? Dia menjawab, bukan. Semasa dia memandu, tiba-tiba signal menyala dalam 3 kali detik menuju ke sebelah kiri dengan sendiri. Dia bertanya padaku samada aku mendengar bunyi signal itu. Aku tidak mendengar bunyi itu, kataku. Tapi aku perasan benda lain dan aku ceritakan semua kepadanya. Dan untuk pengetahuan pembaca, aku juga memberitahunya detik signal itu adalah tepat di pintu gerbang tanah perkuburan islam dikampung itu, tempat dimana van jenazah tadi membawa jenazah lalu mereka kuburkan disana. Kami naik kerumah dan berjumpa dengan bapaku lalu kami ceritakan kepadanya apa yang kami alami sebentar tadi. Bapaku berkata, kalau orang dulu-dulu katakan itu adalah badi mayat. Kami terkena badi kerana kami menegur van tadi. Tapi, aku tidak percaya dan menganggap ini kebetulan dan hanya ujian dari Allah SWT. pada malam itu, tunangku pulang ke rumahnya melalui jalan lain yang lagi jauh, biar jauh asalkan tidak terserempak anjing pelik atau seangkatannya.
Namun yang demikian, kami masih lagi berniaga burger disana bagi mengumpul duit kahwin. Doakan urusan perkahwinan kami berjalan lancar dalam tidak kurang dua bulan lagi. Amin.
– Tina –
sedikit bosan…
Yes
nice story. bestt
semoga segala urusan kak tina dipermudahkan.. aminn☺️
pesan orang tua2 dahulu ‘ jangan ditegur jika terasa kelainan dalam suasana, ini adalah waktu ‘ mereka ‘ berada ‘
mmg tak leh tegur ya kalau ternampak van jenazah malam2?
Very good eventhough I didn’t understand that well… 😕
I understood your Harry Potter series better hahaha
ழசோசனசளஷோஙழஞோஙவவோயனரழய னமோசனன 😬😬
InshaaAllah semoga urusan akak dipermudahkan
oh…tak boleh tegur erk kalau de van jenazah mlm2
Kebetulan kt dia je tu..😫
utk pencerahan,mayat xkn dikebumikan waktu mlm klu tiada kecemasan ye…
Abu Hurairah r.a : Diriwayatkan daripada Nabi SAW, baginda bersabda maksudnya: Segerakanlah pengurusan jenazah kerana jika jenazah itu baik maka sudah sepatutnya kamu menyegerakannya. Jika sebaliknya maka jenazah itu adalah keburukan yang kamu letakkan (lepaskan) dari leher-leher kamu (dari tanggungjawab kamu). (riwayat Muslim)
Merepek…Bila masa mayat x bole di kebumikan waktu mlm?
Untuk pencerahan? Haha bnda Dah cerah tp kau yg malapkn dgn statement mcm Tu. Segera kn kebumi mayat. Xkira Siang ke mlm…
entah. Aku Susah nak percaya kalau cerita pasal badi ke sial ke. Tahyul sgt bunyinya
badi memang ada, tapi kamu mungkin tak pernah mengalami atau nampak sebap tu nampak tahyul, sesetengah badi boleh merosakkan keturunan atau melibatkan nyawa kalau tak diubat, cerita penulis tu hanya ganguan syaitan bukan badi sebanarnya, kalau badi naya penulis nak hadap.
Pelik. Mula2 masa tunang dia tanya, dia perasan ke tak bunyi signal, katanya xperasan. Tp dia ckap dia perasan masa signal tu menyala menunjuk kn arah ke pintu gerbang tanah perkuburan. Hm ke salah penggunaan kata ganti diri tu?🤔
Insyaallah..semoga segala ursan perkhwinan tina dpt brjln dgn lancar…
semoga dipermudahkan segala urusan perkahwinannya kak tina
Tahyul sangattt ni…takut dgn van jenazah sbb ape? Klu sbb takut bila ingt m**i baguslahh tp klu takut ngn org m**i dlm van tu, mmg mngarut sngt la.. die da m**i .. die xkacau..