Bayi Hilang, Rasuk & Berubat

Assalamualaikum. Nama aku Nurul. Berumur 27 tahun dan masih belum berkahwin. Serius sedih bila orang asyik tanya bila aku nak kahwin. Aku nak ceritakan tentang pengalaman hidup aku dan berharap sangat tak ada yang kenal aku. Maaflah kalau cerita ni tak best. Apa yang penting, ini kisah benar yang pernah aku lalui.

PENGALAMAN 1 : BAYI HILANG
Masa ni umur aku 11tahun kalau tak silap. Kami sekeluarga tinggal di quarters kerajaan. Masa tu aku ada 3 orang adik beradik, dan aku anak yang sulung. Tahun tu kami dapat khabar gembira yang mak mengandung. Kami adik beradik excited sangat masa tu. Yelah kan, dapat adik baru. Mula-mula semuanya berjalan lancar, sehinggalah pada suatu hari tu.

Mak mimpi ada 2 orang datang jumpa mak. Lelaki dan perempuan tua. Tapi bukan yang jenis bongkok tu. Mak cakap diorang pakai baju warna putih. Muka bersih, bau wangi je. Diorang cakap, akan sampai masanya nanti diorang nak ambil baby dalam kandungan mak tu. Mula-mula mak anggap perkara tu cuma mainan tidur je. Tapi bila dah setiap hari diorang datang dalam mimpi, mak jadi takut. Bila malam tiba je, mak takut nak tidur. Setiap malam diorang bagitahu mak, diorang nak jugak baby tu. Mak cerita kat ayah, tapi ayah tak percaya.

Sehinggalah pada satu malam, mak mimpi tumpah darah. Mak cakap dalam mimpi tu, darah keluar banyak sangat. Penuh darah atas katil. Masa ni mak dah mengandung 5 bulan lebih. Esok pagi tu mak bangun tidur macam biasa. Mak pelik sebab tiba-tiba badan rasa ringan. Tapi mak abaikan je. Pagi tu mak ada appointment dengan doktor. Doktor check kandungan mak, aku tak tau lah macamana dia check kan. Tiba-tiba doktor tu pandang mak. Dia cakap “Eh! Kenapa ni?” Mak dah tak senang duduk. Dup dap dup dap tunggu apa doctor nak cakap. Doktor bawak mak pergi scan.

Lepas tu doktor cakap “Kandungan awak dah tak ada. Uri pun dah tak ada.” Terus mak meraung, menangis pegang buku pink tu. Mak macam tak percaya. Patut la pagi tu mak rasa perut mak kempis je. Patut la pagi tu rasa macam tak sedap hati.

Malam tu mak mimpi lelaki dan perempuan tua tu lagi. Diorang datang bawak baby. Baby lelaki. Dia tanya mak “Nak tengok anak tak?” mak cakap “Nak. Saya nak tengok” Diorang bagi mak pegang baby tu. Baby tu comel sangat. Kulit putih bersih. Bulat, comel. Mak susukan baby. Dah siap tu, baru mak teringat. Mak nak tunjuk kat ayah, mak kejut ayah “Bang. Bangun. Nak tengok anak tak?” Lepas tu tiba-tiba mak terjaga dari tidur. Bau dalam bilik masa tu wangi sangat. Sangat-sangat wangi. Sampai semua yang masuk bilik tu, memang boleh bau wangi tu.

Sampai sekarang, setiap tahun mak mesti mimpi anak tu. Dah besar dah dia. Mungkin 16tahun dah umurnya. Mak Cuma dapat mimpi setahun, sekali je. Mak kata mungkin masa harijadi dia. Mak cakap kulitnya putih. Badan tak gemuk tapi tembam. Bila mak jumpa dalam mimpi, dia senyum je kat mak. Mak pernah mimpi anak mak tu duduk tengah-tengah antara arwah atok dan arwah opah. Diorang senyum je pandang mak. Pernah jugak mak mimpi masa tu dia tengah main bola. Mak duduk kat kerusi, tengok je dia main. Bila dia pandang mak, dia senyum. Dia lambai tangan kat mak, panggil datang dekat.

Tapi bila dah nak sampai, mak terus terjaga dari tidur. Aku tak pernah lagi mimpi. Tapi aku cuba bayangkan, macamana keadaan dia kat sana. Jauh dari mak ayah. Kami adik beradik dapat jugak duduk sama-sama, gurau senda dengan mak ayah. Tapi dia tak dapat. Mesti dia sedih. Mak cakap,dia boleh nampak kita. Semoga kite berjumpa kat ‘sana’ ye adik…

PENGALAMAN 2 : RASUK
Yang ni, aku nak ceritakan pengalaman aku masa belajar dekat salah satu IPTS dekat Selangor. Aku ni jenis tak suka berkawan. Kawan aku pun tak ramai. Kalau berkawan dengan sorang, sorang tu je la yang aku rapat. Kejadian ni berlaku masa kami sem 2. Masa ni aku tinggal dekat hostel. 1 bilik 3 orang. Rooommate ni aku namakan Nana (bukan nama sebenar) dan Min (bukan nama sebenar). Satu hari, kawan dari bilik sebelah datang ajak kami jalan-jalan, makan kat luar. Nana & Min ni pergi, aku malas. So aku lepak bilik, baca novel.

Bukan study pun. Dah nak maghrib, roommate aku ni pun balik la. Kawan bilik sebelah ni pesan kat aku, tengok-tengokkan si Nana ni. Dia kata Nana ni lain macam perangai hari ni. Aku tengok dia biasa je. So,aku abaikan. Malam tu, tiba-tiba nana datang kat aku, mintak bedak ngan lipstick. Dia cakap nak makeup. Sekali dia pakai bedak tebal gile, dah macam apa dah aku tengok. Aku tanya “Kau dah kenapa pakai bedak macam tu?” Dia boleh jawab “Suka hati aku la. Aku nak cantik”.

Aku malas nak layan, aku pun tidur. Esok pagi bangun tidur, aku tengok Nana tak ada atas katil. Puas aku dengan Min cari, rupa-rupanya Nana dekat balkoni tempat kami sidai pakaian tu. Dia nak panjat palang tu, aku tanya “Kau ni kenapa?” Dia jawab “Aku nak panjat, aku boleh terbang. Kau nak tengok?” Dalam hati aku, lain macam je budak ni. Aku tarik tangan dia bawak masuk bilik. Masa aku tarik tu, dia boleh senyum je. Ikut aku masuk bilik.

Aku suruh Nana mandi,ajak dia pergi cafeteria. Elok je sampai café, dia boleh pergi kejar kucing pulak. Padahal sebelum ni dia penakut dengan kucing. Kalau kucing datang dekat dia, dekat situ jugak dia nangis. Masa beli makanan pun aku dah rasa pelik. Dia beli ikan keli,padahal dia paling tak suka makan ikan keli. Takpe, aku layankan je. Beli lah kau nak berapa ekor pun. Kitorang beli bungkus makan dalam bilik. Masa makan tu aku perhati je. Dia duduk bersimpuh tau. Tak pernah nampak dia makan duduk bersimpuh macam tu. Selama ni, bersila je. Dah siap makan tu, boleh pulak dia menari. Tarian apa pun aku tak tau.

Macam tarian inang tu pun ada. Lemah lembut je dia menari. Dah siap menari, dia duduk bersimpuh depan aku. Pandang aku senyum-senyum. Aku tanya dia “Kau nak apa?” dia jawab “Aku nak dia. Aku nak dia cantik macam aku.” Aku jawab balik “Kau tu tak cantik. Hodoh. Muka dah berkedut. Sedar lah diri tu dah tua!” Aku pun tak tau kenapa aku jawab macam tu. Sebenarnya saja nak sakitkan hati dia. Hehe. Pas tu dia jelling aku, dia jawab balik “ Aku cantik! Kau tu yang tak cantik!” Ok. Dia cakap aku tak cantik, aku malas nak layan.

Aku ajak Min bawak Nana pergi jumpa felo. Felo pun bawak Nana pergi berubat, tapi aku kena ikut sekali. Kena jaga si Nana ni. Aku tak tau dekat mana felo ni bawak. Ustaz ke bomoh pun aku tak tau. Tapi dia pakai songkok, ustaz la kot. Dah siap berubat Nana tu, ustaz tu tetiba pandang aku, cakap dekat aku macamni “Awak ni ada yang jaga. POLONG jaga awak” Hah sudah. Bila pulak aku ada polong ni? Polong tu pun aku tak tau bentuk dia macamna. Dia cakap, kalau ada yang sakitkan hati aku, orang tu mesti dapat balasan.

Dia cakap lagi, benda ni tak bagi aku kahwin. Kalau nak kahwin je, mesti tak jadi. Lepas tu dia boleh tau, adik aku yang bawah aku ni lelaki. Dia cakap dekat tangan adik aku ada tanda lahir besar. Eh!! Macamna dia tau ni? Dia cakap lagi, tanda lahir tu akan berubah jadi gelap kalau bulan mengambang. Adik aku ni pun ada orang jaga. Puteri. Kat situ aku dah pelik. Betul ke tak orang tua ni. Dia cakap, belah bapak aku ada saka harimau. Pulak dah. Aku ye kan aje. Malas nak layan. Tapi ada satu kejadian pelik ni jadi kat aku.

Ada sorang mamat ni sakitkan hati aku, ugut aku macam-macam. Sampai aku takut nak pergi kelas, takut nak pergi beli makan. Lepas tu, tiba-tiba kawan aku cakap mamat ni eksiden. Teruk. Langgar divider jalan masa kat highway.

Kejadian lain masa kat hostel, masa ni aku semester 1 dah pertengahan semester. Setiap pagi aku akan jumpa rambut kat penjuru meja. Rambut panjang. Panjang sangat. Rambut tu bukan sehelai je. Banyak tau. Selalu tu kalau aku nampak, aku buang je. Tapi satu hari tu, Min ni nampak rambut tu dia boleh membebel. Dia cakap “Siapa lah punya rambut ni. Bersepah-sepah.” Aku dengar tu,aku buat macam biasa je. Sebab aku dah selalu jumpa. Yang peliknya, kaitorang semua rambut pendek. Start dari hari Min tegur tu, bilik kitorang jadi panas membahang.

Bilik sentiasa bersepah. Dah kemas pun tetap bersepah. Lepas tu, ada sorang ni entah siapa pun aku tak kenal. Duduk bilik depan bilik kitorang ni. Dia cakap dia boleh nampak apa yang orang lain tak nampak. Dia jengah bilik kitorang, dia cakap dia nampak ada seorang perempuan. Rambut panjang sampai ke kaki. Pakai baju putih. Tengah duduk dalam bakul baju kitorang. Ok. Yang ni aku tergelak. Dah kenapa la pergi duduk dalam bakul tu. Bakul tu bukannya besar mana pun. Duduk la tempat lain yang luas sikit kan. Tapi malam tu, kitorang tak tidur pun dekat hostel. Kitorang bertiga tidur dekat masjid. Takut nak tidur hostel. Terbayang-bayang perempuan berbaju putih rambut panjang.

PENGALAMAN 3 : BERUBAT
Ni aku nak cerita tentang keluarga aku nak bawak aku pergi berubat. Aku pun tak tau nak berubat untuk apa. Nak kata ada something wrong, aku rasa biasa je. Mak aku kata perangai aku lain macam. Lepas aku cerita yang ustaz tu kata aku ada polong tu, lagi lah mak aku nak pergi ubatkan aku. Aku pun masa tu ikutkan aje. Tak ada rasa takut pun. Masa ni aku kat kampong. Sebelum pergi berubat tu, mak aku dah call orang ni, bagitau nak datang malam. Orang tu pun cakap ok, datanglah.

So, malam tu kami pun gerak dari rumah selepas maghrib. 6 orang pergi termasuk aku. Kitorang pergi naik van. Aku duduk sorang dekat belakang sekali. Bila dah sampai rumah orang tu, mk aku ketuk pintu, tak ada orang menyahut. Bapak aku hon banyak kali pun tak ada orang keluar. Diorang semua dah keluar dari van. Aku je malas nak keluar. Main phone lagi best. Mak aku call orang tu banyak kali tak ada yang angkat.

Dekat setengah jam jugak la tunggu. Lepas tu bapak aku ajak balik. Masa nak gerak balik tu, aku tak tau kenapa tiba-tiba aku senyum. Aku yang senyum, aku pulak yang seram. Dah kenapa? Tak lama tu, orang tu call mak aku. Dia cakap ada saudara meninggal. Tu yang dia tak ada dekat rumah. Esoknya pergi lagi. Kali ni pun dah call awal-awal inform. Malam tu datang, orang tu pun tak ada lagi dekat rumah. Ada abang dia je. Abang dia cakap orang tu pergi KL. Ada hal tak boleh nak elak. Sampai la kali ketiga kami datang pun, masih lagi ada halangan untuk berubat.

Masing-masing pelik. Kenapa jadi macam tu. Sampai sekarang aku tak ada pergi berubat pun. Sebab aku tak rasa aku sakit. Aku rasa biasa je.

Ok tu je yang mampu aku tulis. Tak seram pun ceritanya. Ni betul-betul berlaku. Aku tak tipu. Terpulang korang lah nak percaya atau tak. Terima kasih pada yang sudi baca. Doakan aku cepat dapat jodoh ye. Adik aku yang lelaki tu pun dah kahwin. Dah langkah bendul. Huhuhu.

ASSALAMUALAIKUM…..

Nurul

Leave a Reply

21 Comments on "Bayi Hilang, Rasuk & Berubat"

Notify of
avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Aty Umr

pendapat sy dari cara penulis ni tulis , mcm seorang yg kurang mesra .. n cik sendiri kata kurang sk berkawan kan .. cb cik ceriakan diri , enjoy life , banyakkan berkawan , lebih beramah mesra dgn family n rakan2 , klu kawan ajak keluar , keluar lah , happy2kan diri .. insyallah mesty life cik akan lbh happy n mana tau jodoh pun dtg ? 🙂

Nurul

masalahnya kawan-kawan saya semua duduk jauh. dekat kelantan,terengganu,kL. saya pulak duduk johor. huhu. lepas tu kat tempat kerja, saya sorang je dalam ofis ni. staf lain semua luar ofis. kalau keluar pun,selalu dengan mak je. sebab tak ada kawan yang nak ajak keluar..

Luffy

Johor dekat mana?

Nurul

errr..rahsia..hehe

angelnaura

Mane laa tau..kut u bleh fllow kwn2 u balik kmpung dieorang.. bleh kenal kwsan org pulak… n mne tau dapat jmpe pngakhirannya n jdoh kt sane..

bunian

kenapa nak berubat kat org tu ja..dah orang tu tak ada..pergi la tempat lain…kena la usaha..huhuhu~

Nurul

masa ni kat kampung. kitorang balik kampung sebab ayah dapat cuti 4 hari. sebab kat situ je yang tau ada tempat berubat.

aRuna

Banyak tempat untuk ikhtiar berubat,jangan sangka orang pakai songkok tu semua ustaz yea,semoga dipermudahkan segala kesulitan anda.Ikhtiarlah ke darussyifa

aRuna

Berubat xsemestinya tertumpu pada satu tempat je , ikhtiarlah ke darussyifa,insyaallah ada yang bantu, p/s xsemua orang yang bersongkok tu ustaz.Semoga segala urusan anda sekeluarga dipermudahkan dan dapat diselesaikan,Insyaallah

Nurul

insyaAllah.. terima kasih..

mak lampir

Mak lampir pun kawen lambat jugak. Umo 28 br kawen,jgn risau bab jodoh… Tu semua bkn urusan kita,cuma byk berdoa pd Allah,moga dpt jodoh yg baik.

Nurul

saya tak risau..tapi orang sekeliling yang risau sangat..huhu

z

Tapi kenapa ada kepelikan dlm cerita ko… X tahulah nk describe mcm mna.
Ka den ja rsa pelik

Nurul

pelik macamne tu?cuba explain..

Fieya

yg part last tu macam pelik. macam ada sesuatu yg menghalang awak dari berubat. bila awak senyum tu..macam bukan diri awak je..mungkin “dia”. yes..tak dapat halau dia. ni pendapat saya la

......

Apa yang ustaz songkok kaborkan tu mungkin memang ada benarnya. Diri saudari ada penjaga, iaitu polong. Ustaz songkok tu siap kabor lagi, benda ni tak bagi saudari kahwin. Kalau nak kahwin je, mesti tak jadi. Haa itu mungkin juga sebab sampai sekarang kenapa saudari tidak berkahwin walau sudah jejak umur 27 tahun. Tapi jangan risau, banyakkan ibadah. Hubungan dengan Allah kena jaga. Bawa bawa la diri berubat dengan cepat. Jodoh , maut semua di tangan Allah. Kita berusaha, selebihnya tawakal. Jangan dibiarkan lama lama yaa.

Rozzy

Penulis pergilah berubat ya..takkan nak biarkan sipolong tu terus terusan berdamping..rajin2mengaji dan zikir setiap hari..jika tidak penulis akan begini aje la sampai bila2..org yg tak ramai kawan..selalu bersendirian mmg jadi target jin/setan utk berdamping kecuali org tu sendiri ambik usaha dktkan diri dgn Allah..jin setan mmg larik dan gerun dgn org yg kuat ibadah..

Rozzy

Hal jodoh..mmg tak nafikan bila ada benda yg mendamping jodoh akn susah dekat..saya cita ni pengalaman sendiri ya..diikuti 2 jin yg ikut mana saya pergi..jodoh terhalang..tinggal pulak sorang diri tak ramai kwn..tp saya lawan dgn rajin ibadah2..alhamdulillah..sampai juga jodoh lps jin2 tu pergi..

aeen

semoga dipermudahkan segala urusan..:)

pelangi

Sama la.. saya pun umo 27 .. single lagi mcm awak .. pendiam.. tak ramai kawan .. jodoh pon lom ada lagi.. tapi keluarga saya ada bela.. salah satunya saya agak pemalu orngnya dan tak suka aktiviti luar boleh katakan saa kurang bersosial…. mngkin sbb tu la saya lom ada jodoh

anak ke 4

Dulu masa saya mengandung anak sulung saya mimpi dikelilingi oleh ramai orang.semua berjubah putih tak kira lelaki dan perempuan. Masa tu saya tidur atas katil dan mereka datang mengelilingi katil sambil berbisik-bisik..”eh cantik la anak dia..”lepas tu sok sek macam nak ambil anak kita pulak..
masa tu saya tak sedap hati dan dalam mimpi tu saya turut teringat ada bayi yang ghaib dalam kandungan.
secara tiba-tiba, saya rasa sangat marah, eh bayi orang, sukati nk amik pulak..
saya bangun dari katil dan tudingkan jari pada mereka, saya bacakan..Summum- bukmun ‘umyun fahum laa yarji-‘uun..err sebenarnya kalau tanya saya , saya pun tak tau macam mana ayat tu boleh terkeluar, ia cuma keluar secara spontan.
Mereka hilang tiba-tiba dan saya terjaga.
Tapi sebab saya jenis yang logic thinking, saya fikir just mainan tido dan sambung semula. tapi akhirnya anak yang lahir tu boleh nampak sesuatu dan akhirnya tertutup hijab selepas satu peristiwa.

wpDiscuz