Terima kasih kepada Admin Fiksyen Shasha kalau cerita ini dipublishkan. Ini kali kedua aku menulis. Kalau korang rajin boleh la baca cerita pertama yang aku hantar. Link ada di bawah.
http://fiksyenshasha.com/siapa-yang-tergantung/
So untuk cerita yang kedua adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Alkisahnya pengalaman ini berlaku sekitar bulan December 2017. Aku dan kawan-kawan aku dah rancang dan janji sejak dari awal tahun nak pergi bercuti bersama-sama, tapi biasa la janji Melayu. Sembang nak pergi pertengahan tahun tapi bunyi pun tak ada. Selalunya kalau kita plan nak pergi bercuti mesti 90% tak jadi punyalah. Akhir tahun pun menjelma jadi aku buat last minute plan. Siapa nak ikut, ikut je. Malas nak tunggu semua on baru nak pergi. Kalau tunggu, sampai kucing tumbuh tanduk pun belum tentu jadi. Tengok, tak pasal-pasal kucing jugak naik nama. Lol.
Back to the main story, hari ni aku plan lusa dah nak gerak. Lusa yang dimaksudkan adalah hari Jumaat. Jadi pada yang nak ikut pandai-pandai la nak MC ke EL ke atau AL janji dapat bertolak jumaat. Destinasi yang aku pilih tak la jauh mana. Just short vacay di Pulau Langkawi untuk 3 hari 2 malam. Aku dah siap booking bilik di salah satu resort di Langkawi dengan harga yang berpatutan. Kalau nak murah lagi agak mustahil la sebab musim cuti sekolah. Kalau normal day maybe boleh la.
Aku pun pakai booking je tak tengok langsung review pasal resort tu. Kereta sewa juga sudah siap booking. Brother tu bagi Vios, ok la tu sedap drive jalan-jalan. Total aku dengan kawan-kawan empat orang dan memandangkan kami semua bekerja di Penang jadi senang la nak gerak sekali. Tiket ferry aku dah beli, pergi dan balik. Kami naik ferry dari Penang, bagi yang tak tahu jeti ferry untuk ke Pulau Langkawi di Penang adalah dekat dengan roundabout yang korang nak pergi ke Padang Kota tu. Tapi naik dari Penang ni bosan sikit la sebab ambik masa 3 jam untuk sampai ke Langkawi. Kalau dari Kuala Perlis just 1 jam dah sampai.
Ok stop cerita meleret-leret, nanti aku kena kecam pulak nak karang cerita hantu ke karang blog percutian. Hahaha. So selepas 3 jam perjalanan akhirnya kami sampai di Pulau Langkawi. Dia punya excited tuh sampai aku rasa nak lompat-lompat kat jeti. Siap ambik kunci kereta kami pun menapak ke parking kereta. Semua bagasi di masukkan ke dalam bonet belakang. Enjin dihidupkan dan pedal minyak ditekan. Kereta laju menyusur keluar dari jeti Kuah. Aku dah on waze tengok jalan untuk ke resort yang aku tempah sambil tangan kejap di steering wheel. Kalau ikut map resort tu lebih kurang 18 minit je dari Jeti Kuah. Jam menunjukan pukul 12 tengahhari. So kami singgah makan dan berhenti di masjid berdekatan untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang lelaki muslim pada hari Jumaat yang mulia ini. Selesai semua kami teruskan perjalanan ke resort tersebut.
Amir di sebelah aku tiba-tiba bersuara bertanya.
“Adi kau book resort mana? Aku nak baca review resort tu la.”
“Resort XXX(nama resort biarlah rahsia). Aku tengok gambar resort tu macam menarik dan harga pon ok la,” jawab aku sambil mata masih memandang kehadapan.
Amir diam buat seketika sambil tangan sibuk menyentuh screen smart phonenya. Sekejap ke atas sekejap ke bawah jari-jarinya bermain.
“Weh, aku baca review banyak yang cakap resort ni berhantu. Ada yang stay tak sampai 1 malam, tengah-tengah malam sanggup check out dari situ. Kau biar betul ni Adi!”
“Entah, mana la aku nak tau. Hang jangan dok buat gabra sangat boleh dak. La ni kita pi try tengok dulu macam mana. Jangan dok buat kalut!”
Amirul dengan Nabil diam sahaja dibelakang. Bila aku tengok cermin pandang belakang baru la tau tidur rupanya mamat dua ekor tu. Hampeh betul.
Akhirnya sampai juga di resort yang dimaksudkan. Mataku melirik ke arah jam di pergelangan tangan, jarum jam tepat menunjukan pukul 3.15 petang. Mata aku meliar melihat sekitar resort yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang agak tinggi, menjadikan suasana agak gelap kerana matahari ditutupi oleh dahan-dahan dan daun-daun. Nafas ditarik panjang, boleh terasa bezanya udara di sini dengan udara di Penang. Lebih nyaman dan sangat menenangkan. Bonet dibuka dan semua bagasi dikeluarkan. Perlahan-lahan kami menuju ke kaunter reception untuk process check in. Usai check in dan kunci bertukar tangan kami pun bergerak ke arah bilik. Aku book 2 bilik memandangkan satu bilik ada satu katil queen size so muatlah dua orang untuk satu bilik. Tapi aku perasan yang macam tak ramai orang di resort ini. Boleh bilang dengan jari berapa orang je pelancong yang ada tak termasuk pekerja resort. Pelik juga, sekarang musim cuti sekolah takkan lah tak ramai orang datang ke resort yang cantik macam ni. Serius cakap resort ni memang cantik. Kolam renang dia memang menarik seolah-olah memanggil kami untuk terjun berendam. Mungkin juga mereka keluar berjalan-jalan dan belum balik ke resort. Mungkin!
Disebabkan badan dah penat kami pun ambil keputusan untuk tidur. Malam nanti baru nak explore Langkawi. Usai makan malam kami berjalan-jalan sekitar Pantai Cenang dan pulang semula ke resort. Lama juga kami berjalan-jalan tadi, bila tengok jam baru perasan dah pukul 2.30 pagi. Sebaik sahaja masuk ke bilik masing-masing, tak banyak cakap terus landing atas katil. Agak aku dah nak ke alam mimpi, tiba-tiba terdengar seperti ada orang ketuk pintu dan bagi salam. Tapi salam yang diberi tak begitu jelas, just dengar kommm, kommmmm, kommm dan berlarutan. Tombol pintu dipulas kasar dari luar seolah-olah orang atau benda tu betul-betul nak masuk ke bilik aku. Mulanya aku ingat budak dua ekor kat bilik sebelah saja nak prank, so aku call la Nabil sambil pandangan aku dihalakan ke arah Amir di kiri aku. Nampak macam dah masuk ke alam mimpi mamat ni.
“Weh Nabil tak payah la nak prank aku, aku tak takut pun la.” Tiada salam terus aku sound Nabil.
“Amenda yang hang merepek ni setan. Prank apa? Aku baru nk tidoq mimpi Neelopa hang dah call kacau aku”
“Agak-agak la nak prank pun woi macam nak roboh pintu dok ketuk.”
“Dak, la ni hang dok merepek apa. Aku ngan mirul baru nak tidoq ni.”
“Weh serius la wei jangan main-main, dah tu sapa plak dok ketuk pintu, pulas tombol macam nak roboh ni.”
“Mana la aku nak tau. Baca surah apa yang hang tau pastu pi tidoq. Jangan dok teguq. Kita kat tempat orang ni.”
Panggilan dimatikan dan selimut ditarik hingga ke hujung kepala. Mengigil aku di bawah selimut. Ayat yang dibaca berterabur. Teringat pulak Amir cakap petang tadi pasal review resort ni. Betul ke berhantu?
Ketukan semakin perlahan dan kemudian menghilang. Aku menarik nafas lega.
Tiba-tiba selimut aku ditarik kasar. Dia punya terkejut tu tak payah cakap rasa macam nak luruh jantung. Rupanya Amir yang rentap selimut aku.
“Adi kau dengar tak?” Amir tanya aku. Boleh tengok muka dia pucat. Walaupun dah 3 tahun Amir kerja di Penang still dia tak boleh ikut dialek Utara. Budak ni asal Selangor so berkau aku itu perkara biasa.
“Dengar apa?”
“Tu ha bunyi perempuan menangis”
Aku terdiam dan mula fokuskan telinga aku untuk dengar apa yang Amir dengar. Sah bunyi perempuan menangis. Siapa pulak yang menangis tengah-tengah malam ni. Untuk pengetahuan korang resort ni susun atur bilik dia adalah berdasarkan “rumah”. Bentuk lebih kurang macam rumah kampung dan sebuah “rumah” ini ada 2 ke 3 bilik dan jarak dari “rumah” ke “rumah” yang lain adalah lebih kurang 30 meter. Kebetulan “rumah” yang kami duduk ini ada 2 bilik sahaja. So mana datang bunyi menangis ni. Makin lama makin kuat bunyi menangis dan makin dekat. Rasa macam orang or benda yang menangis tu ada di sebelah luar pintu masuk bilik kami sahaja. Aku dah mula rasa menyesal booking dan tak baca review pasal resort ni dulu.
Aku dan Amir baca apa kami tahu. Hampir 15 minit akhirnya tangisan itu berhenti. Kami ingatkan azab dah lepas rupanya permainan baru nak bermula. Terdengar seakan benda berat diseret di luar bilik. Bau seperti bangkai menerjah masuk ke hidung diikuti bunyi air mengalir dari shower. Siapa pulak dalam bilik air tu. Serius aku rasa menyesal gila datang ke resort ni. Rasa macam nak menangis. Aku call Nabil, dorang cakap dorang pun dengar jugak bunyi perempuan menangis.
“Adi, jom ar wei blah dari sini, aku dah tak tahan ni. Sejak hang call sejam yang lepas macam-macam yang aku dengaq wei,” Nabil bercakap dalam ketakutan.
Belum sempat aku nak jawab ajakan Nabil, BAMM!! Pintu bilik terbuka dan tertutup dengan sendiri. Aku amat yakin yang pintu bilik memang aku kunci. Lampu bilik tiba-tiba terpadam. Kemudian bernyala kembali tetapi berkelip-kelip.
Allahuakbar!!! Amir bertakbir nyaring disebelah aku.
“Awat wei?” terpancul soalan dari mulut aku.
“Aku.. aku.. aku nampak..”Amir menggigil dan tak mampu nak bercakap.
“Nanti cerita, jom cau dari sini. Makin teruk kita kena ni.” ajak aku seraya mengemas barang-barang kami masuk ke dalam bag sandang.
“Bil, Nabil, kemas barang wei jom cau” aku tinggikan sikit suara di luar pintu bilik Nabil dan Amirul.
Pintu bilik dibuka dan aku lihat Nabil dan Amirul juga dalam keadaan ketakutan. Sebaik sahaja Nabil dan Amirul siap kemas barang kami terus bergerak ke reception untuk check out. Pekerja resort memandang pelik sambil bertanya kepada aku.
“Kenapa nak check out sekarang encik? Saya tengok encik book bilik untuk 3 hari 2 malam.”
“Err. Kami ada emergency so nak kena check out sekarang juga.”
Aku dah tak peduli apa yang pekerja tu fikir, yang penting sekarang kami kena keluar secepat mungkin dari tempat ni. Selesai process check out berlari kami ke kereta sewa. Enjin dihidupkan dan pedal minyak ditekan. Mata dilirikan ke jam tangan. 3.50 pagi. Mana kami nak pergi pagi-pagi buta macam ni. Buntu. Aku tak tau nak fikir apa. Yang terlintas kat fikiran aku sekarang cuma masjid. Ya masjid, baik kami tumpang tidur sekejap di masjid sementara tunggu pagi.
Bamm!!! Bunyi benda jatuh di atas bumbung kereta. Apa lagi bala yang datang ni, fikir aku dalam hati. Tiba-tiba kereta jadi berat, pedal minyak ditekan sampai ke lantai kereta tapi kereta seolah tak mampu nak bergerak lebih laju. Padahal meter kereta menunjukan 80 km/h. Tapi aku rasa macam 20 km/h je kereta ni bergerak. Kami ramai-ramai baca ayat kursi dan Nabil laungkan azan. Setelah beberapa minit kereta yang bergerak seperti siput akhirnya kembali normal. Terus aku pecut kereta tinggalkan resort berhantu ni. Sumpah aku tak akan jejakkan kaki ke sini lagi.
Kami berhenti rehat di sebuah masjid yang berdekatan. Besoknya kami sewa hotel bajet. Biarlah bilik kecil janji tak berhantu. Kami teruskan juga percutian sampai hari Ahad dan pulang semula ke Penang. Kami tak bercakap langsung pasal benda yang terjadi di resort berpuaka tersebut sewaktu di Langkawi. Sebaik sahaja sampai ke Penang dan lepak di kedai mamak barulah kami buka cerita. Aku bertanya kepada Amir apa benda yang dia nampak sampai tak boleh bercakap pada malam tu.
“Aku nampak sorang perempuan berambut panjang dan berbaju putih lusuh. Tak nampak muka sebab rambut dia panjang mengurai ke depan tutup muka. Dia berdiri betul-betul di sebelah katil kita” terang Amir sambil rokok dinyalakan.
Aku yang dengar cerita dia terus rasa bersyukur sangat sebab aku tak nampak. Kalaulah aku nampak tak tau lah macam mana. Sebagai penghias bicara akhir aku dalam cerita ini, kalau korang nak pergi bercuti ke resort atau hotel tu mohon baca dulu review. Sekarang zaman dah maju semua benda hanya di hujung jari. Pakcik google kan ada.
Terima kasih kerana sudi luangkan masa korang baca cerita aku ni. Komen-komen korang amat dihargai untuk aku tingkatkan lagi cara dan gaya penulisan.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Resort kampung tok senik ke?
Ada kubur lama kat tepi rumah2 tu….dlm kawasan resort
tok senik eh? mmg seram aritu lalu ja… haha nk pandang lebih2 pun tak maw… byk bc crita ckp resort mcm rumah kmpung kt lngkawi bhantu… hmmm duk kt hotel pekan kuat dah la hahhaa
UHHH seram …. syukur mase bercuti kat sana tak kene kacau…
uhh selamat pi langkawi tuari ok jer x der kene ape.. seram weyh..dr seronok jadi takut cmni
Kowg ni ade mslh sewa…sewa uma ade hantu sewa hotel ade hantu…igt kn da kna kt uma sewa da trauma😂😂 upenya idok 😂😂😂
Fuyoo nice story..scary der i love it 😘
Good info.. aku n the gang dh cdng nk vacation kat langkawi dlm hujung bln ni.. info2 yg mcm ni amatlh dialu2kn.. mana la tau kn.. ter stay kat resort mcm citer kat atas..
nah, utk yg nak bercuti dan ‘beramah mesra’ boleh try:
https://encikseram.blogspot.my/2017/09/hotel-hotel-dikatakan-berhantu-di.html
uish seram nye…yg adi pon satu…member da bgtaw review ckp hotel tu seram degil nak stay situ gak
Hakak nk tny..dp ni mmg muka ko ke dik..😂 mcm familiar..
seram der
kalau gi langkawi, sewa Homestay Pak Malau. mmg best.. hehehe..
tapi aku pn ader pgalaman kene kaco kt hotel di Terengganu. tp kacau2 gitu je.. kacau manja.
hai saya orang langkawi.. kalau nak bercuti cari la saya.. tiber~! haha..okay.. itu macam kisah kat tok senik..sbb lokasi dia ke dalam hutan getah sikit.. hmmmm.. apa pon.. happy holiday to yaols~! kikiki
Gile keras tempat tue..
Kaw2 kene kacau…
Arap2 family day akan datang ni xde gangguan. Huhu… Seram nyeeeeee
Woww..besttt10/10
Hotel yang sama, bilik yang sama…
Tetapi, dua harga yang berbeza…
Kenapa bayar lebih?
Anda boleh mencari hotel ideal anda di trivago…
Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web..
Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik..
Hotel? Trivago!
Serabai. Hahhaaa l
resort manaa nk tau gak
hantu pun skrg dh up to date
kampung tok senik resort ke?
Rasanya la sebab bila buat research keluar resort tok senik,n then ade org wt review pasal hotrl/resort berhantu di langkawi ianya tersenarai.yuo tok senik resort,kalau search pon pasal hotel berhantu di langkawi memang akan keluar tok senik resort,haha apa pendapat krg??.
Haa betulla tuuu
okey kena check review dulu huhu
Lain kali check review dulu tak pon check la senarai hotel berhantu
cun haha
Scarynye. Klu aku kn,..gelap dunia kot that time. Ape2 pn, syukur la korg semua selamat.
Ini kalau kene kat aku..jem kaki terus..nak lari sampai ke pintu pun ambik masa x tau bpe lama weyy…silap2 mengesot terus aku…😭😭
Pitamlahmaknakkk…
fuhhh receptionist tuh xkena gnggu kah? hairan acik
macam tau je resort ni haha
Huhu memang tok senik ni berhantu pernah limpas ja dh seriau d***h..
Walaupun seram tp mcm koman je cite ni…
yang silap semua customer xnak cerita kat budak resort
bila takut nk checkout kata emergency.
kalau aku dah kena maki budak2 kerja situ 1 sen pon duit xkan aku bagi.
baru dia tahu padah bela penjaga kacau customer
biar tuan dia bagi ajar sikit belaan dia tu jgn duk galak kacau customer
nanti xdak untung.