Aku ada seorang kawan nama Latif. Dia ni suka dengan benda yang berkaitan dengan hantu atau paranormal. Sampaikan diri dia jadi terlalu obses dengan paranormal. Aku ni duduk menyewa satu rumah dengan Latif. Suatu hari tu aku ada nampak dia bawa balik satu papan ni. Aku ingatkan maybe chessboard atau permainan papan lain ke, tapi sebenarnya papan tu adalah papan yang agak seram juga. Aku tak sangka obsesnya Latif ni dengan paranormal sampai sanggup beli Ouija Board.
Suatu hari, dia ajak aku dan kawan-kawan serumah pergi ke satu tempat ni kat kawasan Hulu Selangor. Dia kata dia ada jumpa kat internet mengenai rumah banglo lama kat tengah-tengah kebun kelapa sawit. Kawan-kawan serumah aku yang lain pun boleh tahan juga kepala otak masing-masing. Dia orang minat juga paranormal ni tapi tak obses macam Latif. Aku pada mulanya menolak ajakan Latif. Tapi, bilamana satu rumah setuju nak pergi, aku pun terpaksalah akur dengan keputusan dia orang. Lagi pun dia orang kata cuma pergi nak tangkap gambar dan tinggal kat situ untuk 1 malam je. Jadi, aku pun berfikir. Ya tak ya juga, apa salahnya kan? Aku pun tak pernah lalui benda-benda macam ni.
Jadi, pada hari yang dinantikan, kami semua pun bertolaklah dari Cheras menuju ke Hulu Selangor. Latif gembira sebab kami semua setuju untuk temankan dia buat aktiviti paranormal yang pertama kali dalam hidup dia. Ketika kami tiba ke lokasi, waktu sudah pun petang. Jadi kami tak buang masa, kami segera mengeluarkan perkakasan untuk kami bermalam di rumah banglo itu.
Ketika aku melangkah keluar dari kereta, aku terpaku sebentar apabila melihat rekabentuk rumah banglo lama itu. Saling tak tumpah seperti rumah banglo yang ada di negara barat. Yang hairannya, kawasan rumah tersebut bersih. Tiada rumput atau daun kering. Aku sedikit aneh apabila melihat keadaan rumah itu. Rumah tersebut berpenghuni ke? Ada penjaganya ke? Tapi jika dilihat dari pintu pagar utama, ianya sudah lama roboh dan berkarat. Mengikut informasi yang Latif berikan, rumah tersebut sudah berada disitu lebih dari 50 tahun. Dan tiada sesiapa pun yang tahu siapa pemilik asal rumah tersebut.
Kami membawa masuk segala perkakas kami masuk ke dalam rumah. Lagi sekali kami semua tergamam kerana di dalam rumah banglo itu keadaannya sangat kemas dan cantik. Walaupun sedikit berhabuk dan ada sawang labah-labah. Hati aku terdetik ketika itu. Benarkah rumah itu tiada orang duduk? Aku bertanyakan pada Latif soalan yang sama dan jawapan Latif tetap yang sama, Latif siap bagi aku baca artikel mengenai rumah itu.
Dari lama web yang aku baca tu ada mengatakan bahawa pemilik asal rumah tersebut merupakan orang British, dan sudah lama meninggal dunia. Dan kawasan kebun itu semuanya adalah milik syarikat plantation yang terkenal. Dan apa yang kami sedang lakukan ketika itu adalah pencerobohan. Aku ada terbaca juga bahawa sudah ramai yang keluar masuk dalam rumah tu. Rupa-rupanya rumah banglo tu selalu menjadi pilihan untuk mereka yang suka ‘photoshoot’. Jadi tidak hairanlah jika kawasannya agak bersih dan kemas. Mungkin sebelum kami tiba, ada orang lain singgah ke? Siapa tahu kan? Untuk menyedapkan hati, aku beranggapan begitu saja.
Pada pukul 10 malam, kami semua sedang duduk di bahagian ruang besar, berkemungkinan ruang tamu rumah itu. Latif mengeluarkan Ouija Board yang dibelinya tempoh hari. Saat aku melihat papan tersebut, hati aku terus jadi tidak tenang. Apa gila si Latif ni? Kawan-kawan aku yang lain pula boleh melonjak keseronokan bila Latif kata malam tu kami akan main papan tersebut. Aku membantah kerana perkara tersebut syirik. Dan satu hal lagi, macam mana kalau betul-betul ada benda yang tak elok datang? Sudahlah kami masing-masing tidak tahu menahu mengenai ilmu perubatan islam.
Aku duduk di satu sudut memerhatikan saja mereka bermain papan Ouija tersebut. Entah kenapa, hati aku betul-betul jadi tidak tenang malam itu. Adakah sebab aku terlalu takut? Sedang aku berfikir seorang diri, salah seorang dari kawan aku menjerit. Dia dakwa dia ternampak kelibat melintas belakang Latif. Aku dah mula rasa cuak. Alamak, macam mana nak buat kalau betul-betul benda tak elok datang? Aku pun nampak perubahan pada diri dia orang, masing-masing tengah menggelabah.
Aku masih tak bergerak dari tempat aku duduk tadi. Aku masih memerhati kawasan sekeliling. Tidak jauh dari tempat aku duduk, ada tangga menuju ke tingkat dua. Di atas tangga tersebut aku ternampak ada kelibat seorang perempuan lingkungan usia 30an sedang memerhatikan kawan-kawan aku. Aku telan air liur sendiri, perasaan gemuruh tiba-tiba datang. Apa aku nak buat? Mengikutkan pengalaman aku, itu adalah kali pertama aku nampak kemunculan kelibat. Sebelum ni setakat rasa dan dengar bunyi je.
Kawan-kawan aku semua sudah berhenti bermain dengan papan syirik tersebut. Wajah masing-masing pucat. Aku tanyalah dia orang, apa yang korang rasa masa main tadi? Latif jawab, rasa cuak sikit je. Dan, aku tanyakan lagi soalan, betul ke benda segi tiga tu bergerak sendiri. Tapi dia orang langsung tak jawab pertanyaan aku. Masing-masing membisukan diri dan pandang ke bawah. Aku nampak dari riak wajah dia orang yang dia orang ketakutan. Aku pun mengeluarkan cadangan untuk semua balik ke rumah saja dan batalkan niat untuk bermalam di situ.
Bagaikan tidak percaya bahawa dia orang setuju dengan aku. Jadi, kami pun segera mengemas barang-barang kami dan ingin menuju ke kereta. Namun nasib kurang baik kerana kami tidak jumpa jalan keluar. Sepatutnya jika kami belok ke kiri dari ruang besar tadi, kami akan jumpa terus pintu keluar. Namun, pintu itu tiada. Apa yang ada disitu hanyalah dinding dan sebingkai gambar besar. Gambar tersebut merupakan sebuah lukisan potret seorang lelaki berusia lingkungan 40an. Entah kenapa, kami semua berdiri kaku kat depan gambar tersebut. Bagaikan terpukau. Lama juga kami berdiri di situ.
Kemudian, semua yang berada di situ melihat dengan biji mata sendiri yang di mana lukisan di dalam gambar itu menggerakkan biji matanya dan merenung ke arah kami. Tak perlu cakap banyak, masing-masing melarikan diri. Tak cukup tanah dibuatnya. Dan, akhirnya kami terpisah. Aku dengan Latif berlari menuju ke satu ruang bilik kosong. Dalam bilik tersebut penuh dengan perabot yang sudah lapuk. Aku cuba memecahkan tingkap, namun tidak berjaya. Tidak aku sangka bahawa cermin tingkap itu begitu keras sekali.
Latif tiba-tiba menarik baju aku. Aku berpaling ke dia dan mendapati bahawa muka Latif begitu pucat sekali. Dia memberitahu bahawa dia nampak ada kelibat seorang budak kecil berdiri di pintu bilik itu memerhatikan kami berdua kemudian berlalu pergi. Sungguh kami ketakutan waktu itu, tak tahu nak buat apa. Dan, aku terdengar kawan-kawan aku yang lain menjerit memanggil nama kita orang semua. Tapi aku tak tahu suara tu dari arah mana kerana aku dengar ianya bergema. Seperti datang dari semua arah.
Aku dan Latif dan menggigil kat situ. Berpelukan. Mee segera yang aku makan waktu makan malam tadi seperti ingin keluar dan turut cabut lari. Belum campur dengan perasan nak terkencing dan tercirit. Latif berbisik ke telinga aku, “Aku tercirit”. Dan aku hanya mampu jawab, “Aku pun bakal-bakal ni..”.
Dalam kekalutan yang sedang berlaku itu, aku nampak cahaya lampu suluh datang dari arah pintu. Nama aku dan Latif di seru. Bila aku tengok betul-betul. Rupa-rupanya kawan-kawan aku yang lain berdiri di situ. Kami pun berkumpul semula. Perasaan ketika itu seperti sudah 50 tahun tak berjumpa dan kamu reunite balik setelah sekian lama terpisah. Malangnya, kawan aku bernama Shahril mengalami kecederaan pada kaki. Dia berlari ke tingkat atas tadi dan terlihat ada kelibat yang mengerikan berdiri dihujung tangga. Akibat dari itu, Shahril tersungkur dan terjatuh tergolek di tangga itu. Kakinya mungkin terseliuh.
Fendi, salah seorang dari kawan kami kata dia berlari menuju ke kawasan belakang rumah dan terjumpa pintu keluar. Kami semua tak banyak bicara, terus menuju ke lokasi. Memang benar ada pintu keluar dari situ. Tidak perlu berbincang, kami terus berlari keluar kecuali Shahril sebab kaki dia sakit, jadi dia kena lari-lari anak je.
Aku melilau melihat sekeliling. Aku dapat rasakan bahawa kami berada di bahagian belakang rumah. Dipendekkan cerita, kami pusing keliling rumah untuk cari jalan pergi ke bahagian depan rumah di mana kereta kami berada. Setelah kami berjaya menemui jalan pulang ke kereta. Entah kenapa aku pergi toleh ke belakang dan melihat ke kawasan pintu masuk rumah. Aku ingin memastikan bahawa pintu itu benar-benar ada di situ.
Namun, apa yang aku lihat selepas itu merupakan perkara yang membuatkan aku tidak akan lagi melakukan aktiviti paranormal seumur hidup. Apabila aku toleh ke belakang, aku mendapati rumah banglo tersebut tidak ada. Apa yang ada di situ adalah tanah kubur lama yang sudah dipenuhi dengan lalang.
“Guys”
Aku panggil kawan-kawan aku. Dia orang semua memberikan reaksi yang sama seperti aku juga. Terkejut ada. Takut pun ada.
Kami segera masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi dari kawasan situ. Semua menggigil ketika di dalam kereta. Tidak ada yang berani berkata-kata. Aku pun tak berani nak menjenguk ke luar tingkap. Risau ada benda buat ‘jump-scare’ pula nanti.
Apabila kami dah masuk ke kawasan KL, barulah masing-masing berani membuka mulut. Kami ingin lepak di mamak dahulu sebelum pulang ke rumah namun Latif membantah. Dia ingin terus pulang ke rumah. Waktu itu baru aku teringat bahawa Latif ada memberitahu bahawa dia tercirit dalam seluar sebab ketakutan. Jadi, aku faham perasaan dia. Aku pun cuba-cuba untuk memeriksa seluar dalam aku. Kot-kot aku pun tercirit. Selamat tidak, kalau tak, malu aku.
Esok harinya, kami berkumpul diruang tamu rumah kami untuk memikirkan mengenai kawasan yang kami pergi semalam. Semua mengajukan soalan yang sama pada Latif, betul ke wujud rumah banglo tu kat sana? Latif bermatian kata rumah tu wujud. Dan bila dia buka laman web yang dia jumpa tu, lama web tu sudah tidak wujud. Masing-masing terdiam. Kemudian Latif menaip alamat kawasan tu di Waze, kerana kami menggunakan aplikasi tersebut untuk pergi ke sana. Tapi waze tidak dapat memberikan jawapan yang tepat dan puas hati.
“Papan bodoh tu kau tinggal ke bawa balik?”
Soal Fendi, dan kami semua menunggu jawapan dari Latif dengan wajah yang serius. Latif bangkit dari tempat duduknya dan memberitahu bahawa papan tersebut ada di dalam beg dia. Kami semua ikut Latif menuju ke bilik tidurnya untuk melihat papan Ouija itu. Latif membuka zip begnya itu perlahan-lahan, aku dapat dengar bunyi muzik suspen di dalam kepala otak aku ketika itu. Dan Latif perlahan-lahan membawa keluar papan Ouija tersebut.
“Buang”
Kawan aku memotong scene seram kami dengan mengarahkan Latif untuk membuang papan itu dengan segera tanpa banyak budi bicara. Latif akur dan dia terus menuju ke luar rumah dan membuang papan itu ke dalam tong sampah rumah jiran kami yang jaraknya 4 buah rumah. Dan owner rumah itu adalah orang cina. Kami memerhatikan saja gerak geri Latif. Dah kenapa dia buang jauh sangat papan tu.
Ketika Latif masuk ke kawasan pagar rumah, dia tiba-tiba ketakutan melihat kami semua dan terus melarikan diri. Kami jadi hairan. Apa masalah budak tu?
“Ada something kat belakang?”
Aku telan air liur sendiri selepas mendengar soalan dari mulut Fendi itu. Ada makhluk lain ke berdiri kat belakang kami? Mungkin sebab tu Latif lari? Dengan anak mata aku, aku nampak Fendi perlahan-lahan menoleh ke belakang. Aku tak berani langsung nak menoleh, dan aku dalam keadaan bersedia untuk melarikan diri jika benar ada entiti dibelakang kami. Tiba-tiba Fendi menjerit macam histeria. Aku pun tak fikir banyak, terus buka langkah seribu meninggalkan rumah tersebut. Aku dah tak peduli pasal sesiapa lagi, yang penting aku tak jumpa benda-benda tak elok tu.
-Tamat-
First ! Btw crita ni best 👍👍
ape jadi pada fendi, latif? benda ape yg mengacau korg?
Itu la kot 2% penambah perisa.
tercirit tu xtahan tu…latif3x..ketegaq nie..
alaaa part last tergantong lak..cerita dah seram dah..
ni port crett la..ramai dah org bwk awek crett kt sini..
😂😂
Korang..
Ada kawan offer utk tinggal kat rmh dia for free. Cuma byr api air cukai pintu je katanya.
Memang mcm best offer tu.. tapi, rumah tu tak pernah sesiapa tinggal pun sejak 22tahun siap.
Owner duduk seberang tambak..jd rmh tu ala2 rmh hinggap utk solat n tido semalam je mcm tu.
Condition rmh, location all ok je.
Yg aku takut kut penghuni ghaib yg dah menetap kat situ sejak 22tahun dulu tu.
Ke aku overthinking?
Dah le tu.. baca cerita kat sini tambah le takut.
kt mane baglo kawan ko tu…
Rumah kalau sewa murah pon aku dah doubt apetah lagi kalau free. Ke dia nak beramal?
Lokasi kat Johor.
Owner tak pernah tinggal, dia concern bab maintenance rumah tu. Asalkan org duduk dan jaga elok je dari dimakan usia. Orgnya mmg suka beramal.
Rumah tu ok je.. dah pernah pergi. Cuma tu lah. Aku bukannya ada kebolehan pun nak tahu tempat tu ok ke tak.
kalau risau, try la panggil ustaz ke imam ke org2 alim tlg tgk2 kan dulu. kalau mcm takde masalah and decide nak duduk situ, azan setiap bilik dulu sebelum pindah masuk. lepas tu buat bacaan yasin dgn doa selamat, solat hajat, mintak Allah lindung. insyaAllah takde apa.
lokasi mne tu..
Thorrbaikk
Nak lagi cerita real cemni
seram cerita ni…tp last cam tergantung…ape2 pon best
Best cerita kau ni. Tapi tula takde closure. Ke kena tunggu sequel? Tapi dah tulis tamat pulak tu.
xblh ke mengkome ni bio je cerite tu as is? tegantung la, tggu sambung la. dh itu mmg cerite die. apeke he nye nk sambung bagai. xde imiginasi bak kate omputih
Seram dan menarik…tp trgantunglah..sambung lg apa endingnya..lpas kwn lari nmpk korg kat umah..lpas tu apa jadik lpas kwn korg jerit n.n.n.n..sambunggggg
Tak dpt byg kan bila mana korg mmg ada didlm banglo..tetiba jek kluar dari banglo dah tukar jadik tanah perkuburan…mmg mimpi dlm nyata lah.. tak boleh dilupakan smpai m**i..
Terbaik..
lainkali letak la intro pengalaman sendiri atau fiksyen. senang aku skip awal2.
Ada 2 part lawak dlm cerita ni.
1- tercirit
2-buang papan kt tong sampah jiran. Yg ni xboleh blah takut hantu ikut le tu.
Nakal budak2 ni..hahaha
Oh..jokescop bt comeback d sini?
btl ke cte ni
Kisah benar ke rekaan?
serius korang mmg gile beb
Latif berbisik ke telinga aku, “Aku tercirit”.
aku tak tahu la reaksi muka si Latif ni macam mana time dia berbisik tu.. tapi aku boleh bayang mesti kelakor gila tambah pulak situasi mcm tu..hahaha
Yg paling kelako yg last tu… Dgr je si fendi jerit, penulis boleh terus lari. Haha… Mmg kelako… Abs tu korg duduk lg ke kt uma tu? Cuba citer sampai abis…
this is interesting tho bit funny yet scary at the same time.
bagus & terus lerr sambung ye!
JokesCop ni bukan from forum cari kaa? huhu. rindu nak baca tulisan dia XD
Kaki dvd ni…