Bersahabat Dengan Kerabat Bunian 3

#Ratna – Bersahabat Dengan Kerabat Bunian 3

Assalamualaikum.

Kiriman salam buat Laksamana Adi dan Melor dah aku sampaikan. Percayalah, sampai sekarang mereka tidak setuju dengan pendedahan ini, lebih-lebih lagi Tuan Laksamana tu. Entry ini adalah yang terakhir.

Bukan semua dalam hidup aku yang berkaitan dengan hijab yang terbuka ini, cantik-cantik. Awalnya memang cantik sebab nampak Melor dan keluarganya. Tapi benda lain sudah mula tunjukkan diri. Mana yang hodoh, mana yang menakutkan, rasa macam tak nak buka mata.

Pukul 8 malam, umur aku ketika itu 13 tahun, aku nak tutup pintu, aku ternampak ada dua orang lelaki, berseluar pendek dan mata mereka kosong, tengah usung keranda siap toleh dan tanya nak ikut tak? Memang berdentum aku tutup pintu. Rumah mak aku sederet dengan adik beradik dia, so memang rajinlah pergi jenguk sepupu sepapat walau pun dah malam. Bila masing-masing nak balik, melintasi pokok kemboja. Aku ternampak makhluk macam ranting kayu. Jari dia lebih dari sepuluh untuk satu tangan, mulutnya ternganga. Bila makhluk tu tanya aku nak pergi mana, berdesup aku lari sampai tergolek-golek. Memang sejak hijab aku terbuka, hidup tak tenang. Macam-macam aku nampak dan jumpa. Melor ajar aku ayat Kursi dan dia minta aku hafal. Baca dengan betul. Berhenti pada tempat yang betul. Aku amalkan ayat Kursi sejak umur sembilan tahun sampai sekarang.

Aku jumpa Melor memang dalam tidur. Dan tak semestinya terus sampai ke Istana Asahan. Aku pernah tersesat entah dekat mana dan seingat aku nama bangsa itu Gemitam. Semua orang kat situ hitam macam orang minyak, menyeringai menampakkan gigi taring mereka. Semua pandang aku macam nak telan. Tengah-tengah berjalan ada sepasang tangan sambar leher aku, tarik aku sampai ke sungai. Dia selam muka aku dalam sungai. Memang aku panik. Fikir m**i je masa tu. Tiba-tiba aku teringat yang Melor pernah cakap kalau sesat baca dua ayat terakhir surah At-Taubah. Aku baca dan Gemitam ni lepaskan aku dan tak lama kemudian aku nampak jamung yang menerangi jalan sambil terdengar bisikan Subhanallah. Aku ikut jamung tu sambil tak berhenti baca ayat 5-6 surah Al-Fatihah dan aku pun sampai kepada Melor.

Setiap kali ke sana dalam tidur, aku bangun dalam keadaan yang sangat penat dan rasa macam tak cukup tidur. Biasanya aku akan ‘balik’ pada pukul 4.00 pagi dan ia sudah menjadi rutin. Sampai sekarang pun aku akan terjaga pada pukul 4.00 pagi. Pada awalnya, aku tak biasa dengan alam mereka kerana untuk aku yang tidak tahu banyak perkara agak terkejut sebab di alam sana, tenaga kita seperti dikerah-kerah. Dan aku rasa medan tenaga satu-satu tempat berlainan. Ada masa yang aku rasa tarikan gravitinya sangat kuat. Nak angkat kaki untuk melangkah pun bagai dikerah separuh nyawa. Tapi lama-kelamaan aku boleh menyesuaikan diri. Aku pun tak tahu macam mana, ia terjadi secara semula jadi. Aku tidak tahu pengalaman orang lain, tapi ini aku.

Untuk pertanyaan; adakah aku masih berkunjung ke sana, jawapannya ya. Tapi tidak sekerap dulu, kalau ada hal penting atau kerabat tu nak beritahu aku sesuatu. Masa umur belasan tahun hingga awal dua puluhan, memang teruja sebab banyak benda yang aku nak tahu. Aku jumpa pelbagai ragam bangsa bunian. Mana yang sombong, kita cakap apa pun dia akan perlekehkan kita. Mana yang degil, kita cakap nak balik pun dia kata tidak.

Berkenaan dengan keluarga kerabat tu, mereka hidup macam kita. Bab makan, Ayahanda jenis yang mesti nak semua ahli keluarga ada dekat meja makan dan solat mesti solat jemaah. Semua orang yang tinggal dalam Istana Asahan mesti solat berjemaah. Ingat tak aku pernah cerita yang tingkat satu Istana Asahan adalah dewan orang ramai? Untuk bulan puasa ni, berbuka dan bersahur di situ. Solat Maghrib, Terawih dan Subuh juga di situ.

Mereka ada pasar, kedai runcit, warung jual kuih dan sebagainya. Mereka bercucuk tanam, bela ayam, kambing dan lembu. Serba serbi sama dengan kita di sini. Ada petani, peladang, tukang besi, tukang kayu dan lain-lain. Ada perpustakaan yang besar. Buku banyak tapi buku lama-lama bertulisan jawi. Tak berapa faham kalau nak baca pun.

Pemakanan mereka pula dijaga oleh Kanda Kirana. Dia ni kira pakar pemakanan lah kat sana. Mesti makan buah atau minum air sebelum makan nasi. Selain elok untuk usus, ia mengelakkan kita makan secara berlebihan. Tak makan makanan yang panas-panas, tak elok untuk perut. Kurangkan makan yang pedas. Berhenti sebelum kenyang. Minum air dan kunyah makan perlahan-lahan. Tak boleh campur makanan darat dan laut sebab ada ion yang berbeza kan, jadi kalau bercampur ia akan merosakkan perut dan usus. Mereka banyak makan ulam-ulaman dan buah-buahan. Aku rasa sama je macam orang-orang yang jaga makan. Mereka juga bersenam pada setiap pagi tapi senaman mereka lebih kepada gerakan silat.

Dari segi sistem pertahanan, mereka menggunakan jenawi dan panah sebagai senjata. Senjata api pula, mereka gunakan lela dan rentaka. Boleh google sebab aku tak pandai nak gambarkan macam mana. Kalau pengawal pula, mereka bersiaga dengan keris luk 9. Mereka memerangi jin/bunian jahat yang merosakkan alam, menceroboh dan sebagainya. Jin/bunian yang jahat ni pun ada kerajaan masing-masing yang kadang-kadang buat serangan secara tiba-tiba ke Istana Asahan.

Hubungan aku dengan mereka tiada sifat kebergantungan. Mereka hal mereka, dan aku hal aku. Manusia dengan bunian/jin tak boleh bersama. Tentang pernikahan manusia dengan bunian/jin tu aku tak boleh nak ulas sebab aku tak tahu. Satu dua pertolongan mereka atas dasar ihsan dan izin Allah. Selebihnya kalau ada gangguan kena uruskan sendiri. Masa kematian Seri Manira sebab terkena racun orang yang hantar santau kat ibu aku tu pun, aku tak tahu. Melor yang cerita. Dari apa yang Melor ceritakan, Seri Manira terlantar dengan d***h yang meleleh-leleh keluar dari rongga hidung, mata dan telinganya. Tidak lama lepas tu dia meninggal. Aku kena kuat dari segi mental. Serius. Sebab bila hijab terbuka, ia peluang besar untuk diganggu oleh makhluk pelik-pelik. Kalau jiwa dan mental tak kuat, boleh gila. Aku juga, tidaklah kuat mana.

Tentang anak aku pula, aku ada juga bawa dia jumpa Ustaz. Ustaz tu berikan air tawar dan mandian air bidara, kalau-kalau ada gangguan. Tapi masih macam tu juga. Akhirnya, Ustaz tu cuma pesan dekat aku, ‘Jangan menidakkan ujian yang Allah nak bagi. Ambil juga dari segi hikmahnya. Mungkin Allah nak dia tahu, bukan manusia sahaja ciptaan Allah. Allah maha berkuasa dan Dia berkuasa untuk menjadikan apa pun.’ Aku terima selagi anak aku tak ada apa-apa. Dia nampak, dia bercerita dan kadang aku pun naik takut sebab tak semestinya apa yang dia nampak aku nampak. Kalau pergi hospital lagi rancak dia berbual. Kenapa kaki orang tu bengkoklah. Kenapa dia pegang kepala dia lah. Kenapa dia jalan macam miau (merangkak). Ada Wan Peahlah. Biasanya aku diam je.

Teja masih enjoy hidup dia sebagai budak umur tiga tahun. Gemar berbedak, bergincu, selongkar beg ibu, buat sepah satu rumah, tak reti diam. Berdrama ‘Ibu tak sayang Teja’ kalau kena marah. ‘Ayah tinggalkan Teja’ bila ayahnya pergi kerja.

Aku minta maaf, kalau entry aku mengganggu pembaca, rasa macam tak logik ke tapi ini memang apa yang aku alami. Aku berhenti di sini dan mohon pembaca FS doakan aku dan keluarga dilindungi Allah.

Oh ya, siapa sebelah awak tuuu?

Ratna

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

46 thoughts on “Bersahabat Dengan Kerabat Bunian 3”

  1. Salam Alaika Ya Ratna. Saya rasa cerita awak ni betul. Masa part 1 tu
    memang saya argue & tak boleh nak percaya sebab saya pun pernah keluar masuk & ada hubungan dengan diorang. Similarity tu ada tapi ada certain part yang sangat dongeng. Pastu masa part 2 saya rasa OK, this is real, quite real sebab PROTOKOL. Protokol tu memang wajib kalau bergaul dengan geng2 bunian aristokrat. Bila baca yang part last ni, confirm this is a real story. Ok. Bukan semua bunian hidung mancung. Ada jugak yang macam kita and yang macam Lord Voldermort pun ada jugak. Tengok atas lokasi mana awak masuk. Pastu bab berjalan berat tu ada sangkut dengan Kuantum Fizik & Relativiti. Bila awak masuk secara bawah sedar, awak masih dalam masa yang sama, tempoh yang sama. Tapi bila awak masuk secara fizikal automatik time signature dah berubah. Saya tak masuk dari mimpi & takde kepakaran tu tapi saya just direct masuk dengan body saya. Lain. Awak masuk dengan roh, saya masuk dengan jasad & roh. Tapi cerita awak ni memang betul & bukan khayalan kosong. Lain kali kalau nak menulis jangan mention nama sebenar makhluk2 yang dalam tu. Jadi susah pulak. Kirimkan salam saya pada Laksamana Adi. Teuku Adi? Hihi.

    Reply
    • Salam. Sy peminat anda. Klu bole nk anda ulas mengenai alien dan adakah mereka ini bunian jenis bertamadun spt yg anda cerita dalam bunian dan tamadun. Lg satu bgmn nk ubati mandul disbbkan sihir. Terima kasih. Gabanetwork at gmail

      Reply
  2. salam #ratna saya suka baca cerita awak.. harap jangan berhenti menulis. minta izin dengan mereka untuk bercerita kepada kami yang tak ada dan kalau boleh tak nak pengalaman ni.. teruskan usaha..
    tq..

    Reply
  3. Best..senang faham… menarik sangat penceritaannya. but bab nama, sokong.kalau boleh jangan letak nama sebenar. Mereka x selesa..
    kalau ada cerita menarik lagi..keep writing dalam fiksyen shasha. Semua pembaca dalam fiksyen shasha ini ibarat family. Kita merasai situasi si pencerita. No kondem2 yang tak membina k.

    Reply
  4. Rsa mcm xlogik..xbole diterima akal fikiran yg waras,tp….bila diingtkan,alam bunian mmg wujud dan sprti yg kita sedia makhlum,kewujudan alam2 ghaib nie mmg ade…jdi,kesimpulannya….sya suka crta anda….nak Rsai penglamn yg mnis bersama mrka itu shja…yg seram2 xnak..nak g toilet dlm blik pun kjut kan ncik somi?tp,sya suka fiksyen shasha…start dr first ramdhan…sya asyik nak msuk lman nie je….hihi

    Reply
  5. sis… adakah Teja yg speaking dgn ayah dia tu ke ek… kita kawan haaaaaaaaaa… eh maksud saya…kita geng fb ?

    Reply
  6. Still pada aku, dia ni ada ilmu,pandai research dah banyak membaca kisah bunian..point besar adalah dia sebut pasal lela dan rentaka tu. Itu senjata api melayu lama. (Macam meriam) . Tapi itu nama umum dia. Orang Melayu zaman dulu banyak namakan senjata tu dengan nama lain. Dan nama lela dan rentaka tu senang di google, kalau taip sejata api melayu lama. Just my two cents. Cerita dia flawless buatkan fantasinya jadi lebih ‘real’ dari realiti. Point lain adalah nama-nama bunian yang dia jumpa, nama terlalu komersial seperti cerita melayu lama. Dan juga ceritanya mengenai tingkat-tingkat istana. Mustahil satu tingkat dikhususkan untuk satu kegunaan sahaja. Alam sana lebih kompleks. Maaf kalau pendapat saya ini salah. Salam

    Bagi saya, dia cerita bab protokol tu mudah saja. Sebab dia pernah terbaca bro carlrock cerita pasal bunian boleh pilih zaman apa yang dia nak hidup, zaman melayu lama, 60-an,80-an. So untuk cerita dia dia stick to zaman melayu lama, jadi protokol tu masih dalam mindanya dan diselitkan dia dalam ceritanya ketika dia menulis.

    Part lain dia cakap senjata kerajaan bunian itu terletak di tingkat tujuh bangunan, tapi berdasarkan cerita dia kerajaan Asahan tu selalu diserang bunian lain. Kenapa senjata terletak di tingkat paling tinggi di tempat access yang paling susah? Kalau zaman itu kan belum ada lift. Tapi yalah mungkin bunian tu boleh terbang? Tapi sama ada itu salah penulis atau salah bunian (jika benar cerita ni).

    Lagi satu point kerajaan asahan tu. Kalau digoogle,ianya wujud, sebuah kerajaan lama di indonesia. So adakah penulis ada google ‘kerajaan melayu lama’ sebelum menulis bagi mencari nama-nama kerajaan melayu yang sedap?

    Lagi satu saya dapat tangkap penulis menyebut tentang panglima adi yang berdiri di sebelah dia ketika dia sedang menulis ni. Ni part paling lawak. Seperti nak mengugut pembaca jangan mengecam dia, seolah2 nanti panglima adi datang menjenguk anda. Seperti setiap cerita dia. Dia akan tanya, siapa di sebelah anda? Haha. Come on. We readers have brain.

    Kalau penulis ada baca ni, tlg pm saya ok

    Reply
    • apa2 jelah ko ni. tak caya sudeyy .. buat penulis , takyah buang masa pm dia ni. dia tak caya n anggap awak mereka reka lantakkan. kadang2 org mcm ni jeles .. knp bukan dia.

      Reply
      • One more thing. aku nak jeles kenapa?
        Bukan dapat duit ke hapa.
        Bukan femes ke hapa nak jeles kat sini…
        Banyak lagi urusan dunia akhirat aku bro..
        Aku cuma nak tahu kesahihan cerita ni.
        Aku tak cakap pun cerita ni tak best ke hapa. hadoi..
        Itulah melayu, belum apa-apa lebih meroyan dari orang yang ditanya.

        Reply
    • Nak percaya ke tak percaya ke, lantak engkau la labu. Takpayah nak hujah panjang lebar.

      Lagi satu, kau ni kurang sense of humor kot. Dia tanya “Siapa sebelah anda tu ?” bukan nak mengugut. Dia tanya sbb tak semua boleh nampak. So kita pun tak tahu apa ada sebelah kita kan. Hahaha. Kelakar kau ni.

      Adios.

      Reply
      • aku bukan tak percaya bro. aku nak bertanya kesahihan cerita ni…
        sebab aku berminat.
        bukan nak kutuk..
        aku suruh penulis pm aku.. sebab ada benda aku nak tanya.
        sebabtula aku nak tahu kesahihan cerita ni..
        Yang korang nak menggelabah kenapa?
        Korang penulis ke?
        I have a lot sense of humour..Tapi asal korang lak nak melenting.kahkah

        Reply
        • ko tgk n bca lah komen dari carlito reckers kat atas tue..dia pun ckp citer ratna tu ori n sahih… agak2lah ko nk pertikai pun..

          Reply
          • bro, saya dah personally tanya carlito. Dan beliau dah membatalkan statement di atas. Follow lah fb dia. jangan membahas tanpa ilmu. jangan lah jadi keyboard warrior..huhuhuhu

    • Awak, saya nak setuju boleh???? Secara dasarnya penceritaannya sgt general..as u mentioned yg mudah nk di dapati di internet..
      Maafkan sy #ratna (peace yo)
      Ape pun kipidup…usaha tu dh ada..jgn patah semangat

      Reply
    • Betul tu die mmg kaji dulu dri google tp die silap.bab makan buah dulu la ,xmkn berlebihan la,tu semua sunnah nabi dan tatacara permakanan yg boleh kite jumpa dlm google haha..kan dh kantoi ky situ..dri dulu akj tau ni rekaan sbb tu aku mls baca sgguh2..

      Reply
  7. Salam Kak Ratna, saya baca cerita akak dari 1 smpi yang ketiga ni, OK je. takde rasa akak berdongeng atau apa. sbb ujian setiap org, gift yang dia terima juga berbeza. Saya doa Kak Ratna n family sihat sejahtera, baik baik dan dikurniakan kesabaran yang banyak bila ditimpa ujian.

    kepada yang condemn masa part 1, takde protokol bagai tu, rasanya korg boleh assume diaorg (bunian ada protokol juga, kalau baca dr cerita penulis lain yang masuk alam bunian tu, *kata peminat setia FS) cuma penulis tak mention detail. kat part 2 baru dia explain. rilex sudah, korg nk kalut apa?

    ~TQ

    Reply
  8. Mcm Korea ke panglima Adi tu,sbb u kata mata sepet, kening tebal, hidung mancung, Rmbut pendek… Mcm bogum ke,joong ki ke? Gd ke? Ke Lee Soo hyuk? ?.. Edward Cullen perhaps? Ke mcm adi priyo or adi mentor? Sbb nma dia Laksamana Adi kn… Hehe.. X pon mcm doktor Chinese ? Ka mcm typical watak novel? Haha.. Sori pengaruh novel,novel pulak yg di slhkan.haha.. Singgah dkt FS ni sbb suka membaca,buku mahal.. Huhu..ada satu blog ni,dia cta novel tp smua cintan cintun,novel Malay tp crita dlm tu smua ttg Korea(artis diorg/ mgkin utk penyatuan bangsa kot ? ?) #justsaying #jgnkecamcintakubahrainrahman?

    Reply
  9. nak tanya juga sy percaya dari part 1 tp confuse siket..
    dia kata jumpa dorang dalam mimpi..masa dia tulis lakasamana adi sebelah dia tu macam mana pula eh..takkan dia tulis dalam mimpi pula..huhu

    Reply
    • kali ni saya nak tolong jawab buat penulis.walaupun saya meragui kesahihan cerita ini.

      Dia jumpa melor di alam kita masa kat sekolah dulu.
      So tak mustahil dia boleh jumpa laksamana adi di alam nyata juga.

      Dia hanya ke istana mereka di alam mimpi.

      Reply
  10. Korang yg tk percaya ni, memang dari zaman kanak-kanak dulu tk prnah ternampak ek “masyarakat” selain manusia ni?

    Erm… best nya tk pernah nampak n tk pernah rasa. Mesti leh tido lena…

    Reply
  11. Kt sana diorg ada saintis ke yg buat kajian pasal xleh campur makanan laut dan mknn darat sebab ada ion yg berbeza tu?
    Setahu sy kt dunia manusia ni pn belum ada kajian yg sahih lg psl tu. Yg kata hadis nabi psl tu pn, hanya rekaan & bkn hadis sahih.

    Setakat ni x jumpa lg ustaz/ustazah yg boleh bgtahu dalil yg melarangnya. Yg ada,
    dalilnya bersifat umum:
    AQ5:96 [Dihalalkan bagimu binatang buruan laut & makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yg lezat bagimu, & bagi orang-orang yg dalam perjalanan; & diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram]
    AQ 5: 04 [Mereka menanyakan kepadamu: “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?” Katakanlah: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik”]
    hadith pun tak ada yg melarang kita makan haiwan darat dan makanan laut serentak.
    Kajian perubatan dan food science pun tak ada. Ia adalah larangan di kalangan penganut agama Yahudi khususnya pengikut Rabbai Joseph Karo dalam kitab fiqh Yahudi Shulhan Arukh.
    Tiada larangan dari Sunnah
    (Dipetik dari satu forum)

    Namun tiada juga hadis/sunnah yg memberitahu bahawa nabi saw mkn campur kedua2nya sekali

    Reply
      • Mula2, sy percaya.. dari part 1,2.. tp bila part 3 ni, dh mcm too good to be true.. flawless.. seolah2 terlalu bagus, sedangkn mereka juga makhluk biasa mcm kita. Part mknn tu mencetus prsaan ragu2

        Reply
    • Cerita ni hanya rekaan sahaja..
      Berbekalkan ilmu2 yg diperoleh dri google. Tp kantoi jugak dgn kita yg bijak ni..xbest lgsg..imaginasi tinggi msti kuat berangan die tu kan

      Reply
  12. saya percaya sepenuhnya yang wujud makhluk lain selain daripada kita. cumanya, jenis saya, saya susah nak percaya sebab saya agak more to logic. contoh mcm sy dgar org cerita tntg bunian di gunung2, bukit2 tapi sy x pernah jumpa org yg betul2 dapat sahihkan bnda ni. Kalau betul, sampaikan salam kepada semua dan saya ucapkan selamat berpuasa.. 🙂

    Reply
  13. Hmmm, ok juga,aku pernah tengok jin setan dua kali dalam satu mama masa 7 tahun dulu. Sekor orang kampung punya dan sekor lagi tok ki aku punya. Ada sorang kawan belajar dengan bomoh kat Yong Peng nak dapat bunian kat gunung Ledang,last-last dapat hantu laut,haru betul. Kesimpulannya, biarlah mereka dengan alam mereka dan kita dengan dunia kita,sebab lebih baik di sini saja dan hubungan dengan mereka banyak berundang-undang dan pantang larang,boleh juga jika tak kuat boleh lari akidah jadi syirik. Mereka hebat tetapi “Aku hembuskan Roh Ku pada Adam..” Lebih-lebih hebat lagi. Sebab itu Rasul Allah menolak offer raja jin untuk menjadi body guard Baginda Rasul di masa tu.Mereka tu asal-usul daripada sepasang suami-isteri, iaitu orang yang disembunyikan Nabi SAW, dari pedang Saiyidina Umar kerana ada satu janji terhadap Baginda,mereka kotakan tetapi mereka berhelah,menyebabkan sahabat berang bergegas ke rumah mereka dengan pedang terhunus. Demi kemuliaan seorang Rasul Allah, baginda yang tak sempat menahan kemarahan sahabat, memohon kepada Allah agar menyembunyikan pasangan tersebut, lalu hilanglah suami-isteri dengan segala ternakan dan harta benda mereka sampai hari kiamat. Bunyi ada tetapi orangnya tak nampak. Jika anda benar ada bersama mereka mungkin boleh jadi sempadan buat anda.

    Reply
  14. Cerita ni rekaan je…
    Penulis hanya ada ilmu mngenai alam bunian laluan dijadikan sebuah cerita melalui ilmu yg ada..

    Sekian…

    Reply
  15. Seronok baca kisah yg Ratna htr ni. Dgn gaya penulisan yg bersahaja, sgt menghiburkan. Dikecam, ditidakkan, dituduh isap gam, isap batu oleh parasit2 atau virus2 jamban tu abaikan je la. Mgkn itu salah satu sbb knp Laksamana Adi x suka Ratna kongsikan kisah ini kpd umum. Apa2pun, semoga keluarga Ratna suksess selalu, insya Allah. Aamiin…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.