Benda api, Tangan dan Hilang

#brunnette
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Setelah sekian lama menjadi pembaca senyap di Fiksyen Shasha, aku juga ingin berkongsikan kisah untuk dijadikan bahan bacaan di sini. Aku kenalkan diri sebagai Anne. Sebelum itu, aku ingin meminta maaf jika terdapat kekurangan dari segi penyampaian cerita andainya tahap keseramannya tidak mampu meremangkan anda. Aku hanyalah seorang budak yang baru menjejakkan kaki ke dunia penulisan bergenre seram.

Kisah ini telah lama berlaku, sekitar tahun 2006, mungkin. Aku tidak begitu ingat tahun berapa kerana ia sudah terlalu lama berlalu. Oleh itu, ingatanku terhadap cerita ini juga agak samar-samar tetapi ku kerahkan juga mindaku untuk mengimbas kembali kenanganku semasa di zaman kanak-kanak sambil menghadap skrin laptop dan ditemani secawan kopi untuk membasahkan tekak. Untuk pengetahuan pembaca, kisah ini terbahagi kepada tiga cerita berbeza.

CERITA 1

‘Aku’ di dalam cerita ini ialah ibu kepada Anne. Kejadian terjadi pada tahun 2006. Waktu itu, Anne masih lagi berada di bangku sekolah rendah dengan anak bongsu ku. Manakala anakku yang kedua dan ketiga di sekolah menengah. Yang sulung pula melanjutkan pelajaran di universiti. Sememangnya sebagai ibu, aku berperanan untuk meladeni hal anak-anak lebih-lebih lagi suamiku sibuk bekerja dan hanya pulang ke rumah pada hujung minggu. Tinggallah aku seorang di rumah.
Ketika itu, aktiviti pembinaan jambatan baru berhampiran rumah kami sedang dijalankan. Pekerja-pekerja yang akan membina jambatan itu pula semuanya ialah warga asing. Ada ketikanya apabila aku berbual dengan jiran-jiranku, mereka selalu menceritakan akan rasa tidak selesa terhadap pekerja-pekerja itu. Begitu juga aku, kerana aku dapat rasa ada antara pekerja itu seperti mempunyai magnet negatif. Hal ini kerana sejak kedatangan mereka pelbagai kejadian aneh terjadi. Pekerja-pekerja itu pula tinggal di kediaman yang disediakan sepanjang pembinaan jambatan itu.

Pada hari khamis, malam itu, aku belum tidur lagi. Melihatkan kesemua anak-anakku sudah lena, terus aku melangkah perlahan-lahan meninggalkan mereka dan menuju ke dapur. Suis lampu di dapur tidak ku hidupkan sebab cahaya lampu dari ruang tamu memancarkan sinarnya hingga ke bahagian dapur. Aku membancuh kopi, kerusi kutarik dan perlahan-lahan kopi dihirup. Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 1 pagi. Entah kenapa, aku berdiri dan kakiku melangkah menuju ke tingkap. Aku berdiri sambil bertongkat dagu di situ. Untuk pengetahuan, rumah kami ni tiangnya tinggi dan tingkap itu pula tidak mempunyai tingkap pintu.

Aku merenung jauh. Cahaya bulan semakin samar-samar, oleh itu di tempat aku berdiri itu agak malap. Tiba-tiba aku merasakan seperti ada cahaya yang berwarna merah yang bergerak secara perlahan-lahan semakin mendekati. Ia melintas di depan mataku.

“Astaghfirullahalazim!” Aku beristighfar perlahan. Walaupun waktu itu perasaan terkejut bercampur sedikit takut menguasai, aku masih mampu mengawal diri. Ku baca surah-surah yang patut dan melangkah pergi di samping berdoa semoga ‘benda’ itu tidak masuk ke dalam rumah. Masakan tidak kecut? Apabila sedang asyik termenung tiba-tiba muncul makhluk seakan-akan bebola yang diselaputi dengan api terbang melintas di depan mata. Perasaan aku waktu itu cuak juga, sebab apabila aku menceritakan kepada jiran, mereka kata makhluk api itu ialah penanggal cuma ia dalam bentuk lain. Entahkan apa? Yang pasti selepas kejadian itu, setiap malam aku sering terdengar sesuatu seperti ada berputar-putar di zink rumah kami. Bunyinya seperti ‘benda’ itu berpusing ligat sementelah bahagian bawahnya bergesel dengan zink.

Aku mengadu kepada suami akan hal itu apalagi apabila jiranku sendiri mengatakan yang dia pernah ternampak ada kepala manusia dengan tali perutnya terburai sedang berligar-ligar di atas zink rumah kami. Jiran kami juga turut memberi nasihat untuk meletakkan tangkai daun limau kapas yang berduri berserta paku kerana makhluk itu takut benda-benda tajam. Sebagai seorang mualaf, aku hanya menurutkan sahaja cara tradisional yang disarankan itu, di samping memohon kepada Allah semoga berada di bawah lindungannya. Suatu hari DK ada bertanyakan kepadaku perihal itu.

“Ma, kenapa setiap tengah malam zink rumah kita mesti ada bunyi srett srett ?” Pertanyaan yang polos keluar daripada Anne yang pada waktu itu berumur 8 tahun.

“Bunyi apa? Tak ada apalah. Itu bunyi angin” Aku menjawab tenang.

“Tapikan kawan-kawan cakap itu balan-balan, sebab sekarang musim balan-balan. Dorang juga ada cerita yang balan-balan tu sebenarnya pekerja perempuan yang tolong bina jambatan tu” Aku tersentak dengan mendengar cerita Anne. Serta merta ingatanku kembali melayang dengan perbualan bersama jiran-jiranku. Pada waktu petang itu jiran-jiranku ada datang ke rumah untuk berbual-bual. Tup tup terkeluar pula kisah dikatakan terdapat beberapa orang kampung yang pernah terserempak dengan seorang pekerja asing wanita. Di sekeliling lehernya terdapat kesan parut merah seolah ia dijahit. Walaupun wanita itu cuba selindung lehernya mengguna tuala putih yang kecil. Dia turut memakai kaca mata hitam untuk mengelakkan matanya dari dilihat orang ramai. Ohh patutlah. Memang pekerja asing tu agak ganjil kelakuannya, siap memakai tangkal.

Penduduk syak bahawa perempuan itulah penanggal yang menganggu ketenteraman orang kampung. Tetapi kemudian gangguan itu tidak lagi berlaku kerana pekerja untuk membina jambatan telah pun ditukar.

CERITA 2

Kisah ini terjadi kepada kawanku. “Aku” dalam cerita ke 2 ini ialah Azie, kawan kepada Anne. Pada waktu ini aku berumur 9 tahun. Disebabkan kampung kami ini terletak jauh dan agak tidak dikenali hahaha, jadi dapatlah ku katakan yang kampung ini agak terpencil. Kampung apa? Biarlah ia menjadi persoalan yaa.

Aku sedang duduk bersantai di ruang tamu ditemani dengan seekor kucing peliharaan keluaga kami, dua abangku dan adikku pula di dalam bilik manakala mak dan baba di dapur. Rumahku ini terletak di hujung kampung. Oleh itu bolehlah dikatakan rumah kami berdekatan dengan hutan tetapi masih terdapat jiran-jiran walaupun jarak rumah mereka agak jauh. Kepekatan malam semakin memuncak tatkala jam menginjak ke angka 10.

Papp! Semua lampu di rumah m**i. Keadaan di sekeliling juga menjadi gelap-gelita. Bukan di rumah kami, malah di rumah jiran-jiran juga tiada cahaya lampu dan pastinya satu kampung kini sedang bergelap. Aduh, black-out lagilah lah tu. Aku mengeluh perlahan. Telinga mendengar derap langkah kaki emak yang terkocoh-kocoh mencari lilin. Aku berdiri dan berhati-hati mengatur langkah kerana mataku tidak dapat melihat apa-apa melainkan hanya kegelapan.

Aku terus berjalan dan berjalan perlahan-lahan ke rak di tepi tingkap yang berdekatan tv untuk mengambil torchlight. Kucing peliharaan ku turut mengikut aku sambil mengesel-gesel kepalanya di kakiku. Setelah pasti di depanku ialah rak tanganku meraba-raba dalam kegelapan. Mula-mula di bahagian atas, tiada. Kemudian aku ke rak kedua, pun tiada. Seterusnya aku terus duduk mencangkung. Aku meraba lagi.

“Eh? Apa ni?” Perlahan sahaja suaraku. Aku dapat rasakan sesuatu yang dingin meresap ke telapak tanganku kerana jelas-jelas ‘sesuatu’ itu telah ku sentuh. Bentuknya seperti barang yang kita selalu sentuh. Kucing periharaanku pula asyik mengeow sahaja. Perlahan-lahan ku larikan tanganku dari ‘sesuatu’ itu. Walaupun keadaan pada masa itu masih gelap, mataku jelas melihat ‘sesuatu’ yang baru ku pegang itu kerana tahu ia bukan manusia. Ia berwarna putih dan pucat lesi, sangat sejuk sehingga kedinginan boleh disamakan dengan ais, kulitnya pula berkerut-kerut.

What the heck.. Ini tangan manusia! Hampir terjerit aku dan tertanya-tanya dari mana datangnya tangan manusia ini kerana setahuku keluargaku tidak menyimpan hiasan berupa bentuk tangan manusia di rumah ini. Aku mengambil kucingku yang berada di sebelahku lalu ku suakan kucingku kepada makhluk itu. Kucingku mengeow nyaring. Seolah terkejut, tangan manusia yang berkulit putih berkerut seribu itu terus lari berjalan menggunakan jarinya. Tangan itu cukup lima jari akan tetapi kehilangan anggota badannya yang lain. Baba ada tanya juga kenapa kucing kami asyik mengeow, dan aku ceritakan penemuan aku tadi. Baba kulihat raut mukanya berubah serius. Katanya dahulu kala pernah terjadi di kawasan kami itu ada mayat lelaki dijumpai tetapi tangannya telah hilang. Mungkin tangan tersebut adalah miliknya? Mungkin. Sebab kejadian di sebaliknya tidak dapat dirungkaikan.

Kini, aku telah meningkat dewasa dan kisah ini terkenang kembali di ingatan. Apabila aku fikir semula, kucing peliharaan ku asyik mengeow mungkin untuk memberi amaran dan menghalau tangan tanpa anggota badan itu untuk melindungi keluarga kami.

CERITA 3

Kejadian ni terjadi kepada diri penulis sendiri. Ketika ini aku berumur 10 tahun. Aku agak rapat dengan sepupuku yang bernama Hana, yang dua tahun lebih tua dari aku. Kami selalu meluahkan masa bersama untuk bermain lebih-lebih lagi perwatakan kami agak lincah dan nakal sedikit. Sehinggalah suatu hari kami mempunyai satu hobi baru, iaitu mengumpul tin-tin kosong dan besi buruk untuk dijual. Well, sebagai seorang kanak-kanak, menjual hasil mengumpul tin-tin kosong kemudian mendapat duit bayaran daripada tukang beli merupakan suatu keseronokan bagi seorang kanak-kanak yang sedang membesar. Lepas tu masuk dalam tabung, kadang-kadang ada jugak beli ais-krim. Selalu kami berlari ke jalan raya semata-mata untuk menahan lori si pakcik pembeli besi tu. Fuh kenangan. Haha

Ok berbalik kepada cerita, suatu hari Hana ada mengajak aku untuk pergi ke rumah terbiar yang sebelum ini merupakan rumah ustazah yang mengajar di sekolah agama kami. Tapi dia berpindah, dan rumah itu jadi tempat terbiar. Rumah terbiar itu hampir sahaja dengan tempat tinggal kami. Hanya perlu melintasi jalan raya lepas tu sampai. Tujuannya mengajak aku ke situ ialah untuk meneroka besi buruk yang terdapat di sana. Entah kenapa aku pun setuju sahaja. Pada awalnya hanya kami berdua tetapi macam mana entah dengan adik aku dan sepupu aku seorang lagi nama Deah ni ikut terjebak sekali.

Petang dalam jam 4.30 kami pun pergilah ke rumah terbiar tu tapi tak melalui jalan raya sebaliknya kami melalui bawah jambatan yang baru siap dibina tu. Di bawahnya sungai tapi ada satu bahagian yang agak tinggi so air sungai tak dapat naik lah. Di situ boleh jalan cuma jalan kena tundukkan kepala supaya tak terhantuk kepala di atasnya. Harap-harap faham lah ye haha. Hana kata lalu bawah jambatan tu lagi cepat sampai.

Sesampainya di kawasan terbiar tu, mulalah misi pencarian harta karun berupa besi untuk dijual. Boleh tahan banyak juga. Sampaikan langsung tak sedar masa tu semakin gelap. Jam dah bertukar angka jadi 5. Yang aku pelik adik aku dengan Deah ni tiba-tiba senyap pula, selalu hyperactive. Lepas dah selesai ‘misi’ kami tu, adik aku dengan Deah macam tak tahan sangat, kami pun decide untuk balik, lalu guna jalan yang sama sambil seret hasil carian yang kami dapat tadi.
Adik aku pula asyik senyap dari balik ke rumah terbiar tu sampailah waktu malam pun nak tak nak bila makan. Keesokkan harinya adik aku dengan Deah demam. Selidik punya selidik daripada diorang dua rupanya-rupanya budak berdua ni keteguran. Ternampak something di rumah terbiar tu. Kata mereka perempuan, rambut panjang mengurai, baju putih lusuh. Perempuan tu dari jauh perhatikan gerak laku kami. Walaupun hantu tu tak buat apa memanglah budak berdua tu shock kan. Lagi-lagi aku dan Hana bersikap selamba.

Tapi bagi aku dan Hana yang tak nampak perempuan tu, memang taklah nak percaya. Kami berdua masih pergi ke rumah terbiar yang semakin semak dengan lalang. Sampai ada satu tahap abang-abang aku, sepupu aku yang lain marah kami berdua sebab kat situ bahaya. Takut terjadi apa-apa sebab malang kan tak berbau.

Kena marah pun still pergi juga senyap-senyap tanpa pengetahuan diorang. Degil! Sampailah suatu hari tu, aku pergi ke rumah terbiar tu berseorang tanpa Hana teman, katanya tak dapat ikut serta. Aku pun tak faham kenapa haritu aku nak sangat ke situ walau tak ada yang akan teman. Seperti biasa aku pun lalu lah ikut bawah jambatan tapi aku stop dan terus duduk di bawah jambatan tu. Tak jadi nak pergi sana. Aku terus duduk ja di bawah jambatan tu, sekejap je nak buang bosan.

“Hoiiii!!!” Aku menjerit di situ. Buang bosan. Bergema suara aku. Aku terfikir juga pasal hantu yang adik aku dengan Deah tertengok tanpa sengaja tempoh hari. Dalam fikiran aku saja nak test cari hantu dengan duduk di bawah jambatan seberapa lama.

“Hoiiiii!!!!” Bergema. Suatu suara kot. Aku tersentak, masa tu dah cuak semacam. Dalam hati dah berdebar-debar. Suara siapa pula tu? Aku tak ada jerit hoi tadi. Sekali aje aku hoii kan.

“Hoiii?? Siapa tu?” Aku balas balik. Entah dari mana keberanian yang aku dapat sebab biasanya budak sebaya aku untuk terus cabut bila dah kena sergah oleh suara asing tiba-tiba. Bila fikir balik kenapalah aku terlalu berani masa tu. Sekarang dah besar panjang jadi penakut pula.

“Hoiiiiiii..Heeeeee..Mari sini” Tak lama lepas tu suara garau tadi bergema lagi disertakan dengan dengan hilaian seorang perempuan. Aku terus membuka langkah laju meninggalkan bawah jambatan tu. Berlari sambil kepala tertunduk-tunduk. Masa aku tunduk sempat mata aku memandang sipi-sipi, dan terjelmalah suatu lembaga hitam di tempat aku duduk tadi. Ciss! Dia di belakang aku dari tadi lagi rupanya. Patutlah suara kuat semacam.

Balik je aku ke rumah, mak aku dah bising-bising membebel. Katanya aku menghilang lama sangat sampaikan pakcik, berserta abang aku dan sepupu aku yang lain pakat nak pergi mencari aku. Aikk? Aku dah pelik dah, sebab aku rasa aku pergi tempat tu sekejap je.

“Kamu pegi mana tadi Anne?? Berjam-jam hilang. Dari waktu tengah hari lagi. Sekarang hari makin gelap. Pegi jalan pun tak reti bagitau kat mak?” Membebel dah mak aku.

“Mana ada lama, sekejap je. Tadi orang duduk-duduk dekat bawah jambatan tu. Tak lama pun sekejap je” Dahi aku berkerut-kerut. Memang betul pun sekejap. Aku masuk waktu tengah hari. Rasanya tak lebih dari 10 minit. Tapi aku pelik juga sebab bila aku keluar dari bawah jambatan tu, hari dah gelap tapi aku tak terfikir apa melainkan nak cepat balik rumah. Hairan pun ya, nampak jiran semua berkumpul.

Pak cik aku kata yang aku kena sorok hantu. Sebab itulah masa dorang pergi cari di bawah jambatan, bayang aku pun tak nampak. Dan aku pun baru tahu yang di kawasan jambatan tu pernah seorang pekerja asing yang membina jambatan dulu m**i dan ditanam di situ juga. Kaki pekerja tu terperosok masuk ke dalam tanah, akibatnya dia tak dapat diselamatkan, maka mayatnya terpaksa ditanam di situ. Kemalangan tu dirahsiakan dan hanya beberapa orang kampung yang saksi kejadian tu yang tahu. Mungkin rohnya tak tenteram? Kata orang-orang tua, jambatan tu kukuh kerana kepala pekerja asing tu jadi korban. Mereka juga kata bahawa sepanjang pembinaan jambatan tu, ada antara pekerja warga asing tu menculik kanak-kanak untuk d*******l kepalanya untuk diletak di bawah jambatan supaya jambatan tu terus utuh. Wallahu’alam.

Sekian, Anne.

brunnette

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Benda api, Tangan dan Hilang”

  1. Kesimpulannya…berani x bertempat…degil. org da tegur..dah marah still nk pergi. Kalo jd sesuatu kat diri kan da menyusahkan ramai org. Mesti penulis akan guna alasan masa tu bdk lg..tak boleh nk fikir panjang…

    Ayo sis, sy pon pernah jd bdk…sy pon pernah sebaya dgn sis…sy juga nakal dan degil mcm bdk2 yg seumur dan sebaya..tp sy masih boleh fikir kalo org da tegur dan marah tu maksudnya jangan di buat…

    Kalo sy la keluarga sis, and happen something is happen to you. Mmg aku buat bodo je…berani sgt..degil sgt..rasakan…

    Sorry bkn emo, cuma bila sy membaca kebykkn kes semua berpunca salah sendiri yg degil dan acah2 berani…endup menyusahkan org..menyusahkan family…harap2 anak sis ikut la jejak sis ye..biar sis tau sendiri perasan ibu sis waktu tu…

    Reply
      • setuju ngan ko Efsi.. baca n chill2 sudah.. zaman budak2 mmg zaman yg x diduga nakal nya.. nak2 kalau dok di kg.. byk benda nak di exploxe..

        Reply
  2. dulu2 pon selalu dgr org cerite pasal letak kepale supaya jambatan tu utuh . tp tak tahu la kesahihannya .

    Reply
  3. Kebanyakan dulu2 org tua selalu marah main2 kt luar rumah lagi2 waktu maghrib dan cakap keling sabit akan culik kanak2 utk disumbat dalam jambatan utk kekalkan jambatan supaya tak runtuh. Kebanyakan kanak2 yang hilang memang tak dijumpai walaupun sekadar mayat.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.