Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca fiksyen shasha. Harap semua sihat-sihat sejahtera semuanya. Disebabkan PKPB ni aku tak tau nak buat apa. Jadi aku nak cerita sedikit pengalaman aku masa belajar di universiti tahun 2006 dahulu. Jadi masa ni pun zaman nakal. Solat pun ikut mood, kadang-kadang buat. Kadang-kadang tidak. Bukan nak bukak aib sendiri tapi tak nak pembaca tertanya-tanya “dia tak solat ke?”. Secara jujurnya macam aku cakap tadi, kadang-kadang. Dah tua ni baru la nak pergi masjid solat jemaah. Jadi, aku mulakan cerita.
Hujung minggu selalunya kawan-kawan serumah akan balik kampung. Aku jarang balik kampung disebabkan kampung aku jauh dari tempat belajar. Dua minggu sekali baru aku balik. Jadi disebabkan minggu lepas tu aku dah balik kampung, jadi minggu ni sepatutnya aku stay rumah sewa je. Tapi kawan aku si Jali ni (nama sebenar Razali) ajak aku ikut dia balik kampung dia. Mulanya aku menolak sebab banyak assignment nak kena buat. Tapi si Jali ni berkeras minta aku teman. Katanya ada habuan kalau aku ikut dia balik kampung. Dia kata dia akan belanja makan, bawak aku memancing dan mandi sungai. Siapa nak tolakkan? Jadi aku setuju. Jali kata tapi bukan rumah parents dia, tapi rumah pusaka tinggalan arwah atok dan nenek dia. Selalu ayah dia yang akan jaga rumah pusaka tu (datang 2 hari sekali untuk kemas dan sapu habuk). Tapi disebabkan mak dan ayah Jali ni pergi buat ibadah umrah di Mekah jadi Jali ajak aku teman.
Pagi sabtu lepas subuh aku bertolak berdua ke kampung Jali. Masa ni Jali pakai kereta iswara warna kelabu. Jadi perjalanan 2 jam tak terasa letih dari naik motor. Sampai di kampung kami pekena nasi lemak dengan teh tarik. Macam dijanjikan Jali la yang belanja sarapan. “Tengahari aku bawak kau makan dekat satu gerai ni. Ikan patin tempoyak dia terangkat wei” kata Jali dengan nasi lemak penuh dalam mulut. Aku mengangguk. Lepas sarapan kami bergerak semula ke kampung Jali.
Ternyata kampung dia ni betul-betul kampung. Jenis rumah sebuah jalan sikit lagi rumah lagi sebuah. Siang nampak la seronok. Malam seram sikit Jali kata sebabnya lampu jalan jaraknya jauh. Malangnya rumah pusaka arwah atok Jali ni takde dalam senarai pemasangan lampu jalan. Jadinya malam akan jadi gelap gelita. Aku dah terdiam. Sampai di rumah pusaka kami bawak beg masing-masing naik ke atas. Memang cantik rumahnya. Itu baru luar. Dalam lagi kemas. Tak banyak perabot, jadi nampak selesa. Rumah kampung lama yang mana dapur kat bawah, ruang tamu atas. Ruang tamu ada 3 bilik tidur. Bilik air paling syok, kau boleh main badminton dalam tu. Punya la luas. Kata Jali masa kecik-kecik dia dengan sepupu-sepupu yang lain akan mandi ramai-ramai. Mungkin sebab tu lah kot bilik air dibina punya luas. Rumah tu tak ada tv. Cuma ada radio buruk. Aku rasa tahun 70-80an radio tu sebab reka bentuk dan usangnya radio tu. Masih berfungsi tapi tak semua siaran boleh dapat. Bagi aku tu semua tak penting sebab nasib aku bawak majalah Ujang dengan Apo?. Sekurang kurangnya tak la bosan lagipun esok balik rumah sewa balik.
Di pendekkan cerita lepas kami keluar makan tengahari, kami balik rumah pusaka balik. Aku yang dah mengantuk gila, masuk bilik dan tidur. Kebetulan masa tu langit mendung menandakan kejap lagi nak hujan. Jadi sejuk la cuaca. Elok letak kepala kat bantal aku terus lena. Entah berapa lama aku tidur sebab rasa nyenyak sangat aku bangun sebab rumah terasa sunyi. Aku tengok tingkap cuaca masih cerah. Aku bangun dengan mamai masih melekat kat kepala aku cari Jali.
Satu rumah aku cari takde. “Binawe Jali keluar tak ajak aku” rungut aku dalam hati. Nak telefon line pulak tak ada. Jadi aku pergi basuh muka dekat bilik air. Masa dalam bilik air aku dengar orang mencangkul belakang rumah. “Rajin pulak si Jali ni bercucuk tanam” bebel aku dalam hati. Lalu aku keluar dari bilik air dan menuju ke belakang rumah. Terkejut jugak aku tengok ada nenek terbongkok bongkok mencangkul tanah. Siapa nenek ni? Aku beranikan diri untuk sapa nenek tadi. “Assalamualaikum nenek, nenek ni siapa?”. Tanpa menjawab salam aku, nenek tadi menoleh perlahan. “Kamu siapa? Datang dari mana?”… Ehhh, aku tanya dia, dia tanya aku balik. “Saya Azri kawan Jali. Datang sini teman Jali tengokkan rumah ni. Tapi Jali keluar, tak tau la dia pergi mana. Nenek ada nampak?”. Nenek tadi senyum tengok aku. Nampak giginya yang rongak di depan. Mulut merah sebab dia kumam sireh. Nenek tadi berjalan dan duduk di atas pasu bunga yang diterbalikkan. Kebetulan disusun 5 buah pasu jadi aku duduk selang 1 pasu.
Sebaik melabuhkan p******g atas bontot pasu, nenek pun bersuara. “Duduk rumah orang jaga adab. Orang rumah memang dah m**i, tapi ada benda lagi yang memerhati”. Aku bingung. Tak faham. Tapi mulut aku masa tu terasa begitu berat nak bersuara. Aku diam sambil memandang nenek. Nenek pulak dari tadi tenung mata aku. Terasa seram tapi aku matikan perasaan tu. Nenek tu sambung. “Masuk rumah bagi salam, tak bagi salam tu ‘semua’ pun suka. Haa… Hadap la”. Lalu nenek bangun dan berjalan menuju ke dalam semak. Aku masih bingung. Tiba-tiba badan aku bagai digoncang “Azri, bangun woi dah petang ni. Jom pegi kedai, beli sesuatu untuk makan malam”. Aku buka mata. Lahhh, mimpi rupanya.
Aku bangun sambil menggeliat. “Kau cakap apa tadi? Sorry aku mamai sungguh”. Jali menggelengkan kepala. “Aku nak ajak kau pegi kedai. Kita beli sesuatu untuk makan malam. Kat sini aku tak berani nak ajak keluar makan. Gelap. Macam-macam benda nak kena hadap kalau balik lewat malam. Aku sarankan kita tapau nasik, lepas tu singgah kedai runcit beli maggie ke, jajan ke”. Aku mengangguk. Kepala masih mamai. Dari bangun sampai ke dalam kereta aku masih terfikir pasal mimpi tadi. Kenapa terlalu realiti? Aku tak cerita pada Jali. Aku simpan sorang.
Malam tu lepas makan kami lepak dan tengok movie dalam laptop si Jali. Nasib si Jali ni terfikir nak bawak laptop. Takde lah bosan. Tengah syok layan movie aku terdengar macam suara orang bercakap. Sayup-sayup. Aku buat bodoh sebab bila aku pandang si Jali, dia macam tak dengar apa-apa. Khusyuk tengok movie sambil makan keropok dia. Tapi lama kelamaan suara tu makin kuat seolah-olah di luar rumah. Dan aku baru perasan suara tu suara perempuan meminta air. “Nak aiiiirrr… Nak aaaiiirrr”. Mendayu-dayu. Aku pandang Jali lagi. Masih lagi dengan khusyuk dia menonton movie. “Wei, kau tak dengar ke suara perempuan mintak air?” Soal aku. “Dengar. Tak payah layan la. Tengok je movie ni”. Aikkk? Biar betul Jali ni. Aku pandang Jali dengan penuh tanda tanya. Jali tengok aku. “Kau pergi la tengok siapa yang mintak air. Tapi jangan pengsan la”.
Aku gagahkan diri bangun dan buka tingkap untuk tengok siapa yang datang malam-malam buta minta air? Alangkah terkejutnya aku bila ada seorang perempuan tua bertongkat berjalan mengelilingi rumah sambil mulut tak henti meminta air. Cara jalan bukan macam manusia biasa. Jalan menyenget seperti ketam. Rambut panjang serabai. Bau busuk yang aku tak boleh nak cakap busuknya macam mana. Aku tutup tingkap dan lari duduk sebelah Jali. “Siapa pulak tu bro?” suara aku dah menggeletar. “Esok la aku cerita” jawab Jali sambil matanya masih di laptop. Bayangkan situasi nenek minta air tu sepanjang malam dan berlanjutan hingga azan subuh. Paginya kami awal-awal keluar rumah. Dan berhenti sarapan. Di gerai nasi lemak, Jali ceritakan yang perempuan tua malam tadi tu adalah belaan arwah atok dan nenek. Banyak kali cuba buang tapi masih “balik”. Jadi adik beradik ayah Jali bersepakat untuk biarkan sahaja makhluk itu memandangkan rumah tersebut tiada siapa yang mahu bermalam. Dan mereka juga bersepakat untuk tidak melayan permintaan makhluk tu iaitu secawan kopi o. Jali sendiri pun tak tahu kenapa mesti kopi o. Tapi itulah yang diberikan oleh arwah atok dan nenek dia semasa mereka masih hidup.
Disebabkan itu, tiada siapa yang berani bermalam lama-lama dirumah pusaka tu. Pernah keluarga maksu Jali tidur di rumah pusaka tu lebih dari 1 malam, hari ketiga permintaan ‘nenek’ tu tak dilayan, ‘nenek’ tu gegarkan rumah sampai mereka terpaksa keluar malam tu jugak dan bermalam dirumah Jali. Oh ya, rumah Jali dengan rumah pusaka tak jauh sangat. Dalam setengah jam perjalanan. Jadi persoalan aku, adakah mimpi aku siang semalam adalah nenek tu? Wallahuaklam…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Wow syok do cerita kau 👍👍😀😀
kenapa kau tak tanya Jali mimpi kau
Teringat pula dengan cerita ex office mate. Pembantu rumah dia tak makan dan minum kecuali hanya kopi o shj. Lama lama mereka pelik dan syak something aje…
Rose, cerita lah apa kesudahannya?
Sekali sekala bagi nenek tu minum air ketum. Bagi hyper sikit…