BELAAN JIRAN – SI NENEK TUA

Salam semua pembaca dan peminat FS. Dah lama rasanya tak mengarang cerita kat FS. Last cerita Iman yang FS published pada tahun 2020. 4 tahun yang lepas. Tak silap ada beberapa cerita Nur Iman dalam FS ni. Antaranya:

Hantu Kemolok – Februari 2018
Khamis Malam Jumaat – Februari 2018
Ayah Balik Ke? – Mei 2018
Bisikan Syaitan – Julai 2018
Makhluk Berbulu Bermata-mata – November 2018
Siapa Tu?? – Oktober 2020

Terima kasih banyak-banyak team FS. Ok Iman teruskan berkenaan cerita Iman kali ini. Cerita ni bukan tentang Iman tapi tentang anak Iman. Cukuplah Iman namakan dia Pia. Berumur 12 tahun. Anak Iman ni takdelah istimewa mana. Maksud Iman yang ada deria keenam ataupun boleh nampak makhluk-makhluk yang tak dapat dilihat oleh mata kasar ni. Cumanya kalau kalian ada baca cerita Iman bertajuk “Makhluk Berbulu Bermata-mata” mungkin akan faham serba sedikit tentang anak Iman ni dan sebab itulah kali pertama Iman dapat rasakan anak Iman ni ‘something’ kan.

Intro sedikit panjang sebab Iman nak pembaca faham sebelum Iman ceritakan cerita sebenarnya. Sebenarnya Iman dah berpindah ke rumah baru. Rumah ini adalah rumah 2 tingkat dan dibina di atas tanah pusaka yang diwasiatkan ke atas nama Iman. Alhamdulillah rumah tersebut sudah siap sepenuhnya pada bulan Februari 2024 yang lepas. Berdepan dengan rumah Iman ni adalah rumah emak Iman dan disebelah rumah emak Iman ni adalah rumah kakak saudara Iman. Sebelah kiri rumah Iman ni pula ialah rumah lama yang disewakan dan tuannya telah meninggal dunia beberapa puluh tahun yang lepas (rumah tersebut kini dibawah jagaan anak arwah) dan di sebelah kanan rumah Iman ni ialah rumah abang saudara Iman. Berdepan rumah emak Iman ada parking kereta. Kawasan perumahan Iman ni bukanlah kawasan bandar. Dia macam kawasan kampung tapi terletak di tengah bandar. Macam kat Kampung Baru tu. Macam tula suasana rumah Iman ni. Tapi bukanlah semuanya rumah papan. Mostly semua rumah batu. Ok faham kan?? Harap fahamla.

Nak dijadikan cerita, sebelum betul-betul masuk rumah baru kami ni, adalah Iman buat solat berjemaah dan bacaan Yaasin bersama ahli keluarga Iman. Tapi yelah rumah kosong lagi kan. Perabut semua takde lagi, so aura seram tu ada. Tambahan lagi, mengikut cerita orang dulu-dulu, tuan kepada jiran sebelah kiri iman yang meninggal ni ada membela dan belaan dia selalu merayap di sekitar rumah Iman ni kerana dah tak bertuan. Tempat hotspot dia adalah di kawasan pokok bunga belakang tandas rumah emak Iman. Kakak saudara Iman dan beberapa orang yang lalu belakang rumah emak Iman ni kerap kali ternampak makhluk hitam bermata merah atau terdengar tangisan perempuan merintih di belakang tandas rumah emak Iman ni. Ada yang berkata bahawa makhluk ni dia tak kacau orang. Lebih spesifik makhluk itu ialah nenek tua yang dah beratus tahun umurnya. Rupanya jangan cakaplah. Ada yang pernah ternampak. Katanya memang mengerikan. So far Iman dan emak Iman tak pernah nampak lagi la.

Disebabkan emak Iman tahu yang itu adalah hotspot si nenek tua tu, emak Iman pun pergilah tebang pokok bunga tersebut. Mungkin disebabkan itu, maka takdelah tempat berlindung si nenek tua tu lagi. Maka bermulalah cerita ini. Aku dalam cerita ni adalah anak Iman ya.

Kisah Si Pia

Satu hari tu aku plan bersama dengan beberapa orang kawanku nak sleep over dekat rumah baruku. So plan punya plan, hari Jumaat malam Sabtu pun tiba. Setakat pukul 10 malam, ada 4 orang kawanku telah datang. Cuma lagi seorang yang belum datang. Katanya dekat pukul 12 nanti baru dia datang sebab ada hal katanya. Rumah kawan aku pun dekat-dekat situ je. So takdelah parents diaorang risau sangat kalau nak sleep over rumah aku ni.

Sambil kami berempat berborak tu, tengok-tengok jam nak dekat pukul 12 malam. Datangla lagi sorang kawan kami ni. Masa buka pintu tu, aku ternampak ada kelibat nenek tua sedang berdiri separuh menegak di atas atap rumak nenekku. Macam mana aku tau nenek tua sebab posisi dia berdiri macam nenek tua berbongkok dengan rambut panjang mengerbang. Lama aku perhatikan. Dah kenapa nenek tu nak panjat atap malam-malam buta ni. Masa tu aku tak terfikir lagi hal-hal mistik ni. So aku tenung la nenek tua tu. Dan aku pun tanyakan kawan-kawanku samada diaorang pun nampak nenek tu. Diaorang pun mengiyakan dan cepat-cepat masuk rumah dan kunci pintu. Sebelah pintu tu ada tingkap. Masa kejadian aku lupa nak tutup langsir tingkap tu. Dari tempat kami duduk di ruang tamu rumah tu, boleh nampak terus kat luar rumah. Masa tu, aku ternampak pula nenek tua tu dah beralih tempat dan berada dalam posisi merangkak di atas parking kereta depan rumah nenek. Cuma kalini pandangan nenek tua tu memang tertumpu ke arah kami semua. Kami pun tenunglah nenek tu. Cepat-cepat kami tutup langsir. Kami pandang sesama sendiri. Ada yang dah menggeletar ketakutan. Nak hilangkan rasa takut tu kami berborak seperti biasa.

Dalam seronok berborak tu, aku tertengok ke arah tangga menuju ke tingkat atas. Kawasan tangga tu sedikit gelap sebab lampu tingkat atas tutup. Aku dapat lihat dengan jelas yang nenek tua tersebut sedang menuruni tangga tu dan menyeringai sambil melambai ke arah aku. Rupa nenek tua tu aku nampak dengan jelas. Menggerutu dan menakutkan. Matanya merah dan betuk tubuhnya serupa asap dan lepas tu hilang begitu saje. Apa lagi. Aku pun berlari masuk ke dalam bilik diikuti kawan-kawanku yang lain. Bila kawanku bertanya kenapa, aku kata “Esok aku cerita. Tidur dulu”.

Selepas kejadian malam tu, semua demam. Aku pun ceritakan kepada nenekku dan ibuku. Tapi bak kata nenek, mungkin tu salam perkenalan dari ‘dia’. Tula sape suruh tidur lambat. Maka aku pun berhuhuhu jela.

Kisah Iman

Ok Iman selitkan sikit cerita sisi Iman. Sejak anak Iman si Pia tu kena kacau, entah macam mana hati Iman ni terdetik nak berdepan dengan nenek tua tu. Bukan secara nyata tapi mungkin dalam mimpi. Lebih kurang hari-hari hati ni terdetik “aku nak jumpa si nenek tua tu”. Tak tahu kenapa. Jadi ada satu malam tu, kalau tak silap khamis malam jumaat, Iman tidur seperti biasa.

Nak dijadikan cerita Iman bermimpi. Dalam mimpi tu Iman tengah kemas rumah. Waktu tu waktu malam ya dalam mimpi tu. Tiba-tiba dari ekor mata Iman, Iman dapat rasakan ada ‘benda’ sedang melayang turun dari tangga rumah Iman tu. Bila Iman toleh je, Iman lihat nenek tua tu sedang menuruni tangga tu dan terus meluru ke arah Iman. Dalam mimpi tu Iman macam berkomunikasi dengan nenek tua tu. Iman tanya dia “kau nak ape sebenarnya??”. Nenek tua tu menjawab sambil marah-marah, macam menengking pun ada sambil jari telunjuknya menuding Iman. Sumpah Iman tak faham sepatah ayat pun dia kata tapi suara dia bingit sangat.

Kami pun bertikam lidah dalam beberapa saat. Last Iman ingat nenek tua tu cuba untuk capai pergelangan tangan Iman. Masa tu Iman tak boleh nak sebut atau baca sepatah ayat al-Quran pun tapi masa tu Iman ingat Iman ada menjerti “Ayatul Kursi!!!” tup-tup Iman terjaga dari tidur. Tengok jam pukul 3:30 pagi. Habis badan Iman berpeluh. Dada rasa berdebar-debar. Rasa penat betul badan masa tu. Kejadian dalam mimpi tu terasa betul-betul terjadi. Tapi takdela Iman pergi jenguk keluar bilik ke apa. Cuma lepas tu Iman baca ayatul kursi dan alhamdulillah Iman tidur seperti biasa.

Sejak hari kejadian, selain solat kami sekeluarga rajin mengaji di dalam rumah baru kami tu. Alhamdulillah, tiada lagi rasa aura seram dan gangguan yang kami dapat sehingga ke hari ini. Cuma Iman nak selitkan sedikit nasihat. Kalau kita rasa rumah kita ni ada something atau terasa ada ‘benda’ yang memerhatikan kita, actually ‘benda’ tu memang ada. Cuma kita je yang tak nampak. Maka rajin-rajinlah mengaji dan solat. Insha allah ‘benda’ tu akan rasa takut dan keluar dari rumah kita. Maaflah kalau cerita kali ini kurang seram ya. Assalamualaikum…

Nur Iman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 22 Average: 3.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.