Bertarung dengan Jin

#AnneBrunnette Assalamualaikum, hai semua pembaca FS. Aku Anne dan penulis untuk kisah sebelumnya yang pernah disiarkan iaitu Benda api, Tangan dan Hilang. Terima kasih atas komen yang diberikan. Sangat-sangat dihargai. Kali ini aku akan menceritakan tentang kisah yang berlaku kepada ustazah yang mengajar di sekolah menengah aku. Terlebih dahulu aku ingin menjelaskan definisi bagi ‘bertarung’ yang menjadi tajuk bagi kisah aku kali ini. Bertarung yang dimaksudkan bukanlah keadaan di mana mengeluarkan senjata pedang dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh Daeng Kasturi (Maaf, izinkan saya untuk gunakan awak sebagai perumpamaan yaa hehe) Bertarung yang dimaksudkan di sini ialah lebih kepada perang psikologi. Semoga pembaca faham yaa. Kisah yang akan diceritakan ini bukan berlaku kepada aku, ia kejadian yang menimpa kepada seorang ustazah yang mengajar aku di sekolah menengah iaitu ustazah Fazillah. Aku hanya menceritakannya pengalamannya semula sahaja.

Aku dan rakan-rakan bertugas untuk menjadi fasilitator kepada junior-junior kami yang mengikuti perkhemahan yang diadakan sekolah. Secara tidak langsungnya kami turut terlibat dalam menjayakan kem tersebut dan akan turut menginap bersama peserta kem tetapi bagi yang mempunyai kenderaan dibenarkan untuk ulang-alik ke rumah. Pada malam pertama kem itu, semasa aku dan seorang rakanku berjalan bertujuan untuk meronda melintasi tapak perkhemahan peserta. Ku lihat ustazah Fazillah seorang diri sedang menjaga peserta yang sedang tidur walaupun jam telah menunjukkan 12.30 malam. Dia duduk di luar khemah kecil yang disediakan untuk guru sambil memerhatikan kawasan sekeliling.

“Wei, beraninya ustazah berkawal seorang diri kat sana. Dia tak tidur lagi ke? Dah lewat dah ni,” Seraya kami berdua meninggalkan tapak perkhemahan kami menuju ke kantin sekolah untuk mencari makanan bagi mengulas perut.
“Ustazah Fazillah tu bolehlah dikatakan kuat semangat, kan dia pernah cerita dulu yang dia pernah dikacau teruk tapi sebab semangat kental dia dapat lawan jugak benda tu,” Kawan aku, Wani menjawab.
“Ha’ah lah. Lupa pula, dia pernah cerita kan pasal tu,” Serta-merta kisah yang pernah didengari dari ustazah menjadi bualan kami pada malam itu.

KISAH USTAZAH FAZILLAH

Aku merupakan pelajar di sekolah agama yang tinggal di asrama. Seperti biasa, aku mempunyai kelas prep pada waktu malam. Akan tetapi, disebabkan cuti awam so ramai yang telah balik ke rumah masing-masing. Hanya ada beberapa orang sahaja yang masih berada di asrama bersama dengan warden. Aku dengan dua tiga kawan aku sedang mengulang kaji pelajaran di sebuah bilik belajar. Keadaan waktu itu sangat sunyi kerana hanya ada berapa kerat pelajar sahaja di situ yang boleh dibilang guna jari.

Tidak lama kemudian, satu demi satu pelajar mula meninggalkan bilik prep tersebut. Sehinggalah hanya tinggal aku dengan dua lagi kawan aku. Kemudian kawan aku yang seorang ini pula menyusul pergi meninggalkan kami berdua.
“Zila, aku nak pergi tandas lah kejap. Kau nak ikut?” Nur yang menjadi satu-satunya peneman setia untuk tetap berganjak dari bilik prep meminta izin.
“Hmm, tak. Aku tak rasa nak terkucil pun. Kau berani ke pegi sorang-sorang?”
“Insya Allah berani kot hehe. Kejap tau. Aku tak tahan dah ni,” Kemudian bayang Nur hilang di sebalik pintu.

Aku khusyuk mengulang kaji. Sempat ku kerling jam di dinding yang bagiku masih terlalu awal. Aku membelek-belek nota kaki ku. Kedengaran bunyi kerusi dialihkan. Kriutt kriuut kriuuut.. berkeriut bunyinya bergesel dengan lantai tile. Aku mengangkat muka. Aku lihat beberapa kerusi di meja sebelah disusun secara bertingkat-tingkat. Telefon dikeluarkan dan bacaan surah-surah ku pasang, volume pula dikuatkan. Bagi aku jika dikacau kita tidak patut membiarkan ketakutan lebih menguasai diri kerana apabila kita lemah, ‘benda-benda halus’ lebih mudah masuk ke dalam badan.

Gangguan yang dilakukan tidak dipedulikan. Ku biarkan sahaja ‘benda’ yang turut berada bilik prep bermaharajalela. Sempat aku memikirkan Nur yang terlalu lama menghilangkan diri untuk ke tandas. Entah-entah dia pun dikacau tak? Sejurus itu buku-buku di rak terjatuh mengikut satu per satu. Mula-mula buku di bahagian rak atas terjatuh, diikuti pula rak kedua dan begitulah seterusnya. Bisikan-bisikan halus mula kedengaran di telingaku. Kadang seolah begitu dekat, dan kadang bisikan itu hanya sayup-sayup.

Pintu dibuka dan Nur berdiri di depan. Dia melangkah mendekati aku. Melalui raut wajah, aku tahu dia pelik dengan tingkah laku ku ketika itu. Tetapi dia seolah tidak menghiraukan dan terus menarik kerusi untuk duduk. Aku dapat rasa bahang di dalam badan aku ketika itu tersangatlah panas. Nafas aku terasa sesak, seolah ada benda yang sedang cuba menembusi badan aku.

“Nur, Nur..”Tersekat-sekat aku bersuara.
“Hah kenapa? Kau kenapa ni,pelik semacam je. Tu buku di lantai berterabur tu, nak suruh siapa yang kemas? Pandai bongkar pandai-pandailah simpan balik,” Membebel pula minah ni. Dia tak tahu masa dia pegi toilet aku tadi struggle duduk sini even kena kacau tau.
“Tolong panggil warden dan ustaz sekali. Aku dapat rasa benda tu nak masuk ke dalam badan aku ni,”
“Hahahaha! Kau ni buat lawak pulak. Tak payahlah main-main buat kena rasuk pula. Kena betul-betul baru tau,” Hampa. Aku tahu yang Nur memang tak percayakan benda-benda mistik ini.
“Aku serius lah. Badan aku panas sangat ni. Rasa nak macam nak terbakar pun ada,”

Akan tetapi, Nur tetap Nur. Dia langsung tak percaya kata-kata aku dan mengemas barang-barangnya lalu meninggalkan aku berseorang lagi di situ. Saat Nur pergi membiarkan aku bersendirian, ketika itulah seolah-olah ada benda berpusu-pusu masuk ke tubuh aku. Aku sedar ketika itu apa yang berlaku, tetapi diri aku seolah terperangkap dalam badan sendiri. Yang jelas, aku nampak dengan jelas berpuluh jin sedang mengelilingi aku. Mereka dalam bentuk tertentu dan amat sukar untuk dijelaskan seperti apakah rupa mereka.

Suara aku seolah tersekat di kerongkong. Hendak menjerit tetapi suara langsung tidak keluar dari mulut. Lain yang hendak disebut, lain pula yang diperkatakan. Aku langsung tidak dapat berbuat apa-apa tika itu. Tangan dan kakiku seolah terpasung di situ. Jin-jin itu seperti mengejek akan kekalahan aku yang hanya berseorangan sedangkan bilangan mereka ramai. Hampir sahaja berputus asa apabila langsung kelibat Nur tidak kelihatan. Aku berseorangan dikelilingi berpuluh jin ini dan kawan aku sendiri tidak mempercayai kata-kataku malah aku ditinggalkan di bilik ini.

Hampir dua jam lebih badan aku dikuasai oleh jin yang aku tidak ketahui jenisnya. Hampir aku mengalah pada ketika itu kerana fizikal aku semakin melemah. Aku penat. Tapi pada saat-saat aku ingin menyerah, seolah ada suatu semangat yang ditiupkan ke atas diri aku. Aku menenangkan fikiran sambil menutup mata. Slow-slow aku mula membaca surah Al-Falaq, diikuti dengan Surah An nas, Seterusnya Surah Al Ikhlas dan akhirnya Surah Al kafirun. Pada awalnya aku hanya membaca di dalam hati sahaja. Aku dapat rasa haba panas terasa menyengat di kulitku tapi tetap ku teruskan bacaan tanpa mempedulikan bahang itu. Aku meneruskan lagi dengan membaca Surah Al Baqarah diikuti dengan ayatul kursi.

Nafas aku terasa sesak ketika itu seolah-olah jin yang berada di dalam badan aku ingin keluar. Aku meluahkan mulutku seperti ingin memuntahkan sesuatu. Yang pasti ketika itu, aku rasa sangat sakit di bahagian dada. Jin yang merasuk aku tadi keluar dari badan aku, tetapi bagi orang yang telah ditanda atau dalam erti kata lain badan telah berlubang seperti aku ni, pandangan aku terhadap mereka adalah visible. Wajah mereka bengis memandang aku tetapi aku tetap meneruskan bacaan ayat-ayat lazim yang pernah diajarkan kepadaku. Aku tidak pasti selama mana aku bertarung dengan jin yang menguasai tubuhku tetapi apabila azan subuh berkumandang, serta-merta puluhan jin tadi lesap satu demi satu. Pandangan terakhir aku sebelum aku pengsan ialah Nur berdiri di muka pintu bersama warden asrama.

Sedar-sedar sahaja aku sedang berbaring di dalam masjid sekolah kami. Dikelilingi oleh kawan-kawan aku, warden, seorang ustazah dan ustaz. Perlahan-lahan aku bangun dari pembaringan, Nur membantu aku untuk duduk berlunjur. Aku meminta air untuk membasahkan tekak. Entah kenapa selepas aku sedar, aku terasa sangat-sangat haus. Air mineral yang diberikan ku teguk rakus.

“Macam mana saya boleh ada kat sini?” Sesudah menghabiskan air mineral yang diberikan untuk kali keempat aku bertanya.
“Awak pengsan tadi di bilik prep, Fazillah. Awak tak ingat?” Ustaz itu mengajukan kembali soalan.
“Aku risau sebab kau tak balik-balik lagi ke asrama berjam-jam, so aku pergilah cari kau dengan bawa warden sekali,” Nur bersuara pula. Aku pandang wajahnya. Jelas terpampang riak rasa bersalah.
“Apa yang berlaku sebenarnya tadi, boleh awak ceritakan semula?” Tenang ustaz itu meminta tapi aku yakin yang dia telah tahu perkara yang menimpa aku cuma dia inginkan kepastian.
“Saya dirasuk tadi ustaz, tapi disebabkan Nur tak percaya so ditinggalkannya saya sorang-sorang kat situ. Selama berjam-jam tu lah saya tawakal lawan jin-jin yang ganggu saya,” Sempat aku memberikan jelingan kepada Nur yang meragui kata-kata ku tadi. Aku akui perbuatannya sangatlah selfish membiarkan aku berseorangan di bilik itu. Disebabkan dia, aku berperang dengan jin-jin dan hampir sahaja mengalami tekanan. Tapi apakan daya. Tidak semua yang mempercayai hal-hal sebegini, lebih-lebih lagi jika tidak pernah kena di batang hidung sendiri. Oleh itu hendak menyalahkan Nur seratus peratus pun tidak boleh juga. Nur hanya menunduk.

Aku menceritakan semua yang terjadi kepada ku kepada ustaz. Ustaz itu mendengar dengan tekun dan adakalanya dia hanya mengangguk-angguk. Setiap pertanyaan yang diajukannya akan ku jawab berdasarkan apa yang menimpaku. Rupa-rupanya semasa Nur dan warden asrama tiba di bilik prep itu, aku telah pun pengsan. Sempat juga ustaz itu scan badan aku untuk memastikan keadaan aku sudah pulih seperti sediakala.

“Jin yang masuk ke dalam tubuh awak tu jenis ifrit. Puluhan jin yang lain tu kira macam bala tentera jin ifrit tu. Jin itu sudah lama berkenan dengan awak. Saya kagum sebab walaupun awak berseorangan, tapi awak tak biarkan jin tu menguasai diri awak malah berani menepis makhluk tu,”
“Pada saat awak hampir mengalah, Allah telah bantu awak untuk menguatkan semangat menentang mereka. Ucapkan syukur kepada yang maha Esa dan berdoalah selalu. Sentiasa baca ayat-ayat pendinding untuk melindungi diri daripada gangguan jin. Apa yang menimpa awak pasti ada hikmahnya oleh itu bersangka baik lah kepada Allah. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui,” Ustaz itu sempat berpesan kepada ku sebelum berlalu pergi.

Pengalaman melawan jin berseorangan dengan hanya berbekalkan ayat-ayat suci Al-Quran dan kecekalan hati, menjadikan aku tidak gentar dengan kehadiran. Aku tidak ada apa-apa kelebihan untuk mengubati orang yang disampuk jin, tetapi hanya satu-satunya yang menjadi senjata aku iaitu keberanian. Sentiasa menyakini Allah dan berserah kepada-Nya.

“Jika tawakal itu diterima Allah, seorang itu dapat mempertahankan diri dari serangan musuh tanpa menggerakkan diri, meyerang tanpa senjata, belayar tanpa berdayung, atau mengawet daging tanpa garam dan si pekak dapat mengadu nasibnya kepada si buta dengan adanya tawakal”

“Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya” : Al- Baqarah Ayat 272

P.s : Sepanjang penulisan cerita ini, aku mengalami gangguan seperti zink rumah seperti dibaling oleh benda keras, barang-barang berjatuhan dan terdengar suara kanak-kanak ketawa. Seolah-olah tidak mengizinkan aku untuk menyelesaikan cerita ini. Semuanya berlaku hanya apabila writer berseorangan di rumah. Tetapi semuanya tidak dipedulikan dan penaipan diteruskan seperti sediakala.

#AnneBrunnette 

Talita

Leave a Reply

10 Comments on "Bertarung dengan Jin"

Notify of
avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
luhan

ehh geram pulak aku dengan kawan kau tu. kot ye pun tak percaya, jangan lah tinggalkan kau sorang sorang. tergamak betul. kalau aku, touching sebulan dah dengan kawan tu.

Rozzy

Apa punya kawan daa…ada ke patut blah mcm tu aje..dah berejam baru dtg balik? Nasib tak kena cekik dgn ifrit tu gara2 sikap kwn selfish mcm tu.

dawsa

hidayah tu milik Allah… sesuai dgn ayat 272 surah al-Baqarah…

Kak Yulie

Kuajaaaqqqq betoi ar kawan camtu…
Kot x caya benda mistik pon, xkan ko xleh anggap kawan tu x sehat ke hape…
Adeehhh…

~~~Saketnya tuh di sini di dalam hatiku…~~~

Carnage

Kepaleee haha. Hampeh pye kwn

unknown

sedap tinggal member gitu hampeh

Bob

yang kena ganggu semasa menulis cerita ni siapa, ustazah tu ke, atau AnneBrunnette ?

Kak Yulie

Ustazah…

Mel

Gamaknya nur tu psiko kot😒

wpDiscuz