Berkhemah Pantai di Johor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak FS yang menyiarkan pengalaman aku ni. Kisah ni terjadi semasa umur aku dalam lingkungan 20an. Dimana ketika itu aku menuntut disebuah institusi swasta di Johor Bahru.

Nak dijadikan cerita, kawan aku bernama Fami mengajak aku dan Wakli untuk pergi berkhemah di sebuah pantai di Johor. Dan pada ketika itu Johor sedang kecoh dilanda banjir besar. Tersangat lah tak sesuai utk aktiviti riadah apa lgi ianya ditepi pantai. Tanpa berfikir panjang aku menurut saja ketika itu. Didalam kereta Fahmi dah terlebih dahulu men-kidnap Fiq dan Alip. Rakan dari kolej kami juga. Maka kami berlima pun menuju ke pantai tersebut pada suasana hujan lebat dan angin kuat ketika itu.

Kami tiba dikawasan pantai pada jam 4 petang. Seperti dijangkakan mmg tiada waimah seorg manusia pun ketika tu akan beriadah ditepi pantai dengan musim hujan ribut macam ni. Kami memacakkan khemah kami di bawah sebuah pokok besar yang ada buaian disitu. Melihat buaian itu memberikan kami semua perasaan yg agak meremang kerana posisi buaian tersebut terlalu tinggi dari tanah dan agak sukar utk duduk diatasnya. Aku syak pemain basket ball yg tinggi2 tu je boleh duduk main buai tinggi mcm tu. Siapa siak yg setting mcm tu.

Malam tu, angin kuat betul. Kami berlima cuma mampu duduk didalam khemah. Memandangkan cuaca yg agak buruk. Dari dalam khemah aku melihat pantai yang menghempas. Angin bertiup kuat dan suasana sgt nyaman. Hanya ada bunyi angin. Sesekali mata aku tertumpu pada buaian yang bergoyang kerana tiupan angin. Masa ni lah baru aku rasa betapa creepy nya pokok ni dgn buaian tersebut. Pokok besar rendang yang hujungnya berkocakan dek kerana tiupan angin. Aku dah mula terbayang figura bukan2 duduk dibuaian tersebut. Damnn..

Kami masing2 tak dpt nak buat apa2. Kecuali saling kacau mengacau sesama sendiri. Gitu je lah. Sehingga lah si Alip tiba2 bersuara:

“Geng. Aku nak terkencing lah…” sayup2 suara Alip kedengaran.
“Ok Jom. Aku teman kau. Aku pun nak kencing ni.” Wakli mengoffer dirinya.
“Dah cantik la tu. Aku teman sekali.” Aku pun tiba2 ada rasa nak terkencing so ini la peluangnya. Cuak jugak nak ke semak tengah2 ribut ni. Gelap gelita pulak tu.

Dan maka kami bertiga pun berdiri la dan membuka zip pintu khemah kami. Wakli keluar terlebih dahulu dan berdiri didepan pintu khemah. Manakalah aku dan Alip masing2 disebelah kanan dan kiri khemah dimana badan kami sahaja yg baru keluar dari khemah. Tetapi kaki kami masih berpijak didalam khemah. Belum fully keluar dari khemah lah kiranya kecuali Wakli seorang.

Belum sempat aku dan alip melangkah keluar dari Khemah, tiba2 angin kencang terhenti. Suasana sunyi. Dan hanya ada bunyi ombak menghempas pantai. Kami bertiga saling berpandangan dan…

“Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee…….” Jelas kedengaran hilaian tawa dari mahkluk yg tak dpt otak aku terjemahkan ketika itu dan serentak itu juga angin kembali bertiup kencang. Fahmi dengan pantas menarik zip pintu khemah sedang aku dan alip masih belum habis keluar dari khemah. Aku terus mencari punca suara kekiri dan kekanan. Ke lautan juga sana juga tak kelihatan. Hilaian suara tu betul2 dekat telinga kami. Automatik meremang seluruh bulu roma yg ada. Dan juga atas dasar reflect, Wakli dan Alip melompat cuba masuk semula kedalam khemah sedangkan si Fahmi awal2 tadi dah tarip Zip. Panci. Chaos. Suasana jadi kecoh. Kami menjerit ketakutan sambil memejamkan mata dan bergumpal diatas khemas. (diluar khemah). Lama kelamaan kami mula bertenang, Wakli mula bersuara:

“Dok! Kita kat luar khemah ni. Betulkan khemah dok!”

Aku dan Alip termenung sekejap. Kami bingkas bangun tak bersuara apa2. Sambil kami membetulkan semula khemah dan niat utk kencing tadi kami batalkan. Kami telan dalam2 air kencing tadi. Dan kami sambung duduk dalam khemah. Tutup habis kali ni. Batang yang menjadi rangka khemah kami ada yg patah menjadikan struktur khemah kami sedikit ganjil dan tak stabil. Tak ada masa fikir pasal tu skrg ni kami berlima baring didalam khemah dan berdoa pagi cepat menjelang.

Belum sempat kami lelapkan mata. Fik pulak kali ni membangunkan kami.

“Woi bangung woi.. Khemah ni macam nak roboh la sial..” fik menjerit kepada kami.

Ya. Bucu khemah kami yg ditengah2 tu ibarat ada satu tangan yang sedang menggoncang khemah kami. Kami terpaksa menahan khemah dari roboh. Angin bertiup kuat. Sangat kuat. Zip pintu khemah terlerai akibat goncangan angin yg kuat. Aku sempat menjeling kearah luar khemah dan.. “Sial…!” aku berbisik sendirian.

Kelihatan sekujur tubuh berbaju putih berambut panjang sedang duduk diatas buaian tersebut sambil tersengih sinis melihat kami yg huru hara didalam khemah ketika itu. Aku tarik semula zip dan tutup pintu khemah tu sambil didalam hati aku memaki hamun kepada benda tu. Musibat betul.

Suasana chaos tu akhirnya terhenti setelah Fikri melaungkan azan dan membaca ayatul Kursi berulang2. Nasib baik ada member lepasan sekolah pondok. Barulah tenang suasana. Aku bukak zip khemah dan meninjau kawasan sekitar. Lengang. Cuma ada pantai yg berombak kencang dan juga kami berlima ditepi pantai dibawah pokok. Kami berjaga smpai pagi dan tak mampu nak lelap dah malam tu.

Begitulah pengalaman aku dikacau ketika beriadah. Sebenarnya aku tak pasti sama ada aku dan kawan2 yg kacau tempat dia ke atau dia mmg saja nak kacau kami. Yg pasti pokok tu mmg creepy. Buai tu pun. Esoknya kami berkemas dan terus pulang semula kerumah masing2. Serik nak kluar time ribut taufan lagi.

Wassalam.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Near

17 thoughts on “Berkhemah Pantai di Johor”

  1. Cari penyakit… ribut2 dan banjir kononnya pergi beriadah… berkhemah bawah pokok besar pula tuu…
    Nasib x maut… cuba kalau ada seorang ajak mandi laut yang berombak kuat… ialah konon gila2 masa remaja…
    Beringat sebelum kena… saja peringatkan untuk lain kali…

    Reply
  2. Korang yg kacau tempat dia tu. Dari cerita pun boleh discribe rupa bentuk pokok tu. Mmg rumah benda tu lh. Apa2 pun best gak cerita awk

    Reply
  3. org² dulu kata benda ni suka keluar main hujan renyai² mlm hari. saya x percaya…tup² mendapatla.. kain putih siap singgah terbang atas cermin keta. hahahha.. ini kan malam , tepi pantai.. bawah pokok, waktu ribut.. hmmm. mmg jadi habuan lah. nasib x ikut balik…. lesson utk kita juga kan. cerita yg best 👍🏼

    Reply
  4. Part yg huru hara lompat atas khemah tu lawak sial …hahahah.. Tp tu r, arrea pasang khemah tu pun mmg dah macam ‘rumah orang’ ye dak? Nway, enjoy bace citer lu.

    Reply
  5. Malam tadi dah pukul 12 masa aku baca. Sempat komen ‘seram’ je sebab rasa macam takut dan nak cepat tidur. Yang harunya lepas aku tutup lampu, aku tak boleh tidur kerana bila pejam mata je nampak ‘Minah’ tu dok senyum sinis. Haiihhh…….

    Reply
  6. Ni mcm kt desaru je..ye ke idokk??? Sbb banjir besor kt jhor biasa Kota tinggi,muar je ..Ada idea plak Korg GI time ribut2,banjir GI riadah eh?? Pelik2 idea..hahaa

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.