Terima kasih admin sebab dah publishkan citer aku. Hihi. Thanks juga kepada siapa yang sudi baca dan share kisah aku. Hahaha. Komen2 tu aku ambil positif. Biasa la newbie kan memang salah tu banyak. Lagi pun aku ni bukan budak sastera. Okay. Seperti yang aku janjikan aku akan sambung balik citer ni. Lately agak busy dengan keje so takde masa nak update part 2. Kali ni penulisan aku pendek je. So jangan kecam sis eh. Hihi. Kali ni aku guna nama tapi nama samaran. Hahahah. Tapi part ni takde la seram just nak bagitau kesan dari ‘benda’ tu masuk badan aku je. Lepas baca ni korang boleh la nilai apa maksud aku tentang ‘ada hikmah benda tu masuk dalam badan aku’.
Korang mesti ada kawan or kenalan yang ada kelebihan tengok benda2 halus kan? Tapi lain pula dengan aku. Aku tak dapat nak tengok tapi boleh rasa benda2 tu. Okay straight to the point ye. Macam biasa bila hujung minggu dan takde apa2 aktiviti aku memang akan balik rumah akak. Waktu tu Iz(kawan akak) macam biasa balik keje lambat. Kalau sampai rumah akak je keje aku memang hadap tv je la sambil duk sembang2 dengan housemate akak yang lain. Dalam kul 10 lebih cam tu Iz pun balik keje. Kalau Iz balik memang akan masuk bilik dan rehat. Masa ni dia ada konflik sikit dengan adik dia. Aku pun buat tak tahu je la(malas nak sibuk2 hal orang).
Lebih kurang sejam lebih cam tu Iz pun keluar bilik terus baring depan tv. Katanya sakit kepala. Tak lama lepas tu dia pengsan kitorang ingat kan dia tidur. Ntah macam mana tetiba pengsan. Housemates akak termasuk aku dah risau dah time tu. kitorang pun try la kejut kan dia letak bawang semua kat dahi dan hidung suruh dia sedar. Lama juga la Iz nak sedar time tu. Bila dia sedar dia duk picit2 dahi dia. Tak lama tu badan dia tetiba lurus semacam dan mulut dia dah start senget(macam nak stroke tu). Aku tetiba panik dan kebetulan masa tu aku kat kaki dia. Orang pesan kalau ada orang cramp ke apa2 pun tapak kaki kena luruskan (tapak dan jari kaki menghadap ke atas bukan lurus ke depan). Aku pun buat je la apa yang aku tau. Kesian sangat tengok Iz masa tu. Kadang meracau sendiri. Tetiba goose bump aku naik. Aku mula rasa seram sejuk(pahal ni.. Adeh.. Harap2 takde apa2 la). Iz masih lagi dalam ‘dunia’ dia. Aku tetap setia jaga kaki dia kot2 dia lurus lagi.
Dalam keadaan senyap tu tetiba Iz bangun tapi mata still pejam. Akak tahu dah kalau Iz dalam keadaan cam ni mesti ada benda tak kena. Bagi aku benda ni baru lagi bagi aku jadi aku tak tahu nak respon apa. Aku perati je Iz dari jauh. Tak lama lepas tu Iz tanya ‘siapa duk pegang kaki dia tadi?’ aku pun gi la dekat dengan Iz(time ni nak tak nak je datang dekat.Takut weh). Part 1 hari tu aku ada citer sikit pasal Iz ni, dia memang ada ilmu2 sikit but she not bomoh. Masa aku dekat dengan Iz mata dia still pejam. Dia pegang tangan aku. Dia diam. Semua diam. Hanya bunyi kipas syiling masa ni. Tetiba Iz berdialog ntah dengan siapa. Semua diam seribu bahasa. Cara Iz cakap kali ni marah sangat. Dah la guna bahasa Iban memang sepatah haram kitorang tak paham tapi dari nada dia bercakap tu kitorang tau yang Iz tengah marah.
Family Iz bukan asal sarawak tu yang lagi buat kitorang terkejut. Tangan aku dah mula berpeluh. Goose bump aku pun tak reti2 nak turun(kejadah apa ni weh? Aku dah istighfar banyak2 dah sebab aku tahu aku lemah). Dalam Iz berbahasa Iban tu dia ada juga selit2 bahasa melayu dan apa yang kitorang dengar dengan jelas dia cakap ‘KAU JANGAN NAK MAIN2 DENGAN AKU SYAITAN!! KAU BUANG GAMBAR YANG KAU PAKU TU!! KALAU TAK DENGAN NAMA ALLAH AKU BAKAR KAU!! KAU INGAT AKU TAKUT DENGAN KAU?!!’ Aku dan akak saling berpandangan.
Masing2 terpaku. Tak lain tak bukan ni mesti kes family kami. Mesti ada orang yang bomoh2 kan keluarga kami tapi tak tau gambar siapa yang di paku. Tak lama lepas tu Iz pun pengsan lagi. Bila dia sedar dia cakap dia tak tahu apa2. Akak citer la dari mula sampai la dia pengsan. Iz pejam mata dan diam. Lepas tu dia cakap memang ada orang paku gambar ayah korang. What ?!!! Malam tu memang kitorang tak tidur lena duk pikir siapa yang ‘buat’ ayah. Dalam kul 5 cam tu baru mata aku terasa berat dan akhirnya aku hilang di dunia nyata.
Esok tu akak kol mak cakap ada orang ‘buat’ ayah. Orang tu guna bomoh Iban. Before semua ni jadi, Iz pernah pesan kat akak ada orang tak suka family kitorang sebab nampak senang. Bukan senang sebab harta ke apa. Kitorang memang tak kaya pun. Hidup biasa2 je. Makan pun cukup2. Sejak kitorang adik beradik dah keje ayah dah stop keje lagi pun akak yang suruh ayah behenti. Ayah dah tua. Tau ayah dah penat jaga kami kerah keringat hari2. Kami paham dan tak nak susahkan ayah. Sekarang pun mak niaga kecil2 je kat kampung tapi alhamdulillah yang kecil tu la rezeki. Tak pernah putus2 customer mak.
Tapi mungkin sebab bahagia. Orang yang buat keluarga kitorang tak boleh duk senang kalau tengok kitorang happy. Walau apa cara sekali pun dia mesti cari jalan even bertuhankan syaitan. Allah. Sedih rasa bila ada orang sikap cam ni. Memang dari awal kitorang satu family dah berjaga2 sebab Iz pesan cam tu kan. Bukan nak cakap Iz tu tahu apa yang akan berlaku in future dan dia pun selalu pesan kat kitorang jangan percaya apa dia cakap tapi beringat je. Kami paham dia tak nak kami percaya dia lebih dari percayakan Tuhan(lebih kurang macam menduakan la).
Lepas je ‘benda’ tu masuk dalam badan aku of couse la dah ada lubang kan. Ayah pula lately memang selalu sakit. Yang pelik ye kalau ayah sakit aku mesti rasa sama. Ayah sakit kat tangan, aku mesti rasa sakit kat tangan juga. Tak kira la kat mana pun. Maybe pertalian d***h tu kuat sangat kot. Ntah la. Sebelum ni tak pernah pun rasa cam ni. Tu je yang aku boleh conclude kan. Bila mak bawa ayah ke hospital or klinik jawapan sama yang akan diberi oleh pihak kesihatan ‘biasa la ni dah tua memang selalu sakit2 sendi’. Pihak hospital or klinik just bagi ubat tahan sakit dan ubat yang berkaitan dengan sakit ayah. Kadang aku rasa nak maki je pihak kesihatan ni tapi sabar je la dah itu tugas diorang. Tahap pengetahuan dorang pun terbatas. Aku cuma kesian kat mak. Mak orang yang paling tabah dalam melayan sakit ayah.
Pernah suatu hari tu ayah sakit bahu sampai drive pun guna sebelah tangan dah la guna keta manual. Hmm kesian ayah. Mak dan kak Yaa takda lesen. Aku pulak dengan kak Ann duk jauh dari dorang. Aku hanya mampu doa je semoga orang yang buat tu cepat2 taubat. Ayah sakit bahu tu nak dekat seminggu. Aku pun siap rasa lenguh sampai nak buat keje memang tak larat sebab main urat kan. Dah la keje aku mengadap PC je so siapa2 yang keje macam aku tu tau la azab dia(ingat hadap PC tak penat ke? ‘annoying face’). Mak siap bawa ayah berubat kampung ke hulu ke hilir. Alhamdulillah ayah sembuh.
Tak lama tu orang yang ‘buat’ ayah or should I call them ‘manusia bertopengkan syaitan?’ hantar benda lagi kat ayah. Kali ni dia ‘buat’ kat kaki ayah. Kesian ayah. Aku tahu sakit tu cam mna. Aku kol mak tanya ‘ayah sihat ke’ tak nak bagi tau yang aku sakit takut just perasaan aku je. Then bila mak cakap ayah sakit kaki, aku kat hati dah carut2 dah orang yang ‘buat’ ayah tu. Kalau aku jumpa siapa buat ayah ni memang aku cekik2 sampai m**i. Sakit dia sumpah sampai tak boleh nak angkat kaki. Apa yang buat aku sedih bila aku tanya ‘ayah dah makan belum’ ayah jawab ‘dah’. Bila phone pass kat mak aku tanya balik soalan sama. Mak cakap ayah taknak makan takut nak buang air besar susah. Allah. Sedih rasa. Mungkin apa yang aku rasa tak sehebat apa yang ayah rasa. Hmm.
Mak tetap tak putus asa cari ubat kampung cari orang pandai tapi bukan bomoh eh. Korang jangan nak judge sebab korang bukan kat tempat family aku. Lagi pun menduakan Allah adalah benda yang khurafat dan dilaknat. Aku pernah cakap kat mak suruh je pindah dari kawasan kampung kami tu sebab jiran2 situ memang hati busuk berulat dan bernanah. Tapi mak tetap dengan pendirian mak. Mak cakap orang macam ni walau kita kat mana pun dia tetap akan buat sebab dah memang perangai dia cam tu. Nampak tak? Mak memang tabah. And for sure I agreed apa yang mak cakap. Manusia kan mana nak kalah. Alhamdulillah berkat doa dan usaha mak, ayah sihat begitu juga aku.
As usually, orang tu tak puas hati lagi dengan apa yang dia usaha je mesti gagal. Kali ni dia main kasar sikit dengan family aku. Dan kali ni juga hati aku benar2 luluh hancur macam hancur ye gelas yang di hempas kat lantai dan aku tahu hati mak lagi hancur dari aku. Allah. Hanya nama Allah je aku sebut ulang2 dalam hati bila aku kol ayah. Masa kol tu aku tanya khabar sembang biasa2 je dengan ayah. Masa tu aku perasan juga yang ayah makin lama makin melalut. Cakap makin merapu. Tanya soalan pelik2. Sebenarnya orang yang ‘buat’ ayah tu nak buat mak gila sebab dia jeles tengok perniagaan mak makin maju. Tapi mungkin sebab hati mak suci sangat benda kotor susah nak masuk. Jadi orang tu bagi kat ayah.
Bila tanya mak, mak cakap ayah okay je tak nyanyuk pun. Ayah sihat je. Cuma banyak cakap. Lepas mak cakap cam tu aku baru teringat akan diri aku. Ye lately aku memang banyak bebel. Sikit2 nak marah ada benda je tak kena. Benda bersepah sikit aku nak marah. Sorry guys 🙁 Rupanya ayah tengah sakit. Orang tu main mental pulak. Sejak aku tahu tu aku cuba kawal perasaan aku. Banyak kan istighfar. Tak nak layan sangat perasaan aku tu. Ye tahu ayah kuat. Ayah boleh lawan benda tu semua. Tapi satu benda yang nampak sangat kat ayah masa membebel. Yess!! Ayah dari dulu memang cepat marah. Sikit2 membebel.
Tapi sejak akhir2 ni bebel dia lagi lama. Sampai boleh merapu. Benda yang dah berabad lama pun kadang dia cakap. Dia ungkit. Aku kesian kat ayah. Dia tak sedar dia sakit. Bila mak cakap ayah sakit, ayah tak percaya. Ayah cakap dia sihat. Sebab yang sakit bukan fizikal tapi dalaman. Allah. Sampai sekarang mak masih bawa ayah berubat. Aku harap ayah cepat sihat dan semoga orang yang ‘buat’ ayah tu segera bertaubat. Aku rasa orang tu ‘mental’.
Apa yang aku nak pesan kat sini satu je. Iri hati atau hasad dengki terhadap orang lain tu baik buang jauh2. Kalau orang tu senang mungkin sebab usaha dia. Dia usaha dari bawah. Mungkin juga rezeki dia. Apa yang positif kita ambil. Rezeki kita mungkin Allah bagi lambat sikit. Tak salah nak jeles dengan kejayaan orang lain tapi jangan sampai hidup bertuhankan syaitan dan duit. Ingat ajal maut semua di tangan Allah.
Hari ni kita buat salah tak sempat nak minta maaf terpaksa la merangkak kat padang masyar nanti. Sampai hari ni aku masih tertanya-tanya siapa yang tak pernah puas dengan ‘kerja’ dia kat family aku. Kalau orang tu ada baca article aku ni aku doakan dia cepat2 la berubah. Semoga Allah buka pintu hati dia untuk bertaubat.
Korang tolong doakan family aku semoga sentiasa dibawah lindungan-Nya. Akhir kata thanks admin dan pembaca setia cerita aku. Maaf kalau tak mencapai target suspen or keseraman korang. Tapi apa yang aku nak conclude kan kat sini aku bersyukus sangat. Mungkin hikmah ‘benda’ tu masuk dalam badan aku nak buat aku rasa betapa sakit ye apa yang ayah aku tanggung. Allah. Sungguh aku bersyukur dengan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Maaf lagi sekali kalau citer aku ni tak mencapai tahap yang korang ingin kan. Jangan kecam eh. Hihi. In shaa Allah aku akan share lagi kisah aku pada masa akan datang. Lots of love <3
Salam sayang dari insan yang bergelar HAMBA ALLAH 🙂
THE END !!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Kesian nyaa.. Semoga ayah sis cepat sembuh..bnyakkn berdoa dan mnta pertolongan dri Allah…?
Smga ayah sis cepat sembuh..cr la penawarnya..x pon klo tu rumah sewe cr la uma lain tp klo tu uma sdri terpulangla nak stay or cr uma lain…tu la manusia..ad je bende dia x puas hati padahal kita x kacau org pon
Semoga urusan sis n family d permudahkn..
N org tu mendapat balasan setimpal..
Alahaaiii…
Sedih plak kenangkan ayah saket memacam sbb dengki manusia…
Kot ar bile dok sihir org tu ko boleh bahagia, kaya raya berbaloi gak agknye…
Ini silap2 kang ko sdri jd hamba setan tu…
Semoga Allah balikkan hati die utk berubah dan bertaubat…
Aamiin…
“Kadang aku rasa nak maki je pihak kesihatan ni tapi sabar je la dah itu tugas diorang” …jgn marah diorg dik…diorg bknnyer tau sakit tu kena buatan org kan…kita yg tau ni kena usaha dengan izin Allah… Bersabar byk2 yer..jgn putus asa..actually abah akak pn penah kena jugak dulu…sama jugak..kitaorg tak kaya pn…yg akak tau 3 kali anta….last skali dia curah something kt atas tanah (area laluan abah slalu lalu)
semoga ayah awak, dan keluarga semuanya dalam keadaan seperti sedia kala.
btw;
1) “Mak tetap tak putus asa cari ubat kampung cari orang pandai tapi bukan bomoh eh. Korang jangan nak judge sebab korang bukan kat tempat family aku.”
– Apa ke sebabnya tiba2 you letak ayat nombor dua atas ni? memang ada kena mengena dengan cerita you ni tapi tiba2 kat situ… jadi tak melalut.
2) Penggunaan bahasa Inggeris – hmm.. tak guna pun tak apa, kalau nak guna pastikan ayatnya betul.
try jmpe ustaz2 kt darul shifaq…