#Ratna – Bersahabat Dengan Kerabat Bunian 2
Assalamualaikum.
Pertama sekali, terima kasih atas kecaman. Dari awal aku menulis, memang aku dah siapkan mental untuk dikecam selain daripada komen-komen yang baik. Semoga Ramadan sentiasa menenangkan kita. Aku mulakan dengan menjawab soalan-soalan yang diutarakan.
Berkenaan rupa. Daripada pandangan mata aku, ya, macam manusia dan tidak menakutkan. Rupa Melayu cuma diorang putih sangat. Hidung kebanyakannya mancung. Yang perempuan biasanya berambut panjang. Diorang keluarga yang mengamalkan Islam. So, yang perempuan memang menutup aurat. Berbaju kurung ala-ala kurung Riau. Last aku tengok pakaian kemban diorang tu masa umur 8 ke 10 tahun. Itu pun Melor sorang je.
Aku baca balik entry aku sebelum ni. Aku tercari-cari di mana yang aku agungkan mereka. Aku cuma share apa yang alami. So far diorang tak pernah mendatangkan mudarat dan diorang masih makhluk Allah yang sentiasa berpesan-pesan kepada kebaikan.
Selepas aku kenal diorang, aku kaji dan belajar banyak benda. Jin dan bunian; ada yang kata sama, ada yang kata tak, berlainan bangsa dan macam-macam jawapan lagi. So bab yang kata jin dan bunian ni sama; aku tak tolak pendapat ni. Tapi bab agama, ada yang beragama Islam dan ada yang tidak. Kehidupan mereka sama macam komuniti manusia, bersosial, berkerajaan dan ada pemimpin masing-masing.
Oh ya, Pak cik aku jumpa tulah Ayahanda.
Di istana, memang ada protokol. Adat sembah hormat tu masih diamalkan. Aku tak selalu jumpa ayahanda dan bonda jadi tak amalkan protokol tu. Berbual dengan kakak-kakak guna kanda dinda, kecuali Suria. Sebab dia yang tak nak aku berkanda dinda dengan dia. Aku rapat dengan Kanda Sukma, Suria, Melor, dan Laksamana Adi. Yang lagi tiga kurang sikit, sebab diorang pendiam. Yang kata aku ni anak yang ke tujuh, tak ada apa yang istimewa pun, cuma aku dan Melor lahir pada hari dan waktu yang sama, malam Jumaat.
Rupa Laksamana Adi pula, hidung mancung, mata sepet sikit. Kening tebal, rambut pendek. Badan berotot, tinggi dalam 170CM kot. Laksamana lain semua muka garang-garang, setakat ni dia sorang je yang boleh senyum.
Aku tak nafikan, bukan semua boleh terima benda-benda macam ni. Aku pun sebelum ni rasa kekok dengan diri sendiri. Pernah juga berubat, tutup hijab tapi dua ke tiga hari jekla. Lepas tu terbuka balik. Aku pun tak minta sesiapa percaya, cuma share dan mungkin ada yang macam aku dan kalau boleh aku nak bercakap perkara ni dengan mereka. Banyak yang aku nak belajar, nak tahu.
Aku tak tahu yang lain, tapi bagi aku hijab terbuka ni macam ada vibe yang buatkan jin atau bunian tahu yang aku boleh nampak diorang dan secara tak langsung memang bertegur sapa dan jadi kenalan. Mana yang jahat-jahat tu memang akan mengganggu. Sepanjang aku hidup, banyak je gangguan yang aku terima. Tapi bukanlah masa susah, boleh minta tolong semua benda dengan diorang. Diorang bukan ada apa-apa kesaktian pun. Sama, macam manusia.
Macam kerabat yang aku kenal ni, diorang adalah kumpulan yang memerangi jin kafir. Sebab itu, diorang ada sistem pertahanan yang kuat. Aku pernah tengok satu peristiwa, berdekatan dengan tempat kerja aku yang melibatkan bunian/jin lain, bergaduh. Diorang dua puak yang berlainan, Islam dan bukan Islam. Bergaduh sebab yang kafir ni ceroboh masuk dan rosakkan surau diorang. Yang Islam ni pulak, tak mengimarahkan surau diorang so mudah yang jahat-jahat ni masuk. Bergaduh dan berbunuhan menggunakan senjata-senjata tajam.
Dalam keluarga aku, adik aku pernah terbuka hijabnya sekitar umurnya 11 tahun. Tapi lama-kelamaan tertutup sendiri. Sekarang, aku berhadap dengan anak aku. Umurnya tiga tahun yang hijabnya masih belum tertutup mungkin sebab dia masih kecil tapi sebab dia petah bercakap, dia selalu cerita apa yang dia nampak. Pandangannya mungkin lagi sharp. Macam aku, nampak kurang jelas. Macam orang rabun kecuali kerabat yang aku kenal tulah. Ini aku tak tahu kenapa.
Pernah sekali, dalam dua tiga hari aku tak selesa kat rumah. Rasa macam diperhati tapi aku tak nampak sesiapa. Anak aku tegur aku;
“Ibu takut ke?”
“Ya.”
“Dekat dapur ada dua abang. Catu kat luar, catu kat dalam.” Sambil dia tunjuk dua jarinya.
“Ibu tak nampak pun?”
“Sebab ibu tak boyeh kot.”
“OK. Dia nak apa?”
“Dia datang umah ni cebab ibu ambil picang ngap ngap dia.” Pisang ngap-ngap tu sebab terikut Upin Ipin. Aku baru teringat, aku baru balik dari kampung dan pakcikku ada memberi aku setandan pisang lemak manis dan aku sangkut di tingkap. Pisang tu pula dah sesikat aku dan anak aku makan.
“Kita dah makan banyak pisang tu.”
“Abang dua kata kongci tapi tu picang abang dua.”
“Teja suruh dia balik. Ibu takutlah.”
“Abang dua tak jahat.”
“Tapi, tak boleh duduk sini, OK.”
Sudahnya aku pun dah tak makan dan terbiar kering tersangkut kat tingkap tu. Aku pun tak perasan bila suami aku buang dan anak aku bagitahu yang ‘dua abang’ tu dah tak ada sebab pisang tu dah habis.
Ada juga masa aku duduk-duduk tengok TV, tiba-tiba Teja ambil botol kosong air anugerah, buka penutupnya dan baca-baca kat botol tu;
“Teja buat apa?”
“Baca doa?”
“Kenapa?”
“Ada orang mintak.”
“Siapa?” Dia buat signal ‘sekejap’ dengan tangan kecik dia tu. Lepas tu dia tadah tangan, buat-buat baca doa, raup muka dan hulur entah kat siapa depan dia.
“Orang tu cakit bu. Teja tolong dia.”
“Teja baca apa?”
“Teja baca koan (Quran) nengan alip ba ta.” OK.
Eh, dah meleret-leret pula.
—
Kesimpulannya, inilah apa yang aku alami dan inilah kehidupan yang aku jalani. Terima kasih kerana sudi baca dan komen. Semoga Ramadan memberi banyak manfaat kepada kita, InsyaAllah.
P/S: Jangan kecam anak aku ya.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
mula2 sy ingat puan ni lelaki .. sampai lah part anak panggil Ibu tu … hehe
aahhh.. dpd part 1 ingtkn die lelaki…???
Aku ada sorg mmber pompuan nama ratna.. so aku dh agak dia pompuan.. haha
ratna slalu perempuan..lelaki selalu raden
kak…bleh x truskan crite psl ni??
abaikan je org yg kecam tu awak..nt share lg ye cte..selamat berpuasa…oh ya…dorag pon berpuasa jugak kan?skerg ni awk masih lg berkunjung ke istana tu ke?
Sis.. please teruskan cerita .. It’s getting more interesting…
Membela atau bersahabat dengan jin untuk mendapatkan sesuatu daripadanya adalah salah dalam Islam. Apa yang berlaku pada zaman Nabi Sulaiman, baginda telah diperintahkan melalui wahyu Allah kepadanya di mana dengan menggunakan khidmat jin, beliau memindahkan istana Puteri Balqis. Kita tidak boleh menerimanya kerana Nabi Sulaiman tidak meninggalkan syariatnya sebagaimana yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad.
Islam melarang bersahabat dengan jin walaupun untuk mendapat maklumat atau menggunakan khidmatnya untuk masyarakat atau untuk membantu kita mengatasi masalah perbuatan sihir dan sebagainya. Perkara ini boleh berlaku tetapi ia masih memerlukan kepada aspek pemujaan sebagai penghubung untuk memanggil jin-jin. Jin pun ada nafsu yang mahu dirinya dipuja. Proses interaksi ini juga bukan semudah yang disangka dan kaedah pemujaan beginilah yang dibimbangi oleh membawa kepada syirik. Apabila kita memuja jin, mereka akan menjadi lebih sombong dengan kesesatannya lebih-lebih lagi apabila sampai ke tahap jin disembah sebagai Tuhan kerana manusia mencari perlindungan daripada mereka.
Persahabatan Dengan Jin Islam
Berkaitan dengan persoalan bersahabat dengan Jin Islam yang taat, apa yang kita perlu fahami bahawa berinteraksi atau bergaul dengan jin merupakan sesuatu yang mengandung bahaya besar, dan ia merupakan salah satu pintu keburukan dan kerosakan. Cukuplah dalam hal ini bahawa kemusyrikan tidaklah masuk ke dalam diri manusia kecuali melalui jalan mereka (jin), sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah SAW tentang pengajaran Allah kepada hamba-hamba-Nya, ”Dan sesungguhnya Aku menciptakan hamba-hamba-Ku seluruhnya dalam keadaan lurus maka kemudian datanglah syaitan dan menyimpangkan mereka dari agama mereka. Dia mengharamkan bagi mereka apa yang Aku halalkan bagi mereka serta memerintahkan mereka agar menyekutukan-Ku dengan apa-apa yang tidak Aku turunkan kepadanya suatu penjelasan.” (HR. Muslim)
Walaupun di antara golongan jin ada yang beriman dan muslim sebagaimana di antara mereka juga ada yang kafir dan fasiq namun kerana mereka tidak dapat dilihat secara zahir akan menyebabkan manusia tidak tenteram atau tidak menentu terhadap siapa pun diantara mereka (jin) dan menjadikan manusia khuatir dengan tipu daya mereka, yang boleh menyesatkan manusia kerana mereka boleh menyamar sebagai beriman sedangkan mereka kafir, fasiq atau munafiq seperti yang ada pada manusia, malah tidak mendatang manfaat seperti yang difirmankan Allah SWT:
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. (Surah Al Jin 72 : 6)
Untuk itu fatwa ahli ilmu mengharamkan adanya saling memberikan dengan jin dan bergaul dengan mereka secara mutlak—baik terhadap jin yang mukmin maupun kafir diantara mereka—dan yang penting adalah tidak mempermudahkan permasalahan ini serta sebagai tindakan mencegah (preventif) dari terbukanya pintu fitnah dan kecemasan, dan memelihara hati manusia untuk tetap terisi oleh fitrah imaniyah.
Di dalam al Mausu’ah al Fiqhiyah (14/18) : “Adapun meminta pertolongan kepada selain Allah SWT, baik kepada manusia atau jin, apabila meminta pertolongan kepada jin maka hal ini terlarang, kerana boleh mengakibatkan kemusyrikan dan kekufuran, sebagaimana firman Allah ta’ala yang bermaksud: “Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Surah Al Jin 72 : 6)
wujud ke tak Puteri Nur, manusia hybrid keturunan Raja-raja bunian?
Manusia hybrid tu apa? N nk tnya jglah kan ikan duyung? Mermaid tu? Kot la jin2 pernah ckp…Hahaha…bukan apa curious ja depa kan dah hidup lama
Spa tu Puteri Nur. Mung pernah nmpk ka dia?
Baca cerita dia ni lah aku dok cari pasal bunian. so ada terjumpa article pasal puteri nur. Cuba google. Siap ada interview. Video ada dekat youtube. Macam tak logic pun ya jugak.
Aah. Aku ada tgk jugak interview Puteri Nur tu. Siap ada Fizo Omar yg interview dia. Tp tak tahu kesahihan benda tu.
Teruskan menulis ye….tpi kan benda camnie dye x gangu kta pon…sya pernah alami…msa kat rumah tu mlm Jumaat….sya ngan ibu sya je bangun dok tengok tv…adeq dh tido bapak pulak g pancing ikan…tiba2 pintu terbuka sendiri….tkut mak aiii….ibu tlong tutupkan…esoknya bapak kta kwn dye tengok2 kan kami kat rumah ok ke x?Tu yg pintu terbuka tu….
Sis , sy tggu cerita awk . btw , anak awk berani betul .
kak saya pun ada kwn dgn jin kak. tp dorg manusia biasa yg perangai serupa jin. entah2 lgi jahat dri jin. jilake punya kawan time posa diorg ws gmbr makanan byk2 dlm group
HAHAHAHA
Org yg kecam ni bukan pikir panjang pun , cu kalau kena kat diri sendiri and then org tak percaya ha padan muka !
Btw cerita akak best ! Saya suka , kalau boleh sambunglah lagi hehe
Kelakar bila bc perbualan teja dgn ibu dia hehe
kecam sbb dah mmg takleh berhubung gn jin pe jadah bunian segala bagai.. yg ko p layan siap pnggil ayahanda bonda kanda tu apasal.. ko buat don’t know buat tak nampak dah la.. takda org nafikan benda cmni.. ni wujud dah tulis lam quran.. lam quran pon da tulis kita takleh bersahabat gn dorang pe tah lagi anggap keluarga.. benak org cmni.. yg sokong pon bangang.. aku ckp byk g manusia leh wt kawan wt keluarga.. ikot kamu lah nak.. aku tak nafikan cerita ko.. tapi pe ko buat ni salahhhh.. paham ke idok.. kbai..
bahasa ko ni pun dah mcm jin dah aq tgk..haha..kasar benor..xyah nk bajet dri tu betul sgt..tegur elok2 knape..adoyai
nk tegur, tegur elok2 la.ckp bodoh karang marah. Sbb bodoh sngat cara teguran ko.acah2 baik tp cara tegur mcm orang tak de otak. Klu nk tegur dia, guna bahasa lmbut la sakai.haa skang ni aq tegur ko kasar2 jgn ko nk melenting pulak yaa. Ko tegur orang lain kasar2,orang lain tegur ko kasar2 juga. So, fair and square la kan? Heh.
Asalamualaikum, aku dari Ledang, cerita kamu benar belaka
kak
cite la lagi.
menarik sgt.
tambah ilmu.
kak
cite la lagi.
menarik sgt.
tambah ilmu.
kem salam teja. ??
Teja sooo cute. Keletahnya.
Comel keletah anak awak. Btw semoga awak dan family berada dlm lindunganNya. Amin.
Ignore je setan2 yg ada dalam tu. Ko teruskan kan je cerita..
Sy dah agak entri ptama tu pmpn.sb bkwn dgn melor..mmg btulla sis.suami tau x psl ni.
Aku masih menunggu kisah pertama ratna yg admin belum siarkn tu.. emmm
Best story,ada masa sambung lagi.Orang yang mengalami sendiri, percaya jin,bunian tu ada.bunian ni lahir bila ada manusia yg berkawin dengan jin.separuh d***h manusia,separuh d***h jin.lagi pon, sis ni kawin dengan manusia juga kan. Bukan kawin dengan bunian. Kat situ aku dah respek. Sis ni hijab die terbuka. Suka ke..xsuka ke..Allah swt dah takdirkan. Sis ni cerita pengalaman hidup die.
salam kak.. cadangan saya la.. kak pergi cari “si joker” a.k.a Yael… suruh dia berkawan dengan geng2 istana kak.. hahaha.. sian si yael.. xde pasangan walaupun 1000 tahun dah hidup.. mana tahukan tkot jodoh dia kt sna..
A’ah kan hahaha
btul juge….
Sila smbung sis..jgn lupa hashtag nye supaya senang cri.
I will be waiting for the next story from you. And kiss to your kid for being brave and cute…??
Comei la anak akak, berjiwa besar.
Nak dengar citer teja pulakk . Beraninya budok tu.
kak anak ko comey sgt baca alif ba ta ubat kan ‘org’
Kt kampung aku dlu ada sorg lelaki, (aku x ingt nama dia, aku bg nama pakdin) yg kata dia kahwin dgn bunian. Ada keluarga di alam ‘sana’. Kita nmpk pakdin mcm org yg x berapa ‘sihat’..faham kn mksd org yg x berapa ‘sihat’. Selalu ckp sorg2.. secara realitinya dia x pernah kahwin, sbb dia kata dia dh ada ‘isteri’. Sejauh mana kebenaran dia, wallahua’llam.. smpai ke tua pakdin mcm tu.
Bila dh tua, dia sakit & di jaga oleh anak saudaranya di samping ibu dia yg juga sudah uzur. Wktu pakdin dh tua & sakit, x larat nk berjalan dh..tiba2 dia hilang. Heboh juga kt kg pasal kehilangan pakdin. Lama dia hilang dan x dijumpai. Suatu hari kecoh satu kg apabila ada org jumpa tengkorak dalam hutan. Berdasarkan cebisan pakaian yg ada bersama tengkorak tu, org kg yakin itu adalah tengkorak pakdin. Bagaimana dia meninggal, aku x tau. Laporan polis dibuat & DNA test dijalankan mengesahkan bahawa betul tengkorak itu adalah pakdin. Keluarganya pn redha dan terima.
Yang masih menjadi persoalan, arwah Pakdin dalam keadaan uzur, sakit & sudah x larat nk berjalan. Bagaimana dia boleh smpai ke dalam hutan tersebut yang terletak jauh daripada rumahnya?
Btw, sebelum kehilangannya, Pakdin selalu ckp yang isteri & anak2nya nk dtg ambil dia & bawa dia ‘balik’. Balik ke mana? Wallahua’lam
Alif ba ta hahahhaha comel kau dik
bestnya cerita
bolehkah orang biasa macam sy berjumpa dengan bunian?
Seronok baca cerita akak ,pengalaman akak. Tak smua dapat alami. Dari segi baik dan buruk. Untung jugak akak dpt berjumpa dgn kluarga bunia saya tringin nak jumpa. Tapi bukan golongan hijab yg trbuka. Em. Smoga kluarga akak dilindungi dari perkara yg takbaik ya.
Saya tak ada kelebihan hijab terbuka. Tapi saya berminat sangat mengenai bunian. Saya nak tahu lebih dalam lagi. Sekadar untuk pengetahuan.
ada ker ayat muhkamat yg menjelaskan haramnya berkawan@ bersahabat dengan jin. adakah kita kenal dgn jin yg sendiri punya, anugerah ilahi.