Balai Cerap IPTA di JB

Assalammualaikum untuk pembaca FS. Memandangkan hampir semua post kat FS ni aku dah baca, sepanjang baca rasa teringin untuk kongsi cerita sendiri. Pernah tulis 1 cerita tapi tak diterima lagi rasanya, takpa, ni aku cerita bahagian lain dalam hidup aku yang pada aku seram. Oh, aku perkenalkan diri aku sebagai Didi aje.

Cerita ini waktu aku belajar kat satu U di Johor Bahru. Rasanya kalau pelajar sana mesti boleh agak kat mana U ni. So dimulakan cerita, aku keluar lepak memalam dengan geng aku berlima satu kereta. So kami berlima ada Cha, Tik, Fiq, Naq dan aku. Mula-mula kami lepak makan sama kat luar naik kereta Fiq. Bila dah balik pukul 12 lebih tapi kami malas gila nak balik kolej kediaman jadi kami jalan jalan di sekitar U kami. Dan dalam banyak-banyak tempat, kami pilih bukit balai cerapan.

Awal awal masuk U dulu adalah kisah kata bukit tu time maghrib ada orang pernah nampak toyol lari lari kejar budak jogging, tapi selama aku jogging kat situ tak ada apa pula. Eh tapi bagus la tak jadi apa kan. Makanya malam tu kami naik beramai ramai. Rasanya bila sampai kat atas tu dah pukul 1 dah. Time tu cuma kami aje yang ada kat situ, dan berbekalkan lampu bangunan tak gelap sangat kawasan tu. Lagipun tinggi, boleh la nampak perumahan perumahan sekitar. So kami turun kereta dan lepak kat cerun cerun bukit tu. Kami duduk ada yang tak kisah tu berbaring sambil tengok bintang dan tunggu shooting stars. Waktu tu kami bercerita dan adalah lawak lawak jadi gelak besar untuk kami berlima tu biasalah, zaman remaja.

Dalam kami syok syok cerita gelak-gelak tiba-tiba aku yang duduk paling tepi ni rasa ada orang bercakap belakang aku. Belakang aku dalam 200m ada bangunan untuk simpan barang. Aku toleh belakang untuk tengok tapi tak ada apa, time tu Cha sebelah aku, dia pun tengok belakang. Aku kira dia pun mesti perasan benda yang sama. Kami dah senyap, yang lagi 3 rancak bergelak lagi. Tapi memang whenever kami bising ada benda lain yang turut berborak kat belakang. Kali ni semua senyap, yang lain dah mula perasan. Kejap lagi kami rasa berangin kat belakang, spontan aku bangun lari pegi kereta dan yang lain pun ikut lari sama.

Fiq terus start kereta untuk turun. Kejap lagi si Naq ni boleh buka cerita dia dengar orang cakap, bila sorang dah mula buka cerita kami pun turutlah cerita kenapa lari. Basically time kedua tu memang most of us dengar ada benda kat belakang dan angin kat belakang badan bila semua dah senyap. Aku dengan Cha galak cakap kami dah kena sebelum diorang. Time nak turun bukit tu tiba tiba si Fiq ni boleh pulak berhenti, buka tingkap semua dan cakap, “siapa nak tumpang jom la masuk”. Sebab dah gelabah Cha pegi tepuk bahu Fiq suruh sambung drive. Gelak-gelak aje Fiq time tu sambil drive turun semula.

Bila dah kat bawah kami tak puas lepak lagi, baru pukul 2 pagi time tu. Jadinya kami lepak kat café kolej kediaman. Time sampai tu adalah dalam 2 group student yang tengah buat discussion, kami pilih meja paling hujung sekali sambil bawa kad terup. Bila tengah-tengah main tu aku tak ingat siapa yang tegur dulu cakap tak sedap hati. Tapi tak lama kami lepak sebab last last semua tak sedap hati dan kami pun balik.

Esoknya hujung minggu aku ke KL untuk jumpa kawan, manakala yang lain duduk di kolej. Aku pula banyak berjalan di sekitar shopping mall. Sampailah malam, aku lepak kat kedai arab, tak ingat kat mana. Ada tu aku pergi ke tandas seorang. Usually memang aku pilih tandas duduk. Jadinya sepanjang mengadap pintu toilet tu aku termenung, tak perasan pun pintu tu glossy hitam dan samar samar aku boleh nampak bayang bayang aku. Bila dah siap semua, aku bangun. Tapi bayang-bayang aku statik duduk. Aku terdiam beberapa ketika. Bila tiba-tiba bayangan tu rambut menggerbang, berlari aku keluar cari kawan kawan aku yang lain. Setakat itu aja tahap keseraman yang jadi kat aku, tapi sampai sekarang aku memang fobia masuk toilet pintu yang boleh nampak reflection ni.

Aku call kawan-kawan aku yang lain. Tik cakap dia nampak ada benda rambut mengerbang turun tangga kecemasan kat kolej. Berlari dia masuk bilik. Aku tak ingat apa jadi kat Fiq dengan Cha. Tapi yang paling teruk kena Naq la, dia demam. Lepas tu ada kawan kami yang boleh tolong tengok dan bacakan ruqyah, rupanya ada 3 jin bertenggek ikut Naq. Sebab dia paling lemah semangat. Lepas tu ada benda yang ikut kami balik time tu, tu yang semua kena gangguan. Jadi kawan aku ni nasihatkan kami utk rajinkan diri pasang pendinding diri dengan ayat Quran. Untuk Naq dia kasikan air untuk okaykan Naq.

Sejak tu, kami taubat dah tak lepak lama-lama. In fact aku pun tak berani naik balai cerap tu lagi kecuali time graduate tu. Tapi benda macam ni kenangan yang mengajar kami untuk sentiasa berhati-hati. Kami pun bernasib baik tak dirasuk ke apa. Maaflah kalau ada tersilap eja sebab auto correct, maaf juga kalau tak seram. Lain kali akan cuba untuk betulkan ayat cerita sebelum ni pasal speaker aku agar diterima oleh pihak FS.

Assalammualaikum.

#CikDidi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.1]

8 thoughts on “Balai Cerap IPTA di JB”

  1. zaman aku kat utm tahun 2003 dulu,balai cerap punya building tak de lampu..lepas final melepak kat situ lepas exam malam..mmg la ade jin aka kak pon/cik lang kat situ..hangpa duk hingaq tang situ mmg cari nahas la..duk diam² layan blues dah la..jin mmg suka org duk buat hingaq

    Reply
  2. balai cerap ni mmg ada kisahnya… masa aku student dulu in the late 90’s banyak jadi menda2 mcm ni…ada sekali tu dlm seminggu gak la satu kolej ni baca yasin & solat hajat siap felo transfer sbb tak tahan pun ada…hehehehe

    Reply
  3. nak lepak balai cerap boleh tapi kena tertib, bising2 mmg benda tu suka. group aku biasa kena buat bbq dekat balai cerap, tangkap gambar ramai2 then bila share dlm whatsapp group ada penambahan ahli dan ada juga ahli yg tak dikenalpasti sebab tiada kepala haha

    Reply
  4. hahahahaha…aku skang kerja kat UTM,bahagian landskap dan pembersihan…balai cerap tu hari² kene g situ sebb area situ ada tempat pembuangan sampah landskap..tapi ada jgak kene gangu,sebb aku kekadang naik situ dah nak maghrib,,nampak la bebayang hitam ape semua,,tapi x boleh lupa masa kat Block P16 sekolah kejuruteraan elektrik,,kabin aku kat situ,so aku kekdang balik kol 6/7 petang,penah sekali tgah nak kemas balik kerja,kabin aku kene ketuk 3 kali,ketuk lak macam baling batu…sampai skang cukup je time balik,aku balik,,no stay² lagi😂

    Reply
  5. Masa tahun 97 1st stay kolej merbau/4/tun hussein onn.ada senior cerita thn 96,ada yg kena ikut dgn makhluk situ time ada progrm jln kaki naik atas bukit tu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.