Bayang-bayang?

Hai, FS. Salam sejahtera. Saya Hanie. Lepas baca semua cerita yang ada dlm FS nie, tergerak pulak hati nak share pengalaman sendiri.
Cerita nie dah lama berlaku. Saya tak ingat berlaku pada tahun bila. Tapi, masa tu saya masih kecil. Dalam umur 7-9 mcm tu..
Waktu tu saya dgn family dh kat kampung, sebab masa tu tgh cuti..Cuti Hari Gawai.
Pada mlm 31hb May, memang dh jadi adat kami yg menyambut Gawai utk duduk di luar bilik atau kmi panggil ruai (kalau yg tau rmh pjg mcm mana, bagus ler..hehe..Th xtau sori,xtau nak explain). Smua ahli keluarga ada kat sana, nak tengok org tgh bertanding sambil tunggu jam nak pickup 12 tghmlm…
Akibat Saya nie td byk sangat minum air( ah, tular..kuat sgt mkn..Xtau nak kena lps ), Saya pun dgn tergedik-gediknya jln nak masuk ke bilik kami dgn hasrat nak buang air kecik. Bila buka je pintu, terus rasa semacam. Utk pengetahuan, time tu bilik xda org langsung kecuali saya. Saya pada masa tu xterpikir sal benda2 seram, sebab Saya cuma pikir mungkin sebab dh xthn nak ke toilet je time tu.
Saya pun jln lar dgn hati yg gembira smpailar kat ruang makan…
Hah, berhenti tu sebab dh ternmpk sesuatu tgh berdiri kat sinki. Mula-mula, pikir pantulan dari lampu tu.. tp pelik gak rupa dia. Masa tu lantaklar, Saya nak ke toilet. Sampai je kat pintu belakang( tandas jauh nun disana kat luar, dan pintu belakang berapa di sebelah kiri sinki), terus naik semua bulu roma. Saya pun pusing 90° ke sebelah kiri. Xnak pusing sebelah kanan. Kenapa?
Ah, bayang2 td tu dia xmelekat kat dinding cm bayang biasa. Nie 3D.

Dia memang mcm bayang2..Lembaga hitam ke ntah apa tp kita boleh tgk benda kat belakang melalui jasad dia. Lut sinar ye kalau xsalah. Bentuk muka dia…Mata dia berlubang, xda biji mata pun..boleh nmpk view belakang. Kosong. Mulut dia time tu mcm ternganga, ketawa kot..tp xde bunyi.. Boleh nmpk sesuatu yg tajam kat bahagian mulut mcm gigi… rambut dia mcm mengerbang..
Tangan dia mcm tgh buat sesuatu mcm org tgh cuci pinggan (rajin dia) tp pergerakan tgn dia laju.
Time tu, Saya cuba kuatkan hati sambil mulut ckp, “Hmm, nntlar ke toilet. Nak tengok org main kat luar lar.”
Sedangkan, diri nie xkuat nak angkat kaki. Takut benda tu kang tetiba boo saya time tu..hah, terkencing kat sana lar jawapnya nnt.
Nak ke ruang tamu dh terasa payah, rasa cam jauh sangat pintu depan tu. Menangis xberlagu saya time tu sambil berharap dia x sergah saya. Nak nangis xdpt, nak menjerit pun xkluar… Time tu saya berharap sgt ada org masuk bilik, tp hampa. Saya pun kuatkan diri buka langkah sampai akhirnya berada kat depan pintu. Pulas tombol pintu tu dgn perasaan lega, dia xblock pintu tu dan xkacau pun. Tapi memang berpeluh lar sebab first time nmpk.
Xlama lepas tu saya masuk balik ke bilik nak ambil pinggan tp berteman. Time tu dgn aunty Saya. Saya pun boleh siap tanya dia, apa benda tu? Yang kat sinki tu?Dari tadi kat sana.
Aunty pun cakap, xda benda pun kat sana. Ah, dh cuak dh org. Tp Saya xhebohkan kat org lain sebab dia xkacau pun. Aunty pun cm xkisah jak. Benda tu masih kat sana buat kerja kenduri dia yg xpernah nak siap tu.
Sampai waktu tidur pun,dia ada gk kat sana..kepala tu cm blh pusing je. Time tu saya satu family tidur dekat dengan dapur. Boleh lar nmpk dia tgh buat kerja dia yg xsiap tu, cuci pinggan.
Sampai sekarang saya xtau tu apa. Sekarang, benda tu dh hilang. Dh hilang lama dah. Lagipun, bahagian dapur dh kena renovate.. Entah lar, apa benda tu memang saya xtau. Samada itu penjaga atau tak, Saya memang xtau. Tapi, bersyukur sangat benda tu xlama kat sana.
Walaupun dapur dh kena renovate tp benda tu memang saya ingat sampai bila2. Ok, setakat nie je cerita nie. Lain kali kalau free saya share cerita lagi. Maaf kalau xseram mana. Saya xde bakat dlm menulis cerita nie tp hati berkobar-kobar nak share pengalaman sendiri. Terima kasih sebab sudi membaca.

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Hanie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.4]

3 thoughts on “Bayang-bayang?”

  1. ” Boleh lar nmpk dia tgh buat kerja dia yg xsiap tu, cuci pinggan…” saya boleh gelak plak bila baca part ni.. padahal rasa seram..hahaha..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.