Bahana Mulut Celupar, Percutian Kami “Diteman”

Percutian yang diteman

Assalamualaikum. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada Fiksyen Syasya kerana menyiarkan cerita aku ni.

Kisah aku ni berlaku kira-kira tujuh tahun dulu. Masa aku berada dalam semester dua di universiti. Aku dan beberapa lagi geng aku masa universiti dulu, nak bercuti ke Port Dickson. Ye, tak jauh mana pun. Tapi, kami ni majoritinya bukan orang pantai barat semenanjung. Rata-rata kami ni datang dari pantai timur dan utara semenanjung. Maka, masing-masing tak pernah menjejakkan kaki ke Port Dickson ketika itu. Pada hari nak bertolak tu, berlaku macam-macam hal. Kereta yang nak digunakan tiba-tiba m**i masa nak pergi beli barang untuk barbeque. Ingatkan masalah bateri, rupa-rupanya minyak habis. Meter minyak entah sejak bila rosak, indicator minyak pun tidak menyala. Kemudian, dua daripada geng aku sepuluh orang tu, tiba-tiba dapat emergency call. Maka, kami terpaksa tangguhkan perjalanan ke PD kepada waktu malam. Setelah masuk ke highwat plus, baru sedar ada barang yang tertinggal. Macam-macam benda tak kena berlaku. Seolah-olah menghalang kami pergi.

 

Tapi, kami teruskan trip. Kami menaikki dua buah kereta, Avanza dan Saga. Enam orang naik Avanza, empat orang naik Saga. Aku drive kereta Avanza. Kisah ni berlaku 7 tahun lepas. Maknanya ketika tu, smartphone masih tak ramai orang pakai. Malah Waze pun belum tercipta lagi. Tapi, aku dah ada smartphone masa tu. Ada lah satu GPS Apps ni tak ingat dah nama dia apa. Masing-masing tak tahu jalan nak ke PD, maka bergantunglah sepenuhnya pada GPS. Dengan hari yang malam, memang susah nak cam jalan. Setibanya kami di sebuah lampu isyarat, GPS suruh kami belok ke kanan, padahal papan tanda tulis PD terus ke depan. Ke kanan akan masuk kampong. Ada yang cakap, follow GPS je la, maka akupun masuk ke kanan. GPS bawa kami melalui kawasan kampung yang bagi aku agak suram. Lampu jalan yang kejap ada, kejap tak ada. Kereta yang berselisih pun boleh kira dengan jari. Masing-masing mula rasa tak sedap. Ada yang dah start diam dah. Tiba-tiba masing-masing sunyi membatu.

 

Disebabkan jalannya terlalu lengang dan lurus pulak tu, aku pun bawak la laju sikit. Hari pun dah nak masuk tengah malam tapi kami still tak check-in hotel. Jam kat dashboard dah tunjuk pukul 11 malam dah. Laju tak laju, sampai tertinggal geng kereta Saga sampai tak nampak kat belakang. Kawan-kawan aku memang tak suka kalau aku bawak laju. Masing-masing marah aku. Membebel. Aku pula jenis tak suka orang complain cara aku drive, sampai satu tahap, aku marah balik kawan-kawan aku “korang boleh diam tak jangan membebel? Aku tak boleh nak focus. Dah la jalan gelap ni.” Sejurus selepas aku marah diorang, kereta belakang entah bila muncul. Dia highbeam ke arah kami. Aku ingatkan tu geng Saga. Dia bawak laju dari belakang nak p****g. Bila dia p****g, rupanya bukan Saga tetapi kereta lain. Dia sempat hon ke arah kami sebelum memecut laju ke depan. Tak lama lepas tu, ada kereta dari arah depan pulak, pun bagi highbeam jugak dan hon ke arah kami.

 

Aku macam biasa tak pikir panjang terus celupar mulut, “ada benda bertenggek atas kereta kita ke?”. Terus aku kena marah sebab masing-masing pun fikir yang bukan-bukan sebenanrya. Tapi, dalam ramai-ramai dalam kereta Avanza tu, sorang kawan aku ni diam je membatu. Lepas tu aku masih berdegil mulut celupar sangat. Aku cakap “benda apa la yang korang takutkan sangat. Kalau betul benda tu wujud, dia dah lama duduk dekat bela….” belum sempat aku nak habiskan ayat, member aku duduk sebelah dah cepuk kepala aku. Masing-masing marah sebab keceluparan aku. Hahahaha. Setelah jauh memandu dalam jalan kampong yang gelap tu, kitorang berjaya jugak keluar ke jalan utama yang berlampu, ada bnyak kereta. Kereta Saga pun dah berjaya catch up kami semula.

 

Tapi, tak habis sampai situ rupanya. GPS bawa kami masuk sekali lagi ke jalan kampung. Cuma kali ini jalannya lebih banyak lampu dan nampak rumah-rumah orang kampung. Rasa pun tak la takut sangat. Masa ni tiba-tiba masing-masing buka cerita hantu. Dan one of the story cerita pasal GPS yang sesatkan orang berlaku di luar negara. Famous jugak cerita ni dulu pasal GPS bawak orang tu pusing-pusing tempat sama. And guess what! Ianya berlaku pada kami. Tp GPS ni bukannya bawak kitorang pusing tempat sama tapi bawak kitorang pergi ke jalan m**i!! Tapi, perasaan masa tu tak seram sangat sebab jalan m**i tu dalam kampung orang. Ada beberapa buah rumah dekat situ. Ada seorang pakcik tu datang dekat kami tanya nak pergi mana, kami jawab la nak ke PD. Terperanjat dia sebab katanya kami ni dah tersesat jauh. Aku tak ingat nama kampung tu apa. Tapi dia kata kampung tu jauh lagi dari PD. Masa tu masing-masing dah mula takut. Tapi, as a leader of the trip aku kena cool. Kami terus patah balik dan lalu ikut laluan menggunakan papan tanda. Alhamdulillah, kami tiba di hotel kira-kira jam 12.30 pagi. Check in, kemas barang sikit lepas tu terus keluar lepak tepi pantai sambil barbeque tengah malam buta.

 

Seminggu selepas tu. Kawan aku yang banyak diam dalam cerita aku tadi, mula buka rahsia percutian kami. Dia ni special sikit, dengar kata dia ni boleh nampak. Tak selalu tapi boleh nampak. Katanya ada benda teman kita sepanjang perjalanan. Start dari traffic light yang aku masuk ke kanan tu, dia kata ada pakcik muka buruk lambai-lambai ke kereta kami ibarat ajak kami masuk simpang tu. Aku tak nampak tapi dia nampak. Masa aku tengah speed up tu, dia kata ada benda tengah terbang tepi tingkap aku smbil sengih ke arah aku ibarat dia sedang seronok berlumba dengan aku. Kereta lain bagi highbeam tu memang betul ada benda atas kereta. Kepala benda tu jenguk kami ikut windscreen depan tapi semua orang tak nampak kecuali dia. Muka buruk mata merah senyum menyeringai. Masa sampai dekat jalan m**i tu, benda tu lambai-lambai ajak kita masuk ke dalam hutan dekat jalan m**i tu. Yang GPS tu dia tak tau nak explain.

Akhir sekali kawan aku tu cakap “kalau kau habiskan ayat kau cakap benda tu duduk kat belakang, benda tu akan terus masuk dan tak tau la apa bakal terjadi dekat kita.” Dia kata, dia diam sebab dia sedang gigih baca Ayat Kursi. Benda tu tak boleh masuk kereta sebab tu. Sejak hari tu, aku mula belajar untuk tidak celupar. Malangnya, aku tak pernah belajar betul-betul. Still celupar sampai sekarang. Help me!!

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 5]
Wan

8 thoughts on “Bahana Mulut Celupar, Percutian Kami “Diteman””

  1. Sy cadangkan klau mulut trase gatal2 nk ckp celupar cpat2 tampar mulut tu berkali2, tampar kuat2 ye baru la trbantut sikit mulut tu nk celupar

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.