#Bebayuh – Bunting Bungas Part 1

Assalamualaykum pembaca2 FS sekalian. Aku Ara berasal dari bumi kenyalang. Aku membesar dalam keluarga yang agak mistik dari keturunan sebelah emak. Orang Sarawak menggelarkan nya sebagai ‘bebayuh’, ertikata lain saka yang dituntut dan menurun. Banyak kelebihan dan kekurangan keturunan bebayuh ni. Tetapi dari segi agama, bebayuh adalah perbuatan syirik sewajibnya kita tahu ia adalah satu dosa yang sangat besar. Wallahua’lam. Bukan ini yang aku mahu ceritakan. Aku akan ceritakan pada episod yang lain nanti. Insya Allah.

Aku kongsikan pengalaman seramku semasa ‘bunting bungas’ (mengandung anak sulong) 7 tahun yang lalu. Sekitar kandunganku masuk 7 bulan, suami mengajak aku untuk tinggal dirumah mertuaku kerana emak mertua ku mahu menjagaku sehingga habis pantang nanti. Tibanya dirumah mertua hari sudah remang dan hujan gerimis pun turun. Aku terus duduk di beranda dan leka memerhati kawasan rumah mertuaku. Rumah mertuaku agak unik. Rumah 2 tingkat tinggalan pemerintah zaman Brooke masih utuh dan terletak ditengah2 bandar. Ruang bawah rumah dijadikan porch. Sebelah kanan rumah mertua ada sebuah rumah kosong separuh roboh dan usang yang telah lama tidak dihuni. Jaraknya dekat tak sampai 10m. Leka memerhati mataku terlihat ada susuk tubuh disebalik tingkap yang pecah dalam rumah tersebut. Dalam hati aku berfikir dia mungkin mat gian. Lantas lihat jam tangan sudah 650pm. Aku pantas masuk ke dalam rumah.

Seusai solat isyak, kami sekeluarga makan malam di ruang dapur. Meja makan pula menghadap tingkap dapur. Tingkap dapur pula jenis yang tolak ke luar tanpa gril menghadang. Emak mertua suka membuka tingkap dapur walapun sudah jauh malam. Melainkan mahu masuk tidur baru tingkap dapur ditutup. Alasannya senang angin malam masuk dan berasa dingin sejuknya. Kebetulan aku juga duduk meghadap tingkap tersebut dan terlihat juga dibahagian belakang rumah kosong. Sambil menyuap nasi ke mulut mataku tidak henti melihat rumah tersebut. Rumah tersebut seakan2 meminta aku untuk melihat ke dalamnya. Ketika aku mengambil lauk dan tatkala aku mendongak melihat rumah itu, susuk tubuh yang aku nampak senja tadi muncul kembali di tingkap ruang belakang rumah tersebut. Susuk tersebut hanya bayangan hitam yang ku nampak. Dari pandanganku dia juga sedang memerhatiku. Aku menyiku suami disebelah.

“bang, ada orang sebelah rumah yakah?”, tanyaku separuh berbisik. Suami mendongak seketika ke rumah tersebut dan hanya menggelengkan kepala.

Tapi susuk tersebut masih di situ tidak berganjak. Aku hanya berfikir yang mat gian itu sedang memerhati cara untuk memasuki rumah mertua. Kemudian susuk hitam tersebut secara perlahan2 menghilang. Seperti kabus berlalu ditiup angin. Sungguh aku berasa pelik. Pencahayaan disekitar rumah mertua dan rumah kosong tersebut agak cerah memandangkan lampu jalan banyak di sepanjang jalan. Maka susuk yang aku nampak sangat jelas. Aku diam dan hanya bersangka baik. Setelah selesai membantu emak mertua mengemas dapur, aku sambung duduk di meja dapur sambil minum kopi bersama emak mertua dan suami. Suami memang tidak dapat jauh dari bermain game dihandphone nya. Ayah mertua pula diruang tamu melihat siaran tv. Hujan turun semakin lebat, sesekali ternampak cahaya kilat menerangi langit malam. Seketika aku melirik mata untuk melihat lagi rumah tersebut untuk mencari susuk tersebut sebenarnya. Sikap ingin tahu, aku terus bertanyakan emak.

“mak, selalu kah dak penagih masuk rumah ya?”

“sekda lah. Bapak kau selalu juak ngabas mun sik nebas rumput. Sekda juak penagih berani nak masuk sia”. Terang emak mertua sambil menumbok sirih dan pinang dalam lesung.

“benarkah?dari petang tek kamek perati da orang dalam ya. Tengah makan tek pun ada juak nya berdiri rah penjan (tingkap) ya”, kataku dengan menunjuk salah satu tingkap dirumah kosong tersebut.

Dan tidak semena susuk hitam muncul disebalik tingkap itu seolah2 aku menyerunya kembali. Kali ini bukan aku sahaja yang melihatnya. Emak dan suami juga melihatnya. Secepat kilat emak mertua menutup tingkap dapur.

“man, bak ara masuk bilit. Terus baca kursi dengan 3 Qul. Mak lupak ara bunting bungas” kata emak sambil mengutip gelas masuk ke dalam sinki dan terus tutup suis lampu dapur. Aku dan suami terpinga2 dalam gelap sekejap kemudian suami tarik tanganku perlahan dan masuk ke bilik tidur kami.

Suami membaca ayat kursi dan 3 Qul terus dihembus ke ubun2 ku. Seketika ku rasa panas. Dan janinku secara tiba-tiba menendang kuat dalam perut. Aku rasa senak. Janin bergerak aktif membuat aku tidak selesa. Suami memujuk ku untuk tidur. Aku tidur juga walaupun perut tengah mengeras. Aku terbangun kerana terasa ingin membuang air. Dengan kandungan 7 bulan ini dan dengan suasana yang sejuk membuatkan aku kerap untuk membuang air. Aku melihat di sisi katil suami masih bermain PS2 dan lihat jam dinding baru pukul 1010pm. Aku bangun dan terus keluar bilik untuk ke tandas yang berada di tengah rumah bersebelahan ruang tamu yang sudah gelap menandakan ayah dan emak sudah tidur.

Ketika hendak memetik suis lampu ditepi pintu tandas, aku terasa tangan ku disentuh lembut. Aku cepat2 menarik tangan dan melihat sekeliling. Tidak semena aku melihat susuk yang sama ditengah ruang tamu. Jarak kami lebih kurang dalam 5m. Aah sudah!mat gian berjaya masuk ke rumah. Walaupun dalam kesamaran (dibantu cahaya lampu jalan diluar jalan) aku nampak dengan jelas susuk tersebut kerana dia lebih gelap dan seolah-olah bergerak berjalan ke arahku.

Aku kaku. Kakiku seakan melekat dilantai dan ketika itu juga janinku bergerak secara agresif di dalam perut. Aku hanya mampu memegang perut dan susuk tersebut bergerak perlahan2 ke arahku. Dan saat itu aku tahu itu bukan mat gian.

Dia semakin dekat. Aku nampak kepala nya berambut panjang mengerbang tapi masih tidak jelas rupanya. Aku hanya berimaginasi rupa mayanya dalam fikiranku dan itu membuat aku terus memejam mata dan cuba membaca beberapa surah. Ingin membaca Al Fatihah,sudahnya Iftitah yang dibaca. Dalam kekalutan dan ketakutan aku terasa pipiku diusap lembut seperti kain satin rasanya. Makin aku terasa ingin terkencing disitu juga. Janinku masih bergerak agresif dan membuat aku semakin kuat memeluk perutku memintanya untuk berhenti bergerak. Mataku masih terpejam erat.

“Allah!deng..apa polah kitak disitok?Ya Allah!” suami menarik tanganku.

Perlahan ku buka mata dan aku tersentak. Aku bukan dihadapan pintu tandas, tapi aku sudah di hujung tangga luar dapur. Kakiku terus lemah. Suami memapahku naik ke atas rumah dan terus bawakan aku duduk diruang tamu yang sudah cerah. Suami mengejutkan ayah dan emak mertua. Aku pula terdiam dan berfikir bagaimana aku boleh turun ke bawah rumah. Nasib hujan renyai sahaja, baju serta rambutku sedikit lembap. Jantung ku masih berdegup laju. Rasa hendak kencing hilang serta merta. Janinku tidak bergerak seagresif tadi. Emak memberi segelas air yang telah ditawar untuk memulihkan semangatku.

“Cam nei kitak tauk kamek di debah tek bang?kamek rasa tek kamek maseh kat depan jamban”, tanyaku setelah semangat ku pulih sedikit.

“abang nangga(lihat) kitak angkat dari katil tek. May be kitak nak ke jamban. Dah ya abang sambung main game. Entah cam nei abang rasa kitak lamak gilak lam jamban. Bingong juak. Check2 kat jamban kosong, nangga rah dapur lampu terang. Nangga gik pintu dapur terbukak. Nah, kitak hujung tangga ya deng” panjang suami menjelaskan keadaan sambil mengurut belakang badanku.

“sidak semandin (makhluk halus) ya uda nangga kitak ya ara” kata ayah mertua. Seketika dia membaca surah2 dan menghembus ke muka ku. Baru aku rasa tenang dan sedikit dingin.

“bunting bungas tok la suka sidak nak ngaco nak berteman lam si perut ya. Rumah ya pun uda lamak kosong. Uda jadi jadi rumah dak semandin” sambung emak mertuaku.

Aku terus diam dan mengusap perutku. Ayah dan emak mertua masuk ke bilik tidur untuk sambung tidur yang terusik. Kemudian baru aku terasa hendak membuang air. Lantas mengajak suami masuk sekali dalam tandas. Ketakutan ku masih ditahap maksima.

Aku ingatkan malam itu adalah malam terakhir aku diusik si semandin. Namun ia merupakan salam perkenalan darinya. Nantikan sambungan seterusnya jika diizinkan. Jazakallah.

20 thoughts on “#Bebayuh – Bunting Bungas Part 1”

  1. Dik..lain kali tulis bahasa melayunye skali ye…x bape paham bl spi dialog berbual tu..nak jugak tau ape yg korang bualkan

    Reply
  2. Susunan cerita Penulis sangat teratur dan jelas. Walaupun tak berapa nak faham part bahasa perbualan tu, tapi masih boleh diteka-teka dek org Semenanjung mcm saya ni ☺️ Mantap. More pleaseeeee

    Reply
  3. 1. “mak, selalu kah dak penagih masuk rumah ya?” (Mak,selalu ke penagih masuk rumah tu ?)

    2. “sekda lah. Bapak kau selalu juak ngabas mun sik nebas rumput. Sekda juak penagih berani nak masuk sia”. – (Takdelah,bapak kau slalu jenguk kalau tak pun menebas rumput.Takde penagih berani masuk situ)

    3. “benarkah?dari petang tek kamek perati da orang dalam ya. Tengah makan tek pun ada juak nya berdiri rah penjan (tingkap) ya” – (Betulke ? dari td sy tgk ada org dlm tu. Tgh mkn td pun ada jgak org tu bersiri kt tingkap)

    4. “Allah!deng..apa polah kitak disitok?Ya Allah!”- (Allah! syg buat apa kt sini ? Ya Allah)

    5. “Cam nei kitak tauk kamek di debah tek bang?kamek rasa tek kamek maseh kat depan jamban”- Macam mana awk tau sy kt bawah td ? sy rasa td sy masih kt depan bilik air)

    6. “abang nangga(lihat) kitak angkat dari katil tek. May be kitak nak ke jamban. Dah ya abang sambung main game. Entah cam nei abang rasa kitak lamak gilak lam jamban. Bingong juak. Check2 kat jamban kosong, nangga rah dapur lampu terang. Nangga gik pintu dapur terbukak. Nah, kitak hujung tangga ya deng” – ( abg tgk awk bgn dari katil td..Maybe awk nak ke bilik air..Lepastu abg sambung main game.Entah macam mana abg rasa awk lama sangat dlm bilik air,risau jugak..Cek dalam bilik air kosing,tgk kat dapur lampu terang pintu dapur terbuka.Lepastu tengok awk dah kat hujung tgga tu syg)

    #JustSharing terlebih rajin malam ni ✌?

    Copypaste

    Reply
  4. citer best..tp x faham bahasa tu..nasi ade yg baek hati tolong translate..haha..tp kalo bole buat la dlam bahasa melayu je..senang semua org faham.

    Reply
  5. kita mun baca crita bhasa dak org timur kita gik dapat nk paham.tpi mun dh make bhsa sarawak tok nang dirikpun jak paham.daknya rsa nenga bahsa philipine bagei haha. xpa2 next story pake jk bhsa srwk tpi engkah translation nya skali. netauk ada mok blaja sarawak nak. xsaba mok ngga sambungan bunting bungas.

    Reply
  6. adoi sakit pale aku nak pahamkan satu2 apa dialog dia.. tolonglah buat ayat bahasa melayu saja kalau tanak translate.. bukan semua orang paham dialek sana.. tqq nice story..

    Reply
  7. Best crita ktk..,mem..nang mena msa buntin bungs tok byk nok ska..kmk 3thun leps gia juak..p yalh..lom ndak da rezki msa ya alu guran smpey kinek lom ndak brisik bru..

    Reply

Leave a Comment