Bala Selepas Berubat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Thanks pada admin kerana memberi peluang saya berkongsi pengalaman seram disini. Saya ada terbaca beberapa hari yang lepas satu cerita yang bertajuk ‘ustaz atau bomoh?’ Tak silap saya. Yang pasal mak dia sakit tangan asalnya then nak berubat. But yg ubati dia ni sebenarnya bomoh yg nak test ilmu dia. Saya terus teringat kejadian yang berlaku 14 tahun lepas. Masa tu saya darjah 5. Disini lah cerita bermula.

Ibu cakap dia sakit kaki. Yelah saya budak masa tu. Saya cuma katakan pada ibu mungkin sebab ibu penat dengan kerja rumah. Tapi ibu menafikan. Ibu kata sakit lain macam. Ibu suruh pegang tumit dia. Terasa seperti benjolan kecil tidak tahu apa isinya pada permukaan tumit ibu. Ayah bawa ibu ke klinik nak tengok apa punca. Doktor tak tahu apa punca, seperti biasa akan ada susulan lah. Sampai ibu dah naik rimas. Sebab tak jumpa penyelesaian.

Sampai la satu hari ibu bagitahu pada ustaz saya. Sebab ustaz tu akan datang setiap hari ajar saya mengaji. So ustaz tu kata dia nak kenalkan ibu dengan kenalan dia. Sebab katanya kalau ikut cara doktor tak jumpa, why not try cara lain.Katanya dengan dia ni boleh berubat. Katanya dia ni ustaz juga. Ibu yang tak tahan dengan sakit tumit tu ajak ayah pergi. By the way, ayah ni orangnya percayakan benda yang logik. Dia tak percaya benda benda yang mistik semua ni. Tapi sebab ibu dah berkehendak, ayah ikutkan. Ayah ikutkan.

Tiba pada hari esoknya, ‘ustaz’ ni pun datang. Dia lagi selesa dipanggil Wak. Wak ni datang lepas Isya’. Dia berasap (merokok) dulu dekat luar. Then dia masuk. Dia pergi dari satu bilik ke satu bilik. Dia masukkan separuh tangan dalam bilik. Katanya nak ukur kehadiran ‘entiti’ setiap bilik. Saya pelik. Ibu sakit tumit. Apa kena mengena dengan kewujudan entiti dalam rumah? Saya diamkan sahaja. Lagi satu saya ni budak lagi. Wak ni cakap benjol yang ada pada tumit ibu tu sebab ada ‘benda’ tumpang. Benda tu dihantar oleh seseorang. So dia nak pagar rumah kami. Then dia akan tolong buang benjolan yang ada pada tumit ibu tu. Dia kata untuk pagar rumah, dia perlukan telur angsa dan make sure telur tu baru. Then kemenyan, limau nipis, air kolah masjid dengan garam kasar. Saya pelik juga. Even saya budak lagi. Mungkin sebab saya sekolah agama, terdedah sikit lah. Setahu saya dalam perubatan syifa’ memang takkan ada kemenyan. Sebab kemenyan ni memang makanan ataupun menyeru syaitan. Tapi entahlah. Ayah yang sebegitu pun ikut je. Gigih pergi cari telur angsa fresh tu.

Malam tu, wak datang lewat malam, dengan kawan kawan dia. Mereka pun memulakan ritual memagar rumah. Saya nampak diorang letakkan beberapa bunjut berkain putih dan ditanam di empat penjuru rumah. Memang pelik. Dari sakit tumit sampai ke pagar rumah. Kami nampak pelik. But kami tak terdaya nak cakap, seolah-olah dikunci. Entahlah. Lepas dia pagar rumah, dia urut kaki ibu. Tapi bukan area tumit pun. Banyaknya dia pegang belikat ibu. Dahlah tak beralas. Saya tengok ada je ahli Wak ni yang perempuan, tapi Wak tu juga yang urut kaki ibu. Bila dah selesai semuanya, Wak tu pesan suruh ibu mandi air kolah masjid berserta dengan limau dan garam yang dia dah baca-bacakan. Then dia tanya ayah ada tak barang barang lama dalam rumah tu. Ayah menggeleng. Cuma ayah kata ada sterika arang lama. Wak tu beria minta. Ayah tak bagi. Sebab ayah kata sentimental value. So wak tu minta nak tengok. Ayah bagilah pegang sekejap. Dari pemerhatian saya wak tu cuma tengok tengok saja. Tak tahulah kalau-kalau dia ada baca something ke pada sterika arang antik tu. Yang paling dahsyatnya, segala perubatan tu BERBAYAR. RM 700.00 burn macam tu je. Dahlah waktu tu dah dekat nak raya. Ayah pejam mata je bayar.

Seminggu lepas berubat, benjol tu masih belum pulih. Tak ada tanda-tanda nak baik pun. Apa yang tiba adalah bala. Ada makhkuk menyerupa. Selalu menyerupa ayah. Saya pula selalu nampak kelibat lalu di dapur. Rumah kami ada loteng. Selalu dengar ada benda jatuh di atas loteng tersebut. Sampailah satu ketika, adik saya disergah ‘benda’ tu sewaktu dia sedang tidur. Semenjak tu juga, lauk jadi cepat sangat basi. Tak berapa jam dah basi. Pelik. Kami ni bertahan. Cukup je kami buat pendinding sendiri dengan baca Yaasin. Tapi ‘benda’ ni tak makan saman. Ayah dah mula syak, semua ni kerja Wak. Ibu masih belum baik. Ibu sampai berjalan terhencot-hencot sebab benjolan tumit tu semakin besar. Then ada seorang jiran kami recommend ibu dengan satu ustaz yang memang berubat secara Syifa’ memang setiap bacaan dia kita tahu dan sahihlah senang cerita. Masa mula-mula ibu pergi, ayah kata ibu macam bukan ibu. Ayah tak bagi saya ikut. Lagipun saya sekolah. Ustaz tu bagitahu pada ibu yang Wak bukan mengubati, tetapi Wak letakkan ‘sesuatu’ di mana bila ‘benda’ tu kacau kami, kami akan panggil Wak semula. Kemudian sekali lagilah Wak akan tanam benda tak sepatutnya, dan kami akan bayar lagi pada Wak.

Ustaz tersebut bacakan ayat Al-Quran yang memang sahih pada air mineral dan suruh ibu minum. Dia juga berpesan supaya kami menjaga solat, kerana solat juga adalah pendinding dari gangguan iblis dan syaitan. Dia juga pesan, kalau nak berubat, pastikan itu adalah sahih syifa’ dan bukan yang sembrono. Alhamdulillah, tak lama lepas tu benjol kaki ibu pun beransur pulih. Benjol itu pun datang dari seseroang yang dengki dengan ibu. Tidak perlulah saya menjaja siapa dia. Cuma pesan saya kepada dia, selagi ada masa, bertaubatlah.

Cerita saya ini adalah bertujuan untuk membuka mata orang kita. Supaya berubat melalui channel yang betul. Kalau betullah, syifa’ pastikan ianya sahih. Kalau dah kemenyan sana berasap sini. Sah sah seru syaitan. Dan dalam tidak sedar kita dah jatuh syirik. Itu sahaja perkongsian saya. Saya share ustaz syifa’ yang ibu saya berubat itu namanya Ustaz Tajul. Di Meru. In Sha Allah saya jika cerita ini disiarkan, akan datang saya akan kongsikan gangguan yang dialami selama ‘benda’ tu menumpang rumah kami. Terima kasih FS. Harapnya perkongsian saya ini memberi manfaat dan pengajaran.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Shemooques

Leave a Reply

12 Comments on "Bala Selepas Berubat"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Rozzy

Berhati2 la berubat

jijie

assalamualaikum. maaf, boleh saya tau ustaz tu duduk di meru ipoh atau klang? kalau boleh bagi nombor contact ustaz tu pun xpe

Cahaya

Betul, mcmna ye nk contact Ustaz Tajul?

Singkong & keju

9/10
ta gune punya wak..kwajo betul..semoga kluarga anda di lindungi Allah SWT

juriFS

8/10

Yibo

ada ke patut ambik kesempatan time orang sakit. kuajoo betul caranya.

dubstep heRo

onch onch onch dub dub psss onch onch
11/10

kura2 hijau

dahlah letak hantu kat rumah rang, mintak lagi bayaran yang xmasuk akal..teruk betul!

Nona SS

Bila sebut nama Wak, teringat waktu teman membe berubat. Di pusat rawatan Islam yang disegani ramai. Cara lebih kurang, bagi kita teringat dia dan datang semula untuk berubat. Tapi tak baik-baik juga sampai kesudahnya.

Cindai

Tp yg plik nye ustaz yg ajr ngaji tu lak yg rekemen si wak ni. Ape die xtau ke wak ni bomoh..adoi. ptt kne cr jgk ustaz yg rekemen ni sb die pn kire bsubahat

meh

kerana duit semue tolak teeepiiii…

balquizz

9.5/10 , jlan ceritanya menarik walaupun tk banyak unsur seram sgt tapi beri byk pengajaran dan pengetahuan 👍👍👍👍

wpDiscuz