Berkawan Dengan Kakak Cantik

Salam dan hi semua peminat FS. First of all, thank you sebab kisah saya di publish kan kat page FS. Saya Dian. Saya memang dah lama minat sangat baca cite seram kat FS, ni cuma ni first time kongsi kisah. Saya nak kongsi pengalaman saya masa kecik dulu. Masa kecik dulu hijab saya terbukak senanglah nampak benda halus ni. Tapi sekarang Alhamdulillah dah tak nampak pape. Masa kecik saya tak agak innocent sikit bab benda halus ni maybe sebab tu kot tak takut sangat bila tengok benda2 ni. Blurr je hahahaha.

Okay nak dipendekkan cite, dulu saya ada kawan dengan ‘kakak cantik’. Saya terjumpa dia dekat kampung. Masa tu balik kampung cuti sekolah. Sampai kampung dah petang. Sebelum senja tu biasa memang suka main kat luar. Main teng teng. Hahaha budak kecik je pun. Masa tengah main tu saya ternampak ada perempuan tengah duduk kat buai. Buai tu buai besi letak kat sebelah pokok jauh dari pokok tu dah hutan.

Saya perati je kakak tu sebab nak tau sape. Kawan pakcik or makcik saya ke yang datang? Kakak tu serba putih. Pakai kebaya putih dengan selendang putih dan rambutnya panjang parat lepas bahu. Saya rasa cantik tapi tak tau ehh nak kata cantik ke tidok sebab kakak tu takde muka. Muka dia kosong. Tak ada hidung, mata & mulut etc. Bila tengok je kakak tu toleh saya agak terkejut sikit then tetibe opah panggil naik sebab dah senja. Bila naik je terus saya tanya opah pasal kakak tadi tapi opah cakap takde sape pun kat situ. Bila tengok je kat buai tu memang kosong. Malas nak fikir terus pi mandi.

Malam tu saya duduk sebelah tingkap sambil main dengan doll saya. Tetibe saya nampak jauh kat sana tu ada kakak cantik tu. Jauh dekat dengan tempat buai tadi yang dalamnya hutan. Dia tengah berdiri kat situ sambil perhatikan saya. Walaupun dia takde muka tapi saya rasa yang dia tengah perhatikan saya. Sekali mama saya panggil suruh masuk tido. Malam tu tak dapat tido sebab teringatkan kakak cantik tu then tak sedar dah tertido hahaha. Tapi saya tersadar tak tau la pukul berape. Sebab saya terdengar nyanyian sayup2 je suaranya.

Lagu dia macam lagu tradisional. Saya tak dapat dengar dengan jelas malah tak paham satu apa pun dengan nyanyian tu mungkin sebab slow sangat. Entoh lerr. Saya cuba cari nyanyian tu tapi hopeless saya tak tau dari arah mana kejap2 dari arah sini kejap arah sana. Pening. Tengah saya asyik cuba dengar lagu tu tetibe senyap berganti pulak dengan azan subuh. So saya anggarkan saya bangun dalam 30 minit lagi sebelum subuh. Lepas tu saya tak jumpa lagi dengan kakak cantik tu.

Tapi bukan setakat tu je. Lepas balik dari kampung, saya berjumpa dengan kakak cantik tu. Masa tu tengah malam saya tengah tido. Sekali tersedar saya ternampak kakak tu tengah duduk tepi katil tepi kaki saya. Bila nampak je saya terkejut terus nangis then lari keluar dari bilik pegi bilik parent. Parent pujuk and hantar kat bilik semula. Tengok je kakak tu takde. Hilang ke mana. Sebab mengantuk terus tido.

Esoknya, tengah buat homework saya rasa ada orang belai saya. Bila pusing je kakak cantik tu. Tapi kali ni saya tak nangis. Kakak tu cuma temankan saya buat homework je. Hari demi hari makin kerap kakak tu ada dengan saya. Masa saya tido dia selalu temankan. Bila dah jadi kawan saya macam dapat tau apa yang kakak tu nak sampaikan walaupun tiada suara tapi hati saya automatic boleh paham. Dia tak buat pape pun dia cuma temankan saya je. Sampai la one day ada ustaz kawan parent dia mintak nak tengok saya. Parent pelik.

Rupanya ustaz tu kata, benda tu walaupun baik tapi tak elok biarkan dalam rumah. Bila fikir balik ada betulnya sebab makanan kat rumah cepat basi, bau kemenyan, busuk & wangi. Kekadang siaran tv rosak pastu suhu pun sekejap panas sekejap sejuk. Haa pernah waktu tu mama saya cium saya tido waktu malam dia kata rambut saya bau wangi sangat. Bau bunga kuat sampi mencucuk hidung. Ustaz tu kata rajin2 la mengaji, putarkan surah2 dan sering solat dalam bilik saya sebab benda tu sentiasa jaga saya.

Alhamdulillah lepas2 tu dah tak jumpa lagi dengan kakak cantik tu. Saya juga terima rawatan untuk tutup hijab saya tapi sama je hijab tu mula tertutup apabila umur saya meningkat sampai la sekarang tutup sepenuhnya dah tak nampak lagi benda2 tu. Kalau boleh memang tanak nampak lagi lah. Seriau. Terima kasih sudi baca kisah saya. Maaf kalau panjang dan tak bape seram. Kalau ramai yang suka saya bercerita Inn Shaa Allah saya akan post lagi kisah saya yang lain bye bye~~

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

9 thoughts on “Berkawan Dengan Kakak Cantik”

  1. Best sebab kakak cantik tu baik. So sad tak dapat jumpa dia dah. Yelah. Macam mana pun tak elok berhubung dengan makhluk dari alam lain.

    Reply
    • Maybe sebab niat kakak cantik tu baik, so dia rasa kakak tu cantik walaupun takde muka. Yela, cantik bukan dari segi fizikal je kan? Hohoho

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.