Benda Tak Dikenali | Diganggu Si ‘Gula-gula’ | Kisah Seram Sintok Lagi

KISAH 1: BENDA TAK DIKENALI

Assalamualaikum, hai~ hari ni terasa na shere pengalaman seram…hehehe… nama aku Wafa ( bukan nama sebenar) benda ni jadi kat aku masa darjah 3 tak silap sekarang dah form 4.

Masa tu aku balik kampung, cuti sekolah tak silap. Alah biasa la budak2 mesti nak pergi taman petang2. Bila dah puas main tu da mahgrib meljema. Balik umh la na wat pe lagi an?

Benda ni jadi pada keesokan harinya. Seawal 7.00 pagi, aku kuar dengan adik aku nak pergi taman. Sebab aku na chop buaian, semalam tak dapat naik T.T masa tu dia gelap lagi,tapi dah cerah sikit…alah gelap2 cerah gitu??

Ok, masa tu aku main buaian aku menghadap gelongsor batu. Sapa yang tau gelongsor batu tu yang mana bagus la…yang tak tau tu, pandai2 la image sendiri. Kat gelongsor tu ada tiga lubang. Satu belah atas tengah2 dua belah bawah kiri kanan, mcm bentuk piramid.

Masa tengah syok main tu, aku nampak sesuatu kuar dari tanah melalui lubang bawah belah kiri. Mula2 aku pikir tu ranting, aku bia je la. Pastu aq tak sedap, aku perhati lagi. Sah! Memang sah! Tu Tangan!~

Aku pun tak paham, aku panggil adik aku, dia tengah syok main kat gelongsor tu. Dia pun masa tu umur berapa jha. AKu tanya dia “nampak apa2 tak kat sana?” DiA kata “Tak”.
Aku cuak sat. Pastu aku bia la dia main kat gelongsor tu. Aku usya lagi tangan. Nak luruh jantung ceq… tangan tu bergerak pulak!

Aku panggil adik aku, suh balik. Tapi aku tak tunggu dia xD. Tangan tu buat bentu peace kut tak silap. Lepas dari tu, tobat lahum ceq tak p mana2 taman dah. Tiap kali na balik dari kampung, kami kena lalu depan taman tu, memang dak la ceq na pandang. Bila pandang teringat peristiwa tu.

Haaa…kami tau cita kami tak seram mana. Bagi kami seram sebab masa tu baru darjah 3. Mana tau apa. Senarnya banyak lagi na cita, pasal terdenga sora cik ponti, ternampak antu gula2, terserempak dengan benda hitam. Tapi tu la, ada benda tak izinkan tulis sekarang. Nnti ada masa kami shere lagi. Assalamualaikum wbt~


KISAH 2 – DIGANGGU SI ‘GULA-GULA’

Assalamualaikum & salam sejahtera, kisah ni berlaku semasa aku berumur 9 tahun bersama adikku yang diserang asma di tengah malam.

Jam menunjukkan pukul 3 pagi,adik aku yang tidur di sebelah menggerak aku dalam keadaan asma untuk tidur di luar bilik. Aku membawa adik aku tidur di hadapan bilik ayah kerna senang untuk kejut ayah jika asmanya semakin teruk. Bilik kami tidak jauh cuma diselangi dengan ruang tengah rumah dan bilik ayah berada di dapur. Ketika asma adik mulai reda tiba-tiba pintu di dapur yg utama diketuk dengan kuat tanpa salam. Aku tanpa rasa takut (yela budak-budak) pergi la ke pintu nak lihat siapa datang pagi-pagi tapi ketukan tu hilang. Aku dan adik pun baring di dapur dan pintu depan pula di ketuk dengan kuat lagi,masa itu aku dan adik rasa lain macam dan asma adik semakin kuat. Aku jadi sangat takut hanya mampu memeluk adik dengan erat. Tak lama lepas tu bunyi tu hilang. Lega rasa hati.

Sedang mata nak tertutup disebabkan mengantuk dan asma adik semakin elok, semua pintu di rumah di ketuk dengan kuat dengan bunyi orang mengilai. Kami berlari menuju ke bilik namun pintu bilik kami tertutup dan terkunci. Kami berlari semula ke bilik ayah dan ketuk pintu dengan kuat berserta jeritan namun ayah tidak keluar. Aku dan adik menangis tanpa henti dengan ketukan dan ngilaiaan yg kuat.

Tiba-tiba pintu bilik ayah terbuka dan ketukan serta ngilaiaan yang kuat tadi terhenti. Kami berasa lega namun ada sesuatu yang menghalang aku untuk masuk ke bilik ayah. Aku dapat melihat dengan jelas di sebalik pintu ayah yang terbuka,ada seseorang sedang berdiri tegak. D***h aku berderau buat pertama kalinya apabila si “gula-gula” sedang berdiri di pintu. Aku akui yang aku memang takut kalau si “gula-gula” tambahan kalau ada orang meninggal aku takot bila masa orang dikapankan.

Tanpa berlengah aku terus memeluk adikku dan baring menutup mata dengan kuat hingga tertidur sehingga pagi. Mungkin sesetengah orang akan menganggap ini rekaan namun inilah kenyataan yg aku hadapi bersama adikku dimana hijab kami mulai terbuka sedikit mulai sedikit dgn kekuasaan Allah. Jika ada masa aku akan menceritakannya untuk semua mengetahui bahawa didalam dunia ini ad yang lain juga tinggal bersama kita wallahuallam – simatacoklat.


KISAH 3- KISAH SERAM SINTOK LAGI

Kisah 1
Masa pendaftaran pelajar baru di sebuah kolej kediaman (nama kolej dirahsiakan), seorang pelajar telah didaftar masuk kesebuah bilik dikolej tersebut. Masa Maghrib hari tersebut, ada pelajar perempuan masuk ke bilik tersebut. Kiranya roommate dia la. Dia bawa berbual tapi budak tersebut tak pernah nak jawab. Kekwat la orang cakap. Begitulah beberapa hari.

Budak ini keluar sebelum subuh dan akan balik lepas Maghrib. Bila ditanya ke mana, tiada jawapan. Budak perempuan nie rasa hairan dgn budak tersebut. Dia selalu jugak tanya member2 lain klu pernah terserempak dengan roommate dia tu tapi jawapannya hampa. Suatu malam budak perempuan ni baru nak tidur. Budak misteri tu pulak tengah duduk di bangku belajar. Baru jer dia nak terlelap, dia,nampak budak misteri itu memanjangkan tangannya ke suis lampu di tepi pintu. Disebabkan ketakutan, budak perempuan itu tidak dapat lena sepanjang malam itu. Esoknya, lepas saja budak misteri itu keluar subuh tu, budak itu terus keluar menuju bilik rakan dia. Kemudian dia pergi ke pejabat kolej untuk mengetahui siapa roommate dia. Jawapan dari kerani kolej itu sangat memeranjatkan dia. Dia sebenarnya tidak mempunyai roommate selama ini. Jadi siapakah yang duduk sekali dengan dia selama ini. Hari itu jugak dia memohon untuk pindah kolej lain.

Kisah 2
Kisah nie kena kat budak perempuan juga. Ada satu budak nie yang minat sangat dengan artis2 tempatan dan luar negara. Segala macam majalah hiburan yang dia beli. Hobi dia nie pula suka melekatkan gambar2 artis itu di dinding dan board biliknya. Suatu hari, masa dia lepas sembahyang subuh, dia ternampak kelibat hitam dekat pintu yang menyerupai asap. Selepas dia mengucap, lembaga seperti asap hitam itu terus bergerak dam memasuki gambar poster artis kegemarannya. Apa lagi melalak lah dia berlari keluar menuju bilik sebelah. Selepas itu, dia terus mengoyakkan semua poster yang dilekatnya itu.

HANTAR KISAH ANDA: FIKSYENSHASHA.COM/SUBMIT

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 2.3]

4 thoughts on “Benda Tak Dikenali | Diganggu Si ‘Gula-gula’ | Kisah Seram Sintok Lagi”

  1. kisah 1-peh…tgn tu buat peace..hahaha
    kisah 2-cite hantu gula2 nie da biasa
    kisah 3-seram gak la…kalau aq pon kompom mohon pindah kolej lain

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.