Barang Disorokkan Oleh ‘Sesuatu’, Dia Mencuba Ikhtiar Tersebut.

Barang Yang Disorok Iblis

Assalamuaikum. Aku nak kongsi sikit kisah seram yang aku sendiri lalui baru 3 hari lepas. Kisah dia macam ni. Aku ni pomen kereta, ada bengkel sendiri dekat sebuah kampung di daerah kuala selangor. Nak dijadikan cerita kawan aku ni baru je terlibat dengan satu kemalangan kereta pada 14.4.2017, dia terbabas terlanggar divider jalan sebab nak mengelak lembu. Duit gaji dia dah habis dia laburkan buat beli jam jenama orient RM1XXX. Jadi disebabkan dia kesempitan wang nak repair kereta dia, dia cagar jam dia dekat aku. Dia cakap dia nak pinjam RM800 untuk baiki kereta dia yang rosak tu. Pssttt (walaupun aku pomen tapi aku tak buat ketuk cat) so dia hantar kat bengkel cat lah kereta dia..

Aku pun mula2 ragu2 jugak nak bagi dia pinjam duit kan, tapi dia pancing aku dengan jam dia tu dia cakap harge market skrg RM1600 (aku tak reti tengok harge2 jam ni), so aku pun tanpa rasa menyesal bagi jelah duit dekat dia dan aku amik jam orient yang harga nya RM1600 tu. So dia janji nak bayar balik masa dia gaji bulan depan (Mei) 7haribulan. Aku pun okay lah. So malam tu baru aku belek2 jam dia ni, masa dia bagi siang tadi aku tak tengok pulak jam dia ni hidup ke mati. Masa aku belek2 malam tu aku tengok jam dia ni tak bergerak (mungkin rosak kot) aku pun wasap dia cakap jam dia ni rosak. Dia cakap jam tu tak rosak masa kat tangan dia. Ahhh sudah aku baru je belek2 kengkonon nak pakai lah jam tu. Dia cakap takpe nanti free dia balik dia amik jam tu dia nak anta repair.

Lepas je aku belek2 jam dia tu aku pun simpanlah jam tu kat dalam laci kat dalam ofis bengkel. Masa pun berlalu sampai lah 7 (Mei). Aku pun kelam kabut cari jam tu aku letak kat mana sebab dah lupa aku letak kat mana jam tu. Aku buka laci tengok jam tu masih ada. Untuk pengetahuan sebenarnya ramai geng2 aku lepak kat kat bengkel, takut juga kan kot2 ada yang panjang tangan. So aku pun wasap lah dia jadi tak nak ambil balik jam ni? Dia cakap dia belum gaji, gaji dia delay yelah dia ni kerja2 kampung je ngeracun kebun kat daerah kajang. Takpalah aku cakap nanti dah gaji bagi tahu lah. Tup2 dah 13 (Mei) malam tu dia datang bengkel cakap nak ambil jam. Masa ni aku tengah buat kerja sikit so aku suh lah dia tunggu kejap. Siap je kerja aku, aku pub masuklah ke dalam ofis nak ambil jam dia tu kat dalam laci. Buka2 je laci tengok jam tu takde. Aku pun gelabah lah cari2 1 ofis tu aku geledah takut2 aku tersalah letak masa aku tengok 7 haribulan lepas.

Takda gak jumpa jam tu. Aku cari kat dalam rumah pun takde (rumah mak aku kat sebelah bengkel aku je tak sampai 2 meter pun jarak bengkel dengan rumah mak aku ni). Abis tempat tidur semua tunggang terbalik aku kerja kan cari jam tu tak jumpa2 juga. Aku bagi tahu dia bagi aku sehari lagi nak cari jam tu takut2 salah letak. Tapi seingat aku memang dekat dalam laci tu je aku letak jam tu. Takde orang lain yang tahu aku letak kat dalam laci jam tu. Aku pun malas lah nak menuduh sapa2 sebab memang ramai orang yang keluar masuk kat dalam bengkel aku ni. Tapi aku ikhtiar lah juga, aku forward gamba2 jam tu dekat kawan2 aku kot2 ada yang terambil. Semua cakap tak penah nampak jam tu, yelah memang aku takde tunjuk kat sapa2 pun jam tu.

Aku ceritakan pasal jam aku hilang ni dekat kawan aku ni, dia syorkan suruh aku pergi jumpa orang kampung sebelah untuk telek jam ni, sama ada orang ambil atau pun memang betul aku salah letak. Aku memula malas nak percaya benda2 ni, yelah betul ke ada manusia yang betul2 boleh telek ni kan. Tapi itu je last ikhtiar yang aku ada. Aku pun setuju dengan dia aku cakap lepas maghrib kita pegi 14 (Mei). Untuk pengetahuan, member aku ni askar, kem dekat selatan tanah air. Dia cakap dulu dia pernah hilang duit dalam bilik banyak juga nilainya, so dia call mak dia bagi tahu kes ni. Mak dia yg pergi jumpa dengan orang kampung sebelah ni untuk telekkan siapa yg ambil duit dia. Lepas selesai urusan, mak dia call dia, bagi tahu yang ambil duit dia orang utara kurus tinggi hitam. Tambah mak dia dalam bilik dia ada 2 orang, orang utara seorang gemok seorang kurus. Dia pun hairan macam mana tukang telek tu boleh tahu tentang ahli dorm dia. Orang tu nasihatkan supaya lepas ni lebih berhati-hati dengan orang utara ni.

So lepas maghrib aku pun pergi bertiga dengan 2 orang kawan aku ni ke rumah tukang telek ni. Sampai je dekat depan rumah dia, aku dah rasa lain macam. Bagi salam jenguk kat dalam rumah tengok yang tukang telek ni baru je selesai mengurut org lepas bersalin (rupa2 nya dia ni mak bidan). Kitorang belum masuk lagi dalam rumah dia, dia keluar tanya apa hajatnya datang ke mari? Aku tak berani nak cakap memula, aku pun suh la membe aku si askar ni yg terangkan dulu, yelah betul ke dia ni boleh telekkan barang yang hilang. Membe aku ni pun tanya, “boleh tolong tengokkan tak barang yang hilang?”. Dia tanya, “barang apa?”. “Jam”, balas kawan aku. Dia balas, “kalau dah hilang maknanya bukan rezeki kita lah, halalkan jelah”. Member aku ni pun cakap, “jamnya ni mahal cik harganya ribuan ringgit”. Mak bidan ni cakap, “kalau dah salah kau cuai maknanya bukan rezeki kaulah jam tu”. Kawan aku ni tambah lagi, “masalahnya jam ni jam orang cagar cik”. Barulah dia jemput kitorang masuk ke dalam rumahnya.

Askar ni ada pesan dekat aku, yang mak bidan ni dia boleh tahu 1 hari tu kau buat apa, kalau ada benda tak senonoh yang kau buat haritu, kalau mak bidan ni tanya betul ke kau ada buat benda ni? Kau ye kan jelah jangahlah kau menipu. Aku pun memula tak percaya betul ke dia ni. Okay sambung balik, lepas je kitorang masuk dalam rumah mak bidan ni dia suruh tunggu sekejap. Ada lah dalam 5minit dia masuk kat dalam 1 ruang bilik (macam kelambu besar) mungkin bilik urut kot. Dia keluar dari bilik tu terus dia tanya harini berapa haribulan?

Aku : ni hari 14haribulan
Mak bidan : harini 17 shaban, jam tu sebenarnye ada tak hilang, sekarang jam tu disorok iblis. Memang kalau ko cari jam ni tinggi ko akan jumpa.

Meremang 1 badan aku bila dia cakap macam tu.. dalam hati aku cakap iya ke disorok jin (susah nak percaya)

Aku : maknanya jam tu takda siapa2 curi lah cik?
Mak bidan : takde, jam tu ko salah letak.

Terus aku ceritakan dari A sampai Z pasal jam tu dicagar dekat aku. Jam tu aku cek 7 haribulan masih ada lagi dalam laci. Maknanya jam tu hilang dalam tempoh 1 minggu je.

Mak bidan : sekarang ni, masa 7 haribulan tu kau tengah belek2 jam tu, masa ni kau geram, yelah kau kan malam tu baru rugi dekat RM500 lepas tu kau belek2 jam tu budak tu tak jadi nak amik masa 7 haribulan ni. Jadi kau rasa geram, duit dah habis, jam pulak tak jadi nak amik. Lepas tu ada orang datang bengkel, kau kelam kabut letak jam tu dekat tempat lain. Bukan dekat dalam laci tu.

Ya memang baru aku ingat aku tak letak balik jam tu kat dalam laci sebab aku ingat jam tu aku amik aku belek2 jam tu tapi lupa letak dekat mana. Tapi yang hairan macam mana dia boleh tahu malam tu aku rugi dekat 500 sebab kena scammer dengan seller lahanat. (Malas nak citer kes yg ni nanti jadi panjang sangat cerita aku ni, hehhehe)

Aku : ya Allah, yalah saya ada belek2 jam tu lepas tu memang ada orang datang bengkel.
Mak bidan : haa kan. Sekarang ni jam nye memang tinggi (kemungkinan) kau akan jumpa. Memang disorok iblis jam ni. Nanti kau balik rumah kau bacakan yasin dekat air jarang (air masak) lepas tu kau panaskan airnya guna api dapur tapi apinya yang paling kecik. Nanti airnya tu kau renjis2 kan dekat tempat yang kau nak cari tu dengan tempat last yang kau ingat dekat mana jam tu kau letak. Sambil mulut tu kau istighfar banyak2 mengucap banyak2 alfatihah banyak2.
Aku : tapi cik memang betul ke boleh jumpa balik jam tu? Memang takda orang yang amik ke jam tu?
Mak bidan : ye memang takda orang yang ambil jam tu. Kalau ikut kan 17shaban ni jam tu memang disorok. Ko tadi dah cari2 jugak kan tak jumpa? Sekarng ni jam tu sebenarnya kau dah nampak tapi disorokkan. Selak2 je kau dah boleh jumpa jam tu. Sekejap ye.

Masa ni dia masuk dapur rumah pulak amik air katanya. Tapi yang heran dia ni telek ikut kalender ke macam mana? Hahaha. Mungkin itu kaedah yang dia gunakan. Wallahualam.

Mak bidan : nah kau amik air ni balik kau renjis2 kan dekat tempat last jam tu dengan kat tenpat2 yang kau nak cari nanti. Balik ni kau cari sungguh2 sampai berpeluh2 badan sambil mulut istighfar banyak2. InsyaaAllah kau akan jumpa. Tapi kau jangan percaya dekat acik, semua ni atas kehendak Allah SWT kalau ditakdirkan ada rezeki ko, ada lah, jumpa lah jam tu. Kalau kau percaya dekat acik syirik nanti, kalau kau mati nanti dalam keadaan kafir. Ingat tu ni semua kau kena berserah dekat Allah SWT. Acik Cuma tolong kau aje ni.
Aku : baiklah cik, balik ni saya try cari macam yang acik suruh tu.

Lepas dah settle sume aku macam tak puas hati lagi. Hati ni macam takleh nak digest lagi apa yang dia cakap tadi, disorok iblis. Last skali time nak balik dia tanya aku. Ada perasan apa2 tak dekat bengkel? Macam ada budak2 kecik main2 dekat situ? Aku pun pelik, budak kecik? Budak2 skolah ada lah anak2 buah aku. Aku tanya dia budak kecik maksudnya apa? Dia jawab alah budak2 kecik besar2 budak sekolah rendah, kata dia. Aku dah start fikir toyol je dalam kepala otak aku. Aku tanya apesal dia nak jam pulak cik? Jawap dia, yelah kau tak belikan dia jam, tu dia main jam ko tu. Sambil dia senyum sinis. Ahh sudah aku cakap. Last dia pesan lepas ni hati2. Settle je urusan aku letak “pengerasnya” bawah botol atas meja.

Sampai je bengkel aku terus renjis2kan air yang dia bagi tadi, member aku pun tolong carikan skali dalam bengkel. Aku cari dalam rumah dengan mak abah aku. Dari pukul 9 aku cari sampai pkul 11, aku keluar pegi bengkel aku cakap kat kawan aku, “ko lepak dulu lah rumah lepat kang kalau aku dah penat cari aku datang sana lepak”. Aku masuk balik ke dalam rumah cari lagi sampai betul2 aku berpeluh-peluh, tangan duk renjis2 air yang dia bagi tadi. Mulut terkumat kamit istighfar. Tempat tidur ruang tamu, dapur bawah katil, semua tempat aku dah cari tak jumpa2 jugak. Aku dah fedup cari. Aku dah start fikir semua ni macam nonsense je. Aku pasrahlah takpa aku ganti jelah jam tu carikan jam baru pulangkan dekat owner aku amik duit aku 800. Mungkin bukan rezeki aku.

Jam dah pukul 12.30 malam last lah ikhtiar aku, aku sapu air yg dia bagi tu dekat muka aku. Ntah2 mata aku agaknya yang tak nampak. Niat nak kluar lepak jap kat rumah lepat. Aku pun keluar dari rumah, terus pegi kat pintu bengkel nak tutup lampu bengkel nak kunci pintu bengkel. Sampai je depan pintu bengkel, ada kerusi depan pintu. Aku alih lah kerusi tu ketepi sebab aku nak bukak pintu nak matikan lampu kipas sume. Selesai je matikan lampu kipas kunci pintu, aku pusing je ke belakang aku tengok jam tu elok je terletak atas kerusi tu. Meremang abis satu badan aku, jantung pun degup laju gila. Mujur aku tak pengsan je masa tu. Ya Allah alhamdulillah syukur jumpa jugak gak akhirnya.
Macam mana jam tu boleh ada atas kerusi tu? Aku alih kerusi tu tadi takda apa2 atas kerusi tu. Aku masuk dalam ofis tu pun tak sampai 2 minit tak sampai 1minit. Macam mana boleh tiba2 ada atas kerusi tu? Masa tu baru lah teringat pasal iblis jin toyol semua.

ALLAH….. MEMANG WUJUD. NILAH YANG DINAMAKAN KEAJAIBAN. MEMANG BETUL JAM TU DISOROK IBLIS. KALAU ADA ORANG YANG LETAK JAM TU KAT ATAS KERUSI MASA AKU MASUK DALAM OPIS TU MESTI LAH AKU PERASAN. AKU TAK BOLEH NAK BAYANGKAN KALAU MASA AKU PUSING KE BELAKANG BENDA TU TENGAH NAK LETAK JAM TU, MAU DEMAM SEMINGGU AKU DIBUATNYA. HAHAHA. MALAM TU JUGAK AKU PULANGKAN JAM TU DEKAT KAWAN AKU. SO KORANG KALAU ADA BARANG YANG HILANG MUNGKIN SALAH LETAK TU CUBA JE CARI SUNGGUH2 MASA CARI TU ISTIGHFAR BANYAK2. SUNGGUH2 CARI SET KAN DALAM KEPALA OTAK YANG KAU MEMANG BETUL2 NAK KAN BENDA YANG KORANG CARI.. SEKIAN SAJA TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.. MAAF KALAU BANYAK TYPO BANYAK AYAT YANG BERTERABUR..

Abe

Leave a Reply

20 Comments on "Barang Disorokkan Oleh ‘Sesuatu’, Dia Mencuba Ikhtiar Tersebut."

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Miss Terry

mcm kt mersing je cite ni berlaku…

Abang pomen

Kat kuala selangor ni

Miss Terry

hehe salah teka pulak adeh..

Yani

Hehe first time sy komen kat sini. Sy pun ada hilang jam masa pergi ke Thailand thn lepas kikiki boleh tak cari lg?
Sy ada juga baca yang ada ayat2/doa yang kita boleh baca untuk cari balik barang2 yg dh hilang tp x pernah cuba pun lagi. Wallahualam…

uknown

Hai first time saya comment kt sni, btw sye ade hilang phone (iphone) dekat houseboat area mne sye terpaksa rahsiakan, dijadikan cerita sye letak fon kt benteng ye la hbis selfie sakan ngn sedara mara time tu battery dah nak abis, alangkah nye sye terlupa nk charge hmm redho je la bile nk cari balik nk charge tk jumpe hah sudah jadi cuak doh cari punya cari tk jumpe seingat sye last sye letak ats kotak berdekatan dgn area plug, btw sye stay kt houseboat 2days1night soo phone sye hilang wktu siang bayangkan malam sye ngn family cari bersungguh-sungguh ape semua akhirnya tk jumpa, bila bce kesah ni teringat kt phone, adakah phone sye hilang sme mcm situation di ats, btw sye mls nk panjang2kan hmm oh yes lupa nk gitau time naik houseboat family dpt project hntr makanan kt orang asli, korng leh bygkn tempat dia mcm mne kan dengan tasik and hutan ape semua sooo conclusian is bukan rezeki sye nk jumpe balik phone kesayangan sye tu huhuhu :’) sorry la panjang sgt story sye ni :)))

ainieee

best

Yusz

Syukur…best

ppslayer

uishh lupa tekan caps lock ka

King of Kong

Pernah jd kat diri sendiri, Kunci kereta hilang. Duk cari merata tak jumpa.. siap tanya anak yg kecik tak pandai bercakap tu guna bahasa isyarat. Putus asa rasanya.. last sekali buka Google dan cari doa utk brg hilang.. alhamdullah, rupanya kunci tu terjatub di celahan cabinet kasut which is agak pelik lah. Husnuzon, pikir anak kecil yg main2 dan landing celah tu. Ada few times brg hilang mmg amalkan baca tawakkal dan doa brg hilang tu. Alhamdulillah.

Dyla amani

Baru smlm hilang kunci moto.mcm gila Cari lam umah,kt luar tmpt parking Moto..smpai give up.tp hati kuat ckp kunci kena sorok “sesuatu”.last Abah ckp,p dok kt Moto baca fatihah,qursi,dari Moto ikut laluan time last park Moto smlm.alhamdulillah,jmpa.padahal 3x angkt barang kt ctu..

izZaTi

Penh doc kt ofis…lupa selit kt mana…cr2atas meja..atas tray x de….last skali tarikh nafas…sebut astaghfirullahalazim….Allahuakbar..bertenang…ting! Tetiba jumpa kt dlm fail lain atas tray tu gk….Alhamdulillah..

Kak Yulie

Fuuuhhh…
Kerja ngeracun pakei jam rege 1600…???
Lumayaaannn kwn ko dik…
Pastu berani2 jer ko amik jam tu jd cagaran pinjaman 800ringgit ekkk…
Klu akk mmg xleerrr…
Dahlah akk x gheti nk beza, jam tiruan skrg plak elok sameee ngan ori…
Sereeemmm…

Cucu Kesayangan
Aku pun pernah hilang kunci bilik hostel mase kat kolej dulu. Naya la nak kena bayar denda dgn pihak pengurusan sbb hilangkan kunci oii..Nasib baik lah ada roommates lain. Boleh tumpang. Aku call nenek aku cerita kat dia kunci bilik hilang. Dia ajar amalkan baca zikir “ya Haq” (asma-ul husna) ulang2 kali setiap masa & selepas solat. Tapi hati mesti mau yakin gila lah.. Cukup 3 hari, lepas aku solat zohor..tup2 kawan sekelas yg bilik nya selang TIGA (3) buah bilik dari aku datang hantar kunci aku. Dia cakap tadi lps balik kelas dia nak masuk bilik dia tak boleh. Cucuk2 kunci kat lubang kunci xdapat2. Skali tgk dekat ‘tag’ kunci tu nombor bilik aku!! Pelik bin ajaib gila..dia pun tak sedar mcm mna kunci bilik aku boleh ada dgn dia..n sampai sekarang kunci bilik dia masih x ditemui…misteri kan?? Aku pun asalnya dah terfikir yg aku x mungkin jumpa balik kunci aku smpai bila2…kawasan universiti aku besar kot!! Satu lagi… Suatu hari, laki aku kelam kabut nak ke solat Jumaat. Dia cari jam dia, nak pakai. Cari kat tempat dia biasa letak (dlm laci)… Read more »
Aty Umr

Adik lelaki sy pun ada pengalaman misteri psal barang hilang … dia ada cincin batu .. tapi bukan emas , just cincin biasa tu je tapi berbatu. masa tu dia study kat UiA Gombak. Satu hrtu cincin tu hilang .. puas dia cari sbb seingat dia dia takde salah letak. cari2 tak jumpa .. few days lepas tu ibu sy kat jerantut (Pahang) call adik bagitau dia jumpa cincin tu dalam poket seluar tracksuit adik bongsu sy .. Aik ?? pelik kan .. gombak – jerantut punya jauh .. adik bongsu sy tu pulak sekolah menengah je lagi .. pelik sgt cincin tu boleh jumpa dalam poket seluar pulak .. huhu. hlg kat gombak , jumpa kat jerantut ….

Yibo

best citer ni. sy pun banyak kali kena. selalu langsir yg mak sy simpan dalam almari, bila nak guna mesti hilang. padahal tak pernah keluarkan pun. kadang-kadang sikat hilang. tp mak mesti cakap, ada la tu yang sorokkan.

north ppl

pernah jugak jadi kat diri sendiri.. pastu try google cari doa cari barang hilang.. kalau istiqamah insya Allah jumpa..

jay
Nak share jugak la. Beberapa thn lepas pak ngah aku hilang sejumlah barang kemas n duit tunai. Puas cari satu rumah tapi tak jumpa. So dia pergi jumpa seorang ustaz di surau kamping dia. Ustaz ada la buat sedikit rutin bacaan then dia cakap barang tu ada orang amik tapi dia belum keluar lagi dari kawasan rumah. Pak ngah aku ada dalam seminggu lagi untuk cari. Lepas seminggu barang tu akan ‘keluar’ dari kawasan rumah dan dia tak akan jumpa lagi dengan barang tu. So satu famili pak ngah aku ni cari macam nak gila tapi tak jumpa. Sampailah lagi 2 hari tempoh seminggu tu nak tamat, opah aku ni tengah bersihkan kawasan rumah, nada dia nak bakar sampah dia nampak ada pmpers yg dah pakai kat timbunan sampah. Dia pun amik la pamer tu untuk di buang dalam tong sebab kisah aku tak akan bakar pampers. Dia cuma bakar daun kering. Massa dia angkat je pampers tu tiba2 berderai jatuh barang 2 kemas ngan segumpal duit dalam plastik yang semuanya di sumbat dalam pampers tu. Patut la ustaz tu kata barang tu ada tapi… Read more »
Abang pomen

Biasanya ustaz atau tukang telek ni.. diorang bagi hint atau kiasan je.. dia tak bagi direct terus..

niko

saya pernah hilang brg kemas sebekas..jumpa org yg pandai tgk..tpi x jadi pun…sya x tgl solat hajat 7hri berturut2,,cri abis smua tmpt sya cri x jmpa2 smpai skrg..dlm kotak brg kemas tu ada 5 bentuk cincin 1 psg subang,2 utas glg..sya nangis macam mati laki…sedih sgt..x dpt balik semua brg tue..hmm….sapa yg ada nombor ustaz mana2 tlglah bgtau..sya nak tahu sapa amik jer..

amali

mmg betul di sorok iblis sbb penah kena. hampir senja nak balik bilik hostel tiba2 cari kunci xjumpa2 walaupun yakin mmg bubuh dalam beg. keep track jalan pulang dari bilik ke mall singgah solat maghrib kejab dekat mall. pastu keep track jalan mall ke bilik. sampai depan pintu bilik cuba cari balik dalam beg. mmg ade dalam beg!! Allah maha mengetahui. gatal hampir senja masih di luar rumah kan dah kena hide and seek.

wpDiscuz