Badi Mayat

Aslmlkum,salam sejahtera pada semua. Pertama kali aku mengucapkan terima kasih kepada admin jika cerita aku ini di siarkan. Nama aku Wan(nama sebenar),berumur 26 tahun.

Ini adalah pertama kali aku menulis dan tebuka hati untuk berkongsikan kisah yang terjadi pada diri ku sendiri.

Jika ada salah tatabahasa dan yang lain nya aku minta maaf,kisah aku ini mungkin tidak seram bagi anda, tapi ambilah sebagai pengajaran dalam hidup. OK aku nak mulakan dah ni..hehehe

Aku lelaki yang suka akan hal-hal ghaib dan aku pernah menuntut ilmu kebatinan dari seorang dukun yang aku panggil dia Guru. Dalam masa aku menuntut ni aku ada seorang kawan yang bernama Fendi (bukan nama sebenar). Si Fendi seorang yang sangat tegas pada luaran, tapi sangat kelakar bagi sesiapa yang dah mengenalinya.
Dalam pada kami sama2 menuntut ilmu kebatinan dengan guru, Fendi ni murid yang paling di sayangi oleh guru kerana kecergasannya dalam memahami setiap ajaran guru. Lain pula dengan aku lembab nak mampus .hahaha.

Akan tetapi Fendi ni sangat suka mencuba ilmu yang telah dia pelajari pada orang2 yang tidak bersalah, bila aku tanya kenapa dia buat macam tu pasti jawapannya ‘sekadar suka2’.

Aku pulak yang rasa bersalah bila dia berbuat macam tu..
Nak di jadikan cerita,pada satu hari si Fendi ni sakit teruk sampai satu badan kekuningan dan setiap lepas waktu asar dia akan meraung kesakitan seperti badan di cucuk2 dengan jarum. Bila di bawa ke Hospital di sahkan si Fendi ni tidak menghidap apa2 penyakit, seluruh badan dia telah di scan memang lansung tidak menampakan dalaman nya sakit.

Ayah Fendi membawa Fendi ke rumah guru kami untuk berubat.
Pada saat guru aku mengubat Fendi keadaan Fendi sangat2 teruk dan kerap kali batuk berdarah. Sampai satu tahap guru aku buntu untuk mengubati penyakit Fendi.Guru aku berkata di tidak mampu untuk membantu Fendi kerana dia sendiri tidak tahu penyakit apakah yang Fendi hidapi.

Genab 2 bulan Fendi sakit, pada sehari sebelum Fendi meninggal Fendi di masukan ke Hospital. Pada petang itu aku datang melawat Fendi, menitik jugak air mata jantan aku melihat keadaan dia macam tu. Fendi sempat meminta aku untuk mengurut kaki nya, aku tanpa berfikir yang bukan2 terus meletakan tapak tangan ku ke kakinya. Tidak sampai lima saat pun aku meletakan tangan aku ke kakinya terus aku lepaskan, aku berbuat demikian sebab aku terasa ada sesuatu menjalar ke tapak tangan ku..

Pada malam itu aku mendapat kabar dari ayah Fendi yang Fendi sudah tiada. Dalam pada masa yang sama aku terasa diri ku ketakutan dan terasa aku akan mati juga pada saat itu. Jantung ku berdenyut laju macam baru lepas berlari. Keadaan aku berlarutan selama seminggu, puas aku pergi berubat dan macam2 dukun dan ustaz aku jumpa, tapi keadaan tetap sama..

Sakit yang aku alami sangat membebankan jiwa ku ,setiap saat aku ketakutan memikirkan kematian, duduk berdiri gelisah sentiasa dan sampai satu tahap badan aku menggeletar dan lemah tidak bermaya. Terasa diri aku benar2 akan mati masa itu juga,tapi hakikatnya tidak dan hanya pemikiran aku sahaja. Genab sebulan aku menderita ketakutan yang tiada pemutusnya, aku telah di masukan ke wad orang gila kerana aku meracau ketakutan dan tidak dapat tidur pada waktu malam.

Di sana aku di beri ubat penenang dan keadaan aku ok sekejap,dan akan datang balik bila dos ubat dalam badan aku hilang. Ayah aku tidak sanggup melihat keadaan aku sedemikian,ayah aku mengambil keputusan membawa aku ke Tanah seberang (indonesia). Di sanalah segalanya terungkai..

Aku dibawa berjumpa dengan seorang ustaz, bila rawatan hendak di mulai aku menanggis semahu mahunya kerana ketakutan memikirkan kematian yang melampau dan terasa dunia menjadi gelap serta merta. Bila aku sedar aku berasa sangat2 tenang. Ketenangan yang sangat aku impikan selama aku sakit.

Aku bertanyakan kepada ustaz apa yang telah terjadi, kata ustaz yang membuatkan aku sakit adalah Badi Mayat pendamping pada arwah Fendi. Pendamping Fendi berpindah ke pada aku pada saat aku memeggang kaki nya. Kata ustaz lagi pendamping itu tahu yang saat itu adalah hari terakhir arwah Fendi. Sebab itulah dia berpindah kepada aku..

Pada saat itu juga ustaz berkata penyebab arwah Fendi sakit kerana di sihir, sihir angin yang paling kuat menyebabkan susah untuk di ubati. Kata ustaz lagi orang yang menghantar sihir itu sangat berdendam dengan arwah Fendi yang telah menyakiti anaknya..

Bila aku mendengar semua kata2 ustaz barulah aku teringatkan perbuatan2 yang arwah Fendi lakukan. Tapi kenapa aku yang mendapat bala nya juga???hmmmm. Sampai sekarang aku masih xda jawapan.

Alhamdulillah sekarang aku dah sembuh sepenuhnya, dan semua amalan yang salah yang aku tuntut aku buangkan. Dan semoga aku kekal lurus ke jalan Allah (jangan kita menyakiti orang lain hanya untuk menjadi alat kepuasan nafsu serakah kita) setiap perbuatan pasti ada balasan. Ambilah kisah ini sebagai pedoman hidup agar kita selalu menjaga setiap perbuatan kita..

Maaf sekali lagi jika ada yang tidak faham akan penulisan aku ini..
saya budak baru belajar…

#HambaAllah

#HambaAllah

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

15 Comments on "Badi Mayat"

avatar
Kak Yulie

Akk ni saket badan nk carik tukang urut pon punyelah payah…
Korg leh senang2 pegi berguru ilmu pepelik ngan Guru tu ekk…
Pandei pulak cariknye tu…
Alhamdulillah semua dh kembali ke pangkal jalan…
Semoga kita semua dipeliharaNya dr ilmu dan manusia yg menyesatkan…
Aamiin…

*dik…klu bg salam tu pasni ejalah penuh elok2…kan salam tu satu doa…klu malas nk eja penuh, cukuplah dgn SALAM (selamat)…

Wansarawak

Tq kak sebab menegur…
Inn shaa Allah jika ada penulisan di masa akan dtg saya akan perbaiki…

Bob

Btul kata kak yulie tu, saya sakit urat blikat nak cari urat urut/bekam bkn main ssh…hehe. yang bab salam pun btul jg tu…ape2 pun cerita ni mmg besar pengajarannya kat semua.

Bob

..nak cari ‘orang’ urut…aduss silap eja plk

Matrona

Alhamdulillah segalanya ok balik..sy suka dhn penceritaan yg lancar,teratur..macam tgk drama,smooth je masuk otak..terima kasih sbb sudi berkongsi pengalaman..

Matrona

*dgn

zz

Nice story, LIKE IT!

Wansarawak

Tq Matrona….

Harumanis

Jauh berubat sampai indonesia.. Awak org swak yek..

Wansarawak

Yup…..

z

Disebarkan org yg macam ni lah…org lain x berslaah terseksa…kesian betul. Maaf ya. Den tahu ko dah insaf … Mksd den yg lain² yg jenis begini.

rozzy

Mujurlah adik dah buang semua ilmu salah tu…jadilah insan soleh ya dik….

wansarawak

terima kasih atas komen2 semua…

Raizzo

Smpi guru ko pun xblh nk ubat..

wpDiscuz