Balik Kerja Tengah Malam

Aku nak cerita kisah seram yang pernah terjadi kat aku. Aku kerja di sebuah klinik yang beroperasi 16 jam, dari 8 pagi sampai 12 tengah malam. Aku bagi nama Klinik R lah yer. Aku kerja sini dah 7 tahun. So, aku faham sangat lah keadaan klinik macamana. Kes-kes mengusik nie, biasalah. Aku tak ambik port sangat, asal dia tak kacau, sudah. Haha!

Suatu malam, ada pesakit datang untuk terima rawatan dan kena tambah air atau dalam medical term is ‘drip’. Dah kena drip, lepas tu lambat pulak air drip dia nak habis. Sampai lah pukul 12 tengah malam, tapi tak habis lagi. Doktor yang incharge pesakit nie pun dah balik. Salah kami shift malam tu jugak, sebab tak bagitahu doktor incharge yang pesakit dia belum habis drip. Tunggu punya tunggu, sampai pukul 1.00 pagi, tak habis drip lagi. Masa tu, tinggal aku dan 3 orang lagi kawan aku. Yang lain, pakat balik dah. Tiba-tiba…

“Dummm” Masing-masing pandang satu sama lain. Bunyi benda jatuh dari tempat farmasi. Tapi, bahagian farmasi dah tiada orang, dah balik. Kami diamkan jer. Sambung balik main phone masing-masing.

Sekali lagi, “gedeganggg!!!” Bunyi troli dressing bergerak. Kami lagi sekali pandang satu sama lain.

“Biar jer. Esok kita tengok, benda apa jatuh!”ujar Kak A, staff paling senior antara kami, separuh berbisik. Bila pesakit dah habis drip, hampir jam 2 pagi, kami pun gerak balik.

Keesokkan paginya, tiada apa yang jatuh dari farmasi pun. Bunyi apa semalam tu? Kak A kata, biasalah. Kita kerja klinik. Hari-hari bermain dengan d***h, sisa badan manusia. ‘Benda’ tu, memang suka lah.

Ada juga sekali tu, Kak A dengar aku main punch card. Aku suka leretkan jari aku kat kad-kad punch card yang bersusun tu. Macam bunyi muzik lah kan. Lepas tu, Kak A tegur lah.

“Aie ke tu?”dia tanya, sebab dia tak nampak aku masuk pun. Masa nie, pukul 7.30 pagi. Shift pagi untuk masuk punch in lah. Tapi, katanya aku tak menyahut pun. So, dia pergi dekat tempat punch card, tiada siapa pun. Bila aku masuk, dia cerita kat aku.

“Tu lah, Aie.. ‘benda’ tu dah meniru hang dah!” Aku sengih jer lah. Apa reaksi aku boleh bagi kan.

Dalam situasi lain pula, pukul 11 malam ++ macam tu, aku dan Mel pergi ke tempat xray, yang selang 3 kedai dari Klinik R. Dulu, xray belum pindah ke klinik, sekarang dah pindah masuk dalam Klinik R. So, malam-malam staff kena pergi off mesin xray dan lock bilik xray. Bilik xray pulak, jauh nun belakang kedai. Bila dah off mesin xray, Mel nampak kelibat orang dalam bilik consultation. Padahal, time tu mana ada orang. Aku nampak muka Mel lain. Aku tanyalah dia, “Kenapa?”. Dia kata, “Jom keluar dulu!”. Bila keluar dari bangunan xray tu, Mel cakap dia nampak ‘something’. Terus kami lari balik klinik, tanpa lock dan set alarm klinik xray. Ajak doktor temankan. Mel cerita kat doktor. Doktor tak percaya, tapi dia tetap teman kami pergi tempat xray.

“Tak ada apa-apa pun!”balas doktor tu. Malas nak komen bila dia cakap macam tu.

Last part, paling aku tak boleh lupa sampai sekarang. Kejadian bilik menyusu. Memang ‘dia’ suka ganggu time klinik nak tutup agaknya. Dalam pukul 11.30 malam macam tu, Que nak tutup lampu bilik menyusu.

“Eh, ada patient lagi kaa dalam bilk breasfeed?” Que tanya.
“Entah, tapi mana ada patient dah dalam klinik” Then, Que pun bangun berjalan ke bilik menyusu. Dia ketuk pintu.
“Ada orang kaa?”soal Que.
“Ya, ada orang!”jawabnya dengan lembut.

Bila dah ada orang, kami yang dekat reception nie diam lah. Sambil-sambil menyembang, dah dekat 11.45 malam, lampu bilik menyusu masih menyala dan tak nampak siapa keluar pun.

“Eh, hangpa tak mau balik lagi kaa?”soal Fatin yang dah habis closing account.
“Ada patient dalam bilik breastfeed”jawab Que.
“Panggillah dia. Kita nak balik dah!”gesa Fatin.

Que bangun sekali lagi, dia tolak pintu, tapi tak boleh terbuka sebab berkunci dari dalam. Giliran doktor pula keluar dari bilik, tanya kenapa. Sekali lagi, Que bagitahu perkara yang sama. Doktor pun menghampiri bilik menyusu dan tolak pintu. Sekali tolak sahaja, pintu dah terbuka. Tapi, tiada siapa di dalam.

Kami yang dekat reception dalam 3-4 orang termasuk Que, terus cuak. Serius wei, tadi ada orang. Masalahnya, tak nampak sesiapa keluar dari situ pun. Padahal, jarak dari reception ke bilik menyusu tu, bukan jauh mana pun. Memang boleh nampak, siapa masuk, siapa keluar.

Itulah pengalaman aku bekerja di Klinik R. Dan sampai sekarang pun masih bekerja di Klinik R. Benda-benda mengusik nie, aku biarkan jer. Asal jangan muncul depan aku dan kacau aku sudah. ‘Kau’ nak buat apa pun, suka hati lah.. Itu prinsip aku.

Ingat, kita kat muka bumi nie, bukan kita jer yang tinggal. Ingat Allah jer! Okee, bye… 😀

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 57 Average: 4.5]
Cik Lupa Nama

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.