Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku terbaca kisah seram yang berlaku di uni dalam page ni, tiba-tiba aku teringat 1 peristiwa misteri semasa aku belajar di IPTA di Bangi. Ok kejadian tersebut berlaku masa aku dalam semester ke-4. Biasalah apabila dah jadi pelajar uni ni mestilah kena libatkan diri dengan aktiviti persatuan. Aku dah kawan-kawan dalam persatuan tu sebenarnya baru sahaja balik daripada kem jati diri di Johor. Jenis yang kena redah hutan bagai la. Apabila kita pulang ke kolej kebanyakan pelajar dah balik kampung disebabkan cuti semester.
Nak dijadikan cerita, hanya aku dengan kawan aku seorang sahaja yang tinggal dalam kolej tu. Bilik aku di wing kiri manakala kawan aku ni, bilik dia di wing kanan. Suasana memang sunyilah, yelah kan cuti semester semua orang akan balik. Ketika aku buka pintu bilik aku tu, memang takde la fikir apa-apa yang tak patut. Rasa macam biasa je lah masa tu. Masuk bilik letak barang, on PC, check friendster (masa tu FB takde lagi). Lebih kurang 30 minit lepas tu mata pun dah rasa berat, nak tidur la.
Tapi memandangkan terlalu penat aku terus je baring atas katil. Masa aku tengah mengelamun nak lelapkan mata, tiba-tiba aku terdengar bunyi kerusi bergerak. Masa tu aku rasa biasa je lagi. Tapi tiba-tiba, masa aku tengah baring menghadap katil roommate aku, aku rasa macam ada orang tengah berjalan di belakang aku. Aku dapat rasakan tilam yang aku baring tu rasa macam tenggelam dan badan aku pun terikut sama. Memang betul-betul rasa macam ada orang lalu kat belakang. Mula dari tu badan aku terus tak boleh bergerak. Nak gerakkan jari pun tak dapat. Perasaan masa tu jangan cakaplah memang takut lah.
Dalam keadaan badan yang kaku tu, tiba-tiba aku dapat dengar suara yang halus berbisik betul-betul di telinga aku, “Lebih baik kau keluar sekarang”. Entah macam mana aku rasa nak tengok siapa je yang cakap tu, tapi sekuat mana pun aku cuba bergerak tak dapat-dapat jugak. Lagi sekali suara tu kedengaran di telinga aku, “Aku cakap baik kau keluar sekarang”. Tanpa berfikir panjang aku pun jawab, “Ok ok. Aku keluar sekarang, aku keluar sekarang”. Lepas sahaja aku jawab, aku dapat rasakan balik seperti orang pijak tilam yang aku tengah baring tu dan bunyi kerusi bergerak. Ia macam ada seseorang ataupun sesuatu dah pergi.
Lepas tu baharu la badan aku boleh bergerak. Rasa takut jangan cerita lah, memang takut gila. Aku terus keluar berlari ke bilik kawan aku. Aku ketuk pintu bilik kawan aku berkali-kali. Tapi takde respon langsung. Ni sah tidur mati. Aku pun masa tu memang tak tahu nak fikir apa lagi. Dah la takde budak lain. Nak tak nak memang kena kuat hati la, masuk balik dalam bilik aku, dengan harapan “benda” tu dah takde lagi. Dalam perjalanan ke bilik aku, macam-macam ayat aku baca. Buka je pintu bilik, aku tengok keliling bilik, takde apa-apa pun. Kuatkan iman aku tidur je terus dalam bilik. Alhamdulillah takde apa-apa berlaku lepas tu.
Keesokan pagi tu, aku pergi semula ke bilik kawan aku. Aku ceritakan kat dia apa yang berlaku semalam tu. Dan aku marah lah jugak, kenapa dia tak buka pintu bilik sedangkan aku dah ketuk berkali-kali. Huh, memang sah dia tidur mati. Selepas kejadian tu, tiada lagi perkara pelik berlaku dalam bilik aku. Dan aku stay bilik tu sampai la aku tamat pengajian. Tapi sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, suara siapa atau apa yang berbisik kat telinga aku. Dan apa yang akan terjadi kalau tiba-tiba aku boleh melihat benda tersebut.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
tak mandi ke lepas blk hutan?
Dh mandi kt RnR kooottt otw blk bangi tu…hehehehehe…
X pon mse sebelum grk kompem dh mandi kt kem…
Certain xtvt jer dlm hutan, base kt kem gamaknye…
Dia x nak cite detaillah tu.
Aku suka baca kisah kisah kena duduk asrama bila orang lain takde ni.. Sebab aku pun pernah buat dan pernah kena.. Hahahaha
Yang berbisik tu mesti otromen.
oh benda tu ikut la tu