Berjanji Dengan Jin – Siri Ajla

Assalamualaikum…
Ni versi bonus ni.
Saja nak menghargai pembaca BDJ 1-4.
Jadi, aku tulis cerita ni. Walaupun macam tak berapa nak ingat dah. Aku cuba juga untuk tulis. Selamat membaca.

Selepas settle semua benda…
Hubungan aku ngan mami dedi, kembali okay. Cuma dedi macam banyak diam. Mungkin dia rasa ralat dengan apa yang jadi. Aku langsung tak salahkan dia. Kalau semua ni tak jadi, aku takkan jadi seorang lelaki yang tabah. Lelaki yang kuat menerima sebuah kehilangan. Aku takkan jadi manusia yang lebih menghargai kasih sayang. Dan hikmah paling besar, aku lebih merendah diri sebagai hamba. Selepas semua tu jadi, aku rasa diri aku terlalu kerdil. Aku rasa, betapa kayanya Allah Yang Maha Esa kerana mencipta makhluk yang pelbagai. Aku syukur kerana diuji hebat. Kerana itu aku tahu, aku kesayangan Allah. Betapa banyaknya Dia meletakkan kasih sayangnya dalam diri aku.

Dan, kerana kasih sayang tulah, aku malas nak fikir belajar jauh-jauh. Aku nak tinggal dengan mami dedi. Aku nak jaga dorang, aku nak berbakti kat dorang. Jadi, Aku sambung tingkatan 6. Anip pun dah sepakat ngan aku. Kami dua-dua nak masuk tingkatan 6.

Aku pilih aliran sastera, sebab suka sangat menulis. Anip terpaksa ikut aku walaupun dia tak minat sastera. Padan muka dia.

“Aku tak minat sastera. Aku nak masuk kelas lain. Aku benci dowh sastera-sastera ni.” Bukan main dia meluat ngan sastera. Iyalah dia mana suka menulis semua. Dia suka mengorat je.

“Aku pilih sastera Nip. Tak kira. Sebab aku minat.” Aku memang dari dulu lagi suka benda-benda seni ni. Tambah-tambah seni penulisan.

“Aku ikut kau dowh. Boson bro kalau kau tak ada dalam kelas. Boleh tertidur keluar air liur basi dowh.” Nilah sikap Anip yang paling aku suka. Dia ni setia kawan. Ha Ha.

Walaupun dia kata kalau aku ada dalam kelas dia takkan bosan dan tertidur, tapi dia tipu je. Tiap-tiap hari aku tengok dia bantai berdengkur dalam kelas. Lantaklah, apa ada hal. Dia tidur dalam kelas pun, dapat jugak berbelas A dalam SPM.

Kat sekolah ni, ramai cikgu-cikgu muda. Ada sorang cikgu ni. Lawa, comey, menggoda. Tapi, dia selalu je marah-marah aku. Entah apa yang tak kena. Kerja yang dia bagi, aku buat semua. Nak kata tak kacak, takkan lah? Hahaha. Takkan sebab tak kacak nak bengang sangat.

“Kau keluar sekarang!!!!” Hampir tiap hari kena halau duk luar kelas. Entah apa salah aku. Kacak sangat mungkin. Dia tak boleh fokus mengajar. Jadi, aku kena duduk luar.

“Cikgu, Anip tidur. Dia mengingau peluk kerusi…” Kamisah ketua kelas aku mengadu kat Cikgu Ajla.

Boleh rileks pulak Cikgu Ajla ni. Dia buat bodoh je. Aku ingat, Anip akan terima nasib yang sama dengan aku.

“Kejut dia…Mungkin dia penat tu. Sebab tu tertidur.” Perrghhh…punya baik Cikgu Ajla ni dengan orang lain. Kalau dengan aku. Berapi.

“Apa awak tunggu lagi? keluar! saya tak nak tengok muka awak. Keluar!” macam guruh sebelum hujan suara Cikgu Ajla.

Budak-budak lain usha panasss je kat dia. Mestilah orang lain tak puas hati dia layan aku buruk macam tu. Sebab sah sah aku tak buat salah. Payah betul kalau terlalu handsome. Ha Ha.

“Ye…Saya keluar ni…Saya keluar.” Aku kan seorang lelaki yang sabar. Aku jalan je slow-slow, sambil ke dua-dua tangan dalam poket, keluar berdiri di luar kelas.

Kadang lenguh jugak kaki aku. Tapi aku tahan jelah. Kalau tak larat berdiri, aku bersila je kat koridor tu. Apa ada hal? Sambil-sambil tu kepala aku ligat pikir, apa yang tak kena?

“Assalamualaikum orang muda yang baik hati…” Aku terloncat. Aku pusing. Muaz datang? kat sebelah dia, ada Putih. Putih makin gemuk. Makin besar. Macam singa dalam cerita Narnia. Gila gebu bulu dia. Macam karpet. Tapi aku tak pernah pun nak pergi gomol-gomol Putih ni. Besar weiii. Putih ni kalau berdiri tepi aku, sama paras bahu aku. Huiii…takut dia ngap. Habis jadi lauk dia. Sebab tu aku selalu berdiri jauh-jauh je.

“Waalaikumusalam…Apa khabar? lama tak nampak? pergi mana? Korea?” Saja melawak dengan Muaz. Muaz ni kau buat lawak macam mana pun muka dia macam tuuu jugak. Urat senyum kat muka dia putus aku rasa.

“Berhati-hatilah dengan guru muda itu. Hatinya sudah jatuh suka. Bila manusia bergelumang nafsu. Sesat itu hampir pada dia. Perbanyakkan mengingati Allah. Moga kamu selalu dilindungi. Bantulah dia melawan kejahatan yang mendamping.”

“Aku ingat kau dah tak ada Muaz…” aku tukar topik. Malas la nak cerita hal-hal mistik ni. Aku kadang naik penat. Letih. Kan bagus kalau Muaz datang sebab nak ajak aku tunggang Putih pergi Australia ke tengok kanggaro. Lagi best macam tu.

“Orang muda. Aku hanya berpesan. Moga kamu selalu dirahmati Allah…” Tali yang mengikat Putih dibelit-belit ke tangan. Aku nampak Muaz gelisah. Putih pun mundar mandir di tepi kaki Muaz. Tak senang berdiri. Pelik.

Lepas dia orang hilang beberapa bulan, tiba-tiba muncul kat sekolah. Gila! Nasib baik orang lain tak nampak. Kalau tak, mau histeria satu sekolah.

“InsyaAllah, Muaz. Aku okay. Kau pergilah balik. Aku pandai-pandailah jaga diri. Allah ada jaga aku. Alah, Cikgu tu suruh aku berdiri luar kelas je. Bukan susah pun.Aku cuba tenangkan hati sendiri. Padahal aku pun rasa tak sedap jugak.

Putih mengaum sekali. Bergegar bagunan sekolah. Mata dia yang biru bersinar tu, macam bagitau aku sesuatu je.

“Auummmmmm” sekali lagi.

“Eh, jangan bunyi. Jangannn…” Aku usha kiri kanan. Aku jenguk ikut tingkap. Nasib baik kawan-kawan aku dalam kelas tak dengar apa-apa. Fuh!

Putih datang dekat dengan aku. Dia jelir lidah. Aku nampak gigi Putih. Bapak r…Tajam. Dia jilat tangan aku. Macam nak bagi tahu ssesuatu.

“Muaz, kau bawak Putih keluar dari sini. Kang kalau ada budak-budak yang boleh nampak…”

“Hanya kamu sahaja orang muda yang diizinkan Allah untuk nampak kami berdua.”Muaz beredar. Muka tetap sama. Tak ada perasan. “Asslamualaikum…”

“Waalaikumusalam…”

Aku nampak Muaz sudah melepasi pagar sebelah kiri sekolah. Pagar sekolah tu, Muaz langkah macam tu je? Gila! Dan aku nampak Muaz ni macam makin tinggi je? ke aku yang tak tinggi-tinggi?

“Arrrghhhh…Arghhhh…” Aku pusing ke arah kelas. Habis berselerak kawan-kawan aku lari. Yang perempuan menjerit sambil berpeluk-peluk. Yang lelaki lagi laju. Hilang terus.

Aku terpinga-pinga. Aku jenguk ke dalam kelas. Aku nampak Cikgu Ajla duduk atas meja sambil tertunduk. Dah kenapa pulak?

“Weiii, dia menurun ke apa tu? kau settlekan Ijam. Aku nak terkucil tiba-tiba. Trauma dowh. Aku teringat yang dalam kereta aku dulu.” Anip terkepit-kepit. Nak terkencing gamaknya. “Aku blah dulu. Pergi toilet.” Tak taulah alasan atau memang Anip nak terkencing.

Aku baca siap-siap ayat pendinding. Aku tarik nafas. Aku Mintak sungguh-sungguh kat Allah. Moga Cikgu Ajla tak ada apa-apa. Moga kawan-kawan aku tak terkena.

“Megat, kau bawak semua pergi surau dulu. Lepas tu kau panggil Ustaz Hakim.” Aku tengok Megat macam tak ada kerja je. Baik aku suruh dia bawak budak-budak kelas aku pergi tempat lain. Segan weiii. Kejap lagi ada pulak yang suruh berubatlah apalah. Aku bukannya pandai berubat.

Mujur budak-budak kelas nak ikut cakap si Megat tu. Jadinya sekarang, hanya tinggal aku ngan Cikgu Ajla je. Sementara tunggu Ustaz datang…

“Assalamualaikum…” Aku berdiri di muka pintu.

Cepat je kepala Cikgu Ajla berpaling ke arah aku. “Huh!!!” dia merengus. Kuat.

Bila benda tu tak jawab salam, aku tau dah dia jenis apa. Jenis yang tak boleh pakai. Ha Ha.

“Weeeiii…Aku teman kau…” hari ni Anip bukan main berani. Aku ingat dia dah menyorok kat toilet. Aku pun rasa okay sikit sebab ada jugak kawan.

“Apa dah jadi kat Cikgu Ajla ni?…Apa kamu buat?” Ustaz Hakim datang dengan dua orang ustaz lain.

“Assalamualaikum, Ustaz…Saya tak tau Ustaz…Tiba-tiba je…”

“Waalaikumusalam. Dah kamu pergi tempat lain. Biar kami tengok dia…” Ustaz Halim mara ke depan.

Dua orang ustaz lagi berdiri depan pintu.

Tiba-tiba, Cikgu Ajla angkat tangan dia. Lepas tu tunding ke arah aku. “Dia…Aku nak dia…” Garau suara Cikgu Ajla. Sama garau ngan suara Ustaz Halim.

Tersentak Ustaz Halim. Dia pusing tengok aku. “Apa kau buat dengan dia?” Eh, marah. Muka Ustaz Halim merah.

“Pulihkan Ajla dulu, Ustaz…Nanti kita sembang. Time-time macam ni tak sesuai nak marah-marah.” Anip ni memang dia anti dengan Ustaz Halim. Sebab dia kena tangkap tengah berdating dalam makmal bulan lepas.

“Bismillahirahmanirahim…” Ustaz Halim halakan tangan dia ke arah Cikgu Ajla.

“Huh!” Cikgu Ajla merengus sambil pusingkan badan dia ke arah Ustaz Halim. “Dia…Dia…” Tak habis-habis Cikgu Ajla menunding jari ke arah aku. Hairan pulak aku. Takkan sambil-sambil kena rasuk pun dia nak denda aku lagi?

“Cikgu Ajla. Kenapa Cikgu nak saya?” Aku menapak ke sisi Ustaz Halim. Bahang aura jin dalam tubuh Cikgu Ajla terasa kuat. Panas satu badan aku. Jantung jadi laju. Peluh kecil mula bermanik kat dahi. Aku sapu peluh. “Kenapa cikgu cari saya?” Aku beranikan diri. Terkumat kamit mulut aku baca ayat kursi. Baca tiga kul. Baca ayat 102 surah Albaqarah. Baca macam-macam yang aku tau. Ayat pendek-pendek jelah. Panjang-panjang Failed.

“Jangan baca!” Rambut Cikgu Ajla dah mengurai ke depan. Cikgu Ajla ni tak pakai tudung. Tiap-tiap hari dia lepas je rambut dia yang ikal tu. Selalu lawa bukan main. Hari ni tiba-tiba seram pulak aku tengok.

Gedebuk!

Cikgu Ajla terjun ke bawah. Dia bersila di lantai. Sekejap dia ketawa, sekejap dia menangis.

“Ustaz…ruqyah, Ustaz.” Aku tengok Ustaz Halim berdiri kaku je. Risau aku.

“Kena bawak p hospital ni, Ustaz…” Seorang lagi ustaz yang sejak tadi terdiam, bersuara.

“Kena rasuk nak pergi hospital?” Kuat je suara Anip. Entah apa yang dia anti sangat dengan ustaz-ustaz ni.

“Siapa awak ni sebenarnya? kenapa awak merasuk cikgu ni?” Ustaz Halim cuba berdialog.

Aku rasa pelik pulak bila aurat Cikgu Ajla terdedah. Kalau nak rawat, memang kena tutup aurat. Aku ambik jaket aku yang tersangkut kat kerusi. Aku tutup kepala Cikgu Ajla.

“Aku nak dia. Nak dia je…” Sekali lagi Cikgu Ajla tunding jari kat aku. Masa ni, aku nampak Muaz dan Putih berdiri di depan pintu. Lepas tu Muaz duduk bersila. Dia baca ayat Quran. Kuat gila. Tak salah aku, dia baca Ayat 33 surah Ar-Rahman dan ayat-ayat lazim yang lain.

Cikgu Ajla mula mengeliat. Dia menangis mendayu-dayu sambil kepala dia dipusing-pusingkan. Macam tengah panaskan badan sebelum senam.

“Kenapa kau bawa orang tua tuuuuu? Arrghhh…Aku nak kau…” Cikgu Ajla menggelupur atas lantai.

Aku letak tangan kat ubun-ubun Cikgu Ajla. Aku baca Al-Fatehah. Ulang 7 kali. Aku tiup. Mata Cikgu Ajla bukan main usha aku. Siap senyum penuh makna. Masa aku tengah baca Al Fatehah, dia boleh pulak sebut. “Ijam Ijam Ijam Ijam Ijam…”

Ustaz Halim tiba-tiba Azan. Keadaan jadi kelam kabut. Budak-budak kelas sebelah pun datang mengerumun. Cikgu-cikgu pun ramai yang datang. Nasib baik Anip boleh kawal keadaan. Habis dia halau budak-budak tu.

Lepas habis Ustaz Halim azan, Cikgu Ajla rebah. Aku tengok, Muaz masih lagi meruqyah. Putih hanya berdiri di sisi Muaz.

Aku angkat Cikgu Ajla. Kesian dia aku tengok terjelepuk atas lantai kelas.

“Ijam, bagi cikgu perempuan angkat dia. Kamu ikut saya pergi bilik guru.” Ustaz Halim nampak macam tak puas hati dengan aku.

“Cikgu, tolong angkat dia…” Ustaz panggil dua orang cikgu perempuan yang sejak tadi duk berbisik-bisik sesama sendiri di pintu kelas. Dia orang nampak takut-takut nak masuk.

Aku yang tengah mencampung Cikgu Ajla, jadi serba salah. Alamak! cepat sangat aku ni nak jadi hero. Lepas tu cepat-cepat aku serahkan Cikgu Ajla pada dua orang cikgu perempuan tu. Sorang angkat belah kepala, sorang angkat belah kaki. Alah, Cikgu Ajla ni ringan je. Dalam 45kg macam tu je.

Ustaz Halim tarik kolar baju aku. Seret aku pergi bilik guru.

Aku bagi isyarat kat Muaz. Suruh dia blah.
“Anak muda, aku pergi dulu. Assalamualaikum…” Muaz ghaib.

Anip usha je Ustaz Halim.

Aku cool je. Tak apa. Buatlah apa je. Aku hadap je selagi boleh hadap. Memang sejak aku terjebak dengan benda-benda pelik ni, hidup aku jadi porak peranda sikit. Manusia pun mudah-mudah boleh cop aku macam-macam. Benci aku. tuduh aku. Ni salah satu ujian Allah yang aku kena hadap.

“Kamu bagitau saya. Apa benda yang kamu dah buat dengan Cikgu Ajla?” Ustaz Halim duduk kat kerusi dia. Mata dia tajam tenung aku.

Aku macam biasalah. Berdiri, kepala tundukkk je. Macam pesalah juvana.

“Saya tanya kamu. Minyak apa kamu calit kat dia? Apa kamu buat kat dia? Astaqfirullahalazim…Kamu sedar tak apa yang kamu buat ni?” Pam!!! meja ditepuk.

Terloncat aku. “Ustaz…Macam mana Ustaz tau yang saya calit minyak kat Cikgu Ajla?”

“Jadi betullah?” Mata dia terjegil.

“Saya tak kata betul. Saya tanya je, macam mana ustaz tau?”

“Orang bodoh je tak tau, Ijam. Kamu nampak tadi? dia tunjuk muka kamu. Nakkan kamu. Cikgu Ajla tu dah 3 tahun mengajar kat sini. Tak pernah pun dia jadi gitu. Sekarang baik kamu terus terang.” Mujur masa tu dalam bilik guru tak ramai cikgu. Kalau tak jatuh reputasi aku.

“Ustaz…Dengan tengok keadaan tadi tu, ustaz tak boleh tuduh saya. Fitnah tu ustaz. Tulah tujuan syaitan. Nak kita jadi porak peranda. Nak kita syakwasangka kat orang. Nak kita berbalah.” Alamak! tertarbiah pulak. Aku pejam mata. Tersilap. Kat depan aku tu Ustaz wei. Ustaz. “Maaf ustaz. Saya tak ada niat nak berceramah ke apa…Saya…”

“Maafkan ustaz, Ijam. Allah…Allah…Allah…Saya minta maaf. Saya tak patut cakap macam tu.” Ustaz Halim tunduk. Kesal. Dia usap-usap janggut dia. Geleng-geleng kepala.

“Saya sumpah Ustaz. Saya tak pernah ada niat tak elok kat siapa-siapa. Tambah-tambah kat cikgu saya sendiri. Kalau saya suka Cikgu Ajla tu, saya masuk minang je terus. Settle.” sebab terlampau geram, aku jawab je macam tu. Puas hati.

“Ha Ha Ha Ha…” Ustaz Halim bantai gelak. Mujur dia gelak. Kalau dia lempang?

“Tapi saya kagum dengan awak, Ijam. Awak berani. Bertanggungjawab. Tak apalah. Kita doakan Cikgu Ajla sembuh. Alang-alang kamu nak ke kelas. Kamu hantar air zam-zam ni kat bilik rehat. Suruh Cikgu Ajla minum. Kamu ruqyahlah sikit. Saya ada kelas ni.” Sebotol air zam zam disua.

Aku capai botol air zam zam tu. “Nak ruqyah apa? saya mana reti sangat.” Aku garu-garu kepala. Serius rasa blur.

“Aik? tadi bukan main kamu ruqyah Cikgu Ajla?” Ustaz Halim ni macam perli aku je.

“Saya baca surah Al Fatihah je ustaz. Nak sembuh ke tak, tu kerja Allah…” Aku salam dengan ustaz. “Assalamualaikum ustaz…” Baik aku blah sebelum kena perli lagi teruk.

Sambil-sambil jalan ke bilik rehat, aku bacalah apa yang patut kat air zam zam tu. Sampai di bilik tu, aku tengok Cikgu Senah dangan Cikgu Nabisah ada kat situ tengah temankan Cikgu Ajla. Cikgu Ajla tengah baring kat katil. Dia nampak lemah.

“Assalamualaikum…Saya nak hantar air zam zam ni. Ustaz Halim kirim. Dia dah ruqyah air tu.” Aku sua botol tu kat Cikgu Nabisah. Malas nak masuk tengok Cikgu Ajla. Kang dia mengamuk pula, jenuh.

Masa aku berdiri kat muka pintu tu, Aku nampak Cikgu Ajla, tenungggg aku. Tajam.

Bila aku baca je Bismillah 5. Aku nampak sesuatu bangun dari jasad Cikgu Ajla. Benda alah tu cuma macam lut sinar. Warna jernih. Tapi imej dia macam orang tua bongkok. Bangun lepas tu berjalan ke arah aku. Dan hilang…

Dalam masa yang sama, aku dengar suara Putih mengaum. Aku cepat-cepat bergegas ke kelas. Tak kuasa nak layan. Kerja sekolah banyak kut.

***
Balik rumah petang tu, aku tak senang duduk. Trauma pun ye jugak. Sebab beberapa bulan lepas, aku dah berdepan dengan macam-macam kisah misteri keluarga aku. Kisah kesilapan mami dan dedi, Kisah kehilangan Fatehah. Kisah gangguan yang jadi kat Anip. Kalau boleh, aku tak mau lagi jadi benda-benda macam tu.

Bila banyak fikir. Badan pun jadi lemau. Tambah-tambah pulak, jin yang menyakat Cikgu Ajla tu, bukan jin main-main. Aku boleh rasa dia punya aura yang agak kuat.

Mami pun banyak kali pesan. Jangan libatkan diri kalau ada kerasukan ke apa. Tapi, takkan aku nak lepas tangan dah benda jadi depan mata?

“Hurmmm…” aku lepaskan nafas sesak. Aku urut dada yang rasa ketat. Aku dapat rasa badan aku tak sihat macam selalu. Rasa berbahang. Rasa ada benda benda mencucuk-cucuk badan aku. Tapak kaki rasa sejuk. Tangan pun sejuk. Jadinya, petang tu, lepas balik je dari masjid, aku lepak kat sofa. Selalunya petang-petang gini, aku keluar main bola ngan Anip.

“Dazz Affizam…Kenapa ni?” kalau mami dah mula sebut nama penuh tu, adalah tu benda yang dia rasa lain macam tu.

Terus aku buat-buat ceria. Nak sembunyi kes punya pasal. “Ye, mami. Kenapa?” tersengih-sengih penuh kepura-puraan.

“Cakap mami. Apa dah jadi?” Mami tenung muka aku.

“Apa?” Aku pandang ke lain. Aku ni tak pandai sangat menipu. Kang kantoi, susah.

“Kenapa mami rasa berdebar je ni? Rasa lain macam je tengok kamu. Tu, berpeluh tu kenapa?” Mami macam biasalah, mesti akan rasa dahi aku. Takut sangat kalau aku demam. Padahal tiap kali aku demam dia tak tau pun.

“Sejuk je…Tapi…”

Ting Tong Ting Tong Ting Tong…

Perghhh nasib baik dedi balik. Mami terus berdesup pergi bukak pintu. Bolehlah aku baring balik kat sofa.

“Ijam, Ijam…Tak ada sapa kat luar. Siapa main loceng?” Mami berlari ke arah aku. Terus dia tarik-tarik lengan aku. Dia mengigil. Pucat muka dia.

Aku terkejut. Tapi kena jugak buat-buat cool sebab kalau aku sekali menggelabah, nanti mami lagi teruk.

Aku baca ayat kursi. Hembus kat ubun-ubun mami. Dia tenang sikit. “Zikir mami…Zikir…”

Malam tu pun macam tu jugak. Ting tong ting tong loceng rumah asyik berbunyi je. Aku tak pergi masjid sebab temankan mami. Dedi je pergi. Risau jugak tinggal mami sorang-sorang.

“Ijam…Ijam…Siapa kat luar tu? Pergi tengok kejap. Mami rasa ada orang. Mami tak berani bukak pintu…” Muka mami cuak. Pucat. Aku lupa nak pesan. Kalau ada benda main loceng pintu, jangan peduli.

“Jangan risau mami. Tak ada apa…” Aku peluk mami sesaat dua. Tenangkan dia. Lepas tu aku terus keluar ke depan. “Mami jangan ikut! pergi masuk bilik Ijam.”Aku dah mula rasa pelik-pelik. Masa mami datang panggil aku tu. Aku dah bau wangi semacam lekat kat mami. Padahal tadi tak ada pun mami ni wangi semerbak sampai bau satu rumah.

Aku keluar. Lepas tu tutup pintu rapat-rapat. Aku tengok, kat depan rumah, kat taman mami yang dah macam hutan Amazon tu, berdiri sorang perempuan pakai kebaya hitam. Berkain batik lepas warna coklat tua. Rambut bukan main bersanggul kemas. Siap pakai cucuk sanggul tembaga.

Aku baca ayat pendiding. Benci betul kalau kena berdepan dengan benda ni. Serius. Penat.

“Assalamualaikum…”

Perempuan tu pusing. Senyum..Manis. Menawan.

“Eh, Cikgu…Kenapa Cikgu? nak jumpa saya?” Aku sembang je selamba, walaupun aku dah tau yang berdiri depan aku tu, bukan Cikgu Ajla. Apa Jadah Cikgu Ajla nak pakai kebaya bagai datang rumah aku malam-malam ni? Aura dia pun bukan aura manusia. Serius, satu badan aku panas. Jantung aku berdegup kuat.

“Aku sayang kau…” Suara dia lembut. Syahdu wei. Lemak berkrim. Bersira. Senyuman dia pulak, kalau silap hari bulan, boleh ajak lari pergi sempadan, kahwin malam tu jugak. Dia punya badan pulak. Ni tak boleh tulis kat sini. Bahaya.

“Pergilah tempat asal kau. Jangan datang sini.” Aku baca Bismillah 7. Slow-slow sambil aku rileks je berdiri kilas tangan ke belakang macam senang diri.

“Kau baca apa tu?” Suara ayu tadi bertukar rentak. Garau sikit. Badan yang lawa tiba-tiba membongkok. Tangan tergaru-garu kat muka.

Dalam masa yang sama, aku nampak Muaz. Berjubah putih kali ni. Mengheret binatang kesayangan dia yang besar macam kereta myvi. Berjalan keliling kami.

Aku buat bodoh. Konon-konon tak sedar Muaz datang.

“Ajla akan mati!” Cikgu Ajla yang lawa tadi, tiba-tiba bertukar jadi nenek bermuka hodoh. Bukan menggerutu. Tapi muka dia macam ada panau dengan kurap. Rambut yang lawa kemas bersanggul, bertukar jadi rambut kusut beruban. Hebat sungguh permainan jin. Punya nak menakutkan anak Adam. Kuasa Allah, ayat-ayat Allah, lagi berkuasa. Kena ingat tu.

“Ajla matiiiii…” dia jerit lagi.

Aku malas layan. Aku baca je surah-surah untuk bakar jin. Baca ruqyah-ruqyah tu sambil masuk ke dalam rumah.

“Celaka…” Suara dia macam guruh aku dengar. Tau pun kau panas.

Aku terus berjalan ke dapur, ambik garam kasar dengan lada hitam. Lada hitam kat dapur tu mami aku dah siap-siap tumbuk bagi hancur. Aku campur je dengan garam kasar dalam satu bekas. Aku keluar balik aku baling garam campur lada tu keliling rumah sambil baca ayat-ayat tadi. Masa ni aku rasa tak sedap sungguh.

Tiba-tiba aku teringat kat cikgu Ajla. Bukan rindu. Cuma risaukan dia. Aku tau benda yang tengah kacau dia ni, benda jahat ya amat.

Selesai ruqyah. Selesai tabur garam. Aku masuk, capai kunci kereta mami.

“Ijam…Kamu nak ke mana?” Dedi yang baru balik dari surau, nampak terkejut.

“Dedi jaga mami erk? Ijam ada hal sikit.” Polis ni kalau bersoal siasat. Memang kau akan rasa diri kau penjenayah paling dikehendaki. Aduiii.

“Kamu nak keluar ngan siapa? ada hal apa? nak pergi mana? nak buat apa?” soalan kalah soalan exam SPM.

“Dedi. Jangan risau okay. Ijam keluar kejap je…”

“Jangan buat hal. Balik awal…” nasib baik dedi lepas.

Makanya, berdesuplah aku pecut kereta mami menuju ke rumah Cikgu Ajla. Aku pernah pergi sekali je rumah Cikgu Ajla, tu pun time kawan rumah dia buat makan-makan. Semua budak kelas aku pergi. Aku join sekali. Nasib baik, kalau tak memang aku tak taulah kat mana rumah dia.

“Allah…Allah…Allah…Allah…” dalam kereta tu je aku mampu sebut. Dalam masa 10 minit aku sampai. Berdesup aku parking kereta kat depan pagar. Pintu pagar tak tutup. Telinga aku tangkap bunyi orang nangis. Merata aku melilau cari kat mana bunyi tu.

“Ya Allah…” Aku terdongak. Tengok Cikgu Ajla tengah menangis kat atas bumbung rumah dia. Gila!

Ok, nanti aku sambung.
Anip ajak pergi main Futsal pulak.
Anip ni bukannya serik kena kecam. Haha.

Nanti aku sambung lagi k.
Bye…
Jangan marah tau. Sebab aku taip kat fon je. Lambat. Sabar ye.
Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ijam

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

184 Comments on "Berjanji Dengan Jin – Siri Ajla"

avatar
Skeptikal

Bro jangan tak tahu. yang komen kat sini pun salah satu writer kat FS.
Cuma tak dedahkan identiti sebenar sahaja.
Sebab itu kitorang boleh detect benda2 yang readers tak boleh detect.
Hargai pendapat/komen orang lain.
Ini negara demokrasi.

Korang tekalah siapa aku. Dapat aku bagi Iphone X

Kak Yulie

Alaaarrr…
Nak teka…
Tapi akk seorg yg anti-iphone…
Klu 3310 akk teka…
Hehehehee…

EA

Wan SC / DeeFen atau yg seangkatan dengannya.. kakakakaka.. #edentorai

Cik sarabanun

#sissenyumpenuhmakna

Fieya

bagi aku takde yg pelik pun. jenis2 gangguan yg dia hadap pun perkara biasa..mcm org2 lain gak. kalau kata dia pandai berubat sekali pun..ayat2 yg dia baca tu pun ayat2 simple. yg semua org buat. alfatihah..3qul..kursi. ape yg pelik?? cuma dia mgkin istimewa..sebab ada muaz. mgkin muaz ada ajar dia sruh baca ayat2 lain..selain dr ayat lazim yg kita baca dan dia boleh nmpak makhluk2 halus (hijab terbuka). jarang org bleh nmpak benda2 ni. bukan tak ada..ada. tapi tak ramai

Ayu

x de yg pelik pun dalam entri ni,cerita betul atau fiksyen bukan masalah pun. semua cerita dalam fs ni janganlah ambik serius. dia popular sebab entri dia tu kira da rezeki dia.Ayu sokong semua penulis berbakat yg bole hasilkan cerita yg berkualiti.

Hazqila

Best ceritanya. Follow dari ep1 lg. dah2 laa korang jugde dia. Enjoy apa yg penulis tulis sudah. Buat apa nk pening fikir realiti ke fiksyen. Kalau ada yg smpai jatuh hati pada penulis sb cerita dia tu bukan salah dia. Tu salah penerimaan pembaca. Actually ada je realiti berlaku macam tu. Adik saya pn lebih kurang baya penulis ada kebolehan yg sama cuma dia tak pandai menulis mcm ijam dan kisah dia tak laa se extreme ijam. Apa pn to ijam awak penulis yg bagus. Teruskan penulisan awak. Assalamualaikum.

Opiez

Ijam tu nickname ja , scammer. Dia ni memang penulis, cuma bt come back ja, tau dah, nak raih like ja tu dgn followers…. Kena tipu ampa semua

anakayam

anip ni kan, hari lain tak boleh ke berfutsal hehehe

Hulubalang

Aku antara mereka2 yg pergi serbu page si ijam ni.bukn sebb suka ke apa ke,tp sbb nk mencari kesahihan mulut2 yg brcerita psl akk2 bwg .tp lain pulak yg aku jumpa,bila baca teaser2 rasa mcm smthing wrong jah..tp xpe, kita tggu episod strusnya.

nuna

Ijam, aku tak pedulik la kalau depa kata hang tipu ka apa ka. aku nak hang sambung ja. hari hari aku tengok hang ada submit cerita ka dak. aku suka dengan jalan cerita hang. aku suka cara hang menyampaikan. tak serabut tak kelam kabut. senang paham senang hadam. lekaih weh. biaq apa orang kata, hang tetap ada peminat sendiri. teruskan menulis!

FirstVera

I have noticed you don’t monetize your page,
don’t waste your traffic, you can earn extra cash every month because you’ve
got high quality content. If you want to
know how to make extra $$$, search for: Mrdalekjd methods for $$$

sardine

bila nak upload cite lain ijam.. huhuh. suka cite awak

1 3 4 5
wpDiscuz