Berakhirnya Sebuah Kehidupan (bahagian 2)

Aku telah mendapat undangan untuk menjadi dj di rumah kenduri. Masa aku menerimanya, isteriku masih lagi sihat. DJ merupakan kerja sambilanku. Janji yang aku buat sebelum isteriku menerima dugaan Allah. Berat rasaya hati untuk membiarkan dirinya yang mengharapkan aku berada disampingnya. Program bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.
“ Abang pergilah pergilah kalau kita dah berjanji tak baik memungkirinya. Siti abang jangan risaukan sangat sebab Allah ada bersama “.

Aku melangkah longlai dan tidak ceria memikirkan keadaan isteri. Aku tidak banyak bercakap sewaktu dirumah kenduri. Dengan hanya memasang lagu-lagu nasyid aku terus buntu mencari idea. Sekejap anakku menghantar sms mengatakan emak muntah darah. Ya Allah kau percepatkanlah masa sampai jam 5 petang. Aku terpaksa talipon bertanyakan khabar, tapi kata isteriku tak apa boleh bertahan lagi.

Alhamdulillah jam dah pukul 5 petang selepas aku bereskan kerjaku, aku bergegas pulang. Kulihat isteriku sedang menangis menahan kesakitan. Kakinya terasa lemah dan tidak bermaya. Aku mengajaknya keluar untuk mengambil angin. Aku hanya mengambil jalan-jalan yang mudah seperti jalan menuju pulang kerumahku. Aku tidak berani membawanya kepantai. Kami melalui masjid. Terdengar bacaan ayat suci Al Quran surah Yasin yang menandakan ada kematian. Apalagi isteriku menangis bila mendengarnya. Katanya mungkin suatu hari bacaan Al Quran ini adalah untuk dirinya.

Air mata tidak mampu ku bendung lagi. Sambil memandu air mata berlinangan mengenangkan percakapan isteriku tempuh hari. Katanya,
” Kalau Siti pergi abang redholah pemergian ini. Sedekahlah ayat-ayat Al Quran untuk Siti. Abang kahwin lah lain. Siti tak mau abang sunyi “. Apalagi aku menangis dalam kereta. Aku berhenti di depan masjid dan terus berkata kepada isteriku.
” Kita jangan mudah putus asa. Rasulullah telah diuji dengan lebih dasyat lagi. Mungkin mereka yang melakukan ini mahukan kita berputus asa”. Terdiam isteriku

Keesokkan harinya jiranku telah membawa seorang pengamal perubatan untuk membantu. Aku terima saja demi isteriku asalkan ianya tidak menyeleweng. Aku tidak mahu ia berkecil hati. Kata tok bomoh dia hanya mampu menghalau keluar saja, tapi kalau datang balik ia tak dapat buat apa-apa ibarat menghalau anak ayam dari memakan makanan. Kata tok bomoh benda yang berada di dalam badan isteriku amat kuat dan pandai. Bila dibacanya ayat ia akan pura-pura tidur. Begitu juga kalau kami sekeluarga berhimpun untuk membaca Yasin, bila sebuat saja ayat Yasin…. dia terus tertidur. Selesai membaca dia akan bangun semula. Kata tok bomoh kalau nak pendinding dia ada tapi kena bayar sedikit iaitu sebanyak RM 140. Ia berbentuk tangkai dan perlu di gantung dileher. Aku menolaknya secara baik. Aku tidak mahu bergantung harap kepada azimat tangkai. Itu dah syirik namanya

Sambil tersenyum tok bomoh berkata ini semua sebab terlampau aktiflah. Ada yang cemburu dan hasad. Aku tahu kalau di surau andai ada apa-apa pergi tanya Budiman dan Aishah. Orang yang hantar benda ke isteriku marah sebab ia kata Aishah suka menonjolkan diri. Subhanallah, yang aku tahu isteriku bukanlah jenis yang suka menunjuk-nunjuk. Tidak pernah isteriku bermusuh dengan sesiapa. Cuma makcik-makcik memang mengharapkan setiap program Aishah mesti ada sebab dia yang paling muda. Kalau tak ada Aishah kata mereka, mereka tidak boleh bekerja.

Badanku isteriku semakin panas. Bila dia batuk berketul2 darah akan keluar dari mulutnya. Aku dah mula panic.
“ Bang Siti sakit bang “. Aku mengelap darah yang keluar dari mulutnya. Berketul2 berada di dalam tuala kecil.
Telah beberapa hari isteriku demam. Berapa biji panadol telah ditelan. Hilang peluh, panas timbul kembali. Aku tidak sampai hati membiarkan insan yang menjagaku ketika aku pernah terlantar di hospital. Insan inilah yang berjalan kaki dari rumah ke hospital. Sampai saja di hospital baju dah berpeluh. Pernah seketika ia terlelap akibat keletihan. Insan ini juga yang menyambutku ketika aku pulang dari tempat kerja dalam keadaan pelik. Insan inilah juga yang memasak makanan untukku dan anak-anak. Insan inilah juga yang menenangkan aku tatkala dalam keadaan marah. Insan inilah juga yang sauna aku bila aku keletihan selepas pulang dari tempat kerja.Itulah dia yang bergelar seorang isteri.

Aku tidak sampai hati melihat badannya yang begitu panas sehinggakan bila duduk berhampiran pun terasa bahangnya. Aku terus ke klinik panel untuk mendapatkan surat rujukan yang akan aku gunakan semasa pendaftaran di hospital. Sampai saja disana isteriku terus dibawa ke bilik ER. Aku diberitahu olih Dr bahawa demam isteriku terlalu panas. Semasa menanti isteri, aku mengelamun aktiviti kami yang lalu. Insan inilah yang bertungkus lumus menyiapkan makanan untuk hari keluarga walaupun telah dinasihat. Atas dasar amanah yang diterima dia berkata…
” Hari ini kita tolong orang, suatu hari nanti Allah akan tolong kita “. Dalam orang lain menolak tugasan ini beliau bersama ibunya membalut ketupat, membuat serondeng, nasi himpit dan kuah kacang.

Keesokan harinya kami terus hantar ketempat hari keluarga yang telah diadakan. isteriku tidak menjamah makanan langsung sebab tidak lalu. Selesai hari keluarga dia terus mengajak aku pulang sebab terlalu letih. Badannya terlalu panas.

Lamunanku terhenti bila namaku dipanggil untuk membawa isteriku masuk kedalam wad. Dr suspek bermacam-macam jenis penyakit yang membuatkan dirinya tidak dapat mengawal perasaan. Aku terpaksa menenangkan perasaannya walaupun aku sendiri tahu memang ketika ini memang berat untuk sesiapa yang mengalaminya. Lama kelamaan berita yang kami terima sedikit sebanyak melegakan hati kami. Namun panasnya masih belum hilang. Akhirnya Dr mengesahkan bahawa isteriku negatif dari penyakit TB dan di benarkan keluar.

Keesokkan harinya isteriku batuk dan keluar darah yang banyak. Dia menangis kesakitan. Datang seorang jiran lalu berkata….
“ Budiman….Bini hang ni kena santau “. Ya Allah tiba2 aku seperti tersedar dari mimpi. Entah kenapa aku tak dapat kenal pasti padahal aku pun dah tahu tanda2 awal kena santau
“ Depa tutup hijab hati hang Budiman. Hang bawa jumpa ustaz “. Kata jiran lalu memberi nombor talipon. Aku terus menghubungi ustaz dan mendapat kebenaran untuk membawa isteriku kesana. Sepanjang perjalanan kami kesana isteriku asyik muntah darah. Darah telah memenuhi di atas kerusinya.

Bila sampai terus ustaz membaca sesuatu…
“ Budiman. Isteri kamu ni kena santau tuju. Ia di tuju khas ke isteri kamu “. Jatuh airmataku mendengar kata2 ustaz. Sampai hati orang yang melakukan sihir ini. Apa salah isteriku. Akhirnya ustaz mengeluarkan santau yang merupakan kaca2 halus yang keluar dari hujung kaki isteriku. Menjerit kesakitan isteriku sewaktu santau di keluarkan dari ibu kakinya.
“ Alhamdulillah Budiman. Saya dah keluarkan kesemua santau dari tubuh isteri kamu dan saya dah block orang buat kerja ni “. Kata ustaz yang membuatkan kami rasa cukup gembira

Selepas santau berjaya di keluarkan, aku melihat isteriku dah tersenyum walaupun keletihan.
“ Siti jom kita ke Kelantan dengan flight. Kita berehat dan sambil mencari ustaz yang pandai di sana “. Isteriku hanya mengikut saja kata2ku.
“ Bang….Siti tak sabar nak jalan2. Dah lama kita tak berjalan “. Terus aku hubungi adikku yang menetap di sana……..

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ariff Budiman
FB Penulis
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

18 comments

  1. Sabarla en.arif..apa yg jadinya ada hikmah. Orang yang hantar santau ni mmg tujuan dia untuk mmbunuh secara senyap.orang mcm ni hidupny xkan aman.semoga neraka j yang sesuai utk org2 mcmni..Alfatihah utk arwah isteri😢😢

  2. masa baca part 1 and tgk nama penulis, rasa mcm pernah baca kisah encik ni. ni mmg kejadian sebenar kan.. semoga encik dan anak2 tabah ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.