Barangan antik thailand

grandfather clock

Terima kasih admin kerana siarkan pengamalan yang aku nak kongsi.
Aku tak tahu nak mula macam mana.
Aku tak berapa pandai nak bercerita nak susun ayat mcm dlm novel tu . Lagi aku ni tak pernah baca novel. Minta maaf klu panjang sgt cerita ni. Minta maaf juga kalau kalian tak berapa faham ayat yang aku sampaikan. Sejak habis belajar 2005 dulu da tak pernah buat karangan BM lagi. Sms mesej chat pn Aku da ubah suai bahasa Malaysia dengan ke logat aku sendiri. Minta maaf banyak2 kalau BM aku gagal. Aku try My best untuk baiki BM aku.
Hihi

Nama aku emma ( nama samaran ) Aku berasal dari negeri Sarawak. Suami pula berbangsa Cina dari semenanjung. Anak sorang dlm usia 3 tahun. Kini kami berada di negara thailand atas urusan kerja. Suami pemegang separuh dari share syarikat pertanian kat syarikat ni so kami kena duduk negara ni untuk masa yang panjang. Cuma hari pertama aku jejak kaki kat sini. Sementara anak aku terpaksa tinggal dengan mak aku kat Sarawak. Yela aku & suami kena sediakan kelengkapan anak kat tempat baru ni, pastu baru plan bawak anak datang.

Lokasi rumah aku ni betul2 dalam tengah hutan tebal yang jauh dari bandar dari airport nak ke rumah ambil masa 8 jam untuk sampai. Tu pn kena rasa derita nak lalu jalan yang belum lagi maju. Jalan rayanya yang memang macam zaman baru lepas perang. Suasananya memang suram, sunyi & banyak pokok hutan yg besar2, bunyi cengkerik siang malam. Tapak hutan yg beribu hektar ni sebenarnya nak diusahakan tanam tanaman.

Ok. Aku dari mula lagi memang tak berapa gembira nak duduk rumah baru aku ni. Walaupun dari mata kasar orang luar tengok rumah ni sangat mewah. Entah napa perasaan aku yang sejak dari pertama lagi aku rasa rumah ni macam ada something dan tak ada seri. Tapi Aku berusaha sesuaikan diri di tempat baru ini memandangkan syarikat da sediakan so tak ada pilihan lain kerana ini lah satu2nya rumah yg kosong & keperluan dlm rumah ni Serba serbi lengkap.

Masalahnya aku tak ada jiran. Cuma depan rumah ada pondok security guard. Kawasan rumah pula ada jauh sikit dari kawasan rumah pekerja & office. Belakang rumah pula sungai & pokok2 hutan. Turun je dari kereta aku bisik kat telinga suami .

” rumah ni ka yang kita nak duduk ? Rasa seram ja ”
suami aku jawab “masih rindu Malaysia , rindu anak memang rasa sunyi .
Bila sunyi timbul lah rasa seram”
Aku pun ikut la Masuk rumah ni sambil pak guard tunjuk mana bilik kami berdua , dapur & semua isi dlm rumah ni dia bagitau.
Rumah ni ada 9bilik . 8bilik yg lain tidak berpenghuni. Setiap bilik semuanya sempurna dilengkapi bilik air.

Hari pertamanya aku dah diganggu.

Aku sorang kat rumah, suami terus pergi office . Takada pun nak rehat ke apa padahal baru je sampai.
sambil aku kemas pakaian dr bagasi utk disusun dalam almari dengan suasana yang amat santai. Tetiba dua2 tingkap bilik tertutup serentak. dommmm!!!! Tingkap d hempas kuat! Masa tingkap tertutup tu aku rasa kaki aku tetiba sejuk. Terkejut mcm nak pitam pun ada. Aku tarik nafas panjang untuk tenang. Keadaan bilik aku jadi gelap. Tapak kaki pula terasa seperti terpijak rambut yg sangat byk . Tuhan ja tahu perasaan aku masa tu . Aku capai iphone aku ,cepat2 on flashlight.

Aku panic! Nak jerit pun tersekat suara kat leher. Tangan ni sambil tercari2 pintu kat tepi dinding aku tengok lantai tu ya tuhan byknya rambut !!! Banyaknya Korang boleh bayangkan ibarat boleh penuh 1guni besar . Walaupun aku hanya guna flashlight dari iphone tapi amat jelas aku lihat itu adalah rambut hitam kat lantai yg datangnya entah dari mna.
aku terlompat2 sebab terasa rambut yg byk kat tapak kaki pula macam nak menjalar kat celah jari .

Aku dapat ja buka pintu terus lari keluar rumah panggil Pakcik guard.
Nasib baik lah pak guard tu pandai bahasa Inggeris.

Pak guard yang sorg lagi tu dia call office & suami aku datang. Tersekat2 suara ni cerita kat dia . Suami sampai terus ajak sekali pak guard masuk rumah .Yang peliknya sebelum masuk tu Aku tengok dari halaman rumah tingkap bilik da terbuka luas! Tambah gugur jantung ni bila kami bertiga buka pintu bilik. Semuanya terang bagai tiada apa2 berlaku tapi separuh pakaian yg telah aku gantung kat almari tu dah tersusun rapi kat bagasi semula. Aku menangis. Suami pun ajak la pergi office sekali. bayangkan hari pertama tu juga aku kena bagi signal yang sah rumah ni memang berhantu.

Nangis kat bilik office suami merayu minta balik Malaysia. Suami pujuk aku katanya mungkin perjalanan sangat jauh untuk sampai ke tempat ni. So katanya aku keletihan. Suami macam tak berapa percaya pula apa yang terjadi. Geram aku.

Malam tu suami buat macam biasa. Buka laptop buat homework kat rumah. Aku terlelap kat sofa sebelah suami sbb takut nak tidur sorang2 kat bilik. Esoknya aku ikut suami ke office . Jadi kuranglah masa aku kat rumah..

Hari berganti hari seterusnya da pun seminggu kat sini .aku rasa macam dah aman damai aku mula lupa ketakutan yg terjadi pada hari pertama tu .Aku biasakan diri lepak kat rumah sendiri2. aku bersih rumah & semua bilik2 kosong. aku set dlm kepala otak aku Klu ada apa2 benda muncul utk menakutkan aku lagi. Aku cuba untuk tidak panic.

Season ni memang tak ada yang menjelma depan aku tapi bunyi2 pelik selalu menganggu setiap kali aku sapu lantai. Wajib aku jumpa rambut sehelai 2 yang sangat2 panjang. Aku jadi teruja nak tunjuk suami aku rambut yang setiap kali aku kutip . Panjangnya yg memang tak masuk akal untuk rambut menusia. suami aku da mula percaya rumah yg kmi duduk ni memang ada makhluk lain. Sbb suami aku ada call sepupu dia so sepupunya pula cerita kat aku yg suamiku tak nak aku takut sebab tu byk benda dia tak cerita kat aku . Suami aku cerita kat dia. Malam ke3 duduk rumah ni Suami Terjaga dr tidur . Sebab ada bunyi loceng yg kuat kat dlm bilik. bila dia perhati betul2 ada jelmaan perempuan sedang menari depan katil pakai baju tradisional thailand. Muka yg cantik tu tetiba ja bertukar jd hitam, Mata hidung mulut berlubang. Rambut yg bersanggul rapi di hiasi mahkota tradisional tu tetiba mengurai. Mahkotanya jatuh ke lantai & rambut yg panjang tu berebut rebut masuk ke dalam mulut matanya..
Sebenarnya aku pernah terlelap siang hari kat ruangtamu. aku mimpi Rambut masuk ke dlm mulut aku. Sampai tak dapat nak bernafas. Mengelupur aku kat sofa sampai jatuh ke lantai. Pastu aku tersedar dr mimpi. dah tu memang banyak kali aku dengar suara perempuan nangis , ketawa / nyanyi. Kadang tu terdengar bunyi macam orang bisik2.

Suami bercadang panggil orang yg pandai halau benda halus yg menganggu dlm rumah ni. Driver pn jemput pakcik ( orang thailand) yg blh berbahasa manderin. Aku & suami ni tak pernah sembahyang. Kiranya kita macam tak ada agama. Bukan kristian bukan Muslim bukan juga Buddha. Kehidupan aku dan suami hanya ikut moral yg cuba berbuat baik, kerja keras tapi sayangnya masih belum ada kepercayaan dalam agama. Jadi bila pakcik tu suruh kmi berdoa . Aku & suami macam nak koma. Nak sembahyang apa??

Suami aku terus cakap “Pakcik jela yg sembahyang” pakcik tu geleng kepala sambil berkata Setiap menusia tak kira apa bangsa kena ada agama. Orang yg tak punya agama lebih senang diganggu kerana hatinya tak ada tuhan. Aku dan suami senyap. Pastu pakcik tu pn bakar2 kertas yg kmi tak tau kertas apa. Sebelum pakcik tu pergi dia ada cakap. Bukan masalah rumah ni . Tapi masalahnya dlm rumah ni ada 1 benda (barangan antik lama) yg tempat dia ikut masuk tu seharusnya Kena buang. Buat sementara ni pakcik tu kata belum boleh buang tapi dia cuba untuk bantu kami bagi pendinding diri agar mata & telinga ni tak nampak kelibat dia. Kalau nak buang benda tu dia kena bawa pembantu dia datang sekali. Pakcik tu janji akn kembali selepas seminggu.

Selepas pakcik tu beredar. Aku tertanya2 barangan antik mana yang pakcik tu maksud. Sebab rumah ni banyak sangat serupa macam barangan antik. Kat sini perabot baru pun d tiru macam perabot zaman dulu2 jadi aku tak tau mna 1. Biar aku terus terang Rumah ni sekejab je aman. Lepas tu makin menjadi teruk..

Walaupun aku & suami tak nampak apa2 rambut atau wanita menari lagi. Tapi setiap bangun pagi bangku kayu semua naik atas meja. Kasut semua basah macam di siram air tapi lantai kering.
Suami aku pergi kerja pakai selipar. Yang lebih seramnya. Daging dlm peti sejuk tu boleh pindah kat tong sampah keluar ulat dan berlalat. Sedangkn malamnya tu masih beku dalam peti sejuk.

Aku & suami makin hari makin tak tahan dengan ganguan. Benda halus tu makin memberontak . Pendinding yang di beri lama kelamaan tak mujarab. Jam menunjukkan 6pm aku sambil tunggu suami aku balik kerja. Aku pasang lagu kat iphone. Tetiba iphone aku keluar simbol temperature (need to cool down before you u can use it ) sedang kan rumah aku tak la panas. Iphone aku pun tak panas. Selang berapa saat tu kedengaran suara wanita sedang menyanyi lagu Thai. Lagu pula macam zaman lagu p.ramlee.

Makin lama nyanyian tu makin kuat. Bunyinya macam dekat dengan aku. Semua Pintu bilik kosong terbuka dan tertutup menghempas kuat. Aku terhidu kuatnya bau daun sirih dan hanyir darah. Aku pun terus baling Iphone kat sofa terus lari keluar rumah. Masa aku lari tu boleh pula terpelanting jatuh kat rumput. Sakit memang tak terasa dah. Yang aku fikir sebelum saitan tu muncul baik aku lari. Masa aku lari menuju ke pondok pak guard. Telinga aku ni terdengar bunyi loceng ikut2 aku kat belakang. Aku tak berani pandang belakang. Tapi aku terpandang kaki kiri aku tetiba ada gelang kaki berloceng. Kat situ aku terus pengsan. Aku sedar ja suami da duduk tepi aku , Ramai org datang rumah termasuk orang2 office . Benda pertama yang aku cakap ialah ” kaki aku ”

Lepas aku terjerit2 sambil aku tendang kaki kiri aku. Sebab aku takut gelang kaki tu masih ada. Tapi suami cuba tenangkan keadaan. Katanya tak apa kat kaki aku. Aku tengok memang da tak ada dah . Rupanya da 2 jam aku pengsan . Baru aku rasa sakitnya badan aku terhempas 2 kali. Dengan kepala bengkak lebam. Siku pun luka.

Esoknya tu suami aku cuti. Driver dan dia bawa aku pergi kampung berdekatan. Tak juga dekat. Ambil masa 3jam perjalanan. Dalam pejalanan tu macam2 kami sembang hal rumah tu. Driver pun pelik sebab pondok guard, tempat lain seperti rumah perkerja & office tak perna ada gangguan. Pak guard tu pula selamba ja dari malam sampai ke siang bejaga. Area pondok guard memang tak pena diganggu. Cuma sekali dia pergi halaman rumah aku hantar buku record yang suami aku suruh. Baru beberapa langkah dia keluar dari pintu rumah terdengar bunyi sesuatu benda jatuh bertaburan kat tepi luar rumah. Dia pun pergi tengok. Apa yang dia jumpa ialah 7 bentuk cincin. Cincin tembaga lama. Tapi dia tak ambil. Dia biarkan macam tu ja.

Belum pun sebulan kami duduk rumah ni. Da 3 orang kmi jemput “orang Pandai2″ halau saitan kat rumah. Semuanya sementara. Lepas tu keadaan pula makin teruk. Bila kami panggil orang yang pagarkan rumah sebelum ni. Banyak sangat syarat. Ada yang minta sampai 4000 dolar katanya hantu tu kuat. Ada sorang lagi katanya da sangat tua tak larat nak ulang alik masuk kawasan tempat tinggal aku. Kali ke4 ni driver bagi pendapat jumpa sorang pakcik yg berketurunan Muslim cambodia tapi da lama menetap kat thailand & menjadi guru agama kat kampung.

Sampai ja tempat ustaz tu driver pun explain kat dia semua yang berlaku. Walaupn ada masalah komunikasi. Tapi pakcik sambut kami dengan baik sekali. Driver la yang jadi juru bahasa. Pakcik minta kebenaran untuk tengok kaki aku yang lebam.Tapi dia tak sentuh. Kaki kiri yang semalam aku lihat ada gelang kaki berloceng tu dah jadi lebam tapi tak sakit. Gelang kaki tu hilang selepas aku sedar dari pengsan. Semasa suami & pak guard tu jumpa aku terbaring kat luar pun memang mereka tak nampak gelang kaki.

Mereka hanya kata aku tak pakai selipar. Ustaz & isterinya kata kami kena bermalam kat rumahnya . Dia tak bagi kami balik rumah. Masjid mereka tak la secantik masjid yang ada kat Malaysia. Kalau nak d bandingkan surau kecil yang ada kat Malaysia tu lagi gagah. Timbul rasa sedih hati aku. Tengok keadaan masjid tempat mereka sembahyang memang serba kurang. Lantai pun dah tak berapa stabil. Bilik mandi tempat cuci muka untuk sembahyang tu pun hanya guna tangki biru plastik yang da dibelah untuk ubah suai jadi 2.

Kami dihidang makanan yang berlaukkan nasi putih & kangkung kosong serta telur masin. Walaupun serba kurang tapi hidup mereka aman damai tenang. Selepas makan tu ustaz ada bagitahu driver rawatan akan dilakukan pada malam hari. Suami aku meminta pinjam kain batik & telekung untuk aku pakai. Aku pula rasa malu kerana aku sorang je pakai seluar paras lutut. Suami aku kata walaupun kita bukan Muslim tapi tak salah kita menghormati agama dan tempat mereka sembahyang. Makcik ni bagitau kalau orang Muslim berubat Kena ambil air sembahyang. Kalau bukan Muslim tak mengapa katanya.

Aku bukan Muslim tapi aku nak juga try. So aku pun ikut lah cuci tangan kaki muka semua. Walaupun aku kekok tapi mereka tak ketawakan aku. Mereka tunjuk elok2. Bila aku da siap pakai telekung. Aku suruh suami aku gambar. Suami aku kata lawa pula kalau aku pakai tudung. Haha Yela pertama kali dalam hidup. Masa ni aku macam dah tak ingat da kes rumah aku. Rasa tenang. Masa perubatan dijalankan teda apa yang berlaku. Ustaz tu hanya sentuh kepala aku & suami sambil baca2 & kami hanya lihat mereka sembayang beramai ramai. Malam tu aku langsung tak tidur. Aku termenung fikir sampai ke pagi, Aku tengok jam awal lagi belum pun matahari terbit.

Tapi mereka da bangun sembahyang. Aku klu bangun subuh untuk ke tandas pun muka serabut macam orang kalah judi 1juta. Tak sama dengan mereka yang bangun subuh untuk sembahyang tapi berseri seri.

Awal pagi selepas sarapan tu kami bertolak untuk pulang ke rumah dengan ustaz & anak dia 4 org lelaki. Kami guna dua kereta sebab semalam tu suami aku minta tambah 1 kereta lagi datang jemput kami. 3jam perjalanan, kami sampai da nak tengah hari. Sebelum kmi ke rumah. Kami jemput ustaz & anak2 dia makan kat kantin. Kami bagitahu yang kantin ni masakannya takada daging yang haram sebab pekerja kat sini kebanyakan vegiterian. Mereka tak akan makan apa2 jenis daging. Kerana itu lah aku masak sendiri kat rumah.

Aku tengok ustaz dan anak2 dia makan 1jenis sayur ja. Katanya makan tak perlu ikut nafsu cukup sekadar kenyang diperut. Lepas makan tu ustaz tak buang banyak masa. Mereka terus minta izin ke rumah kami. Tapi dia minta kami tunggu kat luar. Aku perhatikan saja dari luar. Selepas mereka buka tingkap & pintu seluasnya. Mereka letak tikar sembahyang kat ruang tamu. Mereka anak beranak keliling kawasan rumah aku. Anak dia bawak air mineral dalam bottle & sorang lagi bawak garam sebakul. Dari luar aku tengok mereka masuk rumah & duduk atas tikar sembahyang. Aku mula rasa yang jantung aku berdegup kenyang. Jari kaki & tangan aku rasa sejuk dalam masa sama seperti ada beribu jarum menyucuk kat hujung jari. Aku rasa kebas sebab sejuk tu nak naik ke lutut. Aku duduk kat bangku luar sambil ketuk2 lutut aku. Suami pula sibuk panjang2kn leher dia nak tengok keadaan mereka kat dalam.

Beberapa saat tu kulit muka aku pula rasa kebas sampai tengkuk. Nafas jadi susah nak hembus. Aku rasa macam aku tak larat nak ketuk2 lulut aku dah. Aku cubit2 kan kulit muka, tangan agar aku dapat rasa semula. Tapi tak rasa apa2. Aku cuma rasa loya macam nak muntah. Bila aku rasa cemas nak menjerit kat situ aku da tak sedarkan diri.

Keadaan aku masa pengsan tu memang menakutkan. Masa ni suami aku arahkan security guard untuk tak benarkan sesiapa perkerja datang tengok keadaan rumah & keadaan aku. Suamiku cerita kat aku. Aku jatuh dari dari bangku masa pengsan dengan mulut keluar cecair kuning. Busuknya mengalahkan bangkai. Tak sempat suami angkat aku. Aku terus melompat tinggi sampai ternaik kat balkoni tingkat 1. Cerita ni masih siang tengah hari panas ya. Dah tu aku masuk pintu atas balkoni bilik aku. Suami aku berlari masuk dalam rumah nak naik tingkat atas . Tapi salah seorang anak ustaz tu tahan suami aku. Ustaz tu pula makin kuat dia baca2.

Aku kat atas menyanyi sekali sekala berteriak. Tingkat atas tu macam kena ribut petir. Bunyi perabot terhempas bagaikan berdentum guruh di langit. Bunyi kain koyak, cermin pecah, suami aku kata ustaz dan anak2 dia muka tenang sikit pun takda perasaan takut. Tingkat atas tetiba sunyi. Tapi lantai rumah pula mulai basah. Air tu mengalir laju datangnya dari tangga tingkat atas. Air tu sangat sejuk. Ustaz & anaknya tak berhenti baca ayat suci. Aku turun tangga bukannya guna kaki. Aku turun bertiarap ikut air mengalir yg kepala aku turun dulu mcm nak meluncur. Rambut aku yang paras bahu tetiba kelihatan panjang menutup badan sampai ke kaki. Sampai ja tingkat bawah tu aku senyap

Kadang mengelupur macam ayam kena sembelih. Pastu menari pula tapi muka aku tak nampak, kepala aku tunduk tertutup rambut. Suami aku dengar yang ustaz tu ada bertanya dengan aku dalam bahasa yang tak difahami. Dekat 1jam lebih keadaan aku macam tu. Aku mula angkat muka. Hidung dan mulut aku keluar kutu kecik2. Suami aku hampir nak pengsan tengok muka aku yang mulut terbuka luas. Mata terbuka seluasnya yang biji mata hitam tu naik atas sampai nampak putih ja mata aku. Bila nama aku kena panggil. Biji mata hitam tu baru turun semula. Aku mula mengalah dan buka rantai kat leher aku. Gelang2 & cincin. Sampai jari kaki pun ada cincin. Entah mna datangnya.

Aku pun tolak Slow2 barang kemas tu ke depan ustaz tu. Sambil tangan aku tunjuk kat jam yang paling besar kat dlm rumah ni. Jam tu org panggil grandfather clock jenis lama. Jam tu tak pena hidup tak pernah bunyi sepanjang aku duduk rumah ni. Tetiba berbunyi kuat bermula dengan muzik iramanya dan berakhir dgn bunyi ” denggggg dengggg denggggg 7 kali”

Sebelah grandfather clock tu ada meja cermin besar pasangannya. Sebab kayu & ukirannya sama. Ustaz pun sambung baca2 kat depan muka aku. Aku masa tu dah pengsan semula. Sesudah itu ustaz suruh suami ku mandikan aku dengan air daun limau yang ustaz tu sediakan. Aku da mula sedar masa aku mandi. Cuma aku rasa sangat lemah . Aku da bersiap pakai semua. Suami aku panggil ustaz yang tub mandi bekas mandian aku d penuhi rambut yang panjang. Ustaz tu ambil masuk kan dalam tin . Sambil dia baca2. Katanya nanti dia tanam jauh2.

Malam tu ustaz & anaknya bermalam kat rumah kami. Selesai ja makan malam mereka lagi sembahyang baca2 ayat suci ganti berganti. Suami aku turut tak tidur cuma aku ja yang lena keletihan. Tidur aku tu betul2 lena yg tak pernah aku rasa sepanjang duduk rumah ni. Esoknya sebelum matahari terbit suamiku, ustaz & anak2 nya serta driver yang bermalam kat rumah ni mereka keluarkan meja bercermin dan grandfather clock tu kat belakang rumah. Pakcik suruh buang atau hapuskan. Barang kemas tu ustaz masukkan ke dalam meja bercermin. Rambut dalam tin tu dia bawak katanya nak buang jauh2. Sebelum ustaz minta izin balik. Suamiku da sediakan kereta untuk hantar mereka balik,

Apa yg paling aku tersentuh hati bila ustaz dan anaknya menolak duit pemberian kami yg suami aku bagi. Katanya mereka ikhlas. Walaupun mereka bersungguh bantu tapi 1 sen pun mereka taknak ambil. Ustaz tu ada kata kalau ada apa2 lagi berlaku jangan segan cari mereka semula. Katanya dia tak nak ambil duit kami sebab bukan dia yang bantu . Tapi tuhan yg bantu . Suami ku kata adanya mereka dalam rumah ni kami suami isteri rasa tenang. Ustaz tu ketawa sambil membalas ” bukan mereka yg membawa ketenangan tapi tuhan. Jika hati kita ada tuhan maka tenanglah hidup kita” sebelum mereka pergi ustaz ada bagi aku dan suami 2buku. Buku tu isinya tentang agama Islam dan Cara2 sembahyang dalam bahasa Inggeris & Arab.

Suami aku pula bercadang nak bakar grandfather clock & meja bercermin antik tu. Tapi belum sempat bakar

Muncul sorang pak dukun kat luar pondok security guard. Aku gelar dukun jela sebab tengok gayanya macam bukan sami, bukan juga father atau ustaz. Dia minta barang2 tu dia kat security guard Katanya dia lambat datang nak bantu. Tapi suami aku tak bagi dia masuk. Si dukun tu berusaha yakinkn diri dia nak peliharakan barang antik tu .

Tapi suami aku tetap berkeras taknak bagi. Akhir sekali suami aku bakar sampai teda tinggal sikit pun kayu. Yang tinggal besi2 jam tu saja. Tu pun suami aku buang kat sungai. Entah mna dukun tetiba datang tak dijemput. Orang kalau amal ilmu hitam senang sangat nak terhidu benda2 halus yg tak bertuan ni. Orang cakap macam Tula . Aku tak tau betul ke tak.

Sebelum si dukun tu pergi dia ceritakan kat driver & security guard tu semua latar belakang sejarah benda yg kacau kat rumah aku. Entah betul ke tidak ceritanya tu. Katanya dulu zaman 50an ada sorang wanita yg terkenal di daerah ni . Tempatnya tak jauh dari sini. Sangat berharta & cantik. Dia juga pengamal ilmu sihir yg sangat hebat sehingga ramai wanita memujanya sebagai tuhan. Ketika itu zaman pelacuran juga sangat berleluasa. Kebanyakannya pelacur, gundik berjumpa dengannya demi mendapatkan ilmu sihir untuk tundukkan lelaki. Sehingga ramai wanita berlindung dirumahnya yang memujanya sebagai tuhan . Kehilangannya sebagai 1 misteri apabila pada suatu malam tu. Semua gadis2 yang berlindung dirumahnya punyai rupa paras menawan di temui mati . Wanita cantik itu pula hilang.

Menurut orang kampung Semua harta bendanya diambil ada yang d jual. Mayat gadis2 semua itu ditanam dalam 1kubur. Mayat kesemuanya sangat tragis, kulit muka dilapah. Rambut dicabut bersama kulit kepala. Mayat mereka pula berbaring menjadi bulatan saling berpegangan tangan. Menurut si dukun lagi. Kebiasaannya apabila jam besar c wanita cantik itu berbunyi maka hamba2nya akan bersiap untuk bercantik kat meja bercermin tu. Seterusnya mereka akn menari sambil memuja si wanita cantik. Penduduk kampung percaya wanita cantik itu membunuh orang2 yang memujanya demi meningkatkan lagi ilmu hitam dan kecantikannya. Lalu menghilang diri. Aku taktau cerita tu benar atau tidak. Aku tak minat nak tahu cerita selebihnya sebab aku dah lalui banyak benda buruk berlaku berkaitan dengan benda halus sejak pindah ke sini. Cuma aku tahu yg kawan aku kata kat thailand ni memang tak asing dgn ilmu hitam & misktik .

Sehingga hari ni aku dah 9bulan duduk kat sini. Anak aku juga dah bersama aku Kalau nak Bandingkan dr mula kami kat sini hingga hari ni kira skrg ni baik baik saja. Cerita ni pun da panjang sangat. Ada masa nanti aku ceritakan pula kisah anak aku yg da pandai berbicara tu asyik bagitahu aku dia nampak kelibat wanita belakang rumah aku. Itu pun kalau kalian minat nak aku sambungkan cerita ini.
Aku pun mcm korang suma yg ada tengok movie cerita2 hantu dalam TV . Tapi bila benda tu benar2 terjadi pada diri sendiri rasanya itu feel lebih seram banding movie hantu kat TV . Sape pena alami dia faham la feeling aku.

Terakhir sekali aku minta maaf jika cerita ini yang mna ada tersangkut sensitif bangsa agama . Aku tak berniat. Aku cuma nak berkongsi & meminta pendapat nasihat baik2 dair kalian semua di ruangan komen. Aku ada juga terfikir nak pindah & bina rumah baru dekat office tapi tu plan saja. Belum lagi ada keputusan aku & suami .

Aku harap kalian jangan lah hina aku & suami sebagai kafir. Sebab aku lahir ja da memang tak ada agama. Suami pula dari keluarga yang kuat agama Buddha tapi suami aku tak pena sembahyang. Sejak kmi berkenalan dengan ustaz yang bantu kmi suami isteri. Kami mulai belajar dan dekatkan diri dengan agama Islam. Cuma kami masih belum berani untuk suarakan pada keluarga nak memeluk agama Islam. Bagi pihak keluarga aku. Mereka terima dgn baik agama Islam. Cuma mak aku pesan .

Jan permainkan agama. Jangan sekejab nak sekejab tidak. Kalau nak masuk agama ni kena betul2 berbeza dengan keluarga belah suami aku. Yang terang2nya mereka tak nak cucu mereka peluk agama lain. Jadi kmi tidak pernah bagitau apa yang aku & suami belajar kat sini. Aku tengok suami aku begitu tekun belajar dgn ustaz . 3jam perjalanan tu jadi rasa dekat ja kerana kmi sering melawat ustaz & keluarganya.

Masjid yang bagai nak runtuh sebelum ni dah pun suami aku ikhlas bantu bagi bina semula cantik2. Masa aku balik Malaysia. Aku beli banyak2 kain telekung & tikar sembahyang untuk masjid itu. Ini bukan hanya kerana aku rasa berhutang budi. Tapi aku benar2 ikhlas & terbuka hati .

Terima kasih kerana membaca.

Emma

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

53 Comments on "Barangan antik thailand"

avatar
z

Best la kak ni cite… Senang faham smpai boleh bayang… Salute lah p.Cik n family tu…walaupun bukan berada tapi kehidupan tenang ja. Ya betul tu bnyk moral value… Vite ni seram + terharu… Kak dngn husband kak pun baik sngt nk bantu buat perbaiki apa yg x elok tu. Mungkin Allah tunjukkan jalan ats kebaikan… Mungkin… Moga trus istiqamah dlm mencati kebenaran… Percayalah kebenaran itu hnya satu.

Cite ni kan thai pnya seyes seram sbb time tunjuk muka yg nganga tu jarang lah kat Malaysia gitu slalu klu cite Thai mcm tu…

Spa2 pengarah ada nk buat movie x cite ni. Huhuhu…

Yg pasal ank nmpk perempuan tu better suruh Ustaz tu tngkkan takut melarat pula.

Bob

alhamdulillah…semoga dibuka pintu hidayah untuk keluarga penulis dan semoga dimudahkan segala urusan..

Shah

Best sangat citer ni next story please!! semoga akak n suami mendalami agama islam secara berterusan sesungguhnya hidayah itu milik Allah jua

MimieIsmail

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. sesungguhnya Allah lebih berkuasa. Next please!

Raizzo

Perkongsian yang bagus semua kamu sekeluarga mendapat hidayah allah untuk memeluk islam..halangan keluarga bukan keutamaan diri sendiri itu penting.diri sendiri yang buat keputusan..islam itu agama sebenar.allah itu wujud.peluklah islam.tenang hati dan diredhai.

Apiberasap

Cerita seram yg sgt2 best dan mengujakan .saya cadangkan bwk kisah ni ke mana2 sutradara2 filem kat thailand.drg grenti berminat utk filemkan. Jln cerita kna asli jgn ubah. Tahniah kepada penulis. Semoga Allah kan sntiasa melindungi beliau dan keluarga. Tgh tnggu cerita smbungan. Terbaiklah akak penulis!

no name

saya pon tak ada agama,yg baik amik n ikot,yg jahat di tinggalkan

wpDiscuz