Banglo Berpenghuni

assalamualaikum.kisah ni berlaku dalam tahun ni jugak (2016).waktu ni aku dan keluarga sebelah isteri dan lagi tiga keluarga nak hantar rombongan pengantin lelaki.

pengantin lelaki merangkap bapa saudara isteri aku telah menyediakan sebuah banglo untuk kami bermalam.rumah tu memang besar.ada tiga empat tingkat termasuk parking bawah rumah.bilik tingkat tiga tak boleh naik sebab dikunci.

kereta yang aku naik sampai lambat sikit dari ahli keluarga yg lain.tapi waktu tu siang lagi la(sehari sebelum majlis).bila sampai meriah la suasana dalam rumah tu.lepas maghrib kami semua keluar berjalan-jalan sekitar bandaraya.

lepas penat berjalan kami semua balik ke banglo tu.lepas makan apa semua masing-masing masuk bilik.ada yang tido dekat ruang tamu.dalam bilik aku ada dua katil saiz queen.ada bilik air sekali.katil yang pertama mak mertua dan adik ipar aku yang tido.katil kedua adik ipar aku dan suami dan anak kecik dia guna.aku dan isteri tido kat lantai dengan makcik dan anak perempuan dia.

sebelum tido kami berbual la.macam-macam la benda berborak.tengah-tengah seronok berbual aku pun mengusik la semua yang ada dalam bilik.cakap pasal sister ngesot la,pocong la,toyol la.saje masing-masing nak menyakat.malam tu luar rumah memang berangin kuat.

bila dah lewat malam masing-masing dah tido.bilik sunyi sepi je.aku pun dah terlelap.bila dh sedap tdo isteri aku cuit bahu mintak aku tunggu dia tido dulu.aku pun iyekan jela.pastu aku terlelap lagi.isteri aku cuit aku lagi pastu aku terjaga lagi.aku nampak pintu bilik terbukak.(selak pintu memang rosak)pastu tertutup balik.aku relaks je lg pastu pintu terbukak lagi.isteri aku suruh aku terus bangun tutup pintu semula.sebelum tu aku jengah dulu kot2 la ada yang sengaja nak main-main tapi tak ada sape-sape pun.aku terpikir jugak rumah ni tingkap pintu semua tutup pakai ekon je.datang mane pulak angin tolak pintu?

aku diamkan je.aku cakap kat isteri angin je tu sebab tak nak bagi dia takut.lepas tu anak saudara aku pulak menangis teresak-esak.bwak pegi keluar bilik dia senyap boleh tido.masuk bilik menangis balik.aku teruskan tido jela sebab badan pn letih.tengah tido isteri aku kejut aku lagi.sampai la ke subuh.

lepas hantar pengantin selesai semua aku tanya la isteri aku knpe semalam kejut aku kerap sangat.dia pun cerita la.mase baring tu ada benda dok cuit-cuit bahu dia la.macam belai die la.bila ak terlelap je benda tu mula usik dia.patut la kejap-kejap kejut aku mintak teman.masa aku tido dia tengok lampu bilik air dalam bilik tu boleh pulak on off.mujur aku tak sedar masa tu.mertua aku pun ada bagitahu mase bawak keluar anak saudara aku keluar dari bilik time dok nangis ada dengar bunyi-bunyi yang agak menyeramkan.sebab tu tak duduk lama kat luar bilik.seperti ada yang memerhati dari tingkap.sekian

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *