Belaan Pak Engku

Hai semua. Jumpa lagi kali ni, tapi kali ni aku dah pakai nama lain. Previously aku yang tulis cerita ‘B***h Diri’ di https:/www.facebook.com/fiksyenshasha/posts/535893020086588.

Motif? Tak ada motif sangat, saja teringin. Hehehe

Previous post ada yang tanya, cerita B***h Diri tu ada sambungan ke tak. Maaf, cerita tu tak ada sambungan. Memang habis di situ sahaja.

Ada juga yang cakap macam tak percaya india mabuk todi yang doktor suruh jahit mayat. Anyway, aku sampaikan apa yang mak aku cerita. India tu pun macam cleaner ke pekerja am dekat hospital tu. And ada tambahan info lagi sadis dari mak aku bila aku maklumkan ada orang pertikai apa yang dia cerita kat aku. Mak aku cakap dulu doktor ambil statement je, yang p****g pon bukan doktor… haaaa camno tu…anyway ni maybe hiccup yang berlaku zaman-zaman early 70 la kot. Ada la tu loophole di mana-mana sampai ada ketidak telusan bekerja berlaku. Aku percaya SOP hospital dah lebih ketat since then and mereka dah lebih telus dan strict dalam prosedur harian mereka. And obviously yes, aku percaya apa mak aku cakap sebab belum pernah lagi mak aku menipu aku seumur hidup aku ni. Mak orang lain? Aku tak tau, Wallahualam.

Ada yang tanya Nora tu sepupu mak aku ke? Jawapannya ya. Yang b***h diri tu sepupu mak aku

Okey semua…so ni ada cerita baru. Hope korang enjoy the story ya.

Kali ni aku nak cerita pasal belaan seorang ahli keluarga kerabat yang tinggal bersebelahan lorong rumah arwah wan(nenek) aku.

Macam aku cerita dalam cerita lepas, kami ni duduk dekat tanah lot. Tanah tu pula jenis memanjang dari tepi jalan besar ke belakang membentuk seakan2 lorong lah senang cerita.

Sebelah lorong lot perumahan keluarga kami ni, ada rumah keluarga kerabat. Orang kampung panggil dia Pak Engku. Rumah Pak Engku ni besar tersergam kalau nak dibandingkan dengan rumah-rumah kayu yang ada dekat kampung tu. Memang dah namanya pun kerabat, jadi memang tergolong dalam golongan orang kaya la keluarga Pak Engku ni. Dia selalu pergi oversea sebab business.

Tapi, mengikut kata-kata orang kampung, Pak Engku ni ada belaan. Wan aku tak percaya dengan gosip-gosip liar orang kampung tu. Sebab Pak Engku pun baru berpindah ke kampung tu, jadi wan aku simpulkan yang orang-orang kampung cemburu dengan kekayaan Pak Engku.

Sampailah satu hari, nak dijadikan cerita, Mak Engku datang ke rumah wan aku.

‘ Ndot, kau teman Kak Engku malam ni dengan malam besok boleh? Abang Engku kau tak ada rumah. Dia pergi Singapore, berniaga.’

‘ Kalau teman Kak Engku waktu malam sahaja, bolehlah. Pagi saya tolong si Tipah meniaga.’

‘ Memang akak ajak kau datang malam. Bila pagi kau balik rumah lah. Nanti akak bagi kau upah ya.’

Wan aku mengangguk.

Tapi dia pelik, kenapa ajak teman tidur sampai dapat upah? Tapi disebabkan upah tu pon macam senang betul nak dapat, bak kata budak-budak sekarang senang buat duit, wan aku iyakan je.

Yelah, pergi malam borak-borak sikit lebih kurang lepas tu tidur. Cukup senang! Memang deal yang Mak Engku tu bagi is too good to be true. Kalau difikir logik, memang banyak yang boleh dipertikai. Tapi wan aku ignore je. Rezeki jangan ditolak!

So lepas solat maghrib, wan aku bergegas ke rumah Mak Engku. Jarak rumah wan aku dengan rumah Mak Engku bukannya jauh sangat. Langkah longkang kecil di belakang rumah dah sampai rumah Pak Engku.

Ini pertama kali wan aku masuk ke rumah tu. Selalunya wan aku berborak dekat luar rumah je dengan Mak Engku. Wan aku cakap hiasan dalam rumah tu grand sangat. Semuanya mewah dan mahal. Wan dijamu dengan makanan lazat oleh Mak Engku. Wan aku memang tak tolak rezeki. Habis dipulunnya semua. Yelah, masa anak-anak kecil dulu
, wan aku miskin. Kadang-kadang makan anak beranak pun kena catu. Belum lagi kira kalau malam wan aku tidurkan anak-anaknya awal sebab tak ada makanan. Anak- anak pon tidur la sambil meleleh air mata akibat lapar.

Eh! Tercerita benda lain. Hehe!!

Okeyh sambung semula. Wan aku cakap ada banyak sangat hidangan sampai dia ada rasa nak minta sikit dan hantar ke rumah bagi anak-anak, tapi dia malu. Tapi wan aku tengok Mak Engku ni tak makan sangat. Makan macam main-main, nasinya pun dikuis sikit-sikit sahaja. Tapi, Mak Engku banyak minum arak; tak pasti arak kategori apa sebab wan pun bukan kenal jenis-jenis arak, tapi dia tau itu arak. Wan aku kata banyak sangat Mak Engku minum sampai sudahnya Mak Engku mabuk dan terus tertidur.

Wan aku dah garu kepala. Tukang masak, dan orang gaji pula dah gerak balik rumah. Jadi tinggallah Wan aku dan Mak Engk berdua dalam rumah yang besar tu.

Wan memapah Mak Engku ke katilnya. Wan aku cakap, nasib Mak Engku ringan. Tak menjadi masalah sangat dia nak memapah Mak Engku tu.

Bila dah letak Mak Engku elok-elok, wan aku jadi jammed, tak tau buat apa. Nak tidur mata belum mengantuk. Selalunya kalau dekat rumah, masa-masa macam ni tengah sibuk lagi layan anak-anak.

Jadinya wan aku pun decide nak rounding rumah. Rumah ni dua tingkat. Wan aku berada di atas di mana bilik-bilik tidur dan ruangan rehat ditempatkan.

Banyak barang-barang yang wan aku belek-belek, macam window shopping di IKEA la gamaknya.

Dah puas rounding di tingkat atas, wan decide nak jalan-jalan ditingkat bawah pulak. Tapi langkah kaki wan terhenti.

Pelik menguasai diri apabila dia mendengar daun pintu terkuak dan ditutup. Perlahan bunyinya.

Mak Engku dan Pak Engku tidak mempunyai anak. Semua pembantu telah pulang ke rumah. Siapa pula yang masuk ke rumah?

Ketika ini ada sedikit gementar di dada wan.

Entah-entah perompak?

‘Koff koff’

Wan tersentak lagi apabila mendengar batuk kecil tersebut. Yakinlah dia yang masuk tadi ialah Pak Engku.

‘Eh, awal pula Abang Engku ni balik rumah. Kak Engku cakap lusa baru balik. Baik aku balik rumah kalau macam ni.’

Lantas wan meneruskan langkah ke bilik tidur Mak Engku.

‘Kak Engku…Kak Engku! Saya balik dulu ya. Abang Engku pun dah balik tu’

‘Hurmmmm’

Mak Engku membuka matanya. Dia merenung wan aku dalam-dalam.

‘Jangan tinggalkan aku Ndot. Kau salah dengar agaknya. Abang kau belum balik lagi. Tidurlah, kalau kau bosan dekat bilik rehat ada banyak buku kau boleh baca.’

Mak Engku kemudiannya menyambung tidur. Wan hanya mampu terkebil-kebil memandang kelakuan Mak Engku.

‘Eh, tak boleh jadi ni. Aku mesti periksa bunyi apa yang aku dengar tadi. Aku yakin sangat aku tak silap dengar.’

Ya betul! Agak klise bukan tindakan wan aku time tu? Sepatutnya dia terus je sahut pelawaan tidur Mak Engku. Tapi jahat pulak otaknya tak nak sehaluan dengan kehendak.

Wan mencapai tongkat Pak Engku. Ya Pak Engku jalan menggunakan tongkat. Tapi wan aku cakap bukanlah sebab Pak Engku uzur, tapi lebih kepada dia menjadikan tongkat tersebut sebagai senjata.

Terhendap – hendap wan menenjet tanpa sebarang sebab jelas. Mungkin dia takut lantai berbunyi. Sesampainya wan di tepi tangga, dia tunduk sebentar untuk melindungkan diri. Takut juga kalau perompak ternampak kelibat dia. Wan mencari kekuatan untuk meneruskan perjalanan turun tangga ke arah bawah seraya masih lagi berlindung.

Sebaik wan menoleh untuk turun tangga. Serta merta matanya menjadi buntang, jantungnya laju, tubuhnya menggeletar. Kini di hadapan wan terdapat sesusuk tubuh persis Pak Engku.

Susuk tersebut duduk di anak tangga yang tengah, sambil membelakang kan wan.

Kedengaran susuk tersebut hanya menderam-deram kecil.

Ketika ini, wan dapat rasakan jantungnya bagai hendak pecah. Kakinya ibarat terpasak ke lantai, lansung tak boleh bergerak.

‘Kau nak pergi mana Ndot?’

Sergah kelibat tersebut, masih dalam keadaan membelakangi wan.

‘Trrrrr..trrrr’

Wan cuba untuk menjawap. Tetapi suaranya tersekat. Jangankan bersuara, baca ayat kursi di dalam hati pon kelaut bacaannya.

‘Ahahahahahaha!!!’

Garau dan kasar bunyi gelak tersebut. Kau pernah tengok cerita little mermaid? Kalau kau pernah tengok, mesti kau kenal Ursula, octopus yang jahat tu. Mesti kau tau mcm mana garau suara dia bila gelak. Bak kata wan aku, seakan-akan begitulah bunyinya.

Peluh wan sudah membasahi baju. Air mata laju mengalir di pipi. Tongkat yang dipegang tadi dah lama terlepas dari tangan entah ke mana.

‘Jaga bini aku!!! Kalau kau lari keluar dari rumah ni malam ni. Kau akan menyesal’

‘Bbbbbaikk..’

Hanya itu yang mampu wan jawap.

Kelibat itu kemudiannya berdiri. Memang persis Pak Engku gayanya. Dengan berbaju pagoda putih dan berkain pelikat. Di pinggang pula terlilit tali pinggang hijau yang orang selalu bawak pergi umrah / haji tu. Kelibat itu dengan perlahan-lahan turun ke ruang bawah yang gelap dan menghilang.

Wan masih terkaku di situ. Dia masih cuba digest apa yang dah berlaku. Seketika, wan cuba perbetulkan nafasnya yang agak laju.

Benarlah kata-kata orang kini, yang Pak Engku memang ada belaan. Kalau mengikut kata orang tua-tua, belaan yang menyerupai ni namanya hantu raya.

Baru wan dapat significance punca Mak Engku sendawa air kencing setan malam tu. Dia nak total collapse supaya dia tak sedar gangguan-gangguan dari belaan suami sendiri.

Yang majalnya, wan aku lah malam tu. Tokono bak kata orang Negeri Sembilan. Wan bergerak perlahan-lahan dari tangga tersebut ke bilik Mak Engku.

Langkahnya terhenti apabila dia terdengar seperti suara orang bercakap-cakap dari sebalik pintu. Teragak-agak wan memulas tombol pintu tersebut.

Sunyi.

Mak Engku masih tidur dalam keadaan yang wan tinggalkan tadi. Wan duduk di hujung katil sambil meraup mukanya berkali-kali. Dia tidak pasti dengan apa yang telah dilaluinya sebentar tadi. Adakah dia berhalusinasi?

Wan segera ke bilik air mengambil wudhu bila teringat yang dia masih belum mengerjakan solat isya’.

Mujur wan bawa sekali telekung, kerana dia pon tak tau mana letaknya telekung dan kain sejadah di rumah Mak Engku.

Takbir pertama wan telah diganggu dengan bau yang kurang enak. Macam bau bangkai. Bau tersebut bersilih ganti dengan bau pacai.

Kalau dah segala macam bau keluar, memang tak boleh lansung lah nak fokus solat. Lansung tak khusyu’.

Hingga ke sujud yang terakhir, apabila wan meletakkan kepala ke atas lapik kain yang dibuat ganti sejadah, wan terasa kepalanya dipijak dari belakang. Jelas kedengaran bunyi mendengus dan berkeruh umpama bunyi kerbau lagaknya.

Wan cuba melawan tujahan yang dirasakan bagai ditujah dengan kaki, namun tak berdaya. Semakin kuat wan melawan, semakin kuat kaki tersebut menekan kepala wan. Diselang seli kan dengan bunyi ketawa kasar yang sangat menyeramkan.

Air mata wan kini laju menuruni pipi. Memang solatnya lansung tidak khusyu. Bermacam surah dan doa dibaca di dalam hati namun sia-sia.

Melalui cerita wan, tangannya terasa begitu sakit dek kerana menampung tekanan di kepalanya sendiri kerana dia masih dalam keadaan sujud ketika itu. Urat leher juga mula menegang dan kejang.

Akhirnya wan mempunyai kekuatan untuk bersuara:

‘Allahuakbar!!!!!’

Pekik wan. Terus dihentikan solat walaupun yang tinggal cuma tahiyat akhir. Wan menggigil. Jantungnya terpam dengan sangat laju.

Wan memanjat katil cuba untuk melelapkan mata. Entah bila wan tertidur tetapi yang pastinya malam tersebut terasa sangat panjang. Dia ditemani dengan bunyi nafas yang kuat, bunyi berkeruh dan menderam yang silih berganti.

‘Ndot…..Ndot!!! Tolong aku Ndot!!’

Wan terjaga dari tidur.

‘Malapetaka apa lagi yang nak datang ni!!’

Gumam wan di dalam hati.

Kelihatan Mak Engku menangis tersedu-sedu.

Wan kerling jam di dinding. Pukul 3 pagi!! Hatinya dipagut rasa gusar dan takut.

‘Kenapa Kak Engku?’

‘Tolong keluarkan Abang Engku kau!!’

Gulp!!

‘Keluarkan dari mana? Kan Kak Engku kata Abang Engku belum balik? Masih ada di Singapore?’

‘Huhuhu…Abang kau kena kurung dalam almari Ndot, tolong aku keluarkan Abang kau tu!’

Wan terasa seram sejuk. Kepalanya terasa kembang dan bulu romanya terasa meriding.
Mak Engku masih merepek-repek benda yang tak pasti. Tak berbutir setiap patah yang dikeluarkan.

‘Mak Engku, kita tidur ya..saya rasa Mak Eng..’

Tok tok tok!

Belum sempat wan menghabiskan kata-katanya, terdengar bunyi ketukan dari dalam almari.

‘ Haaa..tu abang kau Ndot! Kan aku dah kata dia kena sorok dalam almari.’

Kini Mak Engku tersengih-sengih, sesekali kepalanya bergoyang ke kiri dan kanan. Kadang-kadang terangguk-angguk ke depan.

Wan bertambah seram.

Dalam keseraman yang tak bertepi, di gagahi juga bangun untuk memeriksa almari tersebut. Sambil berjalan menuju ke almari, wan mencapai tongkat Pak Engku untuk dijadikan senjata.

Semakin hampir Wan ke almari tersebut, semakin galak bunyi ketukan yang terdengar. Bukan main galak lagi ‘dia’ di dalam tu bergendang.

Krakkkkk..

Pintu almari dikuak oleh wan. Wan cakap masa dia kuak pintu ni dia pejam mata. Then, dia buka sikit-sikit mata dia. Katanya kalau ada setan pon tak lah terkejut sangat.

Kosong. Hanya terdapat pakaian-pakaian yang berlipat dan tergantung.

‘Tengok Kak Eng..’

Wan terduduk.

Apabila dia berpusing ingin memanggil Mak Engku. Terlihat di belakangnya, Mak Engku masih duduk di atas katil seperti tadi.

Cuma kali ni jelas kelihatan ‘Pak Engku’ berdiri di belakang Mak Engku. Tingginya, hampir mencecah siling bilik tersebut.

Wan aku berharap sangat-sangat masa tu dia pengsan je. Tapi tulah, lain diharap, lain pulak yang jadi. Makin buntang pulak biji matanya menatap sang setan.

Wan dah totally cannot go. Dia cuba mengimbangi badan. Lutut memang terasa lembik, kaki menggeletar. Agak payah dia memaksa diri utk bangun.

Setan tadi? Hanya merenung wan sambil senyum sinis. Matanya merah menyala. Mukanya penuh rasa benci. Sesekali kedengaran makhluk tersebut mendengus-dengus.

Wan terbayang wajah anak-anak satu persatu. Wan cuba memusatkan fikiran memikirkan keagungan Allah dan dalam diam dia berdoa supaya Allah menghantarkan pertolongan.

Sedikit kekuatan terasa apabila hati dan mindanya mula memusatkan kepada semua kebesaran Allah dan mengagungkan Allah. Wan tidak sesekali mengalihkan pandangannya dari makhluk tersebut supaya dia tahu di mana kedudukannya.

Setelah mendapat kekuatan, wan bertakbir sekuat-kuatnya dan lari meninggalkan rumah Mak Engku.

Kesian Wan, semasa berlari turun tangga wan tergolek ke bawah, katanya terasa seperti diterajang dari arah belakang. Sakitnya bukan kepalang.

Wan tak mampu berdiri, mungkin ada urat yang telah bengkak. Maklumlah, tangga rumah Pak Engku tinggi. Bayangkanlah tergolek dari atas sampai ke bawah.

Wan mengengsot ke arah pintu, mulutnya tak berhenti menyebut Allahuakbar. Sesampainya di pintu, sekali lagi wan cuba menggagahkan kaki untuk berdiri.

Sekali lagi rasa seperti diterajang dari belakang. Melekat wan di daun pintu.

Masa ni wan aku cakap air mata toksah cakap la laju macam mana dia turun. Menyesal pon dah tak guna masa tu. Dengan sakit badan, dengan ketakutan.

Wan berjaya buka semua selak-selak pintu. Nasib wan agak baik kerana orang gaji sempat bagi tau kat mana dia letak kunci rumah dan nasib baik lagi setan dalam rumah tu tak sorokkan kunci.

Dapat je buka kunci rumah wan terus lari ke rumah dia sendiri. Ingat kan tadi aku ada bagitau, yang memisahkan rumah wan dengan rumah Mak Engku cuma parit/longkang yang kecil.

Masa wan dapat keluar dari rumah tu, jelas wan terdengar suara Mak Engku menjerit terlolong-lolonh macam dalam kesakitan. Ada rasa macam nak patah balik tapi wan aku cakap dia bulatkan hati. The escape must be succeed!

Sampai di muka pintu rumahnya, memekik-mekik wan cuba mengejutkan atuk. Nasib anak sulung (mak long aku) jenis senang terjaga.

‘Eh mak, kenapa ni?’

Lekas-lekas wan masuk ke rumah dan tidur di samping mak long.

Wan cakap mak long pun tak tanya banyak sebab macam dah boleh agak apa yang dah jadi kat wan.

Wan dan mak long memang tak boleh tidur, sebab jelas kedengaran dari luar rumah bunyi seolah-olah ada yang mencakar papan rumah tersebut.

Gangguan hilang apabila azan subuh kedengaran dari surau berhampiran.

Esoknya, wan pergi menjenguk-jenguk di luar rumah Mak Engku. Niatnya ingin memohon maaf.

Yelah, dah la dia lari tinggalkan Mak Engku, pintu semua dia tinggal bongkang macam tu je.

‘Kak Kiah’

Wan memanggil tukang masak Mak Engku. Nampak gaya baru balik pasar.

”Eh, Ndot. Awal kau balik rumah. Tak tunggu sarapan? Kau tunggu ye akak ada buatkan sarapan lebih. Bawa balik kasi anak-anak kau makan.’

Wan confuse.

‘Kak Kiah, Kak Engku ada?’

‘Ada, kejap aku panggilkan ye’

Wan menunggu di luar rumah. Seriau dia untuk menjejakkan kaki lagi di rumah tersebut. Wan meraba belakangnya yang terasa sakit dan berdenyut-denyut.

‘Ha Ndot. Awal kau balik rumah. Tak sempat Kak Engku nak bagi upah kau.’

‘Err.. Kak Engku, saya minta maaf lari tinggalkan Kak Engku ‘

‘Lari?’

Mak Engku buat muka pelik.

‘Ooo kau lari balik rumah Subuh tadi ya? Tak apa, sebab aku pun memang dah lama x solat Ndot. Tapi aku nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab temankan aku malam tadi. Nah kau ambil lah upah kau’

RM 20.Masa tu RM20 tu dah besar nilai dia. Wan menggeleng kepala. Dia dapat mengagak yang mungkin Mak Engku tak sedar kejadian semalam. Pintu yang wan tinggal terbuka pula, mungkin ada yang menutupnya memandangkan rumah tersebut memamg ada yang ‘menjaga’.

Wan memulangkan duit upah tersebut.

‘Tak apalah Mak Engku. Lagipun saya tak boleh temankan Mak Engku malam ni. Badan rasa macam nak demam sebab saya terjatuh bilik air. Rasanya nak berehat di rumah sahaja malam ni.’

‘ Oh , kalau macam tu tak apa. Nanti aku suruh Kiah temankan aku. Tapi kau ambil la upah ni ya.’

Terketar-ketar tangan wan mengambil duit tersebut.

Setelah mengucapkan terima kasih, wan lekas-lekas beredar dari perkarangan rumah Mak Engku. Tu pun lepas dia ternampak, ada yang memerhatinya dengan mata merah menyala dari tingkap bilik di atas.

Dalam kepala wan terngiang-ngiang amaran si setan itu semalam.

‘Jaga bini aku!!! Kalau kau lari keluar dari rumah ni malam ni. Kau akan menyesal’

Wan terkedu!!

Burpppp!!!
~Kalongkeng~

P/s: kalau ramai request aku tulis sambungan, nanti aku buat ya. Kalau sendu je permintaan aku tak buat. Sebab kisah aftermath yang berlaku akibat tindakan wan aku tu boleh tahan panjang cerita dia. Kalau korang nak, aku cerita, kalau tak nak…it’s okeyh.

Tq baca cerita aku guys!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kalongkeng

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.8]

43 thoughts on “Belaan Pak Engku”

    • TO:ATIQA FARHANA RAHIMAN
      Cerita yang menarik dan menggerunkan!Kisah yang diceritakan boleh terbayang-bayang di dalam akal fikiran.Mungkin setelah baca cerita ini,ramai pembaca tidak dapat melelapkan mata pada waktu malam nanti ( rasanyalah. ).Ini bermakna cerita yang ditulis oleh Hana telah mencapai tahap keseraman yang maksimum!Tahniah!Kalau ada kelapangan,tulislah cerita lagi ya.

      Reply
  1. Best..aku suke cara ko menulis..ade selit2 lawak so cerita ni seronok dibaca..aku bagi ko 9/10..sila la tulis lg pengalaman wan ko tu..kipidap writer..

    Reply
  2. Mengada la nak kena org request dulu baru kau nak sambung. Kalau nak sambung, sambung je lah tak payah nak demand tunggu request bagai. Kau ingat kau diva ke. Dammerung yang cerita salu hot tu pun takde mengada cam kau

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.