Assalamualaikum semua. Aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri yang bagi aku seram juga bila diingat semula.. Aku perempuan & berumur 23 tahun tapi cerita ni terjadi masa aku umur 11 tahun & 18 tahun. Jadi, dah lama juga aku tak mengalami kejadian seram.
Okay. Kedua-dua kisah ni tak ada kaitan pun.
Kisah 1 ( Ancak ke tu ? )
Ancak tu merujuk kepada nama panggilan atok lelaki aku. Semua cucu panggil ancak. Masa aku darjah 5, aku duduk dengan nenek,atok dan dalam satu rumah tu ada paksu (suami isteri & anak 2 dua org) serta pak ngah aku ( dia OKU p****g kaki sebab kencing manis ). Suatu hari tu, Pak ngah aku ada check up dekat HKL. Malam sebelum tu nenek aku dah pesan duduk rumah elok-elok sebab nenek & maksu nak temankan pak ngah ke hospital lagipun aku tak boleh ikut sebab sekolah sesi petang. Seusai subuh mereka semua dah bersiap sebab jarak rumah kami ke HKL memang jauh (aku duduk rawang). Oh lupa, rumah ni teres 2 tingkat. Aku turun bawah lepas mereka gerak untuk sambung tidur kat ruang tamu sambil tv terpasang. Penakut punya pasal.
Bangun-bangun dah jam 7 pagi. Kat tv 2 ada rancangan kanak-kanak menyanyi. Aku pun ikutlah menyanyi bagi menghilangkan bosan & sunyi. Lepas letih menyanyi sambil berjoget, aku nak minum air kat atas meja makan. Meja makan ni menghadap tangga. Sambil minum aku tengok kearah tangga. Nampak bayangan badan Ancak aku dalam keadaan cekak pinggang. (Ala-ala gaya mak bila nak marahkan anaknya) Aku pun tegurlah, “Ancak, buat apa tu? Mai la turun minum pagi sama-sama.” Senyap. Aku panggil lagi, tetap tak bergerak. Tiba-tiba kepalanya digoyang-goyangkan.Aku mula pelik dah kenapa buang tebiat ancak aku ni?! Aku jadi seram sebab walaupun bentuk tubuhnya seperti ancak tetapi gerak geri tak kena langsung dengan ancak ! Aku kelu & terketar-ketar pergi ruang tamu semula.
Aku cuba untuk abaikan & sambung tengok tv balik walaupun dalam hati dah tak tentu arah. Dalam jam 11 pagi, paksu balik untuk ambil aku & hantar ke sekolah. Masa ni baru aku berani naik ke tingkat atas. Aku terus meluru masuk bilik tidur ancak & nenek sambil panggil ancak. Tak bersahut & bilik tu kosong tak ada orang ! Aku tak puas hati. Aku pergi pula periksa bilik tidur aku & bilik tidur paksu. Kosong juga. Meremang bulu roma ni. Cepat-cepat aku ambil baju & beg sekolah bawa turun bawah. Paksu pun tanya “kenapa kelam-kabut je ni?”. Aku diam je tak jawab.
Petang tu balik dari sekolah aku tanya nenek, “Ada sesiapa ke yang tak pergi hospital pagi tadi?” Nenek kata semua ikut. Ah sudah! Habis tu siapa yang menyamar jadi ancak aku tu?! Misteri ni aku biarkan sepi tanpa jawapan sampai sekarang. Aku cuma boleh anggap, mungkin ‘benda itu’ marah sebab aku pagi-pagi lagi dah memekak menyanyi & berjoget π
Kisah 2 (Hantu masa bulan puasa?)
Cerita ni terjadi masa aku baru semester 1 di sebuah politeknik utara. Aku duduk kamsis (asrama) sebab pelajar junior kan. Ada 3 kamsis sederet & aku duduk di kamsis yang kedua. Roomate aku namanya Nur. Nur ni alim tapi jenis penakut sikit. Setiap kali sebelum tidur memang akan ajak aku temankan pergi tandas untuk cuci muka & buang air besar/kecil siap-siap. Aku tak ada la berani sangat tapi bila dah geng kau penakut, takkan nak jadi penakut juga kan? So buat-buat la berani.
Satu tabiat aku yang Nur tak berkenan ialah aku suka buka tingkap luas-luas sebelum tidur tapi langsir dibiarkan tutup la. Motif aku buka tingkap ialah sebab nakkan udara segar, lagipun kami duduk di tingkat 3 daripada 4 tingkat. Tapi masa Maghrib memang aku akan tutup semua sekejap. Tingkap bilik aku ni menghadap bilik & tangga blok sebelah. Okay. Harap korang dapat faham kedudukan kamsis aku ni.
Sepanjang minggu orientasi tak ada misteri yang berlaku. Semua normal & baik-baik sahaja. Selepas dua minggu sesi pembelajaran, maka masuklah bulan Ramadhan. Nur & aku memang rajin pergi sahur & teraweh dekat Pusat Islam (surau). Tak pernah miss. Kadang-kadang kitorang akan bangun awal untuk tahajud di kamsis sebelum pergi ke pusat islam. Ok maaf, panjang pula intro nya.
Kisah bermula apabila satu pagi tu aku terjaga awal sebelum Nur. Aku tak tahu kenapa aku pandai sangat pergi buka langsir luas-luas time 4 pagi tu! Aku fikir bulan puasa, takkan ada pontianak nak kacau kot. Tapi aku silap. Sedang aku berdiri sambil hirup udara tu, aku terpandang dekat tangga blok sebelah. Lampu kat tangga tu rosak jadi agak gelap sikit. Oh lupa, aku ni rabun dan masa kejadian tak buat kaca mata lagi. Dekat tangga tu aku nampak ada seekor kucing hitam tengah duduk kat situ. Makin lama aku tenung, kucing tu seakan-akan membesar. Serius! Ianya makin membesar sampai berubah menjadi macam bentuk manusia yang sedang duduk pula!
Aku cuba fikir positif. Mungkin pelajar india tengah bergayut (sebab satu badan hitam legam). Tapi aku tak boleh nak fikir positif lagi bila aku perhati, mata orang tu warna merah saga berapi. Tak pasti sama ada dia pandang aku ke tak tapi aku dapat rasakan dia tengok ke arah aku. Ah sudah! Aku apalagi, kejutkan Nur yang senang tidur lena kat katilnya. Malangnya Nur tak berganjak walaupun aku goncang badan dia bagai nak rak. Last-last, aku buat keputusan untuk pergi tandas & ambil wudhuk. Tak tahu daripada mana datangnya keberanian nak ke tandas sorang-sorang dalam keadaan macam tu.
Masuk je tandas memang kosong. Tak ada orang langsung. Semua lena diulit mimpi lagi barangkali. Sudah la depan sinki tu ada cermin besar Ya Rabb. Dah terbayang macam-macam tapi kuatkan juga hati ni & fikir bulan puasa mana ada hantu. Alhamdulillah selesai ambil wudhuk tanpa gangguan dan aku berjalan pulang semula ke bilik. Langsir masih terbuka luas & memang jelas susuk tubuh menyeramkan itu setia di tempat yang sama. Aku pandang puas-puas & doa supaya Allah lindungi aku.
Aku solat sunat dulu 2 rakaat & selesai berdoa, aku bangun untuk lihat semula & benda tu dah hilang! Aku tarik nafas lega & cuba kejutkan Nur lagi. Yang peliknya, sekali panggil tanpa menyentuh tubuh Nur pun dia dah terjaga. Aikk, tadi bukan main susah. Sakitnya hati tuhan je yang tahu. Aku diamkan perkara ni daripada Nur sebab tak mahu dia paranoid. Dan kami pun bersiap ke pusat islam untuk sahur & solat Subuh.
Dua pengalaman ni walaupun tak seseram mana bagi pembaca tetapi tetap bagi kesan yang mendalam kepada aku. Akhirnya, setelah menanyakan kepada beberapa orang, aku membuat kesimpulan, benda yang aku lihat tu adalah orang minyak!
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
pessss
BATAK 1st, tahniah…
mak ai..ada lagi ke org minyak zaman now..
Orang minyak tu amenda?
orang minyak???serius lahhh
y last tue bg aku seram..
seram weyhh . haha . btw, polimas ke poli pauh? huhu
Seram ke orang minyak tu weyh? Korang tau x? Menda yang paling menyeramkan pada seorang lelaki selepas kawen adalah bini dia.. Tak caya? Ko tanya la sape2 yg dah lama kawen. γ
Seram gilerπ±π±π±π±