Bayi Dalam Bayang

Nama aku Nadia. Ketika kisah ini berlaku, aku sedang mengandung anak pertama waktu itu kandungan masuk bulan ketujuh. Aku dan suami baru sahaja berpindah ke rumah sewa di pinggir bandar, kawasan yang tenang dan rumah baru. Tapi sejak minggu pertama di situ, aku mula alami gangguan yang tak masuk akal.

Mimpi dan Bayangan

Setiap malam, aku mimpi seorang wanita berpakaian putih berdiri di hujung katil. Tangannya sentiasa memegang perutnya seolah-olah dia juga mengandung. Tapi wajahnya tak pernah aku nampak.

Mimpi tu berulang. Setiap malam. Dan setiap kali aku bangun… aku rasa bayi dalam perut aku bergerak luar biasa kuat, seolah-olah ada yang menyentuh dari luar.

Aku cuba abaikan. Tapi semakin lama, gangguan itu jadi nyata.

Tangisan dalam Dinding

Satu malam, waktu suami kerja shift malam, aku tidur sendirian. Sekitar pukul 2 pagi, aku terdengar suara bayi menangis sayup, seperti datang dari dalam dinding bilik tidur.

Aku sangka halusinasi. Tapi bila aku rapatkan telinga ke dinding…

Tangisan itu makin jelas.
Dan diselang-selikan dengan suara perempuan berbisik:
“Itu anak aku… bagi balik…”

Aku terkaku. Terus kunci pintu bilik dan baca doa apa yang terlintas di kepala. Malam itu aku tak tidur langsung.

Perempuan di Cermin

Malam-malam tertentu, bila aku lalu depan cermin panjang di ruang tamu, aku dapat rasa ada orang lalu di belakang.
Satu malam, aku betul-betul nampak dari sudut mata seorang perempuan sedang berdiri di belakang aku, matanya merah dan perutnya koyak berdarah.

Dia senyum, dan berkata:

“Anak kau bukan milik kau sorang.”

Aku jerit sekuat hati, dan pengsan di situ.

Bantuan dan Pendedahan

Kami akhirnya panggil seorang ustaz. Rumah kami diperiksa. Di belakang almari bilik bayi, ada satu bekas tanah hitam dan cebisan kain kafan lama.

Ustaz kata, tempat itu pernah jadi lokasi orang membuang janin secara ghaib. Dan salah satu roh yang tak tenang, kini “melekat” dengan aku sebab aku mengandung, dan bayi dalam rahim aku seolah-olah menggantikan anaknya yang hilang.

Selepas sesi rawatan, alhamdulillah gangguan makin berkurang dan lama kelamaan gangguan tersebut hilang secara perlahan.

Tak lama selepas dari itu kami sekeluarga pun pindah ke tempat lain yang mana lebih selesa dan selamat.

Jangan terlepas cerita terbaru.

Akan terus dihantar ke email anda.

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.